• Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Hari tu mendung. Kau tak keluar. Bosan pulak nak jadikan kau matahari. Sbb, kau tak selalu ada. Tapi memang betul pun, mcm hari tu. Mendung. Aku tak tau kau pergi mana, tapi aku betul-betul perlukan kau. Tapi kau tak datang, kau tak muncul. Aku rasa, org2 yg tunggu kau panaskan balik muka bumi ni semua harap kau datang dan senyum lebar agar senyuman kau tu dapat hangatkan sedikit kesejukan. Macam aku cakap tadi, aku tak nak jadikan kau matahari. Duduk jauh tinggi kat atas sana. Aku tak dapat capai kau, aku tak dapat sentuh kau. Dapat tengok dari jauh je, oh, dan kalau dapat pun, menerusi peeping tom dekat dalam dinding berlubang aku.

    Ada org kata aku bodoh. Sebab aku berharap pada sesuatu yg dah terang lagi bersuluh takkan aku miliki. Betul kut org2 tu cakap. Macam sekarang ni, aku suka kat kau, tapi aku tak boleh nak tekup kau guna balang kaca, remember? Sebab tu aku cakap aku bosan nak bahasakan kau sebagai matahari, sesuatu yg sukar aku nak capai. Apa kata…kau jadi rama-rama. Kau indah, segak dan megah. Kau ada dua sayap yg boleh kau bawa menari di udara. Aku boleh ikut kau menari sama, cuma aku menari dgn diri sendiri jelah. Aku tengok kau menari pun aku dah bahagia.

    Oh! Oh! Oh! Aku boleh simpan kau dalam balang kaca. Good news eh? Tapi…simpan kau dalam balang kaca boleh buat kau sesak nafas. Betul tak? Aku nak tengok kau menari di udara. Sama jelah, kalau dapat tangkap dan simpan kau, tapi serupa seperti aku tak memiliki kau. Simply because u belongs to be free. Tengok…sekali lagi aku terusir dgn khayalan ungu aku. Kau nak jadi apa ye? Matahari terlalu panas, rama-rama terlalu bebas. Nanti aku fikirkan ye. Aku takkan mengalah. Aku nak kau jadi sesuatu. Sesuatu yg aku boleh miliki, simpan, dan hargai. Setiap detik dan ketika nafas aku terhembus.

    Baca Siri 1
  • Assalamualaikum


    Hye korang. Sihat? Kalau tak sihat gi makan ubat. Kalau sihat, cakap Alhamdulillah saya sihat. Oh, dan tak payah nak letak Hashtag sgt ok.

    Alrighty, entry yg korang tengah baca ni, merupakan entry rasmi aku yg ke 300. Baru yg ke 300? Alah, baru 300...well, aku kan pernah bebel panjang2 pasal Kualiti bukan Kuantiti. So, tak kisah la, entry ke 300 ke, 3000 ke. Asalkan, aku tau entry yg aku taip, semuanya bawak seribu satu memori dalam hidup aku. Tak gitu kak Gayah?

    Bersempena dgn entry ke 300 blog ni, aku nak celebrate sikit. How? Perasan tak template basic blogger aku yg baru ni takde bloglist lagi, so dgn itu, aku nak buat balik bloglist. Makanya, aku nak letak korang2 *yg baca entry ni, dalam bloglist aku selama dua minggu. Simple kan, aku ni simple je orgnya, tak payah follow, tak payah letak banner, tak payah letak link, tak payah tekan like page kat fb, tak payah tu semua. Korang hanya perlu komen kat entry 300 ni. Sukati koranglah nak cakap apa, tiada paksaan. Kalau korang dah komen tu, kira korang dah masuk dalam bloglist lah tu.

    Senang kan :) Celebration kecil2an, sempena entry aku yg ke 300. Hey! Kau ingat senang ke nak capai entry berkualiti yg ke 300! Haha, walaupun tak semua entry kita mencapai tahap kualiti yg kita nak, sekali lagi tak gitu kak Gayah?

    Kat sini gak, aku nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kat semua lecturer aku kat kolej sepanjang diploma study aku. *ucapan hari guru.Tak, bukan apa...konvo is around the corner, this is only a piece of my thanks to exhibits out my full love for them. Gitu.

