• There were just too many deaths happening too often this past couple of weeks. We were usually reminded that those who passed on too early, were beloved of Allah. They were gone too soon, cause Allah loves them more, and they were blessed to no longer sin on this brief Dunya. 

    I've lost quite a handful of those I admired. Those who I cherished, and those who I loved. It broke my heart every time the news was passed on. My soul sunk, and the grieving was endless. I always reminded myself that, this part of life is just temporary, and a rather pitstop before all of us gather in the hereafter, insyaAllah. 

    Dealing with death was quite overwhelming to be very honest. One minute you were processing the news still, one minute the body of the one you love is in front of you, ready for burial. Burial/Funeral, on the other hand, is equally sorrowful, and humbling. It's the experience of it all, knowing that your life is short, that you needed to be kind and to love, and to spread good, and like how the hands of time were ticking, so does your life. 

    In the whole ordeal, you gotta be prepared physically and utmost important, mentally. You gotta keep strong, but never invalidate that you needed to grieve. Cry when it hurts the most, those tears will eventually wipe away the heavy burden on the shoulders. It's the only mechanism to express the sadness, the despair, the loss. 

    Fix your intentions to finish arwah's business on Dunya, and left no regrets in saying goodbye. Celebrate the well-lived life, and reflects on all the goods and kindness done by arwah. Always, always, always, say thanks to those who came, who've helped, pre, during, and post-funerals. 

    Finally, pray tirelessly, pray for arwah's business in the hereafter, and pray for those who still live, so that we could all leave this brief Dunya, in Husnul Khatimah. Amin-amin, ya Rabbal Al-Amin. 

  • Semua orang berlenggang tenang dengan persiapan Hari Raya Aidiladha kali ini. Yelah, dah dapat pengumuman seawal 2 minggu sebelum tarikh hari raya, tak macam Raya Aidilfitri tempoh hari, seusai maghrib baru diumum yang keesokkan harinya raya, semua orang trending-kan #PanikRaya, satu Malaysia kelam kabut membuat persiapan minit terakhir.

    Jumaat | 08.07.2022
    Aku dapat berita dari kak Farah yang Opah demam dan tak sedarkan diri. Musim influenza ni, senang sangat nak berjangkit dengan orang yang bersimptom. Dah pakai pelitup muka waima seratus kali apply hand sanitizer pun, kalau nak kena tu, tak kira tempat dan masa. Kes makin tinggi, kebanyakkan yang kronik dari kalangan anak kecil dan orang tua.

    Kak Farah, Mak dengan Abah yang bawa Opah ke klinik untuk pemeriksaan. Tekanan darah Opah tinggi, dia lemah sebab tiada makanan dalam sistem. Mungkin kerana demamnya tu lagi, jadikan Opah tak berselera seperti biasa. 

    Sabtu | 09.07.2022
    Aku dah memang berniat nak balik kampung hujung minggu tu, tapi tak sangka hujung minggu kali ni, akan jadi hujung minggu paling berbeza pernah aku harungi.

    Lepas urusan rumah sewa baru aku, Kak Yan jemput aku, kami bertolak balik ke kampung, satu kereta. Masa aku sampai dengan Kak Yan, jemaah surau baru balik dari takbir raya. Mak bising sebab kitorang balik lambat, biasalah mak kan. Takde apa yang nak diusaikan malam tu, sebab Raya Haji kan? tak semeriah Aidilfitri. Ala kadar je persiapan.

    Malam tu aku mengomel sendiri sebab bahang satu rumah, dengan cuaca tak menentu, tapi tak hujan, buatkan rumah tu lagi panas. Aku membebel sorang2, mana tau pagi tu hujan. 

    Ahad | 10.07.2022
    Seluruh isi bumi yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, ada yang terlibat dengan ibadah korban, menguruskan lembu2, kambing2 korban, tapi hari tu, masih lagi panas. Takbir raya bergema selepas solat sunat hari raya pagi itu. Cuaca tak begitu terik, tapi tak ada pula tanda2 nak hujan. Seharian tu, ada juga jiran tetangga yang ziarah raya, rumah kami masak ala kadar, rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit. Terasalah lauk raya tu, taklah hambar sangat hari raya pertama. 

    Petang tu, Abah sibuk dengan jemaah surau melapah daging kurban, sebab ketua yang mengepalai korban tahun ni baru dapat hantar lembu, kambing yang dah siap disembelih di pusat sembelihan pada sebelah petang. Dia pun sibuk seharian, ramai yang perlukan khidmat sembelihannya sepanjang hari. 

