• Jet angkat sedikit kepala ke arah Ros. Kemudian Ros unjurkan kaki ke depan, dan dia TERAPUNG!

    “Bob…”

    “SIAPA?! SIAPA KORANG NI?” Menggeletar lutut aku bila tengok Ros terapung depan aku, tapi roman dia masih tak berubah. 

    “Ros dengan Jet muncul dari panggilan nubari Bob.” Aku tertelan lidah sendiri. “Kenapa Bob naik atas bangunan ni?”

    “Terang lagi bersuluh kau nak terjun bangunan kan?”

    Aku tak mampu nak balas pertanyaan Ros dan Jet. 

    “Bila Bob naik atas bangunan ni dengan niat nak terjun, sebenarnya Jet dah lama keluar dari nubari Bob, tapi bila Bob tengok pemandangan yang cantik, niat Bob terbantut dan Bob terasa nyaman, tika tu, Ros pulak keluar dari nubari Bob”

    Angin semakin kuat. Aku hampir hilang keseimbangan.

    “Korang tak wujud, korang cuma bayangan, korang ni setan yang nak menghasut aku untuk terjun!”

    “Tiada siapa yang menghasut sesiapa di sini. Kami muncul dari nubari Bob, itu sahaja.”

    “Kami hanya mainkan peranan kami. Ros on the good side, dan aku.”

    “BOB.” suara Ros meninggi. “Walau apa pun yang Bob fikirkan sekarang, jangan teruskan niat tu.”

    “Apa yang korang merepek ni?”

    “You have two choices here Bob. You have Ros, and you have me. You have your fear, and the solution. We’re both animals to you. The difference is, who do you feed?”

    AAAARRRRGGGGHHHH!!!!

    Satu suara jeritan nyaring memecah perbualan kami bertiga.

    Mata aku tercari-cari punca suara jeritan nyaring tadi. Ros dah tutup mulut tapi Jet tarik nafas kepuasan. Kedua mereka memandang aku. Ros dengan penuh penyesalan, seakan sedih, tapi lebih kepada kecewa dan Jet datang mendekati aku, tepuk belakang aku dan tersenyum puas. Dia kemudian bertukar warna kehitaman dan satu portal besar muncul di hadapan dia. Tangan kanan dia lunjurkan kedepan dan sebatang tongkat serampang tiga muncul dalam genggamannya kemas. Dia kemudian suakan tangannya ke depan menjemput aku berjalan dahulu. 

    “Bob…” suara Ros perlahan. Aku masih keliru. Permainan apa yang mereka mainkan dihadapan aku? Mata aku yang melilau akhirnya tertancap ke arah bawah bangunan. Dan mata aku terbuntang luas. Aku nampak jasad aku yang maha besar terbaring, terbujur kaku atas jalan raya dengan baju kemeja aku penuh darah kesan dari luka besar di kepala aku yang terhentak atas jalan tar, tulang siku aku terkeluar dari tangan dan kaki aku terlipat ke atas. Aku terjatuh, ngilu melihat badan sendiri atas jalan raya. Bila masa aku terjun? Bila masa aku lompat? Aku lihat keadaan diri aku sekarang, aku dah mati? Jadi aku sekarang apa? Roh? Melihat jasad sendiri yang sudah tidak bertakung nyawa? 

    Ros bertukar keputihan, satu badan dia putih dan sepasang sayap indah muncul dari belakang badan dia. Masih menggeleng dan menekup muka, aku nampak dua tiga butir air mata dia jatuh berlinangan. Jet masih setia menunggu aku untuk bertapak masuk ke dalam portal yang baru muncul di hadapan kami. 

    “Aku akan dibawa ke neraka?”

    “You’ve made your choice. You gotta go” suara Jet berubah sedikit garau, tapi senyuman dia yang tadi sudah berubah sedikit menggerunkan dan menakutkan, aku boleh nampak gigi taring dia tersembul keluar dari mulut. Jet menyua tangannya ke depan. Selangkah aku angkat kaki ke depan, aku tidak lagi jatuh ke daratan kerana graviti, aku akan terapung kerana aku pun sudah meninggal dunia, dan sekarang aku dalam payungan keliru kenapa aku dapat melihat Ros, Jet dan diri aku sendiri terjun dari bangunan empat tingkat ni. 

    Saintis - Selesai

    AUTHOR’S NOTE: Saintis masih belum menemui jawapan kepada penyakit paling merbahaya di atas muka bumi ini. Mereka hanya berjaya mencipta pil dan kapsul untuk mengurangkan penyakit tersebut dari berlanjutan. Jika anda mengenali mangsa dari kalangan rakan2 anda yang mengalami depresi, berikan sokongan kepada mereka sepenuhnya. Depresi membunuh dari dalam dengan senyap.
  • Ros sedang berdiri atas tembok depangkan kedua tangan dan muka dia pandang aku.

    “HEY! TURUN!” aku cuba capai kaki Ros tapi dia ringan macam angin, laju berlari atas tembok ke penjuru bangunan.

    “Jomlah, join” Ros separuh menunduk. Tangan aku dah berpeluh sebab kalau dia tergelincir atau tersilap langkah memang dia akan wasalamu mati katak kat jalan bawah tu.

    “ROS! TURUN!”

    “NO!” Ros peluk tubuh, dan tubuh dia sendiri terhuyung hayang dek angin kuat dekat atas bangunan. Makin kuat tapak tangan aku berpeluh. “BOB NAIK.” Satu arahan dari Ros.

    “ROS TURUN!”

    “BOB NAIK!” Aku masih seriau dengan ketinggian pusat kesihatan empat tingkat tu, tapi lagi seriau tengok Ros yang bila2 masa boleh hilang keseimbangan dan jatuh.

    “Kalau Bob tak nak naik, Ros terjun” meremang bulu roma aku bila Ros lunjurkan satu kaki ke udara dan hanya bertapak dengan satu kaki atas tembok tu. Aku angguk laju2.

    “OK-OK Bob naik.” Aku sendiri tak percaya apa yang aku buat, dengan badan besar gedabak macam ni, aku panjat tembok yang memisahkan daratan dan udara, dan aku sedang melutut tutup mata rapat2 ketakutan. Aku tak berani bukak mata.

    “Cepatlah berdiri sama Ros” Aku bukak mata kanan secara paksa. Ros tolong topang badan aku. Aku tak percaya aku berdiri sama dengan Ros atas tembok tu. Angin malam tu dah terjah muka aku hidup2. Pening kepala sebab ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, dibuai angin.

    “Berdiri betul2, pegang Ros” dan dalam kekalutan tu, aku pegang erat badan Ros. Dia pulak macam merelakan. Sampai aku terdengar satu suara lain.

    “Ehem, sedap berpelukan?” Aku toleh laju2, hampir hilang keseimbangan, ada seorang lelaki serba merah saga berdiri memandang kami berdua. Ok, kalau Ros serba merah jambu, lelaki ni serba merah, bukan sekadar merah biasa, tapi merah yang metalik tu, aku pun tak tau betul ke orang diorang berdua ni. Sorang merah jambu, sorang merah saga. Pelik betul.

    “Orang nak lepak dengan Bob, dia pun nak sibuk.” Aku terpana sekejap, Ros kenal mamat merah saga?

