• “ABANG!” suara Rizkia memecah lamunan Adhan. Dia bingkas berlari ke bilik. Rizki yang terbaring di atas katil menjerit sekuat hati, kakinya dah terbuka luas, dia mengurut perut sendiri, menahan nafas, berpeluh satu badan. 

    “Allahuakbar” Adhan ingin memapah isterinya berjalan ke kereta, tapi ditegah keras.

    “Abang, Kia tak rasa Kia boleh berjalan selangkah pun, sakit sangat ni bang, Allahu”

    “Mengucap Kia, mengucap.” Adhan panik, kalau tidak ke hospital, di mana pulak Rizkia nak bersalin? Adhan garu kepala yang tidak gatal. Rizkia menjerit lagi. “Istighfar Kia, istighfar.” Bagaikan jodoh masa, ada laungan salam dari luar. Adhan tidak dapat berbuat apa2, dia hanya menjawab salam tersebut dengan kuat, diiringi jeritan Rizkia mengerang. Haji Tarwi, Hajah Qu Laila dan dua anak remaja perempuannya Ifti dan Sri muncul di depan pintu biliknya.

    “Allahuakbar, dah nak bersalin sekarang ke Rizkia?” soal Hajah Qu Laila. Rizkia menjawab dengan satu lagi jeritan menahan kesakitan. Hajah Qu Laila memberi arahan kepada dua orang anak remaja perempuannya, dan laju mereka bertindak. Rahima, Firash dan Mina baru sampai rumah, balik dari mengaji Al-Quran, mereka terlongo melihat keadaan ibu Rizkia, lantas ditarik oleh Haji Tarwi untuk duduk di ruang tamu. Adhan setia disisi Rizkia. Ini ialah ujian yang paling berat untuk isterinya, dan dia tak akan benarkan isterinya yang tercinta harungi seorang diri. Ifti dan Sri menutup pintu serentak.

    Sayup2 suara mereka bertiga mengaji Al-Quran dibawah bimbingan Haji Tarwi. Adakala mereka ditegur tajwidnya, panjang pendeknya, sebutan hurufnya, car bacanya, baris dan sebagainya. Hampi setengah jam, Haji Tarwi berpesan kepada mereka bertiga, setiap kali terdengar jeritan ibu Rizkia, setiap itu juga mereka harus berdoa agar Allah mengurangkan kesakitan dan keperitan ibu Rizkia dan permudahkan ibu Rizkia melahirkan.

    Keadaan menjadi senyap. Haji Tarwi memandang mereka bertiga yang dah spontan berhenti membaca.

    “Sadakallahula’zim” Haji Tarwi arahkan mereka menyimpan Al-Quran masing2. Mereka berdiri, dan pintu bilik dikuak lebar dari dalam. Ifti dan Sri keluar beriringan dengan kain pelikat basah, besen air dan beberapa peralatan lain, terus ke bilik air di belakang. Haji Tarwi dan ketiga anak kecil tadi masuk mendapatkan Adhan dan Rizkia. Haji Tarwi memandang isterinya yang duduk di tepi katil. Dia tersenyum.

    “Alhamdulillah, semuanya dah selesai.” Hajah Qu Laila meraup wajah, diikuti dengan Haji Tarwi dan Rahima. Firash dan Mina terlalu teruja, mereka terus berlari dan memeluk Rizkia.

    “Alhamdulillah ibu selamat.” Hajah Qu Laila berpesan, jangan buat bising, ibu penat dan berikan ibu ruang untuk berehat. Mereka angguk faham dan kembali berdiri di sebelah kakak mereka, Rahima.

    Adhan yang sedang membelakangi mereka, sedang khusyuk melaungkan bait2 indah azan di telinga bayi kecil yang baru dikurniakan oleh Allah kepada dia dan keluarga.

    “Laillahailallah…” Adhan berpaling. Melihat lapan pasang mata di hadapannya dengan senyuman terukir indah, tanda mensyukuri kebesaran Allah. Dia duduk di sebelah Rizkia, meletakkan bayi kecil tadi yang sudah nyenyak tidur di pangkuannya, dan sekarang berada dalam pelukan ibunya. Adhan tidak sedar bila dia menitiskan air mata, disekanya laju dengan belakang tapak tangan.

    "Abi, adik ni lelaki ke perempuan?" soal Mina teruja. Rizkia tidak putus senyum.

