• Assalamualaikum :) Apa khabar? Sihat? Aku gigihkan jugak guna lappy akak aku *yg kerosakan keyboard utk taip entry ni, sbb takut terlewat plak nk wish bday kat blog ni. Sepatutnya dua hari lepas, 23rd June..tp nak wat cmne, dh terlopeh kan.

    So, HEY ANASYG! HAPPY BIRTHDAY! Selamat Ulangtahun ke EMPAT! Wah, tak sangka dah empat tahun dah Anasyg bertapak kat dalam arena blogging ni. Ups & downs, ada yg super-stressing, ada yg DAEBAK!, tp apa2 pun, tanpa ANDA semua pembaca2 siapalah saya. (ucapan Dato Siti Nurhaliza pada ABPBH 2011) *pun boleh, cume tukar pembaca kepada peminat. 

    Tak kiralah, korang follower ke, saja singgah nak bagi bubur kacang ke, or nak semakkan chatbox ke, nak jd stalker berjaya ke kan *awe..u, stop it. Koranglah sebenarnya yg membentuk siapa Anasyg empat tahun dulu, menjadi siapa Anasyg sekarang. sob2 sedih plak entry ni. 

    Mcm biasa, aku akan hampakan korang, dgn ura2 mengatakan, kononnya aku nak buat give-away, atau contest utk sambut bday blog ni, SEKALI LAGI, tak dapek den nak nolong. Maafin shaya. *tetibe terindon kat sini. 

    Oklah, di kesempatan menyambut ulang tahun blog ni yg ke EMPAT, rasanya xde yg lebih baik dari doa. :) 
    *angkat tangan, I'M A BIG FAN OF PRAYERS & DOA. :')

    Doakan aku terus maju jaya, stay ahead, dan terus mencaras org2 yg tdk berperikemanusiaan. *gitu. Maybe lepas ni kurangkan kut caras-mencaras ni, dah nak dekat dgn bulan puasa, elok kita elak2kan. 

    Sebenarnya, entry Fruit Basket no 2 ni, nk citer pasal aku pg hang out dgn x laen x bukan, my lovely n dearest cousin. Pergi cari handphone bru, pergi makan kat Rich Man for the second time for her, but the third time for me, balik tu, msg2 emo sbb energy dah drained out gila2. *hehe, dan citer2 yg sama waktu dgnnya, tp kita highlight bhgian my bloggasary ok. *ini pun kira salah satu fruit basket aku sendiri :)

    Oleh kerana aku pun 'rajin' sgt nk update lilypie countdown ticker tu, so still display 4 years, sedangkan, twas two days ago. hehe..


    Dari Anasyg : Terima kasih daun keladi kepada semua readers dan followers yg x putus2 masuk blog aku yg biasa2 ni, dan terima kasih sbb byk bg feedback *yg rjin komen tu :) syg korang. Dulu niat buat blog sbb nak jadikan online diary, tp sekarang, aku menulis, utk KORANG SEMUA. Kamsa-hamnida !

    p/s: hadiahnya? Nah kish :* hehe. 
  • Assalamualaikum. Nampak tajuk tu? Aku ni mmg kaki straight to the point je, maleh nak kias2. Ni hah, Si Shahzan ni. Hari ni hari jadi dia, so cam selalu aku buat entri utk bday blogmate2 ketat blog ni, *jgn makan ati yg aku terlepas nak buat. So, hari ni hari ulang tahun kelahiran dia, dan dia live happily ever after. The End. 

    Eh? Tak seronok plak cenggitu. Aku pernah buat entry tribute utk dia time dia jadi follower blog ni yg ke 100. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu. Ada link ke entry tu…jap aku cari, dah berkurun…err (buat bunyi carik link) Ahah! Nah, dah jumpa dah. LINK

    Ok, so entry sebelum ni, aku just cakap dia ada contribute dua header kat blog ni, yg aku guna satu je, satu lagi sampai ke hari ni tak berguna *scratch that, tidak digunakan lagi. Yeah, dat sounds better. So, kali ni, nak buat ala2 blogger feature. 

    So Shahzan, are u ready? (tangan bersedia nak bakar mercun) POP POP POP POP 

    4 kali jelah aku mampu nak letupkan. Jenuh tangan nak menaip sampai ratus ribu kali. So, brief introduction pasal Shahzan…PERGILAH BLOG DIA DAN TANYA DIA SENDIRI! *nada membentak. Chill2. (aku rasa tak sampai ke mana kalau aku teruskan lawak bodoh aku ni kan, kan, kan?) 

