• Assalamualaikum 


    Masa first time blogging, mmg cincai boncai je nak publish entri. Ikut suka hati je nak letak tajuk apa, takde apa2 kategori o classes utk setiap entri. Lepas tu, start enti permata sirna, mula2 tajuk dia, berlian sirna, pastu jadi permata sirna...anyhow, itulah kick-start utk aku classified-kan setiap entri aku, so aku tau entri aku tu pasal apa. 

    Untuk first timer-visitor kat blog ni, *in case k. Kalau korang nak tau, sebelum ni aku suka letak label dkt entri2 aku, so senang nak bagi readers dan aku sekali, bg first thought, sebelum korang baca. Yelah...korang mesti nak baca tajuk entri dulu, baru nak baca entri betul tak? Kalau tajuk entri pun dah melalut2, mcm tak gempak je...korang rasa korang nak bukak tak link tu kat new tab? naa... (mmg dasar judge a book by its cover betul kita2 ni kan)

    Antara beberapa kolum/label/segmen yg aku create utk differentiate entries aku contoh seperti di bawah: 
    *siap buat poster utk stick image. Oh, dan below every older poster, aku create new poster. :) Let's start with a new refresh. 


    1. Anasyg Personally
    So, segmen ni, selalunya luahan perasaan aku pada benda2 yg da jadik kat depan mata. Samada sakit hati, tak puas hati, makan hati, gigit jari, semua tulah dalam Anasyg Personally. Tajuk pun da personally, mestilah perasaan membawak kepada emosi peribadi kan. *peribadi ke?


    Ni poster lama: Anasyg Personalie


    Ni poster baru: Anasyg Personally *tukar ejaan dan tukar speck dgn goggle.

    2. Permata Sirna
    Ok, sapa yg still tak tau, segmen ni khas utk mengucapkan takziah kepada arwah2 yg sudah pergi meninggal dunia. Tak kiralah, rapat ke jauh ke dekat ke kawan ke tak ke, aku memang khaskan segmen ni utk mereka yg sudah pergi meninggalkan kita.


    Poster lama: Permata Sirna


    Poster baru: Permata Sirna

    3. Pop Juice
    Aku hantar Pop Juice sebagai wakil nak bagitau korang, lagu2 yg aku suka dengar atau old time favorite. :)


    Poster lama: Pop Juice


    Poster Baru: Pop Juice

    4. Portfolio Photolog Anasyg


    Poster lama: Portfolio Photolog Anasyg *gambar ponggong gajah?

    Dulu nama segmen ni Kelapa Lemon, sbb inspired by this one foreign blogger yg duk share gamba2 chun kat blog beliau. Then, dtglah idea nak share gamba gak kat segmen ni. Last upgrade session, nama segmen ni da bertukar kepada Portfolio Photolog Anasyg, dan sekarang tukar lagi kepada:


    Poster baru: Portfolio & Photolog Polaroid *nampak classy ea?

    5. Tips & Tuto
    Ni segmen nak share tips dan tutorial. Since I'm seriously not good in teaching tutorial, aku slalu end up giving crap tips. hehe...sorry ye. I'll get maself improve the next time around. 

    Poster lama: Tips & Tuto

    Poster baru: Tips & Tutor 

    6. Pass the Popcorn Movies/TV Series
    Aha ! Segmen ni review pasal filem dan tv program yg aku minat. Senang je, bg sinopsis dua tiga baris, review dari perspektif Anasyg dan lastly rate movie/show tu. hehe *bajet2 panel judges nak rate2 movie. 



    Poster lama: Pass d Popcorn Movies & TV Series


    Poster baru: Popcorn filem & Popcorn TV



    Blog Anasyg ada penulis lain?...hehe, bukan other admin k, just penulis yg menyumbangkan idea dan karya sahaja. Btw, benda ni dah stopped since I've been busy working, and all the individuals committed to the project pun busy with their works, so...with most regrets, kena shut down project ni. 

    7. Ally L Speaking London
    Cause, he's one of my very close friend, I decided to make him a part of this blog. Ajak dia join blog ni utk post entri. Tak kisah nak post apa2 pun, akan ada link ke blog dia, dan dia sama2 dpt naikkan trafik masing2. Brilliant isn't it? 