    Oh, and to both my SUPPORTIVE PARENTS! Love them so much, I've got some good news this week, despite being tossed with some bad news myself, aku tengok benda tu semua ada hikmah, bak kata org putih, every shade of grey, has its own silver lining. So, I'm gonna keep the good news to myself for the time being, nnt kalau dah confirm, aku share ok. :)

    Oklah, tak nak leret pjg2. Byk citer sebenarnya, mcm biasa, aku akan btau jumlah entry dalam draft aku yg dah mencecah 12 entry. Gila kan :)

    Jgn lupa komen utk masuk bloglist Anasyg ok.

    Saya terasa comel lah hari ni :)
    p/s: kepada yg menunggu siri ke 2 Violet Kuning, in sha Allah aku akan publish esok. Ada ke yg baca? Hmm…musykil beta.

  • Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Aku ibarat kanak2 yg tergunta-gunta. Mencari tali utk berpaut. Aku tak jatuh, tapi aku tak juga terbang jauh. Aku cuma terapung antara dua isi. Satu isi langit, dan satu isi bumi. Aku berada di tengah2. Dan kau…kau macam Matahari. Aku nak capai kau, tapi aku boleh terbakar. Aku nak mendekati kau, tapi aku boleh rentung. Sinar kau tu, lidah barat kata…seductive. Aku suka, tapi merosakkan diri aku sendiri.

    Kalau boleh aku nak stamp marked kau. Supaya kau jadi milik aku, tapi tak boleh. Sbb kau masih memainkan peranan besar utk tebarkan sinar terang kuning oren kau pada sejumlah orang-orang penting sekeliling kau. Takkan aku nak tekup kau dalam balang kaca pulak?

    Tapi..bila aku fikirkan balik. Mungkin aku boleh cuba. Bukan cuba utk tekup kau dalam balang kaca. Aku nak cuba utk hidup dalam peranan kau. Kau kan pakar dalam berikan sinar kuning campur oren kau tu. Adakala aku nampak sinar merah dari kau. Apa maksud kau dgn sinar merah tu ye? Utk org tertentu ke? Adakah aku dalam golongan org2 tertentu tu? Aku harap aku boleh jadi.

    Peranan paling kecil pun boleh. Sebab sekurang-kurangnya, aku berada dalam lingkungan yg mendapat peranan kau. Kau faham kan maksud aku? Itu cuma sisi ungu aku. Kau tau sisi ungu? Sisi non-realistic. Sisi khayalan. Sisi too good to be true. Nak tau sisi nyata aku macam mana? Nanti aku beritahu kau. Buat masa sekarang ni, aku harap aku boleh berselindung di sebalik satu dinding konkrit yg sangat tebal, tapi ada satu peeping tom. Agar nanti bila aku terasa rindukan kau, aku boleh lekatkan mata aku pada lubang kecil tu, dan tunggu kau pancarkan sinaran kau. Dan aku? Jadi org paling bahagia tika moment itu berlaku. 
  • Assalamualaikum :)

    Hari ni hari guru kan, kan, kan? 

    Simple je post ni, nak ucapkan Selamat Hari Guru peringkat Nasional utk semua guru2/tenaga pengajar/pensyarah2/ustaz2 & ustazah2, semoga apa yg kalian ajarkan pada anak bangsa akan menjadi garis panduan utk kami menjadi org berguna, dan berbakti kembali pada negara Malaysia tercinta. *speech hari Kemerdekaan. pun boleh. 

    Dah alang2 nak buat speech, nak senaraikan nama2 utk Acknowledgement ok :) Saya taip yg mana ingat je ye. Gila kau nak ingat semua, beku otak aku nak ingat sorang2 dari tahun 1998 tu. :) cikgu-cikgi, jgn butthurt kalau nama anda tak tersenarai. Tp, saya sentiasa ingat muka, tak ingat nama je. wink2. 