    “Kasi chance lah.” Mamat tu berdiri mendekati kitorang. Dia sua tangan. “Jet” suara dia sepatah. Mungkin nama dia kut. Aku sambut tangan Jet.

    “Bob”

    “Aku tau nama kau” Jet potong pengenalan aku. “In fact, aku tahu semua tentang kau.” Aku terpempan.

    “Mana kau tau?”

    “Funny part is that, Ros pun tahu semua tentang kau” sambung Jet lagi.

    Aku pandang Ros. Ros hanya buntangkan mata, angkat dua bahu dan geleng kepala. Aku tak perasan yang aku dah lepaskan pelukan aku. Bila aku toleh ke belakang dan angin atas bangunan tampar muka aku, baru aku berbalik ke dunia nyata yang aku dah panjat tembok bangunan empat tingkat tu. Terus aku seimbangkan badan.

    “Siapa korang berdua?”

    “Aku Jet, dan dia Ros”

    “Macam mana korang boleh kenal aku?” Diorang tak jawab pertanyaan aku.

    “Apa kau buat kat atas ni Bob?” soal Jet.

    “Jet…” suara Ros perlahan seakan menegah.

    “Suka hati akulah, takde kena mengena dengan kau”

    “Kau yakin yang kitorang berdua takde kena mengena dengan kau?” Aku pandang Ros sekali lagi.

    “Apa sia? Sapa korang berdua ni? Ha? Malaikat maut? Angel and Devil?” Jet angkat sedikit kepala ke arah Ros. Kemudian Ros unjurkan kaki ke depan, dan dia TERAPUNG!

    Saintis : Bahagian 3 Tamat
  • Aku baru jumpa pintu kecemasan ke satu tangga rahsia. Tangga ke bahagian bumbung bangunan kesihatan ni. Daki tangga dah mengah, aku kuak pintu dan aku dapat lihat keindahan ciptaan Tuhan. Langit biru luas terbentang, ada kepul2 awan, cantik dia sampai aku yang mengah ni boleh hilang lelah. Aku tutup pintu dan sendal dengan satu meja lama, Jenuh jugaklah aku tarik meja tu sebab jauh dari pintu. Aku tak nak ada orang ganggu aku. Aku nak bersendirian. 

    Aku pasungkan kaki ke lantai dan aku topang badan dengan dua tangan dekat tembok betul2 menghadap ke jalan raya di depan bangunan. Kalau aku salah langkah, memang naya badan aku berkecai berjumpa jalan tar. Tapi jangan risau, aku masih waras.

    Aku keluarkan telefon bimbit, pasang lagu kegemaran aku dan letakkan di atas tembok. Aku humming lagu tu sampai aku pun tak sedar ada kapal terbang lewat atas kepala aku, dua buah ambulans baru keluar dari pusat kesihatan. Mesti ada orang nak mati. Ironi. Benda biasa, dah sakit, dah nak mati baru nak ingat jaga kesihatan, dah sakit, dah nak mati baru nak ingat Tuhan, baru nak ingat ada doktor, nurse, dan pembantu makmal macam aku ni ada untuk jaga diorang. 

    Diorang ingat aku dah takde kerja lain agaknya nak menghadap muka sakit diorang. Nak kena dengar diorang membebel, mengadu, mengerang sakit, tapi bila aku ni? Aku yang sakit? Ada siapa nak dengar? Dengar la diri sendiri sakit. Dengarlah diri sendiri terpekik melolong panggil Tuhan. Aish, menyimpang dah fikiran aku. Aku nak tenangkan fikiran kat atas ni. Aku tarik nafas. Dalam2 dan bukak mata. 

    “Hai Bob” satu suara sebelah kiri aku. Ada satu susuk perempuan serba merah jambu. Rambut, tangan, kaki, bibir, semua merah jambu. Baju, kasut, semua merah jambu. Aku terpinga sekejap. Aku tengok belakang, pintu yang aku sandal dengan meja tadi masih tak berkuak-berusik. Macam mana dia boleh masuk tempat ni? Macam mana dia boleh tiba2 muncul sebelah aku?

    “Janganlah terkejut sangat”

    “Awak siapa?”

    “Saya Ros” dia tak berjabat tangan pun dengan aku. Dia pandang ke depan. 

    “Bob buat apa kat atas ni?”

    Aku berdiri mengadap Ros. 

    “Ros?” masih menatap muka dia yang serba merah jambu tu.

    “Macam nampak hantu.”

    “Macam mana Ros masuk sini?”

    “Ea-eh, dia yang kacau tempat lepak kita, dia kata kita pulak yang masuk sini. Macam mana Bob boleh masuk sini?”

    “Macam mana Ros boleh tau nama saya?” Ros tuding jari ke tag nama kemas berpin di poket kemeja aku. Aku terlongo. 

    “First time datang sini?” soal Ros seperti dah lama berbual dengan aku. Aku angguk takut2. Masih tertanya2 macam mana dia boleh ada dekat atas bumbung ni sedangkan aku dah sandal pintu dengan meja yang agak berat tu, kalau dia tolak dari dalam, mesti aku akan dengar cubaan dia mengalihkan meja tu, tapi tadi masa aku masuk sini pun, memang jelas takde seorang manusia pun dekat sini. 

    “Cantik kan.” Ros tebarkan tangan dia. Dia alihkan pandangan kalut aku tadi kepada suasana hiruk pikuk orang bandar yang dah beransur nak pulang ke rumah. Dari pandangan yang cerah tadi dah semakin malam, ungu, merah, oren merona jadi satu tona yang dipanggil senja. Eh? Lama sangat ke aku dekat sini sampai dah senja pun aku tak perasan. Aku periksa jam dekat handphone, dah menginjak 7.15pm dan bila aku pandang depan, Ros sedang berdiri atas tembok depangkan kedua tangan dan muka dia pandang aku.

    Saintis : Bahagian 2 Tamat
  • Ada lah sikit2 hujan rintik tu kena muka aku. Rasa macam kena sembur dengan air paip masa mandi lepas main hujan zaman kecik2 dulu. Kalau hujan lebat je, aku dengan adik akan keluar rumah, hiraukan guruh, kilat, petir sabung menyabung, redah je hujan lebat, dan tenggelam dalam air hujan yang mencurah-curah habis lencun satu badan. Kau bagilah tak kira hujan pagi, tengahari, petang, maghrib, waima tengah malam, aku dan adik akan ambil peluang tu untuk sama2 merasai nikmat mandi hujan. Dan kesannya?

    HOI! BERTUAH PUNYA ANAK! 

    Oh, tu suara Mak Chu, dia punya tengking lagi hebat dari halilintar, dia punya marah lagi kuat dari kilat, sekali dia hayun rotan lagi laju dari ribut lagi sakit dari kena panah petir. Pedih berbirat kena rotan? Haha tak payah la aku tulis dekat sini. 

    Mak Chu jaga aku dengan adik dari kecil selepas mak dengan ayah tinggalkan kitorang. Yup, tinggalkan. Bukan meninggal dunia, bukan accident ke, apa ke, tak, diorang tinggalkan kitorang dekat Mak Chu sebab diorang tak mampu nak jaga kitorang berdua. Nak cakap aku anak manja lebih2 tak jugak, cuma cukup makan paling tidak tiga kali sehari pun dah memadai. Daaaan aku pun dah lupa macam mana diorang tinggalkan kitorang dekat Mak Chu. 