    Poster lama: Ally L Speaking London

    Poster baru: Teritori Ally

    8. Secangkir Kopi bersama Che Min. 
    Selain Mr. Ally L, Anasyg gak hantar invitation utk join blog ni kat Che Min, dan Encik Paan. Luckily both had agreed to contribute one entri as required. Same rules are applied here. Kalau aku nak entri dari diorang, simply email me or publish one entri on their blog, and I'll go copy the whole entry and paste it on their segment, in my blog. :) 

    Poster lama: Secangkir Kopi bersama Che Min

    Poster baru: Kopi Che Min

    Oleh kerana Encik Paan 'selalu sangat' update blog beliau, contract join venture dia da expired! *huahuahua. Dia busy da skang ni, so ta nak ganggu dia. Let him be, same goes to those two writers, yg dua2 pun dah busy. Aku nak cari writer lain. Sapa nak? Sapa nak? pm me ok :) 

    Actually, there are some more segments yg Anasyg create sebelum ni, but since I am so 'rajin' nak update each and every one segments at a time, I decided to terminate these segments. :( sorry ya guys. Tulah, tamak lagi nak letak banyak2 segment, ni pun dalam kepala otak tengah ligat pk nak letak segment apa lagi. 

    The canceled segments: 

    Dari File Youtube

    Let Loose the Tense/LMFAO

    The Chocolate Guru

    Thursday Quotes

    Ma other half : Gossip Carrot yg byk mencarut. Hehe.


    Description utk setiap segments ada kat SINI dan SINI. Ada plak tu, dua segments yg didn't make it out during the first upgrade session of this blog. Sedih. 

    Celebriffic

    Document USA

    Dan...last but not least, ada satu segmen baru utk korang. I've think thru this ok. Anasyg pernah review blog sebelum ni, so why not I make it as a segment. 


    Ok...ok. Penat da membebel. Korang pun tengok gambar je kan...kan...kan. *ngaku jelah. I can't help it loh, takde feel nak tulis entri pendek2, bdak jenis idea mencurah-curah ke ladang gandum camnilah gayanya. Anyhow, harap korang dah kenal serba sedikit tentang entri2 yg muncul/akan muncul kat blog ni. Pasni jgn tetiba kejong/terkojut tetiba ada segmen Pop Juice la, segmen Anasyg Personally-lah, apa2 jelah. 

    Oh, dan kalau entri tu takde bawah mana2 kategori, anggap jelah, entri tu is strong enough to stand alone :) 

  • Assalamualaikum manusia ;) 

    Rindu habaq hang. Berapa lama dah tak hupdate. Dahlah aku ni jenis takleh duk termenung sat...nanti datang mcm banjir kilat tu dia, idea melimpah ruah ke ladang gandum. Bukan takat idea, tajuk2 entri keluaq habih. Komitmenlah...Gersanglah...Bankinglah...Jimatlah...ala2 tajuk buku2 terbitan Fixi, guna sepatah je. Tak gitu? 

    *abaikan intro merapu cakap bahasa campo di atas. Sebelum nak mula cerita entri kali ni, nak komplen skit...aku ada follow dua ekor minah ni, atas dasar nak tengok sejauh mana diorang boleh jual rupa diorang dalam blog, instead bakat menulis diorang. So, skang ni baru aku tau...aku dah tersilap follow. Bukan saja entri blog dua2 ekor ni makin merepek meraban, malahan, setiap entri-contoh tajuk : Shopping Baucer BR1M :) mesti ada sebiji tepampang gamba muka depa sendiri, dengan pose yg bajet, dan hasil editan bloom 18 kali untuk kesan pencerahan. *ptuih. Masalahnya...ada satu entri tu, tajuk sedih, tapi ada jugak muka bajet dia kuar. 

    What is all this Shit?

    Aku taulah tu blog kau, tp aku tengok makin lama makin takde isi entri kau, makin menggedik penggunaan ayat kau, dan...ah...annoyed. PERIOD. Jap gi aku unfollow kau ea, sorry :) trial pack utk tengok perkembangan blog kau dah tamat, dan end result...YOU ARE -A DISAPPOINTMENT ! BOTH OF YOU ! kan aku dah pernah cakap, aku sangat2 SELECTIVE dalam menjadi follower sesebuah blog. First thing yg aku akan tengok ialah...PENULISAN. 

    Dik...kalau kau menyandarkan populariti blog kau atas rupa kau dan gambar2 kau sebagai penarik readers utk baca dan puji...WAH-COMELNYA ! CANTIKNYA ! tp entri kau kemaen panjang berjela cerita yg takde moral of the story...


