• Assalamualaikum. Olrite, aku dah excited mcm kera kat sini sbb #teamMietography dah release Full Album utk Photoshoot aku last January. Yes you read it right, LAST JANUARY. 

    Previous post aku ada sebut pasal aku jadi model amatur/brand representer utk #teamMietography, so aku dah buat benda ni byk kali. Untuk readers/followers baru blog ni haruslah tak tahu yang aku buat Photoshoot ni tahun lepas, dan tahun sebelumnya jugak. Boleh rujuk dua entry ni:
    Second Editorial Photoshoot : Open Season 1.0 (Full Album *Mietography release

    Dan hari ni, setelah menunggu 4 bulan sampai cramp otak, baru #teamMietography release Full Album untuk Third Editorial Photoshoot. Open Season 2.0 (2014 Session). Enjoy k :) 



    P/S: For Enquiry, do visit #teamMietography. Rajin-rajinkan diri singgah tengok #teamMietography ye :) do support us. 

  • Just so you guys know, this entry was a draft way back on October 6th last year. Aku peramkan sampai naik bau satu kawasan perumahan aku ni, after a here and there alteration, then aku publish. Bapak lama, bulan 10 tahun lepas taip, bulan 4 tahun ni baru publish. *geleng2 kepala. 

    Nampak tak aku stresskan perkataan You SHOULD tu, hehe. Gurau je. Assalamualaikum semua. Harap semua sihat2 belaka. Olritey, sblm ni aku ada publish 4 entry pasal diri sendiri, *satu entry aku dah publicize dkt Ice Breaking tepi ni. () dan 3 lagi korang boleh godek sendiri kat Posties. Oleh kerana aku terasa bosan dan kekeringan idea, dan dapat 'ugutan-manja' dari beberapa orang bloggers/readers dkt fb dan Ninaa *gadis tribute on previous post, menyuruh aku cepat skit update blog, oh dan aku lapar nak makan ayam goreng berempah, so aku putuskan utk buat lagi fakta pasal aku. *motif sgt lapar ayam goreng berempah, tiba2 nak buat entry pasal diri sendiri. 

    Apa salahnya korang kenal aku intimate skit. *eh. Terasa sensual plak. hehe..
    1. FAKTA : Selama 3 tahun diploma study kat college, aku TAK PERNAH masak walau sekali pun utk roommate/housemate sedangkan boleh dikatakan, semua org yg pernah jadi roommate/housemate aku, semuanya pernah masakkan utk aku, tak kira lauk berbuka/sahur atau makan malam/makan tengahari. One of the very reason is that, aku adalah seorang yg PEMALAS tahap petala ke tigaplohsembilan dlm kerja2 memasak ni, so mmg member2 aku dulu pun ada merungut sbb aku ni pemalas sungguh nak memasak. *bukan calon menantu yg ideal. 

    2. Aku tak minum coffee. Walaupun pernah 5 bulan kerja jadi barista, making coffee and other drinks, tp aku mmg tak suka coffee. Not that I hate it, I just dislike it. Dulu masa study year, aku rajin minum Nescafe, then aku terus banned beliau setelah aku dapati, ia mengeluarkan bau kurang senang time buang air kecik. *kih2. 

    3. Aku ialah kipas susah mati rancangan FOX Production Series – GLEE! I am a big fan, and have been following the show since season 1. Walaupun dah ramai bash siri tu makin merudum, I can't complain dear, it's a true-to-ur-face FACT. 

    4. Regarding blogging, aku suka godek post2 lama seseorang blogger tu, before I hit the follow button. Y? Because it's kinda my habit. Kadang2 tu sampai very first post tau aku godek. *u hate me now?

    5. Aku pernah bgtau ni dalam siri Ice Breaking Anasyg sebelum ni, tapi aku akan ulangi. Aku tak boleh telan ikan Patin. Oh..it’s just one of the list of foods that I don’t favor much. In fact, Patin mmg aku tak boleh makan. Rujukan

    6. My first Langkawi trip was 2 weeks before SPM. *angkat2 kening.

    7. Jenis darah aku ialah O. Jadi aku boleh derma darah kat sume orang. FAKTA: Aku tak pernah derma darah lagi. Jual darah pernahlah. Rujukan

    8. Empat benda yg perlu ada dalam poket seluar ketika keluar rumah ialah, handphone, wallet, hanky, dan lip balm. Hanky sbb aku ni sweat like a horse, scratch that I sweat like a human, so mmg sentiasa kena ada hanky. Manakala lip balm pulak...hopkoslah utk elak chapped lips dik. 