    Tadika Kemas Fasa 3 Bandar Baru Sg. Buloh 

    Cikgu Midah dan Cikgu Mai (Uuh...sayang depa ni)

    Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Buloh 1998-2003 

    Tahun 1: Cikgu Rosnani. *ya, aku ingat dia sorang je, dia ajar BM. (=.=')
    Tahun 2: Sorg pun aku tak ingat nama. Boleh camtu?
    Tahun 3: Ye, same goes to this year, aku tak ingat. Kelas ap pun aku tak ingat. Pun boleh nas...
    Tahun 4: Cikgu Shariana ajar BM. Cikgu Rubiah ajar Math. 
    Tahun 5: Teacher Ashikin ajar BI. Cikgu Ainon ajar Math. 
    Tahun 6: Cikgu Sarimah ajar segala macam subject dia ajar. Teacher Azian ofkoslah ajar BI.

    sorry aku tak dapat ingat nama cikgu lain. Aku ingat muka je, sekali lagi aku tekankan di sini aku ingat muka je. LOL

    Sekolah Menengah Bandar Baru Sg Buloh 2004-2008 

    Ting 1: Pn. Zarina, teacher BI yg sgt graceful. :) 
    Ting 2: Pn. Asmah, Pn. Faezah, Pn. Siti Hasmizan, Pn. Mashitah. 
    Ting 3: Pn. Ariza, Ustazah Zainab, En. Roslan, Pn. Azlina.
    Ting 4 & Ting 5: Pn. Hafizah, Pn. Nur Uyun, Pn. Surian, Pn Rusiah, En. Krishnan, Ustazah Yasamin, Pn. Sariana, Pn. Aspalela, Pn. Rusni,

    Cikgu Perpustakaan: Pn. Hazilawati, Pn. Rosmiza.

    *aku selalu ingat kat cikgu yg ajar BM, BI, MATH ngan SENI je. Haha...those are my forte kut. I tak suka Math, tu yg igt sampai sekarang, kahkahkah. Tapi tak bermakna aku tak rapat ngan cikgu lain. *inilah muka selalu gesel2 kat cikgu minta markah lebih. (=.=;)

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2009-2012

    Kolej seribu satu kenangan ni. I miss my study here, tp aku tak rindu mana2 administration. kahkah2. Quick shout out utk semua pensyarah2, dekan2, dan rektor yg hensem. *erk. Happy Teacher's Day. 

    Sem 1: Mdm Nujaidah, Mdm Aliyatulmuna, Mdm Cammy, Uztaz Halim Syihab, Pn. Azlina. Pn. Haslinda.
    Sem 2: En. Hasrol, Ms. Rosilawati, En. Halim, Pn. Suzianna, Mr. Shahrul, Uztaz Musa.
    Sem 3: Mdm Fairuz, Mdm Zuraifah, Ms. Wan Nor Hazwani, Ms. Maryam.
    Sem 4: Mdm Zuhrah, Ms. Masitah, Ustaz Zubir, Ustazah Noor Hazleena.
    Sem 5: Mr. Effendi, Mr. Zairil,  Pn Ibtisam, Mdm Kamariah, Mdm Azizah.
    Sem 6: Ms. Rosmawar, Mdm Hafida, Mdm Rabiathul.

    *sorry kalau salah sem, bottomline is that, we met and u taught well. kan2

    Ms. Zamila, Ms. Mahanum, Mdm Hawa, Mr. Raj, dan semua lah pensyarah2 kat KUIS tu, yg pernah secara langsung atau tak langsung memberi ilmu pada kami2 penuntut kat situ.

    Simple sgt ucapan selamat hari guru kau nas...Anyhow, sekali lagi, sebelum menutup entri ni, nak ucapkan byk2 terima kasih kat semua tenaga pengajar yg dah berikan 110% komitmen dalam kerja mereka menjalankan tugas menabur ilmu utk anak2 muda yg menuntut ilmu baik dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi. Selagi ilmu itu dikongsikan, kamu adalah seorang pendidik dan penyebar ilmu. Terima kasih daun keladi :) ada jodoh kita jumpa lagi k. 


    p/s: oh, lupa plak kat beberapa org blogger merangkap cikgu sbg profession utama mereka, mcm cikgu Bahasa Inggeris, Nick Nashram, bakal cikgu, Cik Fifi, oh, Daniel Adie pun pensyarah kan? Selamat Hari Guru juga pada kalian.
  • Assalamualaikum :)

     



    First time dengar dia nyanyi, terus terpikat. Hehe...bekas juara Australian Idol 2003, pastu jadi judge The X Factor pada 2011-2012. Album baru dia Armageddon keluar tahun lepas, dan thanks to my akak, dia yg suruh aku dengar lagu ni. Child, this gonna be the soundtrack to my life. 