    Ok dah. atas ni pun mukadimah je. Hik. (cakap orang...entri dia pun makin lama makin kerapu)... =.='

    Aku nak citer pasal pengalaman aku golek2 masuk bank. Hehe...bank apa? Biar aku dan bank tu je tau aku golek2 masuk bank apa. Dikhuatiri korang akan abaikan citer aku ni sebab banyak sangat perenggan, so aku buat point form k. *korang pun malas nak baca kan? kan? kan?

    * Satu: Lepas start keje, and dapat first paycheck, aku naklah pergi check balance akaun aku, and in the hope of, boleh withdraw some amount of money. Unfortunately...TAK BOLEH! sbb...aku ni pemegang JUNIOR ACCOUNT. Sedih tak sedih? 

    * Dua: Ok, lepas dah activatekan akaun aku dekat other branch, aku nak tutup lah junior account aku tu, sekali lagi...TAK BOLEH! sbb...kena ada signature abah aku. Well at dat time, abah aku tengah menunaikan ibadah haji dekat Mekah. :) so...pending. 

    * Tiga: Ok, skang, account dah closed, lepas abah aku balik Mekah, dan dapat sedebuk duit balance dalam akaun junior aku tu, pastu nak bukak yang baru. Well, the third visit, bila nak bukak akaun baru...sekali lagi kawan2...TAK BOLEH! sbb, aku tak bawak form utk bukak akaun in-line dgn company tmpat keje aku. 

    Empat: On the same day, aku balik hostel, cari form tu dan bawak balik kat situ. Tunjuk kat akak tu, ni ke form tu kak? BUKAN ! bukan yang ni formnya dik. Mintak dekat HR dekat tmpat keje adik. Ok..so off I go. 

    * Lima: Ok, skang...aku dah dapat form dari HR tempat keje aku, dan on my way ke bank tersebut. Doa dan tawakal jelah, boleh settle cepat2 benda ni. Aku tunjuk dekat dia, form tu, then dia senyum. Betullah ni, meh IC dik. Nak scan. *bagi IC. TET ! Sorrylah dik, IC adik TAK BOLEH baca. Adik kena tukar IC dulu ni dik. Akak cadangkan buat dekat Putrajaya sehari je boleh siap, atau pun dekat JPN Kota Damansara, 10 hari je boleh siap. :) 

    CRAP ! CRAP ! CRABBY PATTY ! CRAP ! 

    So...you guys already read the entri which I went to renew my IC kan..KAN? KAN? baik korang angguk cepat ! So...long story short. 

    * Enam: Lepas dah renew IC, yadda yadda this...yadda yadda that, pergi balik kat that bank, NAH Bang...IC saya. Ok, skang, letak ibu jari dekat scanner, nak scan thumbprint. OH SHIT...takki mushroom. You know what happen kan. kan. kan. NOPE, my thumbprint can't be scan. MY THUMBPRINT IS UNABLE TO BE SCAN ! serious bummer ! I thought, lepas dah settle everything...itu ini itu ini, this gonna be my last time entering the premise...rupa TAK ! Dik...abang bagi option, dalam minggu ni, adik bawak birth cert adik, nnt kitorang tengok camne. 

    (FACTS: aku dah siap, apply lotion, move my thumbs ke atas ke bawah, ke kiri ke kanan, tapi...kalau dah thumbprint tu dah damaged...mmg takkan dapat bacalah jawabnya)

    *SO...TUJUH :) Aku malas nak expect apa2 dah. Kalau dapat, dapatlah...kalau tak dapat...biaq pilah. So, with my birth cert, bawak kat akak yg aku familiar tu, then...

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    SETTLED ! 

    Alhamdulillah sangat2. Oh, lepas keluar dari bank *yg sampai dah tutup gril tu. (lama tak lama aku duduk dalam bank tu, sampai pak guard dah tutup gril) then...dengan kuasa Allah s.w.t 

    HUJAN LEBAT MENCURAH-CURAH KE LADANG GANDUM. 