    OK2 Aku serius. Ehem...Shahzan ni bdak Tg. Malim, Perak. Dia keje kat Skudai, Johor. Sometimes dia keje kat Kepong. 2 tempat ni je dia selalu keje, kat tempat lain dia tak keje. Eh? Kitorang dah kenal...err...jap amik kalkulator nak kira. Satu tahun lapan bulan. Uuh, lama gak tu. Kitorang pernah lepak sekali je. First time jumpa...oh, dia lagi tinggi dari aku. Ok. tu je maklumat yg aku boleh bgtau. Korang nak tau dia camne in person? Gi ajak dia kuar sendiri. 

    Kalau nak tau umo dia, add je fb dia. Link ada kat blog dia. Shahzan ni baik, rajin puasa sunat *ciri2 suami mithali, eh? Saja nak puji lebih2, dengan harapan dia belanja 4 tiket masuk Legoland. Kih2. He's indeed a funny person, tp time jumpa dulu, aku je yg wat lawak. Dia senyap je. Ceih. Ok cukup2. Nak tau lebih2 pasal dia, gi befriend ngan dia sendiri ok. 

    Kali ni entry bday dia panjang sikit sbb entry bday dia yg sebelum ni, dapat byk tatapan/view, so apalah salahnya buat pjg skit kali ni. Toche2 pada yg view. Fofular jugak nama dia, dalam enjin carian ya. Guna pelaris ea?


    Anyhow, #HeyShahzan *memang sengaja ada hashtag, sbb tu nama akaun twitter dia. Pglah follow, dah habis promote dah ni. Org lain tak dapat ni, Jan belanja aku tengok Catching Fire bulan sebelas ni wokeyh? Kalau terasa cam extravaganza sangat, takpe2, aku kurangkan kepada 2 tiket ke Legoland? Boleh? Alah kau kan banyak duit. :D

    Barulah sampai tang ucapan nya:

    "Selamat hari lahir Shahzan. Semoga menjadi hamba Allah yg sentiasa taat, umat Nabi Muhammad yg mengamalkan sunnah2nya, anak soleh kepada dua ibu bapa, dan adik/abang yg berguna kepada keluarga"

    Wish seterusnya dalam bahasa omputih, cause they sound better in English. 

    "Jan, be a loyal friend towards his friendship, loyal partner to his lover, stay loyal to ur principles, and stay genuine and sincere"
    *omputih sgt kan. 

    Last but never the least, semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, dan permudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi kamu wahai kawan. Sob2. Ucapan Anugerah Astro Oasis 2013 eh? Nah, kad, seperti biasa :) 

    Edit sendiri ni. Kih2 
    Kepada Shahzan: harap entry ni tak melebih2 sgt. Sekadar satu entry biasa utk berpesan2. Kalau tersilap cakap, aku bergurau je tu. Sorry ye. Hehe. Dah, gi tiup lilin kek :) 

    p/s: Sesapa yg nak entry sempena bday dia mcm beberapa blogger yg aku pernah tribute-kan, boleh tinggalkan komen kat entry ni ok. Btau ur D.O.B ;) wink2.
  • Assalamualaikum korang2. Ok, cepat2, seruan kerajinan dah memanggil2. Oleh kerana byk benda nak citer dalam satu entry, so aku letak jelah random topics. Kita lupakan sekejap post-muntah Violet Kuning aku yg berlanjutan sampai ke lima siri tu. *bila nak habis da...

    Isi utama entri ni nak citer aktiviti aku dari hari Ahad 26hb Mei yg berkurun lama, *taklah berkurun sangat kan, tiga minggu lepas je, sampailah ke hari ni. Yelah, aku dah lama tak taip citer pasal aktiviti harian aku kan. *bajet ada org amk tau. Anyhow, aku letak dalam bullet point je ok, sonang aku nak citer.

    26hb Mei

    Ahad tu, abah aku gerak bgn pagi *muka ni mmg ‘rajin’ sgt bgn pagi kan. Dan muka ni jugaklah masuk dalam keta muncung boleh sangkut baju, sbb sakit hati tidurku diganggu. *dalam keta aku bedal tido. Mak abah tanya apa benda ntah, aku jawab dalam mimpi. Boleh? 

