Seluruh isi bumi yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, ada yang terlibat dengan ibadah korban, menguruskan lembu2, kambing2 korban, tapi hari tu, masih lagi panas. Takbir raya bergema selepas solat sunat hari raya pagi itu. Cuaca tak begitu terik, tapi tak ada pula tanda2 nak hujan. Seharian tu, ada juga jiran tetangga yang ziarah raya, rumah kami masak ala kadar, rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit. Terasalah lauk raya tu, taklah hambar sangat hari raya pertama.
Petang tu, Abah sibuk dengan jemaah surau melapah daging kurban, sebab ketua yang mengepalai korban tahun ni baru dapat hantar lembu, kambing yang dah siap disembelih di pusat sembelihan pada sebelah petang. Dia pun sibuk seharian, ramai yang perlukan khidmat sembelihannya sepanjang hari.
Aku, Kak Yan, Kak Farah dgn Abg Mie borak kosong petang tu sementara menunggu Angah dan Kak Ipar aku tiba ke rumah. Sambil Kak Farah tak berhenti WhatsApp dengan Mak Su. Katanya mereka di hospital Sungai Buloh, sebab bawa Opah ke kecemasan.
Tersentak masing2 dengan berita tu. Aku ingatkan Opah demam biasa je, dan lepas hari Jumaat tempoh hari, keadaan Opah semakin okay, ternyata keadaan Opah semakin teruk dan terpaksa dikejarkan ke kecemasan lepas zohor petang tadi. Mak Su hantar pesanan ringkas pada Kak Farah, berkongsi keadaan Opah, katanya Opah dah ditidurkan kerana tekanan darah dan oksigen sangat rendah. Dari pesanan WhatsApp Mak Su, doktor minta waris, anak cucu datang melawat Opah, kerana beliau semakin tenat.
Terus Kak Farah call Abah yang berada di surau untuk balik bersiap untuk ke hospital, kami semua yang berada di depan, macam lipas kudung sarung baju sopan untuk keluar, seraya bila jam lewat pukul 7PM, Abah dapat panggilan dari Achik, aku dan Mak berdiri terpacak menunggu dengan resah. Raut muka Abah jelas riak terkejut yang amat sangat. Berita yang paling ditakuti menjadi nyata. Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7:06PM di wad kecemasan, Hospital Sungai Buloh. Hampir serentak, aku, Mak, dan Abah terduduk.
"Innalillahiwainnalillahirojiun" Ya Allah, Opah yang kami santuni sejak dari kecil, telah pergi mengadap Illahi. Laju kaki aku menyampai berita kepada yang lain yang sedang bersiap. Masing2 terpinga. Keliru dan terkejut. Apa yang baru mereka dengar tadi? Aku jadi tukang sampaikan berita pun tak percaya. Ya Allah, luruh jantung berita seberat ini. Berat benar dugaan Aidiladha tahun ni.
Waktu itu juga, aku, Kak Farah, Kak Yan, Abah dan Achik bergegas ke hospital. Suasana di dalam kereta sepanjang perjalanan begitu sugul. Masing2 berdiam diri, hanya bunyi sekaan air mata Achik yang berhenti sekejap2, meresik hidung, dan pedal minyak ditekan laju.
Di wad kecemasan, kami terserempak dengan Ijah dan Intan (anak Achik: sepupu aku) dan Mak Su, aku terus peluk Ijah seeratnya. Dia hamburkan tangisan semahunya, yang bersisa, aku yakin tangisannya lebih kuat beberapa waktu tadi ketika perkhabaran pemergian Opah, asbab dia yang berada di situ menemani detik2 terakhir Opah di dunia ini.
Usai kami uruskan urusan tuntutan jenazah Opah, Pak Long dan Mak Long tiba di Jabatan Forensik. Words were spreaded. Akan lebih ramai yang menziarahi jenazah Opah malam ini. Terketar tangan ini mengisi surat kematian Opah sendiri. Semacam tak percaya, aku mengisi surat mati orang yang pernah menyuap makanan kepadaku ketika kecil dulu. Hampir satu jam menunggu van jenazah dari Masjid Jamek Batu Arang, aku, Kak Farah dan Kak Yan iring van jenazah dari belakang, pandu perlahan sampai ke rumah. Aku sempat call Abg Mie untuk kemas rumah, saudara mara akan datang untuk penghormatan terakhir arwah. Langit malam itu sayup tak berangin, awan mendung seakan berarak mengiringi jenazah pulang ke rumah.
Usai bacaan Yassin pertama kali untuk arwah Opah, Angah, Kak Ipar, Abah dan Mak bergilir menjaga jenazah. Saudara yang baru tiba dari kampung satu persatu tiba sekitar 1AM-3AM, dan seterusnya sehingga ke azan subuh. Pagi Isnin itu, sebaik azan subuh berkumandang, langit bercucuran hujan lebat selebatnya. Se;epas hujan berhenti sekitar jam 7:30 pagi, perkarangan rumah penuh dengan saudara mara, jiran tetangga, dan sahabat handai, baik dari belah Mak Abah, mahupun arwah Opah sendiri.