    Nampak macam pointless kan aku cerita kat korang pasal hal bank aku ni...but the moral of this story is...DO NOT GIVE UP HOPE, walaupun aku rasa mcm nak terjun dari Tingkat 6 dekat Pavilion tu. *eh?

    korang jgn ingat setiap satu nombor ke satu nombor tu macam...esok dan hari esoknya dan hari esoknya ye. Benda ni pending 3 bulan kut. Sila take note. *tak, tak payah kuarkan buku nota. Terima kasih sudi baca. Entri aku maybe merapu...tapi aku tak tepek muka kasik bloom 10 kali untuk efek putih dan cerah. Sekian. 
  • Assalamualaikum

    Hai peeps :) Dah baca my very own tiny mini blovel? Tajuknya HOME. (-^^-) tengah blushing, sbb dpt feedback yg memberangsangkan dari ramai org. Hehe...oklah. Let me spill the beans for uols k. 

    The idea to come out with that story was simply...on the 8th ke 9th Feb *aku pun dah lupa, which I actually had all these, IN MY DREAM. Percaya atau tidak, I managed to remember everything in that dream, until I decided to post it out. 

    Gila tak? I woke up with a wet pillow. Bukan pasal air liur basi...(well aside from that perhaps) I perasan yg I actually cried during that dream. 

    Pergh ! Macam manalah aku tak aspire dgn this dream. But, it seems so surreal, I really felt like I am that Adi guy. Ok, some more beans spilling ye.

    Facts:

    # Semua watak dalam citer ni tak tersembul sepatah nama depa pun, KECUALI nama cina Ah Kao tu.
    # Semua watak dalam citer ni ANASYG kenal, KECUALI that anak cina Ah Kao...semakin aneh.
    # Mimpi ni taklah lama, tp kalau nak story kat korang...jadilah 3 bahagian. wink2.
    # Still tak dapat tafsir lagi mimpi ni, maybe suruh beringat pasal what've I done to my parents...what I shouldn't do to my parents and my family...what this and what not. Well bercampo semua, guess you guys pun boleh extract out the moral of the story.
    # Idea ni just a 'dream and done' punya style, so no butthurt.
    # Oh, and OL DAT TONNES OF MENCARUT...those are kinda real to me, but just to exaggerates and create drama. Lalalala.

    Anyhow, thank you a gazillion of dinosaurs' herds to all of  you who'd gave a chance to read my tiny mini ridiculous blovel, tho tak lah layak sangat nak ditimangkan sebagai blovel, more to...blopen *cerpen dalam blog. LOL, well that's it. You know now, how it's made, and DO NOT ASK ME TO WRITE anything similar to that.

    Ia berlaku sekali dalam mimpi sahaja, well dalam omputihnya depa cakap IN YOUR DREAM DUDE ! Sign off. 

  • D FAQ?! 

    Yes Adi. That was a month ago. You were in a comma state. You were unconscious for a month long. Your mother was there every single day. But since the doctor told us earlier that you can be checked out today, I told Kak Ros to stay wait at home.  

    *kenapa dia berabis speaking berhabuk dengan aku ni?

    Adi...ingat apa2 tentang 5 bulan lepas? 

    *aku geleng. 

    Kemalangan dekat Langkawi? 

    Tak, aku tak ingat apa2. 

    The one which cost the lives of ur very father...brothers and sisters.

    Ke...kemalangan dekat Langkawi? 

    Yup, 5 bulan lalu. Death skips you and your mother. To be exact, fate...fate skips you and your mother. 

    Ayah...abang...kakak?

    It was a family trip. Car accident. You guys were toppled between a tour bus and two taxis. Your father was the first one who left you guys, and followed by your brothers...and sisters...respectively. Lucky you, you sat at the backseat...with your mother. Remember?

    Kak Ros sangat-sangat-sangat sayangkan kamu Adi. Awak satu-satunya yang terselamat selain diri dia. Dia kehilangan 6 orang tersayang, tapi Tuhan Maha Adil. God left you with each other. 

    *masing2 terdiam. 

    And God gives you amnesia. After the accident, you were confirmed to lived on with severe headache...and memory loss. Kak Ros patah hati lepas doktor sahkan penyakit tu. Lepas dari tu, Kak Ros terus hire peguam utk settlekan hal wasiat arwah Abang Mad. The 20 acres land excluding your old house...was divided accordingly to each and every member of the family. 

    Kak Ros renamed everything...every single penny onto your name Adi Ahmad.  

    *jantung aku berhenti pam darah. Kepala aku berat balik. 