    Aku, Kak Yan, Kak Farah dgn Abg Mie borak kosong petang tu sementara menunggu Angah dan Kak Ipar aku tiba ke rumah. Sambil Kak Farah tak berhenti WhatsApp dengan Mak Su. Katanya mereka di hospital Sungai Buloh, sebab bawa Opah ke kecemasan. 

    Tersentak masing2 dengan berita tu. Aku ingatkan Opah demam biasa je, dan lepas hari Jumaat tempoh hari, keadaan Opah semakin okay, ternyata keadaan Opah semakin teruk dan terpaksa dikejarkan ke kecemasan lepas zohor petang tadi. Mak Su hantar pesanan ringkas pada Kak Farah, berkongsi keadaan Opah, katanya Opah dah ditidurkan kerana tekanan darah dan oksigen sangat rendah. Dari pesanan WhatsApp Mak Su, doktor minta waris, anak cucu datang melawat Opah, kerana beliau semakin tenat. 

    Terus Kak Farah call Abah yang berada di surau untuk balik bersiap untuk ke hospital, kami semua yang berada di depan, macam lipas kudung sarung baju sopan untuk keluar, seraya bila jam lewat pukul 7PM, Abah dapat panggilan dari Achik, aku dan Mak berdiri terpacak menunggu dengan resah. Raut muka Abah jelas riak terkejut yang amat sangat. Berita yang paling ditakuti menjadi nyata. Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7:06PM di wad kecemasan, Hospital Sungai Buloh. Hampir serentak, aku, Mak, dan Abah terduduk. 

    "Innalillahiwainnalillahirojiun" Ya Allah, Opah yang kami santuni sejak dari kecil, telah pergi mengadap Illahi. Laju kaki aku menyampai berita kepada yang lain yang sedang bersiap. Masing2 terpinga. Keliru dan terkejut. Apa yang baru mereka dengar tadi? Aku jadi tukang sampaikan berita pun tak percaya. Ya Allah, luruh jantung berita seberat ini. Berat benar dugaan Aidiladha tahun ni.

    Waktu itu juga, aku, Kak Farah, Kak Yan, Abah dan Achik bergegas ke hospital. Suasana di dalam kereta sepanjang perjalanan begitu sugul. Masing2 berdiam diri, hanya bunyi sekaan air mata Achik yang berhenti sekejap2, meresik hidung, dan pedal minyak ditekan laju. 

    Di wad kecemasan, kami terserempak dengan Ijah dan Intan (anak Achik: sepupu aku) dan Mak Su, aku terus peluk Ijah seeratnya. Dia hamburkan tangisan semahunya, yang bersisa, aku yakin tangisannya lebih kuat beberapa waktu tadi ketika perkhabaran pemergian Opah, asbab dia yang berada di situ menemani detik2 terakhir Opah di dunia ini. 

    Usai kami uruskan urusan tuntutan jenazah Opah, Pak Long dan Mak Long tiba di Jabatan Forensik. Words were spreaded. Akan lebih ramai yang menziarahi jenazah Opah malam ini. Terketar tangan ini mengisi surat kematian Opah sendiri. Semacam tak percaya, aku mengisi surat mati orang yang pernah menyuap makanan kepadaku ketika kecil dulu. Hampir satu jam menunggu van jenazah dari Masjid Jamek Batu Arang, aku, Kak Farah dan Kak Yan iring van jenazah dari belakang, pandu perlahan sampai ke rumah. Aku sempat call Abg Mie untuk kemas rumah, saudara mara akan datang untuk penghormatan terakhir arwah. Langit malam itu sayup tak berangin, awan mendung seakan berarak mengiringi jenazah pulang ke rumah.

    Usai bacaan Yassin pertama kali untuk arwah Opah, Angah, Kak Ipar, Abah dan Mak bergilir menjaga jenazah. Saudara yang baru tiba dari kampung satu persatu tiba sekitar 1AM-3AM, dan seterusnya sehingga ke azan subuh. Pagi Isnin itu, sebaik azan subuh berkumandang, langit bercucuran hujan lebat selebatnya. Se;epas hujan berhenti sekitar jam 7:30 pagi, perkarangan rumah penuh dengan saudara mara, jiran tetangga, dan sahabat handai, baik dari belah Mak Abah, mahupun arwah Opah sendiri. 

    Isnin | 11.07.2022
    Pagi itu, pemandu van jenazah tiba, tetamu yang hadir mengiringi jenazah dibawa masuk ke dalam van untuk diuruskan di Masjid Jamek Batu Arang. Aku terserempak saudara sebelah Mak, kami masuk ke perut masjid. Beberapa orang jemaah masjid sudah mulai bacaan Yassin. Aku ikut serta jemaah menghabiskan satu bacaan. Usai, aku menunggu jenazah dimandikan, Kak Yan missed call, katanya semua orang bergilir mengucup jenazah buat kali terakhir, berlari aku ke tempat pengurusan jenazah, tapi terlambat, kerana jenazah Opah sudah selesai dimandikan, dikafankan, diikat kemas, dan dialih ke dalam keranda untuk dibawa masuk ke dalam ruang solat masjid bagi urusan solat jenazah. 