    “Kamu dapat adik lelaki Mina” Adhan membalas senyum.

    “Yes, Firash ada geng!” pecah ketawa besar Haji Tarwi. Yang lain turut tersenyum.

    “Kamu dah ada nama untuk anak ni?” soal Hajah Qu Laila. Adhan senyap. Yang lain turut menunggu dengan tenang. Dia menarik nafas lega, dan mengukir senyum. Kali pertama dia melihat pertarungan ajal dan nyawa isterinya sendiri sebentar tadi, sembilan bulan membawa anak ini di dalam kandungan, dua nyawa dalam satu jasad, ditambah dengan sebulan yang menguji kedua mereka ini, anak itu menjengah keluar menemui dunia. Rizkia senyum terharu. 

    “In Sha Allah, kami dah bersetuju nak namakan dia” Adhan mengusap ubun Rizkia.

    “Syawal”

    -Selesai.
  • Adhan bersalaman dengan orang tua di hadapannya. Kemudian dia duduk mengadap mereka berdua.

    “Apa khabar kamu Adhan?”

    “Baik Alhamdulillah. Tn Haji? Hajah? Apa khabar?”

    “Kami sihat Adhan. Tak pernah rasa sihat macam ni, maklumlah, esok dah mula hari pertama kita di bulan paling mulia dalam kalendar Islam.” Hajah Qu Laila tersenyum, menyepet kedua matanya yang dah sedia kecil. Suaminya di sebelah menggenggam tangannya.

    “Apa khabar Rizkia, Adhan?” soal Haji Tarwi

    “Alhamdulillah sihat”

    “Bila doktor kata dia bersalin?” soal Haji Tarwi lagi.

    “Dalam bulan ni jugak In Sha Allah,” Adhan tersenyum.

    “Alhamdulillah. Berkat kamu jaga anak yatim Adhan, Allah bagi kamu cahaya mata sendiri” Hajah Qu Laila mencelah. Dia turut tersenyum lebar.

    “Alhamdulillah, In Sha Allah kalau tak keberatan, lepas isteri saya bersalin, saya nak buat kenduri doa selamat, khatam Quran, malam tu buat kenduri tahlil sekali. In Sha Allah.”

    “In Sha Allah. Nanti kami bantu apa yang patut.” Hajah Qu Laila memandang suaminya, tangan mereka masih tidak terlerai dari genggaman masing2. Adhan memandang terharu. Hatinya tertendang gembira. 

    “Niat kami nak berpuasa di tanah suci, tapi…”

    “Tapi kenapa Tn Haji?”

    “Orang rumah ni ha, mata dah tak berapa nampak, badan dah tak berapa larat, takut menyusahkan orang di sana je.” Haji Tarwi mengusap tangan isterinya.

    “Kan setiap pakej Haji sekarang ada disediakan orang yang boleh tolong kita sepanjang mengerjakan ibadah Haji? Lagipun selalu Adhan dengar, orang yang sakit2 ni, jejak kaki ke sana je, badan terus sihat. In Sha Allah, kena doa banyak2.”

    “Ada tu memang ada, doa tu memang doa, tapi itu kan semua ketentuan Allahu Subhanuwata’ala. Kita ni, rancanglah macam mana teliti pun, macam mana baik sekalipun, perancangan Allah juga yang terbaik.” Adhan mengangguk. Dia bersandar. Dua orang remaja perempuan mendatangi mereka. Dengan dulang berisi air dan sepinggan kek potong.

    “Yang mana satu Ifti, yang mana Sri ya Tuan Haji?” Adhan berkira2 sendiri. Dua anak remaja tadi tersipu malu duduk bersimpuh di sebelah ayah mereka.

    “Ini Ifti adiknya, ini Sri kakaknya.” Haji Tarwi mengunjuk dengan tangan. Mereka tersenyum dan hampir serentak menjemput Adhan minum, lalu bingkas meninggalkan ruang tamu.

    “Adril mana?”

    “Jangan ditanyakan budak bertuah tu Adhan, munculnya sekali sebulan.” Haji Tarwi tergelak besar. Hajah Qu Laila turut tersenyum lebar. “Dia tu memang tak nampak batang hidung, nanti kalau nak balik ke rumah, adalah dalam rumah ni nanti.” Haji Tarwi mengurut dada kerana berdekah terlampau kuat. Adhan hanya menggeleng melihat gelagat dua orang tua itu, dia kemudiannya beransur selepas teh dalam cawannya habis diminum.