    My family was named as one of the guardian to take care of you guys after their departure. Just because your father has done something tremendously priceless to my family. He helped us convert to Islam. Agama yang Syumul, Islam yang Menyeluruh. He taught us everything about Islam. He even helped us when all our relatives threw us away because we converted. My father sworn that he would do anything to replied back Abang Mad's kindness. He smiled and replied... 'take care of his family when his time is up.' My father decided to build a nice comfy house for both of you at the back of your old house. Itulah yang Adi nampak kitorang sibuk bertukang siang malam pagi petang. 

    Pondok buruk yang Kak Ros duduk sekarang ni, satu-satunya harta yang Kak Ros tak tukar nama kamu Adi, sebab dia takut, takut nanti...satu hari kamu dah dapat semua harta Bang Mad, bila kamu dah lupa diri, tak ingat asal usul kamu, sampai kamu sanggup gadaikan harta benda kamu...sampai kamu sanggup jual ibu kamu sendiri...dia takut kamu halau dia dari hidup kamu. Jadi dia beli sedikit insuran untuk diri dia. Pondok buruk belakang rumah lama kamu. Itulah insuran Kak Ros. 

    :'(

    Dia cakap, biarlah Adi nak buat apa dengan harta peninggalan Bang Mad, asalkan dia tak ada hak atas pondok buruk tu, sebab itu satu-satunya harta yang Kak Ros ada untuk dia berlindung dan berteduh. Lagipun...itu hasil tangan arwah Bang Mad sendiri. 

    Lori Ah Kao berhenti depan pondok buruk ibu. Aku bukak pintu lori macam orang gila. Lari macam lipas kudung. Ibu tengah cepit baju sekolah lengan panjang aku dekat ampaian. Bila ibu nampak aku, dia terus terlepas pautan ampaian, dengan baju sekolah aku terjatuh atas pasir. 

    ALLAHUAKBAR ! Adi dah balik... 

    Ibu peluk aku erat-kemas. Nafas aku dah sesak sebab sedu aku makin kuat. Aku tak dapat cakap, luah sepatah perkataan pun tak dapat. 

    ALLAHUAKBAR ! dari tadi ibu ucap benda yang sama. 

    macam ada voice over, suara Ah Kao berputar dalam kepala otak aku. 

    "Kak Ros tak nak bagitau semua ni kat kamu sekarang, takut kamu jadi berlagak, riak, takbur, sombong dengan orang lain. Kak Ros tak nak, kamu jadi orang malas, tak nak cari rezeki, tahu makan suap, hidup senang, tapi atas usaha orang lain. Kak Ros nak kamu berdikari, belajar hidup susah, baru kamu tahu nikmat hidup senang. Kak Ros nak kamu jadi orang yang berfikir menggunakan akal fikiran yang ALLAH dah bagi. Kak Ros tak nak kamu jadi lalai dengan harta dan nikmat duniawi. Kak Ros sayang kamu..."

    Ibu... itu sepatah yang aku boleh luahkan. 

    "sebab kamu seorang sahaja...HARTA Kak Ros yang masih hidup" itu ayat terakhir bebelan Ah Kao yang aku dengar sebelum dia cakap, kita dah sampai pondok buruk ibu kamu Adi.

    Aku tak nak harta lain selain ibu. Walaupun dengan amnesia ke, migrain tahap ke 90 ribu ke, aku tetap perlukan ibu. Mungkin esok aku akan terlupa yang hari ni aku menangis peluk ibu aku, mungkin aku akan terlupa yang aku pernah koma sebulan terbaring atas katil hospital, aku akan terlupa yang kontraktor cina si Ah Kao tu dah peluk Islam...tapi 

    Aku tak kan pernah lupa untuk peluk buku teks Tingkatan 5 aku time jalan pulang dari sekolah, untuk balik rumah, dan peluk ibu aku. 

  • CRAP ! Dia bawak aku pergi kubur ! 

    Eh, bangang ! Ni kubur, tempat lu nak mati nanti ! Yang kau bawak aku datang sini apsal ! 

    Adi...ayah, bang Jib, bang Wan, bang Lan, Kak Wati dengan Kak Zila ada dekat sini. 

    BABI LAH KAU NI ! Aku dah genggam buku lima aku, tinggal nak hayun je kat cina tu. 

    Adi, tengok depan. Adi mungkin lupa, tapi takde sapa dalam kampung ni akan lupa. Diorang dah meninggal dunia Adi. 

