Kau bayangkan diri kau sedang nyenyak tidur, tiba2 kau tak boleh bernafas. Kau seperti ikan yang dipancing, luka bibir terkena kail, direntap ke darat, tergunta2 atas seutas tali joran, dan kau berusaha untuk jatuh terjelepok balik ke dalam habitat yang boleh buat kau bernafas. Aku seperti itu pada malam tadi. Aku sempat mimpi aku menyertai beberapa pertandingan larian amal seperti KL Marathon, Penang Bridge Run, Milo Run, macam2 lagi, tapi oleh kerana kondisi jantung aku yang seperti ini, aku rasa sangat ralat kerana tidak dapat menyertai semua tu.
Berbalik pada kes sesaat sebelum aku hilang oksigen, aku terdengar bunyi mesin yang setia menjaga aku ditepi katil menjerit nyaring, dan aku nampak seorang nurse dan seorang doktor meluru masuk, ketika ini pandangan aku semakin kabur sebab oksigen tak mencukupi dalam aliran darah aku untuk sistem penglihatan. Tapi yang jelas aku nampak temankan aku malam tu ialah Sani.
Eh? Dia ada rupanya. Ingatkan dia takde, sebab aku hanya akan fully awake, terjaga selepas jam 5.30 pagi. Memang habit aku dari dulu sampai sekarang. Selagi belum 5.30 pagi, selagi tulah aku takkan bukak mata, bukak otak. Patutlah sebelum ni aku tak nampak kelibat dia, rupanya dia ambil alih menjaga aku pada waktu sebegini.
Ya Allah, terharunya..benarlah jodoh aku dengan seorang Adam yang sangat menyayangi aku, bertanggungjawab terhadap perempuan yang dah diniatkan dalam hati dia untuk diijabkan bersama aku. Tapi Tuhan..aku rasa sakit sangat sekarang ni. Sebab aku tak dapat bernafas. Mata aku berat ingin terkatup pejam, tapi aku terasa seluruh mulut aku ditekup dengan plastik dan ada deruan oksigen menerjah masuk dua rongga aku, dari mulut, dan dari hidung.
Dada aku naik turun, air mata aku dah berhenti mengalir bila aku dah dapat bernafas normal. Normal pun dengan alat bantuan pernafasan, sesaat sebelum aku pitam dengan alam mimpi, aku nampak raut wajah Sani yang kelegaan melihat aku bernafas normal, sebab sebelum tu aku nampak dia pecah peluh menahan gelisah disebelah nurse dan doktor yang masuk selamatkan aku tadi. Tiada audio, sebab aku dah pekakkan telinga. Aku hanya fokuskan pada 'macam mana aku nak bernafas'.
Dan keesokkan harinya aku dapat lawatan tidak rasmi dari dua orang doktor. Seorang yang merawat aku sepanjang sudah hampir dua minggu aku disitu, dan seorang lagi doktor yang aku baru kenali hari itu. Kami bukan bertiga, kami berlima, dengan Mama dan Papa. Oh dan hati aku kuat mengatakan yang Sani turut hadir, tapi dia tak masuk ke dalam bilik, malah tak pernah muncul di siang hari pun.
"Kita kena cari penderma organ untuk awak Tia"
"Jantung awak semakin lemah Tia, kami khuatir awak akan diserang komplikasi seperti malam semalam. Kami..."
Aku pandang kedua lelaki berjubah putih tadi dengan pandangan polos.
"Kami takut kalau2 kamu diserang buat kali kedua, jantung kamu akan benar2 shut down dan tak bertindak balas pada oksigen kecemasan yang kami salurkan." Aku perasan ketika doktor muntahkan perkataan shut down, Mama dah peluk Papa dan menangis semahunya. Aku? Aku tak menangis, sebab aku bersandar pada fakta semua yang hidup akan merasai mati, dan aku juga tahu kalau aku baru nak masuk waiting list untuk penderma jantung, berkemungkinan aku boleh mati dulu, baru aku dapat jantung yang sesuai.
"Kamu ada apa2 soalan untuk kami? Tia?" soalan yang tiada jawapan sebagai pertanyaan kepada mereka. Aku hanya memandang Mama dan Papa. Meminta dengan cara elok supaya mereka berdua meninggalkan kami bertiga. Mama meningkah pada mulanya, tapi Papa pujuk perlahan, dan mereka biarkan aku bersendirian bertiga dengan dua orang doktor tu.
Aku tak fikir panjang, aku ajukan dua soalan, soalan pertama aku ialah.
"Kalau saya masuk dalam waiting list, berapa lama saya perlu tunggu untuk jantung yang sesuai dengan saya"
...dan soalan kedua aku ialah.
"How much time do I have left."
Dimana kedua2 soalan tadi memberi tamparan hebat kepada kedua2 doktor dihadapan aku.
2 comments → Lari : Bahagian Kedua
Okey, nak sambung baca part 3 =')
@siaraElina: sila2 :)
Post a Comment