    Kitorang gi kenduri kawen kat Perak, then alang2 dah ada kat kampung kelahiran mak aku tu, kitorang melawat kubur arwah datuk aku. Aftawards, abah bawak gi empat lagi rumah sedara. Pergh, hari tu je, aku makan nasi OMPEK KALI. Kau mampu? Sebelum balik tu, sempat singgah rumah Opah kat Bagan Dato.

    27 & 28hb Mei

    Ok, next story. Str8 Isnin dgn Selasa tu, abah aku bersemangat ajak aku gi tolong carikan baju raya dia. So, Isnin tu cari kat Tesco Kuala Selangor, kat One Plaza, kat Pari Textile, semua aku tak berkenan. *boleh? Nak cari baju melayu utk abah, tp aku yg tak berkenan, kih2. 

    Esoknya, pg Rawang plak. Masuk Mydin, Pusat Pakaian Hari2, ngan satu lagi kedai lepas tu. Ah, semua takde. So, dgn frustnya abah aku ckp, nnt pg tmpat lain plak. Maybe kat Sg. Besar, or Tg. Karang. Tengoklah cane nanti k. 

    (oh, dan dia dah jumpa dah baju raya dia, as we speak)

    1hb Jun 


    Abg angkat aku ckp, keje aku takde lain, BERJALAN JE. Dari kampong, gi bando, dari bando masuk kampong balik. Hehe. So, Sabtu tu, kitorang sekeluarga gi Semenyih, sbb Mak Cik sedara aku ada buat kenduri doa selamat sebelum dia gi umrah utk kali ke...err, tak ingat sbb dia dah byk kali pergi. Rezeki dia kan :) Oh, dan lepas Zohor tu, terus bertolak ke Bentong, Pahang. Sepupu aku menikah lepas Asar. 

    Kitorang ni mmg muka2 datang lambat, tp bertuah, sbb majlis belum mula. Tapi, muka parents aku jelah muka bertuah, sbb depa sampai2 je, terus naik masjid, manakala kitorang dalam kereta lagi satu ni, sibuk meratah ayam goreng berempah dalam keta, terlopeh la nak tengok. Kih2, so kiranya rezeki parents akulah, kitorang yg lain takde rezeki sgt. Haha. 


    Tahniah utk sepupu aku tu. Walaupun bolehlah dibilang guna jari kaki ayam berapa kali sangatlah aku ngan dia ni ngobrol kalau dtg umah, 

    15hb Jun

    Sabtu ni spesel sikit. Sebab, akak aku bawak aku gi tengok teater Nyonya and the Gang dekat Istana Budaya. 


    First time masuk IB, tengok live theatre. Sedih tak? Baru first time? Kih2. Bak kata kakak akulah, dia suka tengok teater sbb dari teater, kita boleh tengok live bakat pelakon2 yg sebelum ni, kita duk tengok kat peti telebesen je. Dari situ gak, kita boleh nilai sendiri bakat lakonan diorang. See, best kan? 

    Citer Nyonya and the Gang ni best sbb teraju utama dia. Pelakon dia ada 6 orang je. Mardiana Alwi, Amy Mastura, Misha Omar, Farah Fauzana, Kiah Propa dan d only kumbang dalam taman ialah Taiyuddin Bakar. 

    Skrip dia mmg best, dan lakonan diorang sumer superb, lagi2 babak Amy Mastura, Misha Omar, Farah Fauzana ngan Kiah Propa. Korang boleh bayangkan tak? Seorang saudagar dari Indonesia berkahwin dengan perempuan sejati Kuala Kangsor, Perak. LAWAK GILA! Ok, done. 

    Lepas tengok teater, gi makan Lamb Chop kat Uptown lama. Sodap. *recommended.

    16hb Jun

    Ye, ini Ahad lopeh. Ahad yg super penat. Sebab, bgn2 tido je, terus kena pegang berus cat. Ye kawan2, mari kita cat rumah. *baca dgn nada sangat bosan dan letih. The whole family kecuali both my sisters curik tulang, yg lain berganding bahu siapkan cat ruang tamu. Malang sekali, tak dapat nak siapkan dapur sekali, sbb cat habis. So, pending ke minggu depan. Setakat ni, ruang tamu jelah yg dah siap.