    KIMAK ! KIMAK ! PALAT ! Bodoh sial lah kau cina ! Kau jangan nak menganjing dengan aku ! Gi mampos ar kau. Kau yang patut masuk kubur ! Bukan diorang ! 

    Aku tak tau kenapa, tapi dada aku tiba2 jadi berat. Tak...aku dah lama buang buku teks Matematik Tingkatan 5 aku yang aku rasa beban peluk lama2 masa balik sekolah tadi, kali ni lebih berat dari tu. Aku terasa hidung aku berair, mata aku pedih. Nafas aku sesak. 

    BODOH PUNYA CINA SIAL ! SIAL ! aku maki lagi. Makin lancar makian aku kat Ah Kao, makin rapat dia nak peluk aku. Lagi cam palat ! 

    BLAH LAH BODOH ! Aku lari sekuat hati. Jalan yang sunyi tu. Jalan kubur ! Aku lari terus je. Tak tau plak hari dah nak senja. Gelap gila pandangan mata aku. Yang aku tau, aku dah tak boleh rasa kaki aku. Aku dah tak rasa jantung aku pam darah aku. Aku dah tak rasa nadi aku berdenyut. Aku rasa macam dah mati.

    Entah berapa lama ntah...aku baru tersedar. Berbalut dengan baju hospital warna hijau tu. Terbaring macam orang bodoh. Atas katil hospital. Angin sepoi-sepoi tampar pipi aku, rambut aku terbuai kejap ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan. 

    Agak lama jugaklah aku nak digest apa yang dah jadi. Tapi kepala aku terlampau pening. Pening gila sampai aku kena tahan ngilu celah gigi aku, sebab berdenyut kuat sangat kepala aku. Pernah rasa macam nak pecah kepala migrain? TAK ! 90 ribu kali ganda lebih sakit dari migrain. Hah, macam tulah yang aku rasa sekarang ni. Macam nak pecah kepala otak. 

    Dari tadi aku pejam mata...celik2 je. Aku nampak muka cino yang aku nak tumbuk tu. Meremang bulu roma aku, tiba2 muncul cina ni. Asyik muka dia je yang muncul. 

    Adi? Dah sedar? Macam mana? Dah ok?

    Bodoh ke apa soalan kau? Kalau aku still atas katil hospital ni, dah sah2 lah aku belum sembuh bodoh ! Aku pening kepala gila ni. 

    Jangan paksa otak Adi utk ingat. Nanti slowly dia akan datang sendiri. 

    Kau ni cina gila ea? Datang dari mana? Dah takde keje lain selain menyusahkan hidup aku? Hey, pergi tolong bapak kau naikkan bisnes wiring dia lah Ah Kao. Yang kau sibuk nak jaga tepi kain aku buat apa? Macamlah aku teruk sangat, aku jatuh pengsan jelah semalam kat kubur. Kau lah punya pasal. 

    Ah Kao senyum. Dia macam sembunyikan sesuatu. 

    Assalamualaikum Adi. Sorang doktor masuk. Aku tak jawab pun salam dia. Aku cebik ke luar tingkap. Malas nak pandang muka dia. Tipikal Malay doctors' face expression. Senyum sebab nak jaga hati pesakit. Lastly cakap...YOU GONNA DIE IN SEVEN DAYS. Pfft. 

    Macam mana Adi hari ni? Kepala pening lagi ye? 

    Macam nak meletup dah. Ibu saya mana? 

    Ibu Adi tak dapat datang, dia kerja. Nanti dia balik kerja insyaAllah dia datang. Saya ada berita gembira utk Adi. 

    Aku pandang doktor tu. *konon nak tau sangat apa berita baik dia. 

    Adi dah boleh balik rumah hari ni.

    That's it? I mean like...that is IT? Itu berita baik kau? Kalau nak tunggu seorang doktor pakai baju putih datang senyum2 masuk bilik patient pastu cakap... AWAK DAH BOLEH BALIK RUMAH HARI NI, LIKE...BULLSHIT ! Si Ah Kao ni pun boleh menyamar, dia sambar mana2 jubah doktor yang warna putih tu, pastu pergi mana2 bilik patient yang dah recorded as AKAN MATI SATU HARI LAGI, pastu dia pergi cakap...Awak dah boleh balik rumah hari ni. See how bullshit dat was. 

    So, I put on the fake smile, oh no...grin actually. I grinned. Baguslah...aku balas sepatah. 