    Aku lebih suka dengar LIVE performance Guy. Suara dia PERGH! Dia coaching ngan sapa ek, aku pun nak gak. Kalau studio version, suara dia dah mmg power, tang LIVE plak, dia twist pitching sana sini, tinggi rendah. Gawd! Jatuh cinta sama suara dia. 

    Oh, dia lahir kat Klang, Malaysia. wink2.

    p/s: who else noticed of my new basic blogger template :) nice ea?
  • Assalamualaikum

    Rindu aku tak? Pfft...sikit2 suruh org rindu en. Dah lama2 tak update blog ni, otak jadi tepu plak sbb takde idea bernas yg dtg. Yelah kalau sebelum2 ni, aku update base on past event, senang nak relate ngan kehidupan seharian, tapi ini satu event pun takde. Aku bukannya blogger tegar join semua event antara blogger tu. 

    So, apa jadi recently? Korang betul nak tau? 

    Sejak dua-menjak ni, aku dah jadi macam orang gila, kurang sifat kewarasan...sebab apa? Sebab tajuk entri kita pada hari ni. HASHTAGS! ye tuan2 dan puan2. Disebabkan menatang tulah, yg dah buat aku kehilangan separuh kewarasan aku. 

    But, worry not, aku masih boleh berfikir secara normal dan rasional. Benda ni dah jadi 'viral' dah pun kat fb. Mula kat twitter, sbb kat sana mmg pakai hashtags kan, pastu cencurut mana ntah pg 'budayakan' penggunaan hashtags kat fb. *sampai kadang2 tu aku pun dah terguna kat fb. choi. 

    Menyampah tau tak, kalau elok2 aku nak tengok gambar instagram orang yg di-share kat fb tu, tetiba kena baca #love #eat #food #instagram #instafood #color #like #share #FUCK #YOU #HASHTAGS #merambus #akubencikau. 

    Aku ni dahlah jenis suka baca caption gambar, nak2 gambar shared dari Instagram, mmg pjg dgn hashtags je. Hari tu, aku TER-TAMPAR PIPI AKU SENDIRI dengan sangat kuat selepas tak sengaja terbaca caption gambar ada sorang member aku. Gambar makanan apa ntah-aku pun dah malas nak ingat, tp hashtags dia, adalah ala2 cam kat bawah ni. 

    #eco #green #instagreen #lovegreen #instagphoto #blue #skies #panorama #beautiful #scenery #loveblue #like #instagramphotos #earth #earthhour #loveearth #car #engine #love #couple #twilight #harrypotter #tlotr #and #a #bunch #craps #of #hashtags #which #I #have #had #enough #of

    Best sangat kan? kan? Apa perasaan? ITULAH PERASAAN AKU TIME BACA CAPTION2, yg turns out to be just some crappy hashtags. Well, sapa yg butthurt tu. U SHUD!, sbb aku takde twitter, so aku pun tak faham function dia, cousin aku yg ada twitter tu ckp, function dia sama ngan tagging je. Is it? Whatever dear, yg penting...menatang hashtags tu, memang menganggu hidup aku. I friggin hate u Hashtags! ok, tu je. 

    p/s: kang tak memasal, datang seru aku nak create twitter akaun, akulah paling galak hashtag-ing. TIDAK!
  • Assalamualaikum. Entri ni panjang. Terima kasih

    POP POP POP *bunyi popcorn meletup. Panas kut hari ni. Cut to the chase, maleh nak tulis mukadimah pgj2, sesapa yg follow Masterchef Selebriti Malaysia/MSM utk musim kedua ni, mesti dah tau aku nak cakap pasal apa kan? kan? kan? 

    Pasal ini orang. 
    Sir Henry Middleton a.k.a Zain Saidin/ZS a.k.a Malaysia's Very Own Rude Boy. Hah kau, amik tu, aku dah bg gelaran pjg lebar tu. (episod ke 6) pada 28.04.2013 yg lalu, telah berlakunya suatu ketegangan antara ZS dgn 3 chef MSM tu sendiri, merangkap juri professional utk rancangan realiti pertandingan memasak antara selebriti2 Malaysia ni. 