    *****

    Hari ini ialah hari ke 28 mereka mengerjakan ibadah tuntutan agama Islam yang melarang keras untuk makan dan minum dan melakukan perkara2 yang boleh membatalkan ibadah tersebut dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari. Adhan berehat di ruang tamu, Rizkia dah sediakan secawan air sejuk. Dia tahu suaminya pasti lelah selepas menunaikan ibadah solat sunat 20 rakaat di masjid. Adhan memasang peti televisyen, namun matanya sahaja yang memandang tepat, dia tidak bersungguh untuk menonton pun sebenarnya. Dia masih berkira2 tentang keadaan isterinya. Sudah hampir sebulan, mengikut kata doktor, sepatutnya Rizkia akan bersalin dalam bulan ni. Sudah tak tertahan melihat Rizkia adakalanya mengerang sendirian, terduduk, tidak tahan berdiri lama, berjalan perlahan, kakinya sampai bengkak2. Adhan sudah berkali2 berpesan pada isterinya agar membataskan aktiviti fizikal. Namun Rizkia berdegil, alasannya, dia mahu pastikan segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya ini serba lengkap. Baik dari luar sampai dalam rumah.

    Adhan juga ada meminta pertolongan Hajah Qu Laila untuk tolong tengok2kan Rizkia. Dihantarnya dua orang anak remaja perempuannya, Ifti dan Sri. Mereka selalu dilihat datang menolong di rumah. Pada siangnya mereka datang berdua, adakala Sri datang seorang dan ada juga Ifti datang sendirian. Mereka setia menjaga Rizkia yang dahulunya pernah menjaga mereka ketika kecil, ketika Hajah Qu Laila dalam pantang. Tiga orang anak jagaannya turut ringan tangan membantu. Rahima, Firash dan Mina.

    Walaupun nakal dan masih belum matang, namun mereka bertiga amat membantu kerja2 seharian Rizkia. Adhan tidak dapat berada di rumah sepanjang masa atas urusan kerja. Dia berterima kasih pada mereka berlima kerana menolong isterinya.

    “ABANG!” suara Rizkia memecah lamunan Adhan.

    -bersambung.
  • PERBICARAAN KES PENGGODA JUTAWAN, TIGA DIHERET KE MAHKAMAH. Suspek yang dikenali dengan nama panggilan Shiya, Is dan Jin akan ditahan reman selama sebulan bermula esok bagi membantu siasatan pihak polis. Sebarang maklumat dan informasi dari orang awam, sila hubungi. 03 XXXX XXXX.

    Adhan lipat dan letakkan ke atas meja, dia geleng membaca muka depan surat khabar hari ini. Dah jadi macam tradisi setiap kali datang bulan mulia tuntutan agamanya itu, pasti ada kes2 seperti ini berlaku. Yang menghairankan, setiap kali tangkapan dilakukan, suspek hanya akan ditahan reman selama sebulan, kemudian dibebaskan. Pada tahun berikutnya, kejadian yang sama berulang. Mangsa yang berbeza, tapi tiga orang suspek yang sama. Adhan keliru. 

    “Bang…” seorang wanita sarat mengandung keluar dari dapur berjalan perlahan ke arahnya. 

    “Kia, kan doktor dah pesan, awak tu bila2 masa je boleh due, janganlah banyak berjalan.”

    Rizkia duduk di sebelah suaminya. Dia senyum kelat, sambil tangannya laju mengurut perlahan perutnya yang dah membulat ke depan. Seraya Adhan turut membantu mengurut perlahan dua kaki Rizkia. 

    “Abang…esokkan hari pertama. Abang lupa ke?”

    “Abang tak pernah lupa Kia. Awak dah niat sebulan?”

    “Boleh ke bang niat sebulan?”

    “Niat sebulan tu sah, tapi sebagai langkah berjaga2, diharuskan niat setiap hari takut awak terlupa je.” Adhan memicit bahu isterinya pula. Rizkia mengeluh lega.

    “Abang, tahun ni kan, saya rasa macam nak buat kenduri.”

    “Kenduri apa?” Adhan kerut dahi.

