• Adamantium : Part 2

    Tajuk asal : The Girl With Three Dresses
    Baca Part 1.

    Cepat je masa berlalu. 55 hari kami bersama. Kalau aku nak gosok dekat muka korang tentang betapa bahagianya aku dengan dia sepanjang 55 hari tu mmg takkan habis aku karang entry ni. Tapi...seperti biasa, kapal mana tak dilambung ombak kan?

    Dia jadi nakhoda kapal, kemudi bahtera kami. Eh, bukan bahtera, kami naik kolek kecil je. Kadang2 berayun ke kiri, kadang2 berayun ke kanan. Kolek mana ada layar, jadi kami kena dayung sendiri. Kami kena berusaha nak maju, berusaha nak ke hulu, berusaha nak ke hilir. Itu adatlah, kalau ada ombak kuat sikit, terlambung2 kolek kami. 

    Bahagia tu, Allah bagi pinjam kejap je. Sebab bila dah leka sangat sampai tak suntik sedikit realiti, nanti realiti tu datang tampar kita sendiri. *trust me.

    Pada hari ke 47, kami berselisih faham. Biasalah kan, kalau tak bergaduh manja dalam percintaan tu, bukanlah satu perhubungan yang sihat. paling tidak mesti bertikam lidah. Tapi dalam kes aku...Hadi tidak bertikam lidah, dia jadi bisu dengan aku. Dia telan lidah dia sendiri. Dia senyap dengan aku. 

    Menjadikan 8 hari dia berikan aku silent treatment. Pekerjaan aku? Samalah seperti pekerjaan-pekerjaan setiap perempuan yang merindui kekasih hatinya, aku stalk Fb, Twitter, Instagram, Whatsapp. Tengok2 kalau dia ada update apa2, kalau dia ada share apa2, kalau dia ada mesej apa2. Tapi hampa, aku berteman sepi. 

    Aku rindukan dia. Separuh mati rindu, separuh nyawa hilang bila dia tak berhubungan dengan aku. Aku mengadu dengan Tuhan, aku mengadu dengan kawan baik aku. Aku angkat gajet, terus call dia. 

    "Hello, Ris"

    "Kenapa Ra?"

    "Ris, free tak? Boleh datang rumah aku? Nak pinjam bahu."

    "Ok, lepas isya' aku datang."

    Ris datang rumah aku betul2 lepas isya'. Aku dah tunggu dia dekat luar rumah. Dia terus duduk sebelah aku dekat bangku taman.

    "Kenapa bau kau macam kuih raya?" Ris tegur

    "Aku baru mandi" Aku suak rambut ke kanan.

    "Kenapa ni Ra?" soalnya.

    "Hadi..."

    "Kenapa dengan dia? Korang gaduh ke?"

    Aku ceritakan dari A sampai Z yang kami berselisih faham. Puncanya dari aku. Bagi aku, ragam yang aku buat tu masalah kecil, tapi bagi dia, it's a big deal. Dia putuskan utk berdiam diri. Dia tak balas mesej2 aku, dan aku dibiarkan menangis rindu separuh mati. Ris angguk faham. Dia setia mendengar. Tiba2 tangan dia datang calit pipi aku.

    "Eh? Bila aku menangis?" aku senyum. Tak sedar air mata mengalir. 

    "Bersabarlah Ra, ada hikmahnya. Mungkin dia perlukan masa bersendirian buat masa sekarang. The best thing to do is, not to bother him. Lelaki mmg macam tu, dia akan pencilkan diri kalau dia ada byk sgt perkara yg merunsingkan dia."

    "Walaupun aku dah berbelas kali minta maaf?" suara aku meninggi.

    "He need his time alone."

    "Habis tu apa fungsinya aku jadi kekasih dia? Dia tahu kan dia boleh cerita apa sahaja dengan aku,"

    "Itu yang kau fikirkan, lelaki tak fikir macam tu. Ada rahsia yang dia simpan sendiri, tak semua benda dia boleh share Ra. It's just how man's mind works."

    "Aku perlukan dia sangat2. Aku lemah."

    "Sebab tu aku ada kat sini, tanam kelemahan kau, dan tiupkan sedikit kekuatan utk kau. Jangan terlalu lemah, nanti lagi susah nak bangun balik."

    "Aku terlalu rindukan dia." aku sandarkan kepala di bahu Ris. Kepala Ris lentokkan atas kepala aku yang bersandar tadi. Aku sambung menangis.  Ris betulkan duduk. Dia pandang aku.

    "Kau nak tau pendapat aku tentang masalah kau ni?"

    "Apa?"

    "Kau ada byk baju nak pakai, tapi kau asyik pakai satu baju je."

    Aku tengok baju yang aku sarung. "Baju tidur aku ni?"

