• Lari : Bahagian Pertama

    Semakin badan aku menggigil bawah pancuran air, semakin aku sematkan elok2 genggaman tangan kanan aku pada dada. Seperti menggenggam jantung. Aku ambil nafas yang dah tersekat, menahan sendu, tapi air mata aku sebati dengan aliran air dari kepala air pancut. Aku terleka dengan mainan emosi, dan terduduk atas lantai bilik air. Kesedihan, telanjang dan dingin.

    "Sani..." sepatah yang aku bisa ucapkan sambil memejam mata kejap sampai berpinar pandangan melihat hitamnya di hadapan aku. Aku nak tamatkan nyawa, rentap dari batang tubuh sendiri, tapi...jauh dalam dasar hati aku kuat berdetak, aku tak boleh nak ambil nyawa sendiri, sebab aku sendiri dah diberi peluang kedua untuk bernyawa. Aku tak pantas untuk bunuh diri. Kata2 terakhir Sani terngiang kembali. 

    "Jaga 'benda tu' macam Tia jaga diri Tia sendiri. Setuju?"

    4 tahun yang lalu...

    Kalau ikutkan sejarah dalam keluarga, tak pernah lagi mana2 ahli keluarga aku diagnose dgn penyakit ni. Jantung berlubang? Funny, sampai kat batang hidung sendiri, well...it doesn't really sounds funny when you heard the doctor slapped that in your face. 

    Semua yang 'temankan' aku ke hospital hari tu terkedu mendengar perkhabaran yang seakan panahan petir menikam deria masing2. Tak mungkin, macam mana boleh jadi macam ni, seribu satu persoalan timbul. Aku yang terduduk atas kerusi ni? Yang dah menghitung hari mati ni? Takde sapa nak persoalkan. Sampailah Mama usap ubun aku, labuhkan sebentuk kucupan basah, lembab kerana tangisan di pipi dia yang mengalir macam air terjun. Lantas Papa, Kak Zin, Mad, dan kawan baik aku Lyn peluk aku serentak. Tapi dalam mengambil nafas sesak dipeluk paksa-rela tu, aku nampak Sani. Dia pandang aku, dan bila aku ukirkan senyuman paling ikhlas, dia berpaling, dan berjalan perlahan meninggalkan kami. 

    Tiada sebarang perkataan, tiada sebarang notis pemberitahuan. He just left.

    Aku ditahan di wad selama seminggu untuk pemeriksaan lanjut. Hari berganti hari dalam seminggu tu, Sani tak pernah melawat aku. Aku ada bertanya pada Mama dan Papa, pada Kak Zin, pada Mad tapi mereka sendiri tak dapat menghubungi Sani.

    Siapa Sani? Dia tunang aku, dah hampir tiga bulan kami mengikat pertunangan, Mama dan Papa sendiri cadangkan kami bertunang hanya lima bulan dan terus bernikah. Tak elok bertunangan terlalu lama, nanti manisnya pudar. Aku turutkan kehendak kedua orang tua aku. Sani seorang yang sangat tenang, matang, bertanggungjawab, dan penyayang.

    Sampailah peristiwa aku mengalami kesukaran bernafas minggu lepas di sebuah restoran ketika aku dan Sani keluar makan malam. Muka Sani yang sentiasa tenang seperti langit tiada awan, menjadi cemas dan gusar. Pucat biru roman dia sepanjang malam itu. Dia yang kejarkan aku ke hospital, telefon Mama dan Papa, temankan aku sampai aku tersedar di bilik hospital.

    Menurut kawan baik aku, Lyn, Sani yang banyak berurusan dengan doktor, bukan Mama dan Papa sahaja yang berbincang, Sani turut serta mengetahui semua masalah yang aku hadapi. Aku tak salahkan dia, kenapa dia menghilang tiba2, mungkin dia sedang melayan perasaan sendiri, mungkin dia sedang berfikir2 utk memutuskan pertunangan dan mencari perempuan yang ada jantung normal, mungkin dia sedang galak merencanakan kebebasan seorang lelaki tanpa ikatan perhubungan serius sebuah perkahwinan.

    Aku bisikan pada telinga aku sendiri. "Maybe he's preparing for the worst."

    -bersambung.

    3 comments → Lari : Bahagian Pertama

    1. Adakah Sani memberi aku jantung baru? Hahaha Cepat sambung Anas..... Grrrrrr..

    2. Ini cter psl aku

    3. @siaraElina: hee. dah baca habis pun kan :)