    Dan...macam biasa. Ah Kao jugaklah yang drive aku balik rumah. Nope, bukan rumah. Pondok buruk belakang rumah lama aku tu. Urgh...geli siot nak duduk dalam pondok buruk tu. Rasa macam duduk dalam sarang mat pet yang isap2 dadah tu. Ewww.

    On the way tu, dia duk membebel. Membebel...membebel...dan membebel. 

    Adi...Adi ada ingat apa2 tak? 

    Ingat apa? 

    Langsung tak ingat apa2? 

    Kau bawak aku pergi kubur semalam, aku lari, then aku pengsan. 

    Semalam? Adi memang ingat semalam ke?

    Yelah, habis tu? 

    That was a month ago.
  • Assalamualaikum


    Aku peluk buku teks Matematik Tingkatan 5 erat2. Jalan balik beriringan dengan Said, Mus, dan Jack. Tak terfikir pun akan jalan balik dengan diorang. Sebab, aku tak anggap diorang satu geng dengan aku pun. Aku pelik, kadang2 aku tak pernah nak bercakap pun dengan diorang. Cuma...aku kut. Aku yang takde kawan, then diorang berniat baik nak berkawan dengan aku. Since they start it first, why not aku kawan je kan, lagi pun memang aku mamat loner. TAK ADA KAWAN. titik. 

    So, petang tu terasa macam mendung semacam je, nak balik rumah rasa macam malas, macam ada benda berat yang aku dukung. Sedangkan aku peluk buku teks Matematik je kut. *apa yg beratnya?

    Sampai je kat rumah, aku tengok ada ramai gila orang. Ada kenduri kahwin ke kat rumah aku ni? Tak pernah-pernah ada orang datang rumah ramai macam ni. Aku cari Kak Zila, Kak Wati, Bang Lan, Bang Wan, dengan Bang Jib. Ayah ngan ibu sekali...semua takde. Entah sapa2 ntah berkerumun ramai2. Macam semut hurung gula. aneh...

    Oh...aku nampak sorang yang aku kenal. Kontraktor mamat cino yg selalu datang rumah aku betulkan lampu, kipas kat rumah aku. Kira, bab2 wiring ni dia lah orang yg kitorang akan call. Ah Kao nama dia. Cina kan, mesti nak Ah lah, Eh lah, whateva. Dia pandang aku, pastu buat muka pelik. Lepas tu dia terus sambung kerja2 dia. AHA ! Sekarang baru aku perasan, yang ramai2 tu, semua orang2 Ah Kao. Tapikan...pelik. Takkanlah rumah aku ada renovation kut? Construction ke? Apsal ramai sangat orang2 Ah Kao ni. Ramai in the means of SANGAT RAMAI ! Semua busy doing things, mcm persiapan utk buat rumah baru. Aku tak kira, aku nak masuk rumah gak. 

    Oddly, aku selalu masuk rumah ikut pintu dapur, masuk2 rumah je, aku jumpa Kak Shada. Kawan tempat kerja ibu. 

    Eh, Kak Shada buat apa kat sini? 

    Kamu tak tahu ke?

    Saya baru balik sekolah la kak, kenapa?

    Akak pindah sini mulai hari ni. 

    Hah? Akak pindah masuk rumah saya? Habis family saya nak duduk mana?

    Kak Ros dah pindah barang masuk pondok belakang tu. 

    Ibu ada dekat sana?

    Ha'ah. 

    SEMAKIN PELIK ! Ibu pindah ? IBU AKU PINDAH BARANG?! Pe benda ni? Kak Shada tak cakap banyak, dia terus tutup pintu dapur. Biarkan aku tercanguk sorang2 kat situ. Pergh...ni ada yg kena maki ni. Aku terus lari pergi pondok buruk dekat belakang rumah. Pondok tu kecik je. Memang ada satu bilik, dapur kecik, bilik air dekat luar, oh dengan tandas sekali dekat luar. Lepas tu, ada sinki...pun dekat luar. Pondok tu ayah aku dirikan sendiri, sebab dulu belakang rumah ada 3 pokok durian, so bila time musim dia...fikir sendiri lah ye. :) 

    Aku tak bagi salam, terus serbu masuk. Ibu baru selesai solat, telekung putih, aminkan doa dia, lepas tu pandang aku. 

    Tak reti bagi salam?

