• Assalamualaikum w.b.t semua :)

    KTC *blogger ketat aku, ada request entry hari raya, tapi maaflah Elina, belum ada mood nak share cerita raya. (boleh tak alasan ni diterima Jemaah Menteri2 Blogger?) Ok hambar. Foremost, thanks to u guys sbb sudi baca my fifth mini blovel, pergh, ingatkan masa publish Home (first miniblovel) dah takde plan nak tullis apa2 lagi. Haha, sangkaanku meleset.

    So? Mengikut komen2 korang, yup cerita ni mmg simple basic story pasal seorang lelaki yang belum dikurniakan cahaya mata, last2 dapat anak sendiri. Hah, citer dia macam tu je pun, takde complicated mana. BUT!

    Setiap karakter yg aku perkenalkan tu sebenarnya simbolik atau wakil kepada bulan mulia umat Islam iaitu bulan Ramadhan yang dah pergi meninggalkan kita beberapa minggu yang lalu. Lets start the review.

    1. Adhan : He's actually the very representative of Ramadhan itself. Tenang dan ditemani oleh sahabat baiknya iaitu keberkatan atau dalam ni aku letakkan sebagai isteri dia.

    2. Rizkia : pengertian dari segi bahasa ialah Rezeki :) simple kan? Dan Rizkia bersama Adhan ada tiga orang anak angkat.

    3. Rahima yang paling sulung, simbol kepada fasa pertama bulan Ramadhan iaitu fasa diberi rahmat dan kasih sayang Allah.

    4.Firash ialah simbol fasa kedua bulan Ramadhan iaitu Maghfirah atau fasa keampunan dosa.

    5.Manakala Mina iaitu yang bongsu ialah simbol fasa ketiga bulan Ramadhan iaitu fasa dibebaskan dari azab api neraka.

    Following me so far? :)

    6. Haji Tarwi ialah simbol solat sunat Terawih, manakala isterinya,

    7. Hajah Qu Laila pula ialah amalan sunat Qiyamulail yang digalakkan pada 10 malam terakhir Ramadhan,

    8. Mereka dikurniakan tiga orang anak. Iaitu Ifti : Guess yguys dah boleh agak dah Ifti symbolizes Ifthar.

    9. Dan Sri simbol kepada Sahur.

    10. Anak lelaki mereka yg ditanya oleh Adhan iaitu Adril ialah malam istimewa yang sengaja dirahsiakan oleh Allah iaitu Malam Lailatul Qadr. :) (sebab tu Adril takde kat rumah)

    11. And last but not least, the newborn baby, Syawal. Lambang kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

    Simple je kan? Idea ni muncul time aku tengah solat terawih malam ke...ala aku dah lupa dah. Haha, balik tu cepat2 aku taip dan simpan dalam draft. Dan strategi nak publish all three entries ialah 3 hari sebelum Syawal, and I did that. :)

    *Siapa yg dapat teka semua betul mmg terror habis. Pm aku, nanti aku blanja kopi.

    Kalau korang ada feedback/critics/comments boleh bgtau direct kat komen section kat bawah k. Terima kasih sudi baca. Oh, belum terlambat kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Anasyg. Harapnya Aidilfitri kali ni memberi seribu satu makna dan keberkatan kepada kita semua. Amin~

    p/s: entry raya nanti la k. Ke dah takde mood nak raya? Haha.