    9. Rekod paling lama aku bela rambut panjang ialah dari Jun 2012 sehingga 5 Mei 2013 *hari org gi ngundi. Total tempoh ialah 11 bulan. Aku sebenarnya nak cukupkan setahun, tp parents dah bising, so dipotong aja. 

    10. Berat aku dalam bulan Jan 2013 hingga Jun 2013 ialah sekitar 60kg, then susut pada Ogos 2013 iaitu 58kg. Uuuh. Paling recent aku check was last year's December if I'm not mistaken. I weighed 61kg. WHY!

    11. Antara perancangan awal aku selepas SPM termasuklah, bekerja sementara kat kedai game, atau kerja pelayan kat kafe, atau masuk form 6. Eventually, semua tu aku tak buat, and I end up tanam anggur kat rumah selama hampir 2 bulan sebelum masuk sambung study kat kolej. 

    12. I enjoy good sports, tp aku hanya jadikan hobi sahaja. Kitorang satu family pernah adakan tournament kecil2an dgn jiran belakang rumah lawan badminton. IT WAS SUPERBLY FUN! Tp aku tak ingat sapa menang, yg aku ingat, aku kalah. Kah..kah..kah. Sekarang pun aku main badminton kat depan rumah, tengok keadaan dan ikut mood. *sekadar keluarkan peluh.

    13. Dari apa yg sepupu aku citer bout our childhood, aku ialah seorang yg TERSANGATLAH Bossy. I remember I said to her, kalau dia tak nak main ngan aku, aku tak kan kawan dgn dia sampai bila2. Wuuu..hebat ugutan aku dulu2. Oh, dan aku juga dapat rasakan, ke-bossy-an aku tu sampai sekarang masih belum surut. Buktinya? Tanyalah kawan2 satu group dengan aku kat kolej dulu. 

    14. Eventho tahap pemalas aku dah petala ke tigaplohsembilan, that doesn’t means yg aku tak pandai masak apa2. Aku suka spend time kat dapur kalau datang seru rajin aku. But most of the times, mmg seru pemalas je yg dtg tak putus2. Kwang3. Aku masih berusaha pandaikan diri utk tumbuk sambal belacan sebijik mcm mak aku buat, tapi kalau sekadar masak sup2 yg biasa2 tu, tumis yg biasa2 tu, gulai ngan kari, those stuff bolehlah, tp at least kena ada either one of my sister utk guide. Kalau yg lebih berat dari tu, aku pernah masak Siakap Sweet Sour all by myself. Tp, still ada kurang gaklah rasa dia. It was my first time, and kakak ipar aku kata, not bad. Some other dishes yg aku suka masak sendiri selalunya desserts lah. Jellies, puddings, dan kek batik. Oh, pengalaman pertama buat kek coklat...hopkos2 lah tak jadi dik non. Huhu..sedih. Akan aku mantapkan skill di dapur dan penuhkan ilmu di dada. *echey..

    15. A lot of my friends told me that I'm a good listener. I donno how to respond to that, I mean...I just sit there and listen :) 

    16. Movie pertama yang buat aku menangis teresak2 mcm orang putus cinta ialah cerita CJ7. Yup, citer alien warna putih hijau tu. *scene Stephen Chow disahkan mati lepas jatuh dari bangunan, then anak dia tak dapat terima. Time cikgu dia hantar balik rumah, then dia halau cikgu dia keluar sambil jerit : "Cikgu baliklah! Ayah akan balik rumah esok pagi!". Pastu dia, dengan cikgu dia, dengan aku2 sekali menangis (T^T) PERGH! meleleh2 beb. Nah LINK. *Now go cry. 

    17. My math sucks, and my English is not perfect. Period. *tanyalah pasal berapa umur ketika aku dikhatankan ke..u know. Answerable questions apart from mathematical stuff. 

    18. I enjoy photography, videography and photo-editing. Aku juga merupakan model amatur/bidan terjun atau lens-test di bawah brand Mietography. Ulang suara, bukan professional model, under contract ke, mahupun freelance, nope. Utk lens-test dan suka2 sahaja. Aku dah pernah buat 3 kali photoshoot session utk Mietography. Rujukan 1. Rujukan 2. Sesi 2014 belum release lagi. Oh dan founder #teamMietography ialah abang aku sendiri. Harap maklum. 