    Kenapa mak solat kat sini? Kenapa Kak Shada pindah rumah sesuka hati, yang lain mana? Ayah mana? Kakak, abang? 

    Kau mengarut apa ni? Dah, masuk, salin baju. Mandi, solat.  

    Ibu lagi mengarut apa ni ! APSAL KAK SHADA PINDAH MASUK RUMAH KITA?! KENAPA IBU PINDAH MASUK PONDOK BURUK NI? MANA AYAH? KAKAK DENGAN ABANG, dorang pergi mana?! Ibu ni pekak ke ?!

    ADI ! Ibu tak pernah ajar kamu kurang ajar ! Masuk dalam, mulai hari ni, kita pindah sini, kita dah tak duduk rumah depan tu. Kak Shada pindah situ. Jangan degil ! Masuk dalam, salin baju, Lepas tu, pergi mandi, solat Asar. 

    Aku tendang pintu pondok tu. Dahlah pondok tu buruk, pintu dia apatah lagikan. Aku tak lari mana pun, pergi ke belakang rumah asal aku. Terduduk, lepas tu aku duduk menangis sorang2. Pekerja2 Ah Kao semua tak pedulikan aku pun. Diorang sibuk buat kerja masing2. Aku sedih gila kut, ibu langsung tak jawab pertanyaan aku, lepas tu nak tengking2 aku. SIAL ! 

    Adi...ikut saya. 

    Tiba2 Ah Kao datang pegang tangan aku, tolong aku bangun. Aku tepis, tapi dia tarik aku suruh bangun. 

    Eh, kau ni kenapa?! Lepaskan akulah! Apa kau nak?!

    Tak elok tengking ibu adi macam tu. 

    Eh, cina ni, aku tangan kang ! Apa yang kau sibuk, tu ibu aku, bukan ibu kau ! 

    Sebab ibu adi lah saya nasihatkan, tak elok berkasar dengan orang tua. 

    Yang kau nak sibuk hal aku ni apsal ! Kau buat jelah kerja kau ! Kontraktor je pun. Bukannya hebat sangat. 

    ADI ! Ikut saya. 

    Dengan suara tegas dia, dia seret aku masuk lori dia. Lepas tu dia terus hidupkan enjin.

    Hey Cina ! Kau nak bawak aku pergi mana hah ! Suka hati kau je nak seret2 aku, kau ingat aku ni anak anjing ke?! 

    Ah Kao buat donno. Dia drive straight je. Aku pun tak berapa familiar jalan yang dia lalu tu. Sampailah dia berhenti kat satu jalan sunyi. Betul2 sunyi jalan tu. Lepas tu, dia keluar dari lori dia. Bukakkan pintu seat aku, heret aku keluar. 

    CRAP ! Dia bawak aku pergi ...
  • Assalamualaikum

    Dulu, zaman Tok Janggut dulu2, aku ada buat random header giveaway kan? kan? kan? sapa tak tau tu, either tak follow blog ni, o simply baru nak kenal2 ngan iols, weewit. Ok, so ni draft bulan berapa ntah - 4 ke 5 bulan lepas lah, aku pekasamkan sampai naik bau satu pekan sungai buloh tu, baru publish :)

    Actually, afta I gave away random headers tu, I've designed some more headers to some bloggers secara f.o.c dan ada yg guna, ada yg x. *it's up to them ya. Cakap byk x guna, skrol je ke bawah

















    You Make Me Crazee

    The last one, owner dia tak amik pun. Anyhow, if you guys noticed, I pun banyak kali tukar header gak. Cause i'm a big fan of minimalis and simplicity, i've designed all this by my own. 











    Putih bersih korang tengok header2 baru aku ni kan? Dah template aku applied ni putih melepak, so takleh nak variety2 sangat color options dia, nnt TADAK SANTIK. 

    Bottom line-nya, I just wanna let u guys know dat I love designs, but at d same time, keeping my authentic elements which are simplicity and minimalist in the design, iols tak suka design caca marba sangat. Tapi...ikut moodlah, kalau dah malas tu...aku designkan aje guna Microsoft Power Point o paint. *sedeyh!

    Oh, n plus...aku dapat satu header f.o.c dari my deary, Aidiel Iman. :) terima kasih daun keladi dik. :) 


    *terasa terharu sbb tak libatkan hal kerja dalam entri ni, kalau ta, lari semua readers aku. OK terima kasih sudi baca, :)