    Frame gambar raya taon lepas. Tulah warna dinding baru :) putih. 
    Ok, tu je, jurnal empat minggu aku. Kepada yg tertanya2 apa aku buat skang. Aku sentiasa busy. Kalau tak duk umah dan busy fikir tentang masa depan, aku akan berada di luar rumah utk fikir benda yg sama. Hak2. Oh, dan saja nak kongsi..aku suka gila dgr lagu Yuna - Lelaki. Aku tak rasa sentap, dan lagu dia sedap. *pantun sekerat dr sy. Hehe. Jumpa lagi lain entry.

    p/s: I'll come out and say it. Violet Kuning ada 2 siri lagi. Bawak bersabar :) hehe

  • Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Hari ni genap 30 hari aku jadi bayang2 kau. Aku ikut kau ke mana saja, aku tau kau buat apa, aku tau apa yg kau lisankan, aku suka. Macam tiada lagi dinding tebal yg memisahkan aku dan kau. Aku tak perlukan lagi peeping tom tu. Aku dah boleh tengok kau dgn telus. Aku bahagia tau tak. Walaupun kau tak pedulikan aku, tak hiraukan aku, tak sedar yg aku wujud dalam bayang2 kau. 

    Pada waktu malam, aku samar2 nampak kau, hanya kalau kau berdiri di bawah mana2 sumber cahaya, aku akan muncul. Tapi bila kau tidur, aku sedikit kecewa, sbb aku terpaksa hilang. Aku tak tau kau mimpikan siapa. Aku tak tau kau ada mimpi buruk atau mimpi indah. Kau ada mimpikan aku tak?

    Funny. Aku yg 24/7 berada di samping kau ni pun kau tak nampak. Ada hati aku nak berangan yg aku akan masuk dalam mimpi kau. Kelakar kan? Bagi aku, aku dapat peluang utk berangan tu dah cukup baik. Sebab, berangan tu salah satu cabang harapan, dan harapan tu salah satu dahan impian. 

    Impian aku? Nak jadikan kau milik aku, and I’ll do whatever it takes to make u believed that you deserves of me. Harapan aku, agar kau letakkan aku di satu tempat yg sesuai dgn perasaan aku sekarang ni pada kau. Harapan aku, agar kau tak tutup pintu besar kau, halau aku keluar, dan kunci pagar utama. Kalau kau bertindak sedemikian, aku terpaksa menyewa dinding lama aku, ada peeping tom, dan kembali mengintai kau dari jauh. Aku mungkin masih mampu utk lakukannya, tapi itu fizikal aku yg jawab. 

    Mental aku mungkin akan mati sebaik kau muntahkan potongan ayat yg kau akan buang aku. Bagi aku, itu sama berat dgn hukuman mati mandatori. Aku rela jadi org belakang dinding, aku rela bakar tangan mencuba utk capai kau, rela lepaskan kau bebas dan tengok kau dari jauh, rela jadi bayang2, muncul hanya bawah cahaya, hilang di kala gelap gelita. Tapi aku tak sanggup nak terus hilang macam tu sahaja.
  • Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


    Akir, aku ada sebuah lagu utk kau. Lagu kegemaran kau. 

    Ada tiada rasa dalam jiwa
    Rindu akan memanggil Mu
    Karna setiap jiwa telah bersumpah setia
    Hanyalah pada Mu

    Bila cinta ada di dalam jiwa
    Wangi bunga dunia tanpa nestapa
    Segala yang dirasa hanyalah Dia
    Hatikan memuja hanya padaNya

    Ketika cinta memanggil
    Gementar tubuhku
    Ketika cinta memanggil
    Hangatnya nafasku
    Ketika cinta memanggil
    Sang rindu
    Ketika cinta memanggil

    Rindu... rindu... rindu kalbu
    Memanggil-manggil nama Mu
    Seperti terbang di langit Mu
    Tenggelam di lautan cinta Mu

    Bertabur kalbu yang rindu
    Melebur menjadi satu
    Bagai menari diiringi pelangi
    Ketika cinta memanggil

    Atas Izin Allah S.W.T. In sha Allah.

    Ya, kau tak ke mana2 pun. Kau ada di sisi aku. Dan kalau boleh, aku juga mahu bisikkan pada kau, yg aku tak pernah pergi mana2. Aku juga ada di sisi kau. Kau tunggu aku menyusul ya. Nanti kita bawa dua perasaan kita pergi ke tempat yg hanya kita berdua sahaja yg tahu.