    19. We’re down to two facts left. So, aku nak letak FAKTA SERIUS dan EKSLUSIF utk korang kat sini. What’s more exclusive than my love story kan? Eleh korang..cam aku takleh baca minda gedik korang tu. Love life aku? My first crush was when I’m in standard five(5) kalau tak silap. Nama budak tu Awin dan dia dah kawen dan dah ada anak dah sekarang. Tahniah Awin.

    20. While that was my first crush...My first love was on 2007 and we broke up on 2011. Tutup mulut tu sayang, jgn terkejut sgt. :)

    So there you have it guys and girls and cats and dogs. All 20 Things I think You SHOULD know bout me. See you later folks.
  • LINK BLOG NINAA HASSAN

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.

    Nampak tajuk tu? Yup, blog review :) oh dan tribute entry kpd NINAA HASSAN, sbb dia bertuah jadi follower blog ni yg ke 500 :) 
    So, apa yg dia dapat? Aku bg dia ni
    Header percuma :) 

    Kepada yg baru follow blog ni maybe tak tahu dulu pun aku ada buat entry tibute utk beberapa orang follower bertuah, antaranya seperti follower ke seratus (100) dan ke seratus dua puluh tiga (123) dan aku jugak ada bg RANDOM, diulangi, RANDOM HEADER GIVEAWAY, secara free dan it is up to the blogger utk guna header tersebut atau tidak. :) 

    Boleh rujuk entry Random Header Giveaway, dan Some More Header

    Ok, back to Ninaa. Aku start terjah blog dia dalam bulan Feb *if I'm not mistaken-la. Then jenguk sekali geng2 dia, *boleh rujuk Blog List : Bunga (scroll bawah sekali) Tu semua geng2 diorang lah tu. Blogger2 gadis muda lepasan SPM yg sedang meningkat naik :) *keep it up. *yg bukan lepasan SPM tu, scratch the title :) 

    Aku pun tak ingat mcm mana aku boleh klik masuk blog Ninaa, yg pasti first aku tertarik dengan layout blog dialah. Simple putih *time tu, load very fast, dan mengingatkan aku pada layout blog Maria Elena, which I super adore her and her writing. Bila aku baca satu entry *jgn tanya yg mana, aku tak ingat. (=..=') aku terus bg satu komen kat chatbox yg aku nak follow blog dia sbb her writing, and that marks d day we met. *ecey

    Anyhoo. Ninaa gadis Kelantan, baru je dapat result SPM, *tahniah Ninaa. Kalau korang nak tahu berapa dia dapat, boleh pergi blog dia, ada entry kat sana. *rajin2kan diri godek blog dia ok. Kitorang pun baru je kenal2 antara blogger, so tak tahu byk sgt pasal dia. But, looking forward utk keep updated on her stories, Ninaa sendiri kenalah update cerita dia kan :) 

    To a lot of new bloggers out there, dalam setiap apa yang kita tulis dalam blog ni, ada saham kita :) Kalau benda tu baik dan jadi ikutan, in sha Allah kita jugak yg dapat bahagian kita nnt, dan...kalau benda tu tak baik. *fikir2kanlah ye. 

    To Ninaa : terima kasih sudi follow blog picisan ni.
    To Readers : Sudi2kan jugak jenguk blog Ninaa dan follow dia kalau sudi ya :)

    *Klik mana2 nama Ninaa utk ke blog dia. :) 
  • Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.

    Sorry lambat post entry pasal outing pg Mid Valley hari Ahad (30.3.2014) hari tu. ;) 

    Sapa yg dah pernah baca bout my diploma study dulu, tahulah kut yg kitorang satu kelas ni dah macam family erat rapat ketat perapat #eh. LOL, tp no seriously, aku rasa tak pernah aku dapat kawan2 yg serapat depa2 time diploma ni. Kitorang bukannya bonded with study je, tp emotionally tied. Sorang ditimpa susah, yg lain pun turut terasa susahnya. 

    So, Tiko ajak keluar, since dia sem break *UIA, then aku war2kan kat grup kitorang kat fb, and walaupun kitorang finger-crossed mengharap semua orang dapat hadir, Alhamdulillah, 10 of us showed up. Yup 10, dari 21 orang budak kelas aku. :) kitorang keluarga kecil je. 