    Ok, what happened was, ZS pada awal salah faham ni, agak tak puas hati dgn cara tiga2 chef ni mengadili masakan dia. Sampai naikkan kes Pak Nil menang ujian cipta rasa sebelum ni, hanya dengan tindakan Pak Nil, 'pinjam' nasi yg dimasak oleh Kenchana Devi utk dihidangkan pada chef, sekaligus membuatkan beliau menang ujian tersebut. *aku dah mcm pembaca berita...bare with me. 

    Sedangkan Papa Joe tak makan pun nasi tu, motif nak judge base on nasi putih tu? NASI RASA NASI LAH CIK ROZITA OI *erk. ZS sedikit terasa tentang komen Papa Joe pasal pancake dia yg hangit. Katanya, bagai menyimbah minyak ke api, bila mana Papa Joe menyatakan pancake masakan ZS ialah the worst pancake he ever tasted. After that, he just burst out. Dia juga mempersoalkan kredibiliti ketiga-tiga chef dalam mengadili masakan mereka *terutamanya masakan dia. 

    Pada awal penyediaan makanan (pancake) si ZS ni, dia sendiri mengaku tak tau nak masak apa. Ketika Papa Joe mendekati beliau, scratch that...beliau is waaay noble to address him, aku bahasakan DIA je. So, time Papa Joe tegur ttg sinki dia yg bersepah, dia buat donno je. Kerana, dia sibuk concentrate mendengar cadangan dan pekikan dari kawan2 selebriti yg lain yg sedang berada di tingkat atas. Sekali lagi teguran dibuat oleh Papa Joe, bila dia mengasingkan putih telur dan kuning telur.

    Papa Joe tanya : Ni nak buat apa? Then ZS cakap nak buat meringue. Tp masalahnya, kuning telur dah tercampur sedikit dalam putih telur, so Papa Joe directly cakap NO CAN DO, kalau nak buat meringue *everybody knows this, mmg tak boleh even ada skit kuning telur, sbb nnt tak jadi meringue-nya. Dia still degil. There's an incredibly skilled and professional cook in front of him, yet dia still jugak nak communicate dgn kawan2 selebriti dia kat tingkat atas, I mean...cmon man. Papa Joe ada depan mata kau. Ask him instead of ur friends. 

    Another thing was, HEY SIR HENRY MIDDLETON *tetiba capital letters semua. COULD YOU PLEASE TELL ME, SAPA MASAK PANCAKE GUNA KUALI MASAK CHAR KEOW TEOY ! Geramnya aku ! Even opah aku pun tau nak masak LEMPENG PISANG dia guna kuali leper so senang nak terbalikkan. What? Ditcha deep-fried ur pancake sir? LOL

    Ol of this just proved that you sir, is at ur OWN disadvantages. Bila mana dia sendiri yg decide utk buat sauce with the mixed egg white and egg yolk, lepas tu dia masak plak atas api. Bak kata Papa Joe, kalau nak buat sauce dgn putih telur tu, tak payah masak. *degil ! Dia 'masak' pancake dgn kuali char keow teoy dia, and of course, he's being insanely rude. 

    Pada mula 'tikam-lidah' tu, MY WHOLE FAMILY dah tak senang duduk, I mean...macam mana, dari seorang yg sweet dalam OME, can turn out to be VERY RUDE MAN...scratch that, he's a boy. Kitorang yg ternganga, dan satu family mmg tak percaya apa yg dia dah buat. He was questioning bout the chefs' credibility, their judging skills, and the ultimate insult was, he addressed them as AWAK TAK ADIL. 

    Mother Fish Cracker betul anak orang nilah. Standing in front of you *pehal tetiba aku speaking dlm entri ni, td ckp cm pembaca berita. Ok, proceed. Tiga2 chef dekat depan dia ialah chef yg berpengalaman, tho I know, some of their critics *aku tak persoalkan cara diorang kritik, aku persoalkan penggunaan bahasa Melayu diorang je, ada setengah tu, aku sendiri tersedak bila chef2 ni bg komen. Aku tak ingat contoh2 ayat tersedak tu, tp aku rasa, korang sendiri dpt tangkap kan? kan? ok, moving on. Dalam worst case scenario yg kau dah marah sangat kat chefs tu pun, at least use some common sense *if u have any, TOLONGLAH RESPECT diorang sebagai orang yg lebih tua dari kau. Wah kau, kemain dengan Che Ta yg WAAAY OLDER than you, kemain you talk bout rights and shit, sampai tang ni. PERGH, pack ur bag and leave d country. *erk. 