    Abah mengimamkan solat jenazah arwah Opah. Pagi itu, dalam sejarah kehidupan singkat aku, dan pengalaman sebesar kuman dalam ikut serta jemaah solat jenazah, aku menangis semahunya kerana aku tahu, di hadapan aku itu, adalah wanita yang penting bagi aku, tetapi lebih penting buat Abahku. 

    Serak basah, pecah suara Abah, dengan doa lantangnya menjadi hambur tangis. 
    "Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa ibuku. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ibuku, Ya Allah..." tak tersambung doa Abah, bila tangisannya makin memberat. Hampir aku terdengarkan seluruh jemaah menahan tangis, tapi tidak aku. Tangisan ini tidak tertahan. 

    Selepas doa ringkas, Abah mengadap jemaah. 
    "Apa kita katakan kepada mayat ini?" dibalas "Baik!" oleh para jemaah. Diulang 3 kali. Lalu dengan 3 kali langkah perlahan ke van jenazah, diselangi dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam. Lalu disorong keranda berhati2 ke dalam van jenazah. Jemaah masjid sekalian usai ke tanah perkuburan. 

    Sejujurnya sepanjang bacaan Yassin tadi, aku dah berniat, aku akan masuk ke dalam kubur untuk  menyambut jenazah Opah, dan semadikan ke tempat tidurnya yang terakhir di bumi ini. Alhamdulillah, I did what I intended. Aku, Angah, dan Along masuk ke lubang kubur, dan sambut jenazah Opah perlahan, dan perlahan kami baringkan di tempat pembaringannya untuk menemui Allah swt. Aku dengar dengan teliti setiap arahan dari mereka yang bertugas. 

    "Buka ikatan Opah tu Nas, biar nampak muka, jangan buka luas sangat bahagian dada tu, kemaskan balik elok2" setiap arahan mereka aku turut. Dari A-Z semuanya perlu tertib. 

    "Buat pelan2 je, tak payah gopoh, buat kemas2" ujar petugas itu lagi.

    "Miringkan badan Opah ke rusuk kanan," kemudian mereka bergilir memberi ketulan tanah yang dah diketul-bulatkan, dan aku diberi satu yang leper, "Letak yang leper tu dekat pipi kanan Opah, Nas" 

    Ketulan tanah yang dibulat2kan tadi, disendal di belakang badan Opah, supaya jenazah tidak bergerak. Kemudian kami susun pula papan kayu untuk menutup liang lahad. Sebelum kami bertiga naik ke atas, kami kambus sedikit tanah agar papan kayu tidak bergerak. Sedikit demi sedikit, kubur dikambus, perlahan-lahan juga jenazah Opah tidak lagi kelihatan, walaupun dari sekecil ruang di antara papan kayu itu. Petugas kubur mengambil alih dengan jentolak, mengambus tanah lebih cepat dengan kuantiti lebih banyak. Kubur Opah semakin meninggi dengan tanah merah. 

    Orang ramai hanya memerhati sayu. Cuaca pagi yang mendung, meredup, memayungi umat manusia di tanah perkuburan itu. Dibentang 2 tikar mengkuang mengadap kubur, dan Abah duduk di hadapan, mengetuai talkin.

    Sekali lagi episod airmata berulang, dan tiada siapa yang dapat menahan sebak pabila Abah pecah suara, ujar Abah dalam talkinnya. 

    "Wahai Ibuku, tetapkanlah hatimu, inilah saat dugaan yang paling besar. Ingatlah wahai Ibuku, bahawa Ibu sekarang telah tinggal di dalam alam Barzakh..." suara Abah tersekat di kerongkong, tangisannya memecah sunyi, yang lain turut serta menangis. Sambung Abah lagi "...sehingga sampai saatnya Ibu akan dibangunkan semula untuk dihimpunkan di Padang Mahsyar..." Sambung Abah lagi "Ya Allah Ya Tuhanku, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ibu kami ini Ya Allah..." tangisan Abah bertambah kuat. "Kasihanilah ibu kami Ya Allah, kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang." 

    Aku yang berdiri di belakang abah, tidak tertahan dengan talkin yang menginsafkan, menyayat hati, perutusan terakhir seorang anak kepada ibunya, Allahuakbar. Abah gagah menyusun sisa kudrat dan semangatnya, untuk menghabiskan talkinnya. 