    Terima kasih Tiko, Coddy, Bella, Sara, Wan, Fitri, sbb sudi datang, and later joined by Thia, (Paan and Ali) 3 serangkai yg wajib ada. Walaupun bersesak2 dekat Mid Valley time hari Ahad, ada Carnival Animax plak, penuhlah cosplayer2 di ruang exhibition tu. FIUH, aku nampak Naruto, Kurosaki Ichigo, dan ramai lagi watak2 anime berkeliaran di Mid Valley pada petang itu. LOL

    Kitorang makan kat Food Garden, borak sampai lebam. Pecah perut gelak dengan lawak dari Bella dgn Paan. Dua2 class clowns. Aku takleh nak fokus satu grup, *since aku duduk tengah2, aku kena fokus dua group punya conversation. The boys on my left and the girls on my right. *look what KUIS made us. Practicing ta'dibi kat luar. #kih2.
    Then, pg solat Zohor jap, regroup, pergi tingkat atas tengok orang main boling. *YES, TENGOK, y? sbb lane penuh. So, kitorang letak jelah nama dlm waiting list, ada 9 orang lagi dlm waiting list. Sementara tu, pergi sakitkan telinga dekat Arcade, then Tiko cakap, y not settle down dkt kafe and eat desserts. *Brilliant idea, this girl iz brilliant. 

    Here is the funny part when we all got separated. Dari 10 orang, jadi 7 orang, cause Wan, Fitri dgn Sara stuck dlm Arcade. LOL. The rest berjalan2 utk turun ke The Garden. Then, time turun escalator, dari 7 orang, jadi 4 orang, Bella, Coddy and Thia went off ke mana aku pun tak tahu, tengok belakang ada Paan, Ali dengan Tiko je. Then aku jalan berdua dengan Tiko, turun lagi satu escalator, pandang belakang lagi, Paan dengan Ali hilang dah. LOL, tinggal berdua dgn Tiko. #FUNNY!

    Rupanya Paan dgn Ali got stuck dlm line Carnival Animax tu. Shud've chosen the other way around. Then regroup dkt Bread Talk. *sebelah Kenny Rogers. Masing2 muka kepenatan mencari satu sama lain. Jgn risau, kitorang guna phone utk regroup ni ok.
    Kitorang settle down dekat Delicious *depan Starbucks. Order 3 cakes and several drinks, utk 10 orang, haha. Bukan apa, Kitorang masing2 ada beli some breads dkt Bread Talk, tu yg malas nak order 10 cakes utk 10 org tu. Kitorang makan2, borak2, gelak2, then ulang balik, makan2, borak2, gelak2. Tangkap gambar mcm orang gila, duk snap je keje. Mentang2 Ali ada iPhone5, kemaen tau.
    Coddy left us at 4.30, then kitorang sempat pg buat wish kat MH370 Leave a Wish Card tu. :')
    Sebelum gerak ke KTM, Fitri detach dr group, sbb dia naik moto ke kete ntah *lupa dah. Then, dkt station KTM, Bella and Sara pulak detach dr group, sbb diorang kena head out ke KL, *not via KTM, aku dgn Tiko turun platform 1, and the rest (Wan, Ali, Paan dan Thia) turun platform 2. Wah..ni part agak sedih. Masing2 macam tak nak wave goodbye. Across the station, train aku dgn Tiko sampai dulu, so kitorang wave goodbye mcm orang gila. #haha
    Aku sempat borak a thing and two dgn Tiko. She thanked me sbb summoned semua budak2 ni dan tunaikan hajat dia utk buat mini reunion since ini ialah permintaan dia at the first place. :) Thanks jugak kat diorang yg sudi turun, Bella dr Rawang, Thia dgn Wan dr Kajang, Ali dr Bangi, Paan dr Serdang, Coddy dr Seri Kembangan, Fitri dr Kg Baru. Sara n me myself dr Kuala Selangor. Tiko depart dkt Kepong, sian dia kena hujan lol. 

    Ol n ol, twas a decent meeting, *aku tak highlight moment2 yg kitorang jadi bdak gila kat Mid. Korang pernah tak jalan2 kat mall, then ada satu group budak2 kekonon baru nak up, gila annoying mcm dia je yg paling hebat. Pernah tak jumpa? Hah, kitorang lah group tu utk hari Ahad lepas. *bila dah outing dgn diorang ni, semua perangai gila2 time study dulu, semua keluar, takleh nak bendung. Diorang ni mcm my brothers and sisters. Aku punyalah determined nak behave. LOL #I can't
    Thanks super strong ea korang. I'll always pray to Allah, do tighten our bond as friends, and as one whole family, thus, as the title suggests :) Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. 

    Kalau korang nak kenal geng2 aku ni, boleh rujuk 4 entry ni. Masuklah kalau rajin. *kalau rajin ok, kalau malas pg tido. Entry 1, entry 2, entry 3, entry 4

    Terima kasih sudi baca sampai habis :)