    Artis: Siti Nurhaliza 
    Tajuk Lagu: Ketika Cinta (OST Perempuan Berkalung Sorban)

    p/s: Boleh baca tiga tribute awal utk Allahyarham Muzakkir Nur Syafiq Mesni di SINI, SINI dan SINI

    #Al Fatihah.

  • Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Aku berhutang dengan semua orang. Aku terlupa nak terangkan dua sisi yang aku pernah cakap sebelum ni. Sisi ungu, dan sisi kuning. Aku selalu besar-besarkan sisi ungu aku. Sisi ungu ni ialah sisi khayalan aku. Sisi aku berimaginasi, dan sisi benda-benda mustahil, menjadi tidak mustahil. Aku sangat sayangkan sisi ungu aku. 

    Manakala sisi kuning pula. Sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. Real deal. Aku suka ayat ni: The Yellow stripes which separates real from the fake. Oh, sama macam reben hitam kuning milik pihak polis tu. Reben hitam kuning? Korang tau kan? Kalau ada mayat, diorang rentangkan reben tu, dan pisahkan mati dan hidup. Macam tulah lebih kurang. Kenapa aku pilih ungu dan kuning? Aku suka ungu, dan aku kurang gemarkan kuning. Tapi, sebetulnya, ungu itu yang palsu, dan kuning itu yang betul. 

    AH! Inikan cerita aku, buat apa aku nak dengar cakap orang lain. Aku akan terus berada dalam sisi ungu aku. Tak kira betapa hina dina. How it seems to be a joke to almost everyone of u. aku tak kisah pun. Aku ada sisi ungu aku untuk aku hiburkan hati aku. aku tak perlu jadikan dia matahari, rama-rama mahupun jadi bayang-bayang untuk sisi ungu aku. aku boleh jadi diri sendiri. Walaupun aku tau, diri aku sendiri, akan buang aku kalau aku berada di sisi kuning.

  • Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Oleh kerana tak nak jadikan kau matahari atau rama-rama. Aku dah putuskan dah. Aku yg akan jadi sesuatu dalam hidup kau. Kau nak tau apa? 

    Bayang-bayang. Hihi…senang je nak jadi bayang2 ni. Aku akan hidup di bawah perlindungan kau, aku akan ikut kau, tanpa kau perasan kewujudan aku. Nampak tak permainan aku? Janganlah anggap aku psiko atau gila, anggap je aku seorang peminat kau. Tak, aku bukan fanatic, aku cuma komited. Ya, aku komited pada kau. 

    Hari tu aku ada masuk klinik sekejap, sbb jari aku terluka. Aku cuba nak pegang cerek berisi air panas. Aku saja je, nak test macam mana ye, kalau dapat peluang untuk pegang kau saat kau jadi matahari, jadi aku luka. Sakit, lecur dan pedih. Jadi, aku tak nak jadikan kau matahari lagi. Aku tak nak jadikan kau rama-rama jugak. 

    Sebab, dua hari selepas aku bakar tangan sendiri tu, aku jumpa seekor rama-rama. Kau tau tak? Aku tekup rama-rama tu masuk dalam balang kaca aku. Aku gembira sangat. Rama-rama tu hidup sekejap dalam balang tu. Dia menari guna dua sayap dia. Aku nampak dia macam happy je, tapi sebenarnya, dia nak cari jalan keluar melepaskan diri. Dia nak bebas. Jadi aku lepaskan dia. Aku tau, kalau aku jadikan kau rama-rama aku, bila aku dapat memiliki kau, pasti kau akan cari jalan untuk tinggalkan aku. Jadi aku berhenti berimaginasi untuk jadikan kau benda yang bukan-bukan. 

    Aku putuskan agar aku yang akan jadi sesuatu dalam hidup kau. Sebab tu, aku nak jadi bayang-bayang. Kau takkan perasan, kau takkan ambil peduli, tapi sekurang-kurangnya, aku tau kau di mana, aku tau kau buat apa. Cuma, aku masih perlukan sinar kau. Yelah, bayang-bayang takkan muncul tanpa cahaya. Betul tak? Kau jadi cahaya aku boleh? Aku rela jadi bayang-bayang tak bernyawa yg terdampar atas lantai. Untuk kau, aku sanggup jadi apa sahaja.

    Baca Siri 1 & 2