    Nasib ada Mak Chu, walaupun garang tapi dia jugaklah yang besarkan kitorang sampai jadi manusia. Mak Chu cakap, jangan simpan dendam dekat mak ayah sebab diorang ada alasan sendiri kenapa diorang tak nak jaga kitorang. Tapi itu cerita tiga puluh tahun lepas. Sekarang aku pun dah kerja, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, cuma belum kahwin je. Adik aku dah kahwin. Dengan lelaki hensem kaya berkerjaya. Ha eloklah tu, harapnya laki tu jaga dia elok2 dan tak tinggalkan anak dia nanti. Tapi adik takde anak lagi so, aku tak perlu risau bahagian tu. 

    Aku kerja pembantu makmal. Bukan doktor bukan jururawat, tapi pembantu makmal, dekat Institusi Penyelidikan Perubatan, gaji lumayan kerja stress tu biasalah, tapi aku tak gembira. Sebab setiap hari orang akan pandang serong dekat aku, sebab fizikal aku besar. 

    Tinggi aku 172cm dan berat aku 114kg. Tinggi dan berat. Tinggi dan gemuk. Semua orang akan terpana tengok aku pandu kereta mewah aku, tapi bila aku keluar dari perut kereta dengan perut aku ke depan, semua orang pandang aku macam aku seekor babi yang pandai memandu kereta. 

    Di penghujung hari, aku akan rasa kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku gemuk. Kenapa aku besar. Kenapa orang pandang aku serong? Pernah aku bercita-cita nak kuruskan badan, mulakan plan diet dengan rutin senaman ringan, tapi bila aku start berjogging tak sampai lima minit aku dah mengah, tak boleh bernafas, sampai muka aku kebiruan sebab tercungap tak cukup nafas. Dah macam kena asma, balik kena cari nebulizer. Tapi aku takde asma pun. Cuma malam kalau tidur, aku akan berdengkur yang maha kuat. 

    Aku baru jumpa pintu kecemasan ke satu tangga rahsia. Tangga ke bahagian bumbung bangunan kesihatan ni. Daki tangga dah mengah, aku kuak pintu dan...

    Saintis : Bahagian 1 Tamat
  • Usai solat sunat Aidilfitri, aku terus drive Bapak ke kubur Emak. Setiap tahun. Sekarang sudah tahun ke lima. Kami sambut Ramadhan, dan beraya dua beranak sahaja. Semua gara-gara mulut longkang, mulut lancang aku. Tapi aku puas, asalkan mereka sedar akan kesalahan mereka, mereka sepatutnya lebih matang dari aku yang merupakan adik bongsu mereka. Alasan semua tak boleh pakai. Pautan stereng aku kemaskan. Bapak menghela nafas berat.

    "Kenapa pak?"

    "Takde apa-apa. Bapak rindu Along dengan Kak Nur." Aku pula mendengus kasar. Bapak dah biasa dengan response aku, dah lima tahun terbiasa. 

    "Diorang yang masing2 taknak balik beraya, bukan salah saya"

    "Kamu tak nak mengalah dik."

    "Kenapa saya pulak kena mengalah? Kenapa saya pulak kena mintak maaf?"

    Bapak mati akal. Putus kata. Perjalanan terasa lama kali ni. Sesekali aku curi pandang wajah Bapak yang dimakan ungka usia yang mencecah lewat 50an. Masih berkudrat menjaga kami semua dahulu, tiga beradik. Dan sekarang bila meja berputar arah, tiga beradik belum tentu dapat memikul tanggungjawab menjaga seorang Bapak. Ada air mata mengalir senyap tapi cepat disekanya sambil betulkan kopiah. Aku nampak semua tu, tapi hati keras aku degil, dan hati degil aku keras. Aku berhentikan kereta di tepi jalan, beratur kereta parking ditepi jalan, macam nak amik BR1M. 

    Ada yang satu keluarga datang, siap bertikar, berjag-jag air, macam nak buat open house pun ada, ada yang datang cuma bertiga, ada yang berdua seperti aku dan Bapak, dan ada yang seorang diri. Dengan siapa pun mereka datang waima serombongan tiga bas sekalipun, mereka hanya ingin melawat tugu mati bernisan dua terpacak dan kalau baik hati mereka sedekahkan Yassin dan tuangkan siraman air untuk menyejukkan kubur. Ya, menyejukkan kubur dan bukannya jenazah di dalamnya, kerana jenazah di dalamnya belum tentu dapat merasa siraman nun jauh tujuh kaki di atas.

    "Assalamualaikum Emak" aku ucap salam. Duduk berhadapan dengan Bapak dan dia mengepalai bacaan Yassin. Terasa tenang sepanjang bacaan, walaupun kadang2 terdengar gelak ketawa atau tangisan bayi dari pengunjung yang kurang sensitif tentang ziarah kubur. Aneh kerana aku tidak menangis. Cukuplah menangisi mereka yang sudah pergi, kita berdoa sahaja agar roh mereka dicucuri Rahmat Allah s.w.t.

    Usai bacaan Yassin, kami menadah tangan memanjat doa kepadaNya agar segala urusan di alam barzakh hingga urusan di alam akhirat kelak bagi Emak akan dipermudahkan. Amin.

    "Bapak doakan kamu dik."

    "Untuk apa?"

    "Doa bukan untuk orang mati sahaja. Doa untuk orang hidup, orang belum bernyawa, dan untuk orang sesudah mati."

    "Adik tak pernah baca mana2 kitab pun cakap pasal doa untuk orang belum bernyawa"

    "Ada, banyak lagi kitab kamu belum baca" Aku menggaru dahi yang tak gatal. "Dalam semua kitab yang adik baca, pernah terlintas dengan isu memaafkan saudara sendiri?"

    Bapak bangun pergi meninggalkan aku seorangan, namun dia sempat menepuk belakang bahuku. Dia sendiri yang bangun dan angkat kaki. Lelaki hati kering? Tidak pandai mengekspressikan emosi? Menyembunyikan perasaan? Dia dah cukup ekspresskan apa yang dia mahukan, cara Bapak bukan seperti aku yang menggunakan semaksimum desibel yang mungkin agar orang sekeliling rasa terancam dan gerun lalu kalah, Bapak hanya perlu mengucapkan beberapa baris ayat untuk aku terasa sendiri. Itu pengajaran, stail Bapak.

    Eh? Bila masa aku menangis? Ya Allah, terkesan sungguh dengan kata2 Bapak. Bapak sedang berbual dengan kenalan dia agaknya di pintu masuk. Aku terduduk beberapa minit lagi disitu, sambung bercerita pada Emak. Dengar macam gila? Mungkin aku betul gila, tapi aku gila yang percaya Tuhan berkuasa untuk biarkan Emak mendengar leteran dan ceritaku sampai hari perhitungan.

    Dan dari perhitungan aku, empat dinding kaku. Yang nampak sedikit kulat dan lumut sedang cuba bergelut menjalar menumpang memberi sedikit warna pada kusam putih simen murah. Murah ke, mahal ke, kalau dah bertugu dua, berukir nama si pemilik tuan tanah, itu semua sudah tidak dipandang lagi. Yang dipandang cuma sedekah jariahnya, amal ibadahnya, dan juga doa dari anak-anak mereka yang soleh. Wallahualam. 

