.:: Berlian Sirna :: Second Extract ::.

saya kenal kamu
tak sampai 3 tahun
ramai orang kata Tuhan sayang kamu
supaya kamu tak menyimpang membuat salah dan dosa

tapi sayang saya pada kamu
siapa tahu ?

sebab kamu pernah cakap
kalau orang yang benar-benar sayang kita
akan terima pemergian kita

tapi kalau saya tak terima pemergian kamu
adakah saya tak sayang kamu ?
atau saya terlalu sayang kamu ...

muka ... mata, hidung, telinga, mulut boleh menipu seribu orang
yang saya dah tak sedih
tapi dengan satu hati yang kecil ni,
saya sendiri tak boleh nak tipu
sebab kan awak ...

saya terlalu rindu kan awak

awak...
walaupun hanya lebih kurang 
dua semester ... setahun kita berkenalan
mesra, gelak ketawa, sendu, hiba, riang, nakal pon sesama,
tapi bagi saya ... masa tu teramat istimewa

My Precious Time ever
dengan awak

dan untuk pengetahuan awak
saya akan ingat awak sampai bila-bila
mungkin semua orang boleh kata

Get Over It
tapi diorang semua takkan tahu
betapa Saya Rindu Awak
awak Along saya ... kawan saya ...
sahabat , jiwa , pancaindera kedua saya ,
hati saya dan awaklah segala-galanya

dan semoga roh awak dicucuri Rahmat
Muzakkir Nur Shafiq bin Mesni
1991 - 2010

Al-Fatihah ...

.:: Berlian Sirna :: First Extract ::.


Diari seorang Permata ... 

orang kata ... (tipikal nyer nak mulakan ayat ... ) setiap yang hidup itu akan mati ...
dan yang masih hidup perlu doakan yang telah meninggal dunia
doa itu merupakan salah satu bekalan yang kita perlukan (sgt2) kat Akhirat nanti

dan orang juga kata ... (enough already ...) maka terputuslah hubungan dan urusan seorang anak adam itu apabila nyawa sudah sampai di ubun kepala nya ... kecuali tiga perkara ... I.D.A

yakni ...
  1. Ilmu yang bermanfaat
  2. Doa anak yang soleh
  3. Amalan si mati sendiri ...
(do correct me if I'm wrong yah)

Dan dengan itu tertinggal akan dia dunia yang luas terbentang, terang dan kawan - kawannya yang ramai tidak terbilang, dan masuklah akan dia ke dalam lubang kubur yang sempit lagi gelap berseorangan mengadap Illahi dan menjawablah akan dia akan 5 soalan yang di soal oleh dua Malaikat ( Munkar dan Nankir )... 

yakni ... 
  1. Siapa Tuhan mu ?
  2. Siapa yang di utuskan di kalangan kamu / Nabi mu ?
  3. Apa Agama mu ?
  4. Apa Pedoman / Panduan / Kitab mu ?
  5. Siapa Saudara mu ?
dan terpulanglah pada dia untuk mencorakkan kuburnya seperti mana yang di tulis oleh saudara Nasbun Nurain - Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka
Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya.

dan menjawablah akan dia soalan-soalan itu dengan tenang dan langsung tiada gentar dan dengan yakinnya dia ...
  1. Allah Tuhan ku
  2. Muhammad nabi ku / yang diutuskan di kalangan ku
  3. Islam Agama ku
  4. Al-Quran kitab ku / pedoman ku
  5. Muslimin / Muslimat saudara-saudara ku
…..adapun yang paling menakutkan di dalam Al-Qur`an adalah ‘Fa man ya’mal mitsqaala dzarratin khairan yarahu, wa man ya’mal mitsqaala dzarratin syarran yarahu,’ (Riwayat As-Syairazi melalui Ibnu Masud r.a.)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Zalzalah:7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Zalzalah:8)
Allah mahu kita melihat dan mengira sendiri apakah amalan kita melayakkan kita untuk ke syurga atau neraka. 

dan insaf lah anda ... tersedarlah dari gelumang dosa kita (talking to myself) untuk mengingati akan kematian itu.

.:: reject :: rejected :: rejection ::.

A loves B
But B seems to not love A
So B rejected A
And A founds C
Unfortunately C was Bs' x-lover (supposedly)
A was rejected again
Ironically A meets D 
and they found the true love ...

So sweet