    Pagi itu, aku menyaksikan sendiri suatu kelemahan yang ditakuti kaum Adam. Dikaburi dengan toksik maskuliniti, yang kononnya membuat seorang lelaki itu kurang bersifat jantannya, kurang ''kelelakiannya''. Kami bersalaman dengan jemaah masjid, saudara mara yang hadir, dan berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu dalam urusan pengebumian jenazah Opah kami. 

    Hari mulia yang seharusnya disambut dengan gelak tawa meraikan Aidiladha, things just turn left. The literal meaning of sacrifice, our family lost one of our crowning jewel. Selalu orang kata, selagi orang tua masih ada, lebih seronok anak cucu untuk berkumpul. Mungkin inilah pengorbanan paling besar kami sekeluarga. Kehilangan Opah pada hari raya pertama.

    That very morning, felt so surreal, so humbling, and if only I knew then, that what I witnessed was something more. Abah aku sendiri, yang menuntut jenazah ibunya sendiri, menemani jenazah sepanjang malam, menghadiahi bacaan Yassin sepanjang malam, memandikan jenazah ibunya sendiri, mengafankan jenazah ibunya sendiri, mengimamkan solat jenazah ibunya, menyaksikan jenazah ibunya dikebumikan. And with all that, he stood tall, with so little will, saddened face, and a broken heart. He did what he needs to do, what he was supposed to do, as a son. Ada masanya dia tangisi, dia kalah dengan sebak, ada masanya dia kumpul semangat untuk harungi detik paling sukar dalam hidupnya. He set such a high example to his children, that Abah was and above everything else, wasn't weak. 

    Back then, for that short 48 hours...I knew what strength was.
    Allahyarhamah Rafiaah bt Imam Berkat. Dilahirkan pada 20 Oktober 1933, dan meninggal dunia pada tanggal 10 Julai 2022 tika usianya 88 tahun. Semoga roh arwah Opah, dicucuri rahmat Allah swt, dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman dan diredhai Allah swt. Al-Fatihah (dibaca).
  • We wield this incredible shield that protects us from expressing all the flooding feelings. We know how to drained them, but our facial expressions were far too grand to hide them. Our emotions are like layered onions. Sandwiched together, but transparent. Though they are blurry enough that you can't see the core of it. 

    Oftentimes we got caught in our overwhelming feelings. It's draining the hyper soul and social juice that we had. But never the love that's overflowing the tiny flask, or jar, or glass, or cup. The love that sometimes got mistranslated, misunderstood, mistaken, and oftentimes, unappreciated. 

    It was never easy to hold on to the past that has shaped you to the person you are now, and it was the doubtfulness of the future that got us stuck unmoving, lodged like a log. None to the right, nor to the left. Like a prestigious statue that people worship, we stood still and waiting for someone to dig up layer by layer to know our true intentions. And in the midst of it, plenty has gone weary, an awful lot has given up, a bunch got tired, and only a few. 

    Only a few kept going despite we're chasing them out. Despite we're saying no, and shutting doors. These precious gems, these fighting souls, may come off as stupid and dumb to thaw a thick ice, but to us, they're noble. 

    Why would you conquer a Capricornia? What is there to gain? They are the same thick dumb statues and statuettes that was molded, chiseled and hammered by sculptors. Varied in different heights and lengths and weights and thickness and material. It wasn't so much of the art of conquering the statues and statuettes, rather it's an opening doors to let them (Capricornias) feel, and let loose, and be more free-spirited than their rigid stones. So more people would feel less intimidating towards them, and make them approachable. Oftentimes it was pure, but sometimes, it was just merely normal feelings. Of sadness, of happiness, hopeful, fear, and love. 

    Of all the loud rumors circling around a Capricornia, is that, one is generally very inspiring, particularly as independent and follow one's own paths so fiercely. One can seem cold and uncompassionate when you first meet them. However, deep down, they are loyal, dependable, and devoted. They simply have high walls. They might need to spend years with someone before they feel comfortable opening up about their emotions. They might be a standing still statues and statuettes, but they care about people closest to them, as they only have a few close friends -but they will stay friends for life. They are also incredibly close with their families and value traditions that they will pass down to their own children. Capricornias keep themselves closed off to most of the world, so if they let you inside, they value you immensely.

    But sword and shield wielders behold, once you've opened up a door, a tiny little crack will form and if you're not careful, the whole structure will collapse. It will no longer be a mission of divide and conquer, but they'll make sure it's an effort to guide and nurture. Every step of the way matters, and the best thing about having the conquer-ship with Capricornia, to every kindness you showered them, they'll reply ten folds.