    "Bukan tulah sengal, aku bagi kau tiga baju. Courage, Patience, dengan Insecurity, pilih mana yang paling sesuai dengan kau sekarang ni." Lama aku termenung, nak tangkap maksud Ris.

    "Patience kut?" Laju Ris jentik dahi aku. "Adoi! Kenapa jentik dahi aku?"

    "Kau insecure, bukan patient, bukan courage." Mata aku berair, sakit dahi kena jentik, tapi terharu dengan point yang Ris nak bagitahu aku. "Cuba pakai baju lain boleh? Pakai baju Courage tu, sbb dia ada dalam almari, kau nampak yang baju tu ada, tapi kau buat tak peduli dengan baju tu." aku angguk.

    "Patience bila nak pakai?" soal aku. Ris letakkan tangan kanan dia atas dada.

    "Kau tahu kan, kalau kita rindu dekat seseorang tu, kita kena doakan dia. Tepuk dada kita, bisikkan pada hati, aku harap dia juga ingatkan aku seperti mana aku sentiasa mengingati dia. Itu gunanya bersabar, serahkan pada Tuhan." Ris bersandar. Dia pandang langit yang tak berbintang.

    "Serius?"

    "Cubalah." ujar Ris. Bersungguh dia angguk. Aku tepuk dada aku. Pejamkan mata. 

    "Aku rindu kau Hadi. Kau rindu aku tak? Aku doakan kau sihat2 sahaja di sana. Aku doakan segala urusan kau dipermudahkan Allah s.w.t." perlahan aku ucapkan. Ris senyum. 

    Kami berbual lagi. Walaupun masalah aku dengan Hadi belum selesai, setidaknya satu beban terangkat selepas sesi terapi hati dengan Ris. Malam tu, time kitorang borak dekat luar rumah, angin malam menderu kuat. Pokok2 semua terlentok ke kiri ke kanan. Macam ada petanda tak baik yang esok akan hujan.

    Aku tak risau, sebab kalau hujan, aku kan ada 2 lagi baju utk dipakai, oh, dan meskipun hujan, lepas hujan kan ada pelangi. So cheer up. :') *lap air mata.

    ...bersambung.

    23 comments → Adamantium : Part 2

    1. "Itu yang kau fikirkan, lelaki tak fikir macam tu. Ada rahsia yang dia simpan sendiri, tak semua benda dia boleh share Ra. It's just how man's mind works."

      Yeap. Itu lelaki. Tak semua benda dia cerita kan? Betul tak anas?

    2. Lelaki banyak berahsia, kalau perempuan tak boleh pendam lama2..Itulah kelemahannya..hahaha xD

    3. Betul laa...lelaki ni suka berahsia. Dia ngan member dia je boleh share rahsia. Ngan gf, jangan harap. Oke next sambungan. Citer ni best. Nah 5 bintang! * * * * *

    4. "Bahagia tu, Allah bagi pinjam kejap je. Sebab bila dah leka sangat sampai tak suntik sedikit realiti, nanti realiti tu datang tampar kita sendiri. *trust me."


      Absolutely agree. Serious. This happened. Saya pernah ditampar realiti. Sampai melayang jatuh tersungkur tak larat nak bangun.

      Eh awat titiber guna saya plak ni emi oiiiii. Heheh

      I love this. Cecepat ler sambung. Jangan lupa mention^^

    5. lelaki.. memang banyak berahsia. ok.

    6. amboi ayat dia. hehe. mana hadi tu nyorok?

    7. semakin mengganggu ggugat perasaan hahahaa.. cepat2 sambung anas ye =) dan meskipun hujan, lepas hujan kan ada pelangi.. i loiiikkke this =)

    8. lelaki memang suka berahsia :)

    9. Suka perumpamaan baju tu :)

    10. biarlah rahsia... hahahaa... like like like :D

    11. @Scha : yes, sangat betul Cik Scha :)

    12. @azwar : angguk2 penuh semangat. betul tu-betul tu.

    13. @ismiAna : aww..too sweet, saya terima 5 bintang Ana itu. hehe. :) terima kasih.


    14. @aimiSyafiqah : guna anakanda dan nenda pun boleh, hehe. melayang tak larat bangun, tapi lama2 dpt berdiri semula kan :) slow2 k.

    15. @anisIfham : sgt byk. Dorang pandai simpan sendiri. hehe.

    16. @budak : nyorok dalam hati. eh? :)
      :)

    17. @elina : i loike that too. hehe. thanks dear. :)

    18. @Hans : ye betul! 20markah.

    19. @Farah : Farah pakai baju yang mana? hehe

    20. @wan : i like like like u too, sbb sudi baca.

    21. lelaki.. memang pandai simpan rahsia.. haha.. suke je pendam ...

    22. @syazrahTarmin : ha'ah. lelaki mmg camtu. selalu. :)

    23. Err.. kalau budak ni pun pandai berahsia camne? bhahaha xD