    Dia bukan sahaja mempersoalkan dan mempertikaikan kuasa juri dan chef2 tersebut, dia jugak seakan memperkecilkan mereka. Dia tak bahasakan diri chef2 tu dengan panggilan chef, tp hanya memanggil awak. Adds up to the KWAJA-O-meter, he talked back, and didn't even give space for the chefs to justify things. Up to the point that Papa Joe has to chase him away from the kitchen. Ya Allah, KWAJAnya kau Zain. Nah aku bg Kwaja-O-Meter kat kau. Tahniah :) 

    So...dgn fakta2 di atas, dengan ini sy ingin mengeluarkan satu conclusion. Zain Saidin, SHAME ON YOU. Ini baru satu entri pasal tak puas hati dgn tindakan childish ZS ni, korang tak tengok bdak2 fb duk ngutuk dia kaw2. Well...human and their judging suits, they never leave home without it. Same goes to me. LINK. Komen kat fb ni lagi dasat2, ada yg suruh Che Ta/Rozita Che Wan consider of making him as her future husband who will later on take care of her kids. Uuuh...and erm, ada yg sokong tindakan Zain. *erk

    Kalau nak pandang buruk dia je pun tak boleh *NO ACTUALLY YOU CAN. :) wakaka. Ok, sebenarnya tindakan dia untuk meluahkan isi perut hati dia tu mmg takde masalah, apa yg dia pendam selama ni kat chef2 tu, mmg tak jadi masalah, cuma the way of HOW he did it. Cara dia tu yg salah. Tak salah kan, berbincang elok2, cakap elok, address someone older than you with proper language. Jgnlah maki hamun diorang, tengking2, tinggi suara, plus ur act by questioning them, is the most unacceptable of them all. 

    Well, kalau tak nak pandang dari aspek2 yg aku dah bentangkan kat atas ni, how about the fact that, ZS is representing Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor Dan Wilayah Persekutuan. So...tell me, who's the one yg kurang upaya akal sekarang? Use ur common sense, letak chef2 tu as ur father, ur elders, respect them, itu je yg kitorang nak. *kitorang as in, the whole Malaysia. 

    My family really loves him in OME, of how he act, the way he teach us English *well, its actually the script, but he manage to pull Henry Middleton very well. Kudos for that, tp bila benda mcm ni jadi, stupid action, derived from temporary emotion, habis ur fans, ur career, ur job *harapnya tidak. Its a simple question of WHY ditcha have to be SO DARN RUDE. Itu sahaja. 

    Perhaps, lepas ni ZS boleh buat permohonan maaf secara terbuka utk all the chefs. 

    Some foot-notes

    -I really do think that selebriti2 musim lepas lebih baik dari musim ni. *tibe. Azwan Ali yg drag tu tak pernah melawan chef. He shows respect *at least. 
    -I automatically banned any drama/film that ZS is involved in. Tho, really hate to miss OME. Maybe boleh tengok, tp time ZS o even avatar Henry Middleton tu, aku forwardkan guna remote.
    -The way Papa Joe still maintain being professional, bila dia tetap congratulate ZS atas sumbangan RM1500 utk badan kebajikan yg dia represent.
    -I love how Chef Zubir said that, ini dapur kami. Kami hormat anda sebagai tetamu dapur kami, dan kami harap anda dapat hormat kami kembali. Yelah, masuk rumah org, bagi salam kan ;) bukan main serbu je. Tak gitu?
    -To Zain Saidin, cuba renungkan, kalau ur future step kids buat mcm tu kat kau. *beep2. Get wadaimin?

    There you have it. Perasaan aku sebagai seorang blogger/audience/boleh dikatakan meminati OME in whole, because of the info in it/ dan sebagai seorang rakyat Malaysia yg turut berusaha utk membudayakan budi bahasa. 

    Sorry, entry panjang. Aku dah warning kan? kan? kan? :)