Assalamualaikum korang2. Ok, cepat2, seruan kerajinan dah memanggil2. Oleh kerana byk benda nak citer dalam satu entry, so aku letak jelah random topics. Kita lupakan sekejap post-muntah Violet Kuning aku yg berlanjutan sampai ke lima siri tu. *bila nak habis da...
Isi utama entri ni nak citer aktiviti aku dari hari Ahad 26hb Mei yg berkurun lama, *taklah berkurun sangat kan, tiga minggu lepas je, sampailah ke hari ni. Yelah, aku dah lama tak taip citer pasal aktiviti harian aku kan. *bajet ada org amk tau. Anyhow, aku letak dalam bullet point je ok, sonang aku nak citer.
26hb Mei
Ahad tu, abah aku gerak bgn pagi *muka ni mmg ‘rajin’ sgt bgn pagi kan. Dan muka ni jugaklah masuk dalam keta muncung boleh sangkut baju, sbb sakit hati tidurku diganggu. *dalam keta aku bedal tido. Mak abah tanya apa benda ntah, aku jawab dalam mimpi. Boleh?
Kitorang gi kenduri kawen kat Perak, then alang2 dah ada kat kampung kelahiran mak aku tu, kitorang melawat kubur arwah datuk aku. Aftawards, abah bawak gi empat lagi rumah sedara. Pergh, hari tu je, aku makan nasi OMPEK KALI. Kau mampu? Sebelum balik tu, sempat singgah rumah Opah kat Bagan Dato.
27 & 28hb Mei
Ok, next story. Str8 Isnin dgn Selasa tu, abah aku bersemangat ajak aku gi tolong carikan baju raya dia. So, Isnin tu cari kat Tesco Kuala Selangor, kat One Plaza, kat Pari Textile, semua aku tak berkenan. *boleh? Nak cari baju melayu utk abah, tp aku yg tak berkenan, kih2.
Esoknya, pg Rawang plak. Masuk Mydin, Pusat Pakaian Hari2, ngan satu lagi kedai lepas tu. Ah, semua takde. So, dgn frustnya abah aku ckp, nnt pg tmpat lain plak. Maybe kat Sg. Besar, or Tg. Karang. Tengoklah cane nanti k.
(oh, dan dia dah jumpa dah baju raya dia, as we speak)
1hb Jun
Abg angkat aku ckp, keje aku takde lain, BERJALAN JE. Dari kampong, gi bando, dari bando masuk kampong balik. Hehe. So, Sabtu tu, kitorang sekeluarga gi Semenyih, sbb Mak Cik sedara aku ada buat kenduri doa selamat sebelum dia gi umrah utk kali ke...err, tak ingat sbb dia dah byk kali pergi. Rezeki dia kan :) Oh, dan lepas Zohor tu, terus bertolak ke Bentong, Pahang. Sepupu aku menikah lepas Asar.
Kitorang ni mmg muka2 datang lambat, tp bertuah, sbb majlis belum mula. Tapi, muka parents aku jelah muka bertuah, sbb depa sampai2 je, terus naik masjid, manakala kitorang dalam kereta lagi satu ni, sibuk meratah ayam goreng berempah dalam keta, terlopeh la nak tengok. Kih2, so kiranya rezeki parents akulah, kitorang yg lain takde rezeki sgt. Haha.
Tahniah utk sepupu aku tu. Walaupun bolehlah dibilang guna jari kaki ayam berapa kali sangatlah aku ngan dia ni ngobrol kalau dtg umah,
15hb Jun
Sabtu ni spesel sikit. Sebab, akak aku bawak aku gi tengok teater Nyonya and the Gang dekat Istana Budaya.
First time masuk IB, tengok live theatre. Sedih tak? Baru first time? Kih2. Bak kata kakak akulah, dia suka tengok teater sbb dari teater, kita boleh tengok live bakat pelakon2 yg sebelum ni, kita duk tengok kat peti telebesen je. Dari situ gak, kita boleh nilai sendiri bakat lakonan diorang. See, best kan?
Citer Nyonya and the Gang ni best sbb teraju utama dia. Pelakon dia ada 6 orang je. Mardiana Alwi, Amy Mastura, Misha Omar, Farah Fauzana, Kiah Propa dan d only kumbang dalam taman ialah Taiyuddin Bakar.
Skrip dia mmg best, dan lakonan diorang sumer superb, lagi2 babak Amy Mastura, Misha Omar, Farah Fauzana ngan Kiah Propa. Korang boleh bayangkan tak? Seorang saudagar dari Indonesia berkahwin dengan perempuan sejati Kuala Kangsor, Perak. LAWAK GILA! Ok, done.
Lepas tengok teater, gi makan Lamb Chop kat Uptown lama. Sodap. *recommended.
16hb Jun
Ye, ini Ahad lopeh. Ahad yg super penat. Sebab, bgn2 tido je, terus kena pegang berus cat. Ye kawan2, mari kita cat rumah. *baca dgn nada sangat bosan dan letih. The whole family kecuali both my sisters curik tulang, yg lain berganding bahu siapkan cat ruang tamu. Malang sekali, tak dapat nak siapkan dapur sekali, sbb cat habis. So, pending ke minggu depan. Setakat ni, ruang tamu jelah yg dah siap.
Frame gambar raya taon lepas. Tulah warna dinding baru :) putih. |
Ok, tu je, jurnal empat minggu aku. Kepada yg tertanya2 apa aku buat skang. Aku sentiasa busy. Kalau tak duk umah dan busy fikir tentang masa depan, aku akan berada di luar rumah utk fikir benda yg sama. Hak2. Oh, dan saja nak kongsi..aku suka gila dgr lagu Yuna - Lelaki. Aku tak rasa sentap, dan lagu dia sedap. *pantun sekerat dr sy. Hehe. Jumpa lagi lain entry.
p/s: I'll come out and say it. Violet Kuning ada 2 siri lagi. Bawak bersabar :) hehe
p/s: I'll come out and say it. Violet Kuning ada 2 siri lagi. Bawak bersabar :) hehe
6 comments → Random Topics 3
dik ngah singgah sini. amboii kemain berjalan sana sinun, rezeki lha dapat makan banyak *psttt bang ngah mesti maintain kurus. Higlight part is theatre tu, memang jealous sangat. kejap dik ngah pun tak pernah masuk theatre tau. belum sampai seru nak masuk lagi. jangan lupa update pasal theatre tu ok! hahaha. mana gambar muka bangun pagi then kena pegang berus cat tu! mana mana! hahhaah Last but not least, bagus fikir masa depan, even berfikir je pun dapat beri satu inspirasi! sekian (:
pss ; tak pernah dengar lagi lagu yuna tu. >_<
wah bz benor nampaknye dia.. hehe.
pandai ngecat nnt boleh dtg sini tlg ngecat.
tahniah la kpd sepupu,pasni boleh ngobrol2 lg..
eh cantik la frame gambar raya tu!
haha.. byk sgt nk dikomen :)
banyak betul aktivitinya
ngobrol?
eh, ko ni jawa ke nas?
@Ri : yup. saya jawa :)
@dikngah: kemain panjang tau komen dia :) hehe, insha ALLAH, nnt kalau bang ngah ingt, bang ngah updte psal teater tu ok. Btw, yup, berfikir pun boleh mendatngkan inspirasi. Betul2. hehe
@bang park: hehe, boleh inshaAllah, satu jam kena caj 50sen. kih2. Oh, mmg byk nak komen kan, lima dalam satu. hehe
@Malay male: yup :) nampak byk sebab sekali kan aje dalam satu entry:)
Post a Comment