    Surat Dari Cendawan (2016)
    Selesai

    Inspired by Tiada Tanding, Tiada Banding (An Unpublished Entry Written on 2011)
  • Berdesing telinga. Hangat, panas pipi aku kena lempang.

    "SUDAH!" semua senyap. Bapak muncul depan pintu. "Jasad mak kamu tengah kena soal dalam kubur, belum sempat tanah merah tu kering, kamu semua dah bertikam lidah! Apa benda kamu cakap ni? Nak cari mak baru apa ni? Kamu sedar tak apa kamu gaduhkan ni?"

    "Adik kurang ajar pak" adu Along.

    "Bapak tak pernah ajar kamu bergaduh macam orang hulu begini. Sudah, Nur, siapkan malam ni Bapak nak buat tahlil, orang surau datang. Buatlah apa yang patut." Kak Nur mengangguk. Dia terus bingkas. Abang Salleh mengekorinya. 

    "Mintak maaf sekarang." Bapak berdiri antara aku dengan Along. Masing2 mencebik. "Adik, mintak maaf pada Along." Aku sikit pun takkan tunduk pada ego aku. Along turut berpaling ke arah lain.

    "Baiklah, kalau dua-dua taknak bermaafan, ikut suka kamu. Bapak dah malas nak ikut campur. Silakan, buat apa kamu suka. Masing-masing dah besar." Sindiran dari Bapak membuatkan aku automatik tertoleh ke arah Along, dan pabila Along turut memandang muka aku, kami terus angkat kaki ke arah yang bertentangan. Jangan harap kami nak bermaafan atas dasar ingin menangkan ego.

    Malam itu, selepas Isya' rumah bergema dengan bacaan surah Yassin berjemaah dan bacaan tahlil. Bapak yang jadi ketua bacaan. Aku duduk agak jauh dari Bapak sebab Along duduk selang beberapa jemaah dari Bapak. Jemaah perempuan di dalam rumah, aku nampak Kak Lia tak menang tangan menguruskan tiga anak buas dia. Kak Nur dibantu beberapa orang kenalan arwah mak di dapur. 

    Selepas selesai tahlil, jemaah dijamu ala kadar dan mereka tidak banyak bersuara, ada yang hanya minum sedikit kemudian bersalam dan berpelukan dengan Bapak kemudian minta diri. Bapak berterima kasih atas kesudian mereka hadir pada malam ni dan atas pertolongan mereka sepanjang proses pengurusan jenazah siang tadi. Aku kemaskan apa yang patut. Di dapur, hanya ada aku dan Kak Nur.

    Kedua2nya diam. Ketika aku nak melangkah ke depan. Kak Nur bersuara.

    "Akak nak mintak maaf..."

    "Nak mintak maaf kenapa?"

    "Akak tau, akak tak pernah balik masa mak demam, kau sorang je yang jaga mak dengan Bapak."

    "Akak kan sibuk." Kak Nur sudah tersedu sedan menahan tangisan.

    "Akak nak sangat balik, akak nak tengok muka mak masa mak hidup, akak menyesal sangat sebab tak balik lebih awal. Akak balik-balik je, tengok mak dah takde..." tangisannya makin berat. Abang Salleh terus mendapatkan Kak Nur dan menenangkan dia.

    Along turut bergegas ke dapur bila dia terdengar suara Kak Nur menangis.

    "Kau cari pasal apa lagi dengan Kak Nur?"

    "Saya cari pasal apa? Along ni dah kenapa?"

    "Along, Nur yang..." belum sempat Kak Nur membalas, Along dah maki hamun.

    "Kau tak habis2 nak salahkan Kak Nur kau dah kenapa! Kau faham tak dia pun nak jugak jumpa mak tapi dah jadi macam ni nak buat macam mana?!"

    "Oh, jadi ni salah adik jugak? Mak mati salah adik? Kak Nur tak dapat tengok mak, salah adik? Apa lagi salah adik? APA?!"

    "Mintak maaf dengan Kak Nur."

    "Kalau adik taulah jadi macam ni hari ni, lebih baik korang tak payah balik langsung rumah ni!" Aku angkat kaki keluar. Bapak dah tak larat nak leraikan pergaduhan kami. Dia biarkan sahaja. Penat dan kesedihan dia baru kehilangan isteri tercinta belum habis, anak2 dah buat perangai. Along cuma dapat kejar sampai pintu depan sebelum aku dengar suara Bapak menegah dia dari terus mengejar aku. Aku? Aku lari ke kubur mak.

    Surat Dari Cendawan : Bahagian 2 Tamat
  • "Kalau korang balik awal takde jadi macam ni"

    "Habis adik nak salahkan Along?"

    "Salah semua."

    "Nur keje Long, bila masa Nur nak balik. Memang tak sempat."

    "So, kak Nur balik hari ni semata-mata nak tengok mak kena tanam macam tu?"

    "Jangan kurang ajar dik!"

    Ruang tamu tegang. Aku berdiri. Kak Nur duduk dengan tangan sesekali menyeka air mata yang tak putus jatuh. Abang Salleh, suami Kak Nur hanya diam menenangkan anak tunggal mereka yang hanya dua tahun yang sama macam mak dia, tak berhenti menangis. Along seorang diri, Kak Lia di dalam bilik menidurkan tiga orang anak lelaki mereka yang buas. 

    Sebentar tadi selepas Zohor, barusan selesai jenazah mak kami dikebumikan. Mak meninggal malam tadi bila jantung mak gagal berfungsi akibat jangkitan kuman dalam darah. Sebelum pemergian mak, mak demam hampir dua minggu dan Bapak mengambil keputusan untuk jaga dirumah sahaja. Dan cuba teka siapa yang berada di rumah untuk menjaga mak selama dua minggu? 

    Aku.

    Cuba teka siapa yang tiada di rumah untuk menjaga mak selama dua minggu.

    Along dan Kak Nur.

    Kami cuma tiga beradik sahaja. Mak pernah menjaga kami bila kami serentak demam, tapi bila mak demam, seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang mak. Bapak sentiasa ada disisi mak, tapi kudrat bapak tidak begitu kuat, jadi aku perlu menolong untuk mak ke tandas, bila pagi mak nak duduk di luar rumah untuk udara segar, petang juga begitu. Kadang2 mak tak sempat pun ke tandas, mak tak sempat muntah dalam besen yang Bapak sediakan. Cuba teka siapa yang bersihkan semua tu?

    Aku.

    Apa yang membuatkan ruang tamu tegang petang ini, ialah kemarahan aku yang sudah lama aku simpan. Along jarang tengok mak di rumah, kalau dia ada masa di hujung minggu baru dia datang. Alasannya, tiga orang anakknya leceh untuk dikawal ke sana ke mari, susah untuk Kak Lia jaga dan bla bla bla. Kak Nur pulak menggunakan alasan kerja, ya kerja dia memang sibuk, sampai ada yang makan seharian dia di pejabat menyiapkan kerja al maklumlah bos di syarikat sendiri. Abang Salleh menjaga anak mereka seorang diri di rumah. Bila masanya entah dia datang melawat mak.