    “Ni, sambut baby nak keluar ni” Rizkia tersenyum lebar, sambil matanya galak, tangannya setia mengusap perutnya. Adhan turut tersenyum. 

    “In Sha Allah, kalau ada rezeki nanti abang uruskan. Awak berehatlah.” Adhan bingkas.

    “Abang nak pergi mana?”

    “Eh, kan esok hari pertama, abang nak bagitau dekat anak Pak Cik Bul tu supaya bersedia nanti takut dia terlupa.” Rizkia leretkan senyuman.

    “Ha, yelah. Hati2 bang.”

    Rizkia mencium tangan suaminya, Dia bingkas ke dapur semula. Hempaskan punggung ke kerusi kayu yang dah dilapikkan bantal kusyen. Leka dia mengupas bawang, pintu dapur diketuk berulang kali. Belum sempat dia memberi sebarang respon, tiga orang kanak2 meluru masuk ke dalam.

    “Assalamualaikum!” mereka bertiga memberi salam hampir serentak. Rizkia mengucap panjang.

    “Waalaikumsalam, apa kamu bertiga ni, nasib baik ibu takde sakit jantung, main terjah je.” Rizkia mengurut dada mengurangkan gusar. Tiga kanak2 tadi masing2 duduk mengelilingi Rizkia.

    “Ibu…ibu. Betul ke esok dah start tak boleh makan? Tak boleh minum?” soal seorang perempuan yang paling kecil. Rizkia tersenyum, tangannya masih setia mengupas bawang.

    “Ya Mina, esok dah start. Mina dah berlatih dah sebelum ni?”

    “Ala…praktis baru sehari,” kanak2 lelaki yang lebih besar dari Mina mencelah.

    “Abang Firash dah ready?” soal Rizkia. Kanak2 lelaki tersebut senyum lebar. Dia angguk bersungguh.

    “Dia bohong bu, dia pun baru berlatih sehari macam Mina jugak” mereka bertikam lidah. Rizkia menggeleng.

    “Hey, dah2. Ini yang ibu tak suka. Bergaduh depan rezeki. Macam mana ni? Esok dah mula nak buat ibadah, hari ni buat kesalahan lagi? Bergaduh sesama saudara. Satu talian darah pulak tu. Isyh, Tuhan tak suka. Mintak maaf lekas.” Kedua2 Mina dan Firash muncung. Rizkia pandang keduanya. Mereka cepat2 bersalaman dan berdakapan. Kemudian berbual seperti biasa. Rizkia berkalih ke seorang lagi kanak2 perempuan di sebelahnya yang dari tadi senyap, tapi tangannya ringan membantu mengupas bawang.

    “Rahima, senyap je. Kenapa?” soal Rizkia. Kanak2 perempuan tadi hanya menggeleng. Dia yang paling tinggi antara ketiga2 kanak2 di situ.

    “Ibu! ibu!” Mina menjerit bersungguh. Tetapi setelah mendapat jelingan tajam dari Rahima, dia senyap. Rizkia tahu, Rahima ada benda yang nak diberitahu, mungkin dia segan nak nyatakan sekarang ini.

    “Rahima? Bisik dekat telinga ibu.” Rizkia menguntum senyum. Pada mulanya Rahima masih agak2 dan ragu2, kemudian dia bergerak mendekati Rizkia dan membisikkan sesuatu. Firash dan Mina berpandangan sesama sendiri. Rizkia hanya tersenyum, sekejap dia menutup mulutnya dengan tangan, kemudian dia menggangguk. Usai urusan rahsia Rahima, dia menyambung mengupas bawang. Dia faham sekarang. Rahima kembali duduk di tempatnya tadi.

    “Ni, ibu nak pesan. Kamu bertiga kena mainkan peranan yang sangat penting untuk satu bulan ni. Dengar betul2 apa yang ibu nak pesan ni.”

    Ketiga mereka memasang telinga.

    “Sepanjang satu bulan ni, ada tiga fasa. Jadi, ibu nak hadiahkan satu fasa pada setiap orang dari kamu. Rahima, fasa yang pertama, Firash fasa yang kedua, dan Mina,” Rizkia sempat mencubit pipi kembung kanak2 perempuan yang paling kecil itu. “Mina fasa yang terakhir.”

    “Kenapa ibu bagi kitorang fasa2 ni?”

    “Sebagai peringatan, sebagai kayu ukur, dan sebagai hadiah.”

