Assalamualaikum :)
Jumaat shapie ni korang terkejut ngan tajuk entry aku tak? pfft...ok. Kesnya gini, aku ada 2 orang anak buah...scratch that, aku ada err...4 orang, 2 rasmi, 2 lagi tak rasmi, boleh camtu? Ok, so 2 orang anak buah rasmi aku ni, si Icha ngan Akim, both are very creative, nakal, smart and selalu serang aku dengan soalan2 cepumas diorang.
Situasi 1
Benda ni jadi about 4 to 5 years back. Time umur Icha 6 tahun *kalau tak silap. Aku temankan Icha main buaian dekat taman. Time ni adik dia si Akim tu belum setahun lagi, so aku melayan Icha jelah. Tengah duk layan2 main buai, sekali dia tanya cenggini.
Achu...Tuhan tu Jauh eh? Buaikan Icha sampai jumpa Tuhan boleh? Tinggi2, jauh2 sampai jumpa Tuhan.

Ok...bertenang Anas...bertenang. Apa aku nak jawab ni. Killer sungguh question budak sorang ni. :) So, aku dengan hati yang tenang, dimulakan dengan bismillah aku jawab cenggini.
Aku: Icha, Tuhan tu, ada kat mana2 je. Tapi, Icha tak payah nak buai laju2 kalau nak jumpa Tuhan, sebab Tuhan ada dekat je dengan kita :) Tuhan ada kat sini. *tunjuk kat dada dia.
Icha: Tapi kenapa Icha tak nampak dia?

Aku: Sebab, dia ada dalam hati Icha la, Icha tak boleh nampak dia :) *dengan harapan dia tak tanya lebih lanjut. Dia pun angguk mcm faham je kan. Bagi aku...at dat time, itu adalah escape answer je. Aku maybe boleh explain bus load answers dekat dia, considering level kefahaman dia, dan aku yang dah 3 kali DANG tu, plus dia dah berhenti bertanya...kan?
Situasi 2
This happened very recent. Dalam minggu ni gak. Anak buah tak rasmi aku, nama dia Shahira, kitorang panggil Shira je. Soalan dia simple je.
Shira: Achu, surau tu sapa punya?
Aku: Takde sapa punya, sapa nak sembahyang,nak mengaji, boleh pergi surau, Kenapa?
Shira: Shira dengar suara Atuk azan, bukan surau tu Atuk punya ke?
Aku: (=.=') Tak Shira...no it isn't.
Situasi 3
Ok, sekarang anak buah aku yang paling nakal dan paling hazab sekali nak jaga. Akim.
Aku ngan akak aku duduk kat meja makan. Time tu kitorang berdua je. Pastu si Akim ni lalu depan kitorang. Guess what he asked?
Akim: Achu ngan Ude duduk dua-dua orang ni...nak kahwin ke?

Apa yang kakak aku tengah makan time tu tersembur keluar, dan aku...
.
.
.
.
.
Aku give up.
(dari kiri) Icha, Shira, Akim dengan Intan |
MENCABAR BETUL BABYSIT DIORANG NI !
p/s: aku ada 8 draft. Tu je kboi.