    "Dulu bukan main Along cakap nak bawak mak duduk dengan Along kalau Along dah ada rumah sendiri, tak payah lah Long, mak dah cukup bahagia dengan rumah kecik ni." Aku beralih pada Kak Nur. "Akak pulak cakap, nak upah orang gaji untuk mak, driver untuk Bapak, siap nak call-in doktor peribadi untuk tengok-tengokkan keadaan mak." Aku jatuhkan pandangan kepada mereka berdua. "BLAHLAH!"

    "Adik jangan nak kurang ajar dekat sini, jaga mulut tu, adik dah lupa, siapa yang bagi duit masa adik belajar? Kak Nur yang biaya tau, kalau Kak Nur tak bagi duit, jangan harap kamu tu nak masuk universiti!" Along meninggi suara.

    "Along..." Kak Nur sambung menangis.

    "Tak guna ada duit banyak." aku tahan getar suara.

    "Apa kau cakap?" soal Along.

    "Tak guna ada duit banyak, kereta mewah, rumah besar, syarikat milion-bilion ringgit, kumpul je duit tu, kita ramai-ramai pergi kedai, beli mak baru!"

    PANG!

    Surat Dari Cendawan : Bahagian 1 Tamat
  • Tik tok tik tok tik tok

    Dan waktu pun berlalu. Sepantas kilat yang menyambar. Shutter pada kamera. Kerdipan mata. Selaju itu, sebuah cinta hilang. Sebuah kisah yang sepatutnya menjadi cerita gembira. Permulaannya gembira, pengakhirannya juga gembira. Lewat enam tahun lalu, ketika satu cinta itu sudah ketemu tarikh luput, satu buku sudah tamat halaman cerita, trengkasnya sebuah cinta yang selesai.

    Kalau aku cerita berulang kali, mau muak, mau bosan, mau ramai yang tempiaran lari malas baca cerita ni. Tapi pedulikan, sebab aku rasa terpanggil nak keluarkan cerita ni lagi, menjadi asbab salah satu cara mudah aku mengingati dia. Dia ialah cinta. Cinta datang bertandang barang setahun. Berkenal-kenalan sekitar 2009 dan berangkat-pisah pada 2011. Alahai, terlalu pantas. 

    Cinta ini berbeza. Ia memujuk, tidak pula ada gaduhnya, ia memesan, tidak pula ada salahnya, ia meneman tidak pula ada sunyinya. Cinta kali ini seakan memang datang-tandang-singgah hanya untuk lewat dan kirim salam peringatan. Dunia Allah sementara, akhirat nanti bermula cerita cinta yang kekal abadi In Sya Allah. Kalau dia bercakap, satu dewan senyap mendengar, ilmunya luas, tapi hatinya rendah di dasar laut. Guraunya lembut,pecah tawa orang di sekelilingnya. Tuturnya halus, tidak pernah meninggi. Geraknya lucu, senyumnya manis, peluknya erat, romannya menyimpan 1000 galau.

    Kalau aku boleh putar masa, beberapa detik sebelum dia berangkat, aku mahu dakap dia erat. Tapi jodoh aku dengan dia tiada tertulis. Aku cuma dapat tengok dari jauh sahaja, dapat ikut jejak jasadnya yang tiada bernyawa, dapat hamburkan tangisan rindu. Tangisan cinta. Tangisan yang menahan sedih, sebak, dan gembira kerana dia dah terlepas ujian di dunia.

    Dan waktu pun berlalu. Sedetik kita menoleh. Lena dan tidur dibuai mainan alam mimpi. Selaju itu, enam tahun genap cinta meninggalkan aku. Cuba tanya aku sedih tak dengan pemergian cinta yang sudah injak enam tahun ini? Aku akan geleng, aku tidak menangis lagi. Cinta pergi bukan meninggalkan aku, dia cuma pergi meninggalkan dunia. Nanti-nantikan kami akan ke temu lagi. Usah risau lah. Dia memang sudah dijanjikan syurga. Dia itu cinta yang baik-baik. Dia itu cinta yang disenangi, dapat doa dari kawan-kawan yang sama-sama merasa nikmat cinta yang dia tebarkan percuma, selama dia bergelar cinta. 

    Tik tok tik tok tik tok

    Semoga Jumaat ini, seperti hari kau meninggalkan aku, wahai cinta. Semoga ia redup, dan petangnya ada tangis dari awan, dan malamnya sejuk dan dingin. Seperti gita dan simfoni alam mengiringi kau, cinta hati aku, dan cinta hati mereka yang pernah lewat dalam duniawi ini, mencintaimu. 

    #AKIRINDU

    Tribute 2010/2012//2013/2014
  • Previously on The Invisible Bucket List...

    So I got into UKM, scored the Dean List Award during my first semester, I even tried out my acting skill and it turned out good as I won Pelakon Lelaki Terbaik for a decent short film, I handled the College Dinner and won myself a hefty Samsung phone and two tickets to the luxurious Gold Class ticket cinema. Lets see what else I achieved to add on my invisible bucket list this time around.

    No. 7: The Indescribable Besut, Terengganu

    Moving on bila dah naik sem 2, the offer to become Pemudahcara (PC) atau bahasa omputih dan senang faham, Fasilitator was up. Geng aku semua apply for the job cause kitorang semua rindu Perang Dectar. (klik link) For those who don't know Perang Dectar tu apa, yguys shud go and YouTube it up. Semua orang akan cakap one of the highlights for orientation week was Perang Dectar. So afterwards, only my name came out. Maknanya the rest of my team tak dapat jadi PC. BUMMER! MAJOR BUMMER. Tapi aku redha je. 

    One of the criteria of becoming a PC is to undergo a three days-two nights (more like forever) kinda camp at Besut, Terengganu. I was reluctant at first, tapi Alhamdulillah, Besut showed his mercy. Haha. It was fun, meeting new friends, my team #teamTEEN8. Start dari Pitching which I sang in front of a lot of people (hey, add that up dalam Invisible Bucket List ni), kena bangun awal pagi, berjalan God-knows berapa kilometer sampai ke pantai, mass-ablution lol, amik wudhu ramai2 guna air laut (pergh masin gila), solat Subuh jemaah dekat tepi pantai and one thing I will never forget is, LIVE SUNRISE dekat tepi pantai. GOSH! Janji dengan diri sendiri akan pergi sana balik nanti. 