    “Ibu…kayu ukur tu apa?”

    Rizkia tergelak kecil. Dia sambung bercerita.

    -bersambung.
  • Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Aku tau korang marah kat aku. Here, have some cats and dogs photos instead.

    Ok *hulur tisu. Lap air mata tu dik, jgn nak nangis sangat. Aku dah buat comeback ni. Ok ni aku bagi alasan2 yg agak munasabah *agaklah.

    1. Aku busy study

    2. Aku baru habis final exam dua minggu lepas

    3. Laptop aku buat hal (Browser Chrome corrupted) Torch plak baru semalam aku betulkan. So skrg dah ok. Itupun kena jampi2 sikit. Usap2 laptop sikit, cakap sayang2 jangan kau marah *erk, geli je. Dahlah lama tak update, datang2 je buat lawak subliminal sexual content. Urgh, grow up.

    4. Aku pemalas.

    5. Aku ada banyak keje lain selain update blog

    6. Aku ada instagram @the_roshad yang aku kerap update dan lebih senang berbanding blog yg kena on laptop bagai. (buat hal lagi kang laptop ni bila kena bash camni)

    7. Aku dah takde idea nak letak alasan apa lagi.

    Ol n ol, sebagai owner blog yg tak bertanggungjawab seperti aku, dengan sukacita nak ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. (bolehla, buat welcome post Ramadhan ke 14, WEH? Serius dah separuh Ramadhan?!) Semoga korang diberikan keberkatan di bulan mulia ni, semoga puasa penuh, segala amalan dilipat kali gandakan ganjaran pahalanya. 

    Aku ada banyak gila benda nak share kat korang, tapi tak tahu nak mula dari mana. Nanti akan ada banyak lagi entry menyusul k (In Sha Allah) Entry Pop Juice pun dah berhenti sampai bulan 3 je, alahai. 

    So, first of all. Aku dah habis semester 2 dekat Uni. So tinggal 4 semester lagi. Kejap je kan dah habis first year. Final exam was ok, ada killer paper, ada yg mmg nak tercabut kepala otak, oh talking bout kepala otak. Rambut aku dah panjang tau. Panjang as in. 

    THIS PANJANG. :)
    Sebelah kiri tu Shafik, dan kanan tu Pip. Yg tgh tu Eyebag Monster

    Selain study yang parah hectic, aku ada join program. Dinner kolej bulan 5 hari tu. Aku merangkap TKP (Timbalan Ketua Pengarah) and it was frickin awesome! Sorrylah, aku ada gambar2 ni je dalam laptop. Yg lain dalam handphone, tak sempat transfer lagi.
    Poster Rasmi Malam Integrasi Highlanders
    Timbalan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Post Program
    VSRTW
    Oh, dan aku tak payah cakap banyak, kalau korang nak tengok (thanks to Pusat Komunikasi Korporat) here’s a full video of the event.
    (Sorrylah kalau korang nampak any flaws tu. Harap dimaafkan, lagi2 kepada penghuni Kolej Ibrahim Yaakub. Dey, bukan senang nak organize dinner ni ok. Lagi2 yg handle ni 80% bdak2 first year. Respect!)

    Other than that, last month was supposed to be pack with signature entries like the annual Akir Tribute. Al-Fatihah
    and oso! Aku sampai takde masa nak wish HAPPY BIRTHDAY to mine truly blog Anasyg. Selamat Ulangtahun ke ENAM! Wah dah 6 tahun aku blogging ea. Kalau pasang AdSense ni mesti dh kaya raya boleh bagi duit raya kat korang. Hah! Gatal nak mintak lettew jap lagi. Hadiah bday blog ni mana? Haha.

    So this compact entry would like to thank you still to all readers yg tak putus2 datang jenguk blog ni walaupun takde orang yg jawab salam korang. Sedeyh. And to those who’d prayed for my health and study and life and anything, thank you. Cause I still remember praying for this very moment I’m living now, couldn’t be more grateful than this. Alhamdulillah. 

    Last but not least, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak to all Muslims around the world. Tinggal separuh bulan je lagi ni, If you guys in the right lane, istiqamah, and if you don't but willing to change? Godspeed. :)

    p/s: comment chugais punya instagram account in the comment below, In Sha Allah kalau berkesempatan, nanti aku pg follow.