Hai semua. Sihat? Hari ni 23.Jun.2014 ialah bloggasary (blog anniversary) blog Anasyg ni. Pejam celik, pejam celik, dah 5 tahun dah :) Korang boleh baca birthday entries utk blog ni, Dua Tahun (2011), Tiga Tahun (2012), Empat Tahun (2013). Terasa senior dalam dunia blogging? Naa...ramai lagi yg otai kat luar sana, aku tak letak diri aku jadi senior ke, terlebih pengalaman ke, or term popularnya, blogger retis, sbb aku tak pernah kena featured dlm mana2 newspaper, magazines what sort, *kena review tu ada lah. (itu dah buat aku happy, sbb kena acknowledge di kalangan blogger2 yg follow/baca blog ni).
Dulu, masa pertama kali nak buat blog, aku jadikan online diary, segala benda nak luahkan, semua aku taip kat blog, tapi sekarang aku dah transfer semua bahan bacaan 18sx tu ke satu lagi private blog aku. Blog ni? Kita borak ringan2 je ok. *wink2.
Long story short, thru blogging, aku jumpa ramai orang, chat dgn ramai blogger2 yg sgt ramah tamah, yg baik2, seribu satu orang yg ada seribu satu ragam dan perangai. Yang komen mendoakan yg baik2 utk aku sepanjang lima tahun aku berblogging. Seriously saying, aku rasa org yg takde blog takkan tahu the excitement tunggu pemenang contest diumumkan, excitement kena review, excitement kena tag, excitement kena follow, entry dihujani komen2 yg positif, blog kena terjah/singgah. Semua tu blogger2 dalam blogasphere je yg tahu camne.
Aku yang dah 5 tahun dalam dunia blogging ni, semua tu aku dah rasa. (blogger letak blog aku dlm bloglist dorang pun aku dah melompat happy, huhu)
Oh, dan aku jugak nak minx maaf sepanjang 5 tahun aku berblogging ni, menaip ikut sedap mulut/hati/perasaan je tanpa menghiraukan ada yg dah terasa dgn penulisan aku. *Maaf ye, saya tak sengaja dan saya tak tahu kamu2 terasa. Byk aku perhatikan blogger2 yg baru *adik2 muda yg baru start blogging, ada entry yg kurang matang, so penulisan diorang tu pada aku mengguris sensitiviti pembaca (maybe bukan aku, tapi ur blog is public, so sapa2 je boleh baca). One short advice.
Kita menulis ni mcm berdakwah/mengajar. Kalau kita tulis benda baik, menjadi ikutan, kita dapat pahala selama mana orang tu melakukan perbuatan yg baik tersebut, tapi kalau kita tulis benda dusta/tak betul dan orang percaya? Bukan setakat percaya, diorang pulak sebarkan maklumat dari blog/penulisan kita ni., kita dapat saham dosa tu dik. *fikir2kan ok. :)
Berbakul-bakul terima kasih aku ucapkan kpd readers/followers yg sentiasa sudi singgah luangkan masa baca entry2 merapu aku kat dalam blog ni. Sekali lagi aku nak susun sepuluh jari, minta maaf kalau aku belum berkesempatan terjah masuk/follow back blog korang, tapi jgn risau, walaupun aku tak follow, aku masuk blog2 korang tu, jadi stalker senyap2 selak sehelai-sehelai entry2 korang tu.
Sblm ni ingat nak buat give-away, tapi mcm malas pulak, lagi2 bulan Ramadhan nak sampai dah ni. :) can't wait.
Selamat Ulang Tahun ke Lima Anasyg. I don't wanna promise to write more often next time cause I know I'll be lying to myself plus I can't afford to do so, but I do wanna mark my words on writing mature material next time. So it'll benefit you guys, and reflect on myself. Terima kasih sudi baca. Take care ok.
Ni kalau couple dgn makwe, 5 tahun ni dah kira wajib kahwin, ke cane? :P