    Later that morning, kena hiking Bukit Keluang. PERGH! Dahlah tak pernah hiking, ingatkan bolehla bagi acah2 Bukit Broga dulu ke, sekali mendapat ko. Bukit Keluang! The hike was amazing! Xyah citer la, x boleh gambar dengan kata2 korang kena try hiking (for those yg x pernah la) sebab ini first time aku, I gotta admit man, korang mmg kena ada full body stamina to finish the hike. On top of it, u can just enjoy the view. :)

    Long story short, we had treasure hunt, more like point hunt. Sebab point tu semua akan di jadikan foreign exchange kepada nilai ringgit dan duit tu adalah satu2nya sumber kitorang untuk beli bahan mentah dan masak sendiri makan malam untuk malam tu. PERGH. MENCABAR WA CAKAP LU. It was crazy. Upside down crazy tiring three days but it was all worth it. Semuanya for the sake of becoming a PC. (insert sarcasm jokes here)

    Misi: Angkat ahli kumpulan paling comel. OKBAI.
    #teen8 masak
    #teen8 dah summit. Gitu kau, summit.
    No. 8: Pemudahcara for Minggu Mesra Mahasiswa (UKM Orientation Week)

    Selepas bertungkus lumus sepanjang tiga minggu perkampungan (perkampungan pun best jugak, but kalau nak citer jugak nanti entry akan jadi panjang sampai Australia...like I care). Since ketua Post Program ada dua orang je, Sri and I, kitorang kena rancang the whole slot for five days of orientation. Kau bayangkanlah. Two people, and an effing five days of program. Thank God ada tentatif dari pusat, kalau tak matilanak nak pk program sampai lima hari. Haha. So the day has come. Freshie UKM masuk mendaftar. I quickly saw myself again. Datang dengan baju kemeja putih, seluar slack hitam, kasut kulit, dengan tie, with my files. Oooh, memory. 

    During the first day, busy hectic gila namatey, I was assigned to be the escort boy @ luggage boy. Ask my juniors berapa ramai yang aku tolong escort ke bilik, escort here means, bawakkan barang dorang sekali. (Baik betul abang PC ni) hey, bukan aku sorang k, ada beberapa orang PC lain yang turut membantu. 
    Worked on dat dashing Bunga Raya for almost two hours just to find out it was torn apart the very next day. Hampa
    Naib Canselor (the one in Pink Scarf), Pengetua (berdiri sebelah kanan dia), Pengurus Kanan Kolej, Barisan Felo, Majlis Eksekutif Pelajar dan Pemudahcara Minggu Mesra Mahasiswa.
    My superhero outfit for the rest of the weeks. Red Umbrella UKM. 


    DECTAR, UKM. Kau, ribu riban freshie. Macam semut aku tengok.
    Kalau nak citer the whole orientation mmg tak la dik. Panjang berjela kau. LIMA HARI dik oi. So I skip k. The end of the day, kitorang di layan ala2 kenduri 5 bintang dengan macam2 persembahan termasuklah a simple sketch of which leads to my next Bucket List awaiting in order.

    No. 9: Hari Kebangsaan marching (Performance Slot)

    The very next week after orientation, squad kolej (KIY) dengan Gorilla menakutkan tu, pergi Stadium Universiti untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Universiti. Perbarisan tu merupakan salah satu pertandingan yang dipertandingkan selain dekorasi Hari Kebangsaan terbaik and so on. Our squad has agreed to highlight one of our very own Kelab Kebudayaan, ELECTRA. So I was in charged of the performance. I named the group GETEK and BESTIE, stands for Geng Teater Kolej and Budak Seni Tari, GETEK performed a brief sketch on racism followed by BESTIE taking the stage with their 1 Malaysia's choreo.
    Practice! Tapi selfie yg banyak
    Flashmob KIY
    Suka betul dorang time ni.
    Our squad won Anugerah Harapan if I'm not mistaken. All is well.

    No. 10: Establishing EDIMOSI
    First meeting dengan GETEK yg bakalan dapat nama EDIMOSI. I was here first. Disiplin mana disiplin? Aish bdak2 ni? Grrr
    Lucky for me, GETEK didn't just end there. One of my many inspiration was to establish a theater group dekat kolej sebab kolej takde kumpulan teater, and my dream came true in conjunction with ICAF 2015 coming up due October (ICAF stands for Inter College Art Festival). With that around the corner, MEP Kebudayaan my dear-dear friend Nadia entrusted me to run GETEK to their best and compete in theater competition organized alongside ICAF. Ada beberapa acara lain yang dipertandingkan such as Lagu Ketuhanan/Nasyid, Dikir Barat, Tarian Negeri-Negeri Malaysia, Tarian Cindian (fusion of Cina dan India), Tarian Kontemporari, Band dan Teater and since aku Ketua Pengarah Portfolio Seni Lakonan dan Teater, Nadia beri kepercayaan tu kepada aku.

    I wrote the script (took me a week or less) and gather my dear GETEK. Time ni aku tak reveal lagi nama dorang sebagai EDIMOSI (Oh and EDIMOSI stands for Ekspresi Diri dan Emosi) since they're not on stage performing yet, so aku panggil dorang GETEK. Funny yknow, orang ejek nama GETEK-GETEK tu, but to put that to shame... :)

    No. 11: Joined ICAF 2015, Won ICAF 2015

    We joined ICAF 2015. On last 6th November 2015, our group debuted. Naskhah yang kitorang bawak naik panggung ialah Senteri Mungkar. A lot of sweats thru out the bittersweet journey. Simpan elok2 jadi memori. Huhu.
    Official poster of Senteri Mungkar. Credit: @shafikfashah for the amazing poster.
    Practice, practice, practice.
    Practice and rehearsals. Spacing and training. And repeat.

    They fought with commitment, anger, fear, macam2 la emotion turbulence dorang, some of them nearly quit halfway, some of them did quit. LOL dan hasilnya, 9 days of practice they are ready to rock the stage.

    I am so frickishly lucky to haf tons of amazing people to help me and back me up during the preparation of Senteri Mungkar. Nak list out, belambak gila kut orang yg tolong. Directly atau indirectly. Thank you thank you thank you so so much.

    Here's a part one of their performance. (the rest of the parts still dlm editing/uploading process)
    Curtain call lpas persembahan EDIMOSI
    Later that week, untuk majlis penutup ICAF, penyampaian hadiah dan ada konsert mini, only a bunch of us attended since time tu dah start mid break. High hopes and relieved everything has ended, our group was announced as the First Place winner for the theater competition. Alhamdulillah Ya Rabb. :)

    Yguys can check out the full vid here.
    Skip to 27.00 - 44.00 (utk pengumuman Teater) 

    Proud Founder and Director for EDIMOSI first renowned debut performance in ICAF 2015. Betting Senteri Mungkar on the line and packed home 7 awards and honored to be crowned champ. Those kids are my beloved people now. The one who made my dream come true.

    SENTERI MUNGKAR brought home
    1. Pelakon Wanita Terbaik (Emas) - Sulin
    2. Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Emas) - Azmin
    3. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Perak) - Alim
    4. Penata Cahaya Terbaik (Perak)
    5. Penata Set dan Props Terbaik (Perak)
    6. Penata Busana dan Solekan Terbaik (Perak)
    7. Pengarah Terbaik (Perak)
    8. Johan Teater Keseluruhan

    Alhamdulillah and thank you for everything.
    Kisses (Anas Roshad)

    No. 12: For the Brave

    Kan dalam previous Invisible List aku ada dapat hadiah Samsung Galaxy S5 kan? Well aku guna handphone tu untuk dua ke tiga bulan tops je, sbb aku bagi kakak aku pinjam cause her phone kena curi, which then it left me to my beloved hardworking loyal Ninetology Black Pearl II yang sangat hardcore dan tahan lasak cuma satu je yang tak tahan ialah, bateri dia. Alahai. I bought this baby way back in June 2013 if I'm not mistaken. So tahan tiga tahun je (more or less) dan geng #VSRTW aku pujuk memujuk suruh aku beli handphone baru since nak receive call pun susah dengan handphone lama ni.