Isnin | 11.07.2022
Pagi itu, pemandu van jenazah tiba, tetamu yang hadir mengiringi jenazah dibawa masuk ke dalam van untuk diuruskan di Masjid Jamek Batu Arang. Aku terserempak saudara sebelah Mak, kami masuk ke perut masjid. Beberapa orang jemaah masjid sudah mulai bacaan Yassin. Aku ikut serta jemaah menghabiskan satu bacaan. Usai, aku menunggu jenazah dimandikan, Kak Yan missed call, katanya semua orang bergilir mengucup jenazah buat kali terakhir, berlari aku ke tempat pengurusan jenazah, tapi terlambat, kerana jenazah Opah sudah selesai dimandikan, dikafankan, diikat kemas, dan dialih ke dalam keranda untuk dibawa masuk ke dalam ruang solat masjid bagi urusan solat jenazah.
Abah mengimamkan solat jenazah arwah Opah. Pagi itu, dalam sejarah kehidupan singkat aku, dan pengalaman sebesar kuman dalam ikut serta jemaah solat jenazah, aku menangis semahunya kerana aku tahu, di hadapan aku itu, adalah wanita yang penting bagi aku, tetapi lebih penting buat Abahku.
Serak basah, pecah suara Abah, dengan doa lantangnya menjadi hambur tangis.
"Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa ibuku. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ibuku, Ya Allah..." tak tersambung doa Abah, bila tangisannya makin memberat. Hampir aku terdengarkan seluruh jemaah menahan tangis, tapi tidak aku. Tangisan ini tidak tertahan.
Selepas doa ringkas, Abah mengadap jemaah.
Sejujurnya sepanjang bacaan Yassin tadi, aku dah berniat, aku akan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah Opah, dan semadikan ke tempat tidurnya yang terakhir di bumi ini. Alhamdulillah, I did what I intended. Aku, Angah, dan Along masuk ke lubang kubur, dan sambut jenazah Opah perlahan, dan perlahan kami baringkan di tempat pembaringannya untuk menemui Allah swt. Aku dengar dengan teliti setiap arahan dari mereka yang bertugas.
"Buka ikatan Opah tu Nas, biar nampak muka, jangan buka luas sangat bahagian dada tu, kemaskan balik elok2" setiap arahan mereka aku turut. Dari
A-Z semuanya perlu tertib.
"Buat pelan2 je, tak payah gopoh, buat kemas2" ujar petugas itu lagi.
"Miringkan badan Opah ke rusuk kanan," kemudian mereka bergilir memberi ketulan tanah yang dah diketul-bulatkan, dan aku diberi satu yang leper, "Letak yang leper tu dekat pipi kanan Opah, Nas"
Ketulan tanah yang dibulat2kan tadi, disendal di belakang badan Opah, supaya jenazah tidak bergerak. Kemudian kami susun pula papan kayu untuk menutup liang lahad. Sebelum kami bertiga naik ke atas, kami kambus sedikit tanah agar papan kayu tidak bergerak. Sedikit demi sedikit, kubur dikambus, perlahan-lahan juga jenazah Opah tidak lagi kelihatan, walaupun dari sekecil ruang di antara papan kayu itu. Petugas kubur mengambil alih dengan jentolak, mengambus tanah lebih cepat dengan kuantiti lebih banyak. Kubur Opah semakin meninggi dengan tanah merah.
Orang ramai hanya memerhati sayu. Cuaca pagi yang mendung, meredup, memayungi umat manusia di tanah perkuburan itu. Dibentang 2 tikar mengkuang mengadap kubur, dan Abah duduk di hadapan, mengetuai talkin.
Sekali lagi episod airmata berulang, dan tiada siapa yang dapat menahan sebak pabila Abah pecah suara, ujar Abah dalam talkinnya.
"Wahai Ibuku, tetapkanlah hatimu, inilah saat dugaan yang paling besar. Ingatlah wahai Ibuku, bahawa Ibu sekarang telah tinggal di dalam alam Barzakh..." suara Abah tersekat di kerongkong, tangisannya memecah sunyi, yang lain turut serta menangis. Sambung Abah lagi "...sehingga sampai saatnya Ibu akan dibangunkan semula untuk dihimpunkan di Padang Mahsyar
..." Sambung Abah lagi "Ya Allah Ya Tuhanku, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ibu kami ini Ya Allah..." tangisan Abah bertambah kuat. "Kasihanilah ibu kami Ya Allah, kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang."
Aku yang berdiri di belakang abah, tidak tertahan dengan talkin yang menginsafkan, menyayat hati, perutusan terakhir seorang anak kepada ibunya, Allahuakbar. Abah gagah menyusun sisa kudrat dan semangatnya, untuk menghabiskan talkinnya.