    So on 6th December last year, aku buat keputusan pg beli handphone baru. Just so yguys know, I'm not an iPhone fanatics. Aku prefer Samsung tapi kali ni taste aku berbeza skit bila diperkenalkan kepada jenama yang baru nak naik. HUAWEI. Combing thru the catalogue, aku tersuka dekat line HONOR plus one of classmate is currently using HONOR 4C and she said it costs her RM400++ bila aku research dkt internet (benda harus buat sebelum korang nak pg beli phone k) aku lebih tertarik dekat HONOR 4X. So I got myself one. Habis citer :)
    Click the image to get directed to Honor Official UK Website
    Ol n ol handphone ni mmg ikut taste dan style aku. Simple features, sleek design, hardcore long-lasting battery, a frickin 3000 mAH walaupun aku tau sekarang dah banyak lagi android yang run with 4k to 5k mAH punya battery. Well, HONOR jugak yg berjaya tawan hati aku. For the brave katanya. Lewls.

    Banyak review and unboxing HONOR 4X korang boleh tengok dekat YouTube k. Jangan request aku buat review handphone kat sini. You wish! Haha, thanks korang sudi baca sampai habis. Ada satu lagi part k. Maybe minggu depan aku publish or will I? Huu. Till then hugs and kisses!
  • Salam folks. Harap korang semua sihat. Tada! Aku muncul balik selepas 3 bulan tak update. Sian blog ni. Terima kasih pada semua yang masih sudi melawat blog mcm kena tinggal tuan, tak ber-update, takde entry baru, takde apa2 perubahan, kecuali header yg aku baru design semalam. (Eh dah tujuh tahun aku blogging? Syabas Anas) Olritey. 

    Aku tengah cuti sem. Sebab tu aku update blog. Kalau aku tak cuti sem, haram aku nak update. Simple math. Masih pemalas macam dulu, bila masa aku rajin entah. I have a handful of pending entries dlm draft dan jugak mini blovel dan novel yg tak habis taip. (where got idea meh, where got time, where got motivation?) 

    Tho, aku ada kemusykilan. Last time I checked, ada orang bgtau dia jadi follower aku yg ke #618 dan #619, tapi cer korang skrol ke bawah. Haha! Follower aku turun mendadak jadi #555 APAKAH? Nevermind, aku tak salahkan unfollowers tu semua. At some point, kalau blogger tu senyap sunyi sepi je takde update, kita unfollow je la ye dok?
    Ok untuk tak mengarut panjang. Sebenarnya entry ni aku plan nak publish bulan satu tahun lepas, ulang suara, TAHUN LEPAS ya. Attached is the proof. 
    So, kenapa aku namakan benda ni Invisible Bucket List? Sebab kebanyakkan pencapaian aku dalam bucket list ni adalah benda yang aku sendiri tak rancang dan Alhamdulillah jadi sepuluh kali ganda lebih baik dari perancangan aku. Well, I still remember an old friend of mine pernah bgtau, perancangan kita baik, tapi perancangan Allah adalah lebih baik. Thanks to that kiddo aku still igt kata2 dia :) Haha. Apa2 pun aku sangat bersyukur sebab dapat letak pencapaian2 ni dalam Invisible Bucket List. Daaan for a sucker on prequel sequel stuff, I just had to break it up to a lot of parts didn't I. BOOO.

    Here goes. In no particular order. 
    No. 1: I GOT INTO UKM.  yay! (link)

    I posted bout 30 compulsory questions freshies would ask their seniors when they embark on a new journey dkt UKM kampus Bangi, thus answering the question to my previous entry Square One of where did I got to further my degree. Ini adalah salah satu titik tolak perubahan hidup aku jgak, sebab untuk pengetahuan korang, this was my 4th attempt applying and this time around, my application was hooked. Alhamdulillah. :) 

    Here are some pictures of me during my orientation week. hashtag budak hingusan masuk Uni.
    No. 2: The Dean List Award

    I gotta admit that the admission to UKM thing was surely something not 100% invisible as I was the one who applied for it. Maksudnya benda tu bukanlah tak dirancang langsung. I know I applied for it, tapi dapat ke tak tu belakang citer, but this one right here antara hadiah manis untuk diri sendiri for my first semester. Bila dapat tahu I was listed to receive the award, rasa mcm atas awan pun ada. Congratulations to everyone yg scored Dean List on that semester dan dapat kekalkan to the semester after. (unfortunately aku tak kekalkan for the next sem. aduh) :'(

    The Dean List Award Ceremony
    No. 3: Try-out Acting in Short Film and Won Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (MENTION Short Film 2015)

    Haaa, yang ni lagi terbaik. Kawan aku, budak Komunikasi Media kat sini senang panggil bdak MENTION (Department of Media and Mass Communication) kena produce their very own short film dan dia minx tolong aku jadi talent dalam film dia. Without further ado aku pun setuju sebab I was kinda free at dat time dan apa salahnya tolong member kan. 

    The script was a bit cheesy tapi jalan cerita dia original. (inspired by Fixi's novel Sanctuaria). So aku pun ikut la crew shooting for five to six days straight aku pun lupa. Tapi dalam seminggu camtula. Various places and it was superb fun tapi sebagai first timer, it was tiring *af. Bila mana kau kena hafal skrip lagi, lakonkan kena ikut kehendak pengarah dan crew, tu belum masuk solekan lagi. Haa kenapa aku kata solekan aku susah? :)
    (Shooting)
    Here is the original poster for the film.
    And here is my remake version of the poster :)
    And here's the trailer of the short film. Unfortunately the production didn't release the full version of the film. 
    Since it was an assignment and apparently it's a movie, a screening is a must. So aku dijemput ke screening tersebut. Which include judges and award giving ceremony. And lucky for us (walaupun tercalon dua je dari sepuluh anugerah) we won both of the categories. Lokasi penggambaran terbaik dengan yours truly. Pelakon Lelaki Terbaik :) 

    Enjoy the pics.
    No. 4: Guilty as Charge for a Grand College Dinner (link)

    Aku ada update pasal dinner kolej ni link dekat atas. So wrap up, aku dilantik jadi Timbalan Ketua Pengarah untuk makan malam kolej dan I did my best utk delegate works, even my own, siapkan on time, walaupun ada jugak shenanigans *ofkos akan ada lagi2 event besar macam ni. But it turned out well. Alhamdulillah. Couldn't ask for a better team sepanjang gerak kerja :)

    My work scopes include designing the invitation card, slides for College Awards and supervising three posts with me, Decoration team, Registration team, and Programme team. That would mean secara tak langsung aku terlibat dalam dekorasi dewan, susun atur meja makan dan the whole program itself sbb team program bawah seliaan aku. But they have been nothing but great teams to me. Semua komited dan hasilnya boleh dibanggakan for a first timer :)

    No. 5: Valentine's Luck

    Last year, in conjunction of Valentine's Day, syarikat BeeTalk application ada buat contest Which Artist Would You Like To Date As Your Valentine (panjangnya tajuk contest) haha. So I picked Jennifer Lawrence and I typed a 500-worth of essay on her. And guess what, I won the contest. Hadiahnya?
    Alhamdulillah :) First ever aku menang hadiah besar camni. Thanks Ali for the heads up pasal contest tu. :)

    No. 6: Gold Class Theater Experience at GSC Signature Gold Class

    Nothing fancy, ini salah satu treat utk aku (at least I think of it that way) sebab dah byk berusaha untuk perbaiki diri. *eceyh. As previously, yang aku menang handphone Samsung Galaxy S5 dengan dua movie ticket to GSC Signature, aku ajak adik aku, Rashid untuk teman aku pergi tengok citer Mission Impossible : Rogue Nation. Yknow wad, the service was d best.

    You got a blanket by urself, a seat big enough for urself, boleh baring, kau nak tidur pun boleh, popcorns and drinks dia hantar to u personally, and u just have to seat back and enjoy the movie, better yet, lie down and enjoy the movie. Thanks GSC SIgnature! 
    Eh, ni baru 6 achievements unlocked. Aku berhenti takat ni dulu k. Nanti sambung dua lagi part. Bertahanlah. Haha. Thanks sudi baca sampai habis. :) Hope these will inspire u to strive a lil bit better than the yesterday u :) Lemme end this part with one quote I made a second ago. Hee

    "Nothing of your achievement is too little and nothing is too big. Everything was a change for the better you."
  • Assalamualaikum. Hamik kau, Muncul2 bagi 50 lagu terus. Aku diam sebab tengah kumpul lagu. (*boleh pakai ke alasan ni? haha peduli apa aku). Ok2, tak adil kan tinggal blog camtu je, masuk2 bagi lagu je. So far hidup aku ok je. Juggling stuff between study n programs. 

    So untuk sem ni je aku ada berlemon2 program serentak kena dilaksanakan. Aku plak AJK Pelaksana nya. -tak haru abang dik? Rasa cam nak terjun sungai je. Dengan program Fasilitator untuk subjek Citra, video shooting untuk another subjek Citra, Field Trip dekat KLCC this December, ada 2 FSP (Final Semester Project) untuk satu subjek Pronunciation, and then kena produce short film utk Literature and Media, lepas tu ada Creative Presentation Play, last but not least my very own debut theater this coming Wednesday bawah kelab teater kolej. ~Allahu.

    Doakan jelah aku survive this hectic semester. Study dah tunggang langgang ni, *don't lemme start on blogging la kan. Kalau ada masa aku blogwalk gak kat blog korang, itupun kalau aku pergi library, sebab citernya kat bilik aku takde internet dik. Sedeyh. Olrite tu je nak citer. 

    So here goes FIFTY SONGS for u guys. (ajet2 nak cover balik dari bulan April tak update lagu)

    APRIL RELEASE

    1. Charlie Puth ft Meghan Trainor - Marvin Gaye
    Published on April 1, 2015

    2. Jessi J - Flashlight 
    Published on April 23, 2015
    Hailee Steinfeld Version

    3. Sia - Fire Meet Gasoline
    Published on April 23, 2015

    MAY RELEASE

    4. Becky G - Lovin' So Hard
    Published on May 6, 2015

     5. Ed Sheeran - Photograph
    Published on May 9, 2015

    6. Rachel Platten - Congratulations
    Published on May 12, 2015

    7. Taylor Swift - Bad Blood
    Published on May 17, 2015

    8. Rachel Platten - Fight Song 
    Published on May 19, 2015
    LIVE at SiriusXM studio

    9. Alessia Cara - Here
    Published on May 26, 2015

    10. Hillary Duff - Sparks (Fan Demanded Version)
    Published on May 28, 2015

    11. Little Mix - Black Magic
    Published on May 29, 2015
    Acoustic Version

    JUNE RELEASE

    12.  Rita Ora - Poison
    Published on June 3, 2015

    13. Prince Royce - Back It Up ft Jennifer Lopez & Pitbull
    Published on Jun 9, 2015

    14. Shawn Mendes - Stitches
    Published on June 24, 2015
    Featuring Hailee Steinfeld in Acoustic Version

    15. Avicii - Waiting For Love
    Published on June 26, 2015

    JULY RELEASE

    16. Zara Larsson - Lush Life
    Published on July 1, 2015

    17. Meghan Trainor ft John Legend - Like I'm Gonna Lose You

    18. Bunkface - Darah Muda
    Published on July 17, 2015 

    19. Austin Mahone - Dirty Work
    Published on July 27, 2015

    AUGUST RELEASE

    20. Lana Del Ray - High By The Beach
    Published on Aug 13, 2015

    21. Hailee Steinfeld - Love Myself
    Published on Aug 14, 2015

    22. Jojo - Save My Soul
    Published on 20 August, 2015

    23. One Direction - Drag Me Down
    Published on Aug 20, 2015

    24. Taylor Swift - Wildest Dream
    Published on August 30, 2015

    25. Nick Jonas - Level
    Published on August 30, 2015

    SEPTEMBER RELEASE

    26. Lady Gaga - Til It Happens To You
    Published on Sept 17, 2015

    27. Aziz Harun - Beautiful (Lyric Video)
    Published on Sept 21, 2015

    28. Sia - Alive
    Published on 24 September, 2015

    29. Jojo - When Love Hurts
    Published on Sept 28, 2015
    When Love Hurts (Acoustic Vers.)

    30. Ailee - Mind Your Own Business
    Published on Sept 29, 2015

    31. Disclosure ft Lorde - Magnets 
    Published on Sept 29, 2015

    32. Fynn Jamal, Zizi Kirana dan Kaka Azraff - Levitasi
    Published on Sept 30, 2015

    33.  Hanie Soraya - Pantas (Lyric Video)
    Published on Sept 30, 2015

    OCTOBER RELEASE

    34. Rachel Platten - Stand By You
    Published on Oct 1, 2015

    35. Little Mix - Love Me Like You
    Published on Oct 2, 2015

    36. Miley Cyrus - Hands Of Love
    Published on Oct 2, 2015

    37. Sam Smith - Writing's On The Wall (OST Spectre)
    Published on Oct 4, 2015

    38. The Vamps - Wake Up
    Published on Oct 4, 2015

    39. Selena Gomez - Same Old Love
    Published on Oct 7, 2015
    LIVE on Ellen

    40. Demi Lovato - Stone Cold (Demi Empirical Prove Of A Powerful Vocal)
    Published on Oct 7, 2015

    41. Demi Lovato - Confident
    Published on Oct 9, 2015

    42. Ellie Goulding - Something In The Way You Move
    Published on 0ct 9, 2015

    43. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir - Setia
    Published on Oct 9, 2015
    Lyric Video

    44. MO - Kamikaze
    Published on Oct 14, 2015

    45. Meghan Trainor - Better When I'm Dancin
    Published on Oct 16, 2015

    46. Sara Bareilles - She Used To Be Mine
    Published on Oct 24, 2015 

    47. Demi Lovato - Waitin For You (Explicit) ft Sirah
    Published on Oct 22, 2015

    48. The Corrs - Bring On The Night
    Published on Oct 20, 2015

    49. Demi Lovato - Yes
    Published on Oct 23, 2015

    50. Jojo - Say Love (Official Music Video)
    Published on Oct 28, 2015

    Puas? Haha, makanlah korang penuh list untuk bulan ni semua 50 lagu ni memang favorite aku. (Lagi2 lagu terakhir tu) Enjoy :)