• "Allah" tu je sepatah yang aku ingat aku ucapkan bila si Oni yang tak terurus, she was half-naked if I'm not mistaken, datang henyak atas badan aku. Korang pernah dengar term lucid dream? Orang melayu panggil, kena tindih. Hah, macam tulah aku rasa semalam. Aku takleh bergerak, tapi aku sedar aku kena tindih dengan badan Oni, aku cuma dengar Dian menjerit, diikuti dengan jeritan secara synchronize oleh Mia, Bri dan Azi, respectively. Cerita selanjutnya aku tak tahu, sebab aku dah pengsan. 

    Pfft, kemain tunjuk berani sangat, sekali aku yang pengsan dulu. Aku pengsan bersebab ok, Oni tindih aku, dan aku jugak yakin yang dia sempat belasah aku. Sedar2 je, aku dah ada atas katil, tapi bukan katil aku. Ni katil siapa pulak? Aku dudukkan badan. Bilik ni pun bukan bilik aku. Bukan jugak bilik2 bitches aku tu. Ni bilik lelaki ni! Aku bangun terus, sebab pintu terkuak, ada seorang lelaki masuk. Dia senyum kat aku. 

    "Dalam ramai2 orang yang dia hinggap, dia hinggap dekat kau jugak ea Sabrina Rudi" Aku kenal lahabau ni. Dia ex-bf Oni.

    "Ghaz!"

    "Ni perantara je, kau bukan ada dekat sini pun. I'm not real, you're not real, this is not real." Ghaz berjalan dekat dengan aku. Aku nak tumbuk dia, tapi satu otot pun tak boleh bergerak. Dan, rasa kena tindih tu datang balik. Aku terkaku tegak macam tiang lampu depan Ghaz. "Pelik jugak ea, macam mana kau sampai dekat tempat ni" Aku cuba nak bercakap, tapi entah apa yang aku mumble-kan aku pun tak tahu. 

    Dalam hati dah sumpah seranah, tapi bila aku dapat sedikit ketenangan, aku berzikir. Bacalah benda2 basic tu, sampai lidah aku jadi lembut balik nak bercakap. I can't really explain this, but this is so surreal to experience it first hand. 

    "Sampai hati kau! Oni skip dua sem sebab sakit ni. Apa salah dia?!" Ghaz tersentak ke belakang. Terkejut kut, sebab aku bercakap balik.

    "Aik, pelik..." Dia garu kepala. Muka playful dia dah bertukar serius. "No hard feeling, Oni tak suka aku, aku suka dia, aku hantar hadiah. Dia terima, dengan hati terbuka."

    "Hati terbuka kepala hotak kau!" Membuak2 darah aku, nak je aku hantuk kepala malaun ni, tapi satu badan tak boleh gerak. 

    "Relaxlah Rin, aku bukan hantar kat kau, aku bagi Oni. Teach her a lesson. Jangan cepat tabur janji, jangan tanam tebu tepi bibir."

    "You're sick!" I don't know why, tapi tiba2 aku menangis. Laju je air mata aku mengalir. Rasa sebak, takut, risau, semua campur. Sampai hati Ghaz buat Oni macam ni. Dah lebih setahun Oni terseksa kena sihir. Perbuatan tak berhati perut. 

    "Cakap dengan kau pun tak guna Rin. Baliklah kau, bukannya boleh buat apa pun." Ghaz datang dekat. Dia paut dua lengan aku, goncang badan aku kuat2. 

    "RIN! RIN!" Tu suara Dian, tapi keluar dari mulut Ghaz. Pelik...

    Aku pejamkan mata kuat2, bila aku bukak mata, aku nampak empat orang perempuan tu dah keliling aku. Dian yang goncang badan aku, dan dia yang jerit panggil nama aku tadi. Oook, what just happened? Aku duduk, tapi tiba2 menyengat satu badan aku sakit macam kena tikam dengan pisau. Aku terbaring balik. Air mata mengalir sebab sakit sangat. Berguling2 aku atas lantai. Mia dah menangis macam budak kecik, Bri cepat2 peluk dia, Azi dengan Dian masing2 pegang kaki tangan aku. 

    Satu badan aku menggeletar. Macam kena simbah dengan air sejuk beku, lepas tu badan kau kena campak dalam api. Macam tulah yang aku rasa. Kejap sejuk, kejap panas. Kejap sejuk, kejap panas. Aku pandang Dian. Masing2 mata dah berair, jangan cakap mata, hidung, mulut, semua dah berair. 

    "Kau kenapa ni Rin?" soal Azi. Muka dia panik betul.

    "Entah2, dia dah berpindah ke Rin" Aku pandang muka Dian. Dia pun sama panik. Aku paksa badan berhenti menggeletar. Aku tarik nafas. Rasa sakit tadi berkurangan, tapi antara skala 10, rasa sakit yang berskala 10 tadi dah kurang ke skala 9. Not much of a difference. 

    "Oni mana?" soal aku semput menahan sakit.

    "Kau ok tak Rin?" soal Dian. Dia pegang bahu aku, pastikan aku ok. Aku angguk.

    "Kenapa kau berguling macam orang hilang akal tadi?" soal Azi.

    "Senggugut lah gila!" Mia yang menangis macam budak tak dapat aiskrim tadi terus tergelak besar. Azi dengan Bri pun gelak jugak. Dian mengeluh panjang.

    "Aku ingat benda dalam badan Oni dah transfer masuk dalam badan kau."

    "Oni mana?" soalan aku masih belum berjawab.

    "Dia masuk bilik dia balik. Lepas dia serang kau tadi, dia terus tersedar. Lepas tu kitorang bawak dia masuk bilik, dia terus tidur." Aku makin pelik. So...aku kena serang tadi? Sebab Ghaz nak muncul bagitahu yang ini semua angkara dia ke? Bodoh jugak dia tu, pergi pecahkan rahsia sendiri. Aku pandang Dian.

    "Aku tahu siapa yang punya angkara Oni jadi macam ni" Azi dengan Dian pandang aku. Bila aku nak sebut nama Ghaz, Oni yang Dian cakap dalam bilik tadi, muncul depan pintu utama. Dia bukak pintu, dengan berkaki ayam, dan half naked, dia lari keluar rumah.
  • (A 3/6/2014 saved entry)
    Aku selak rambut ke depan, kahwinkan pipi aku dengan meja makan depan aku. Lambat sangat menunggu Edi dengan Dian. Beli makanan ke buat makanan? Dahlah suruh aku cop tempat, cmon man, bdak darjah satu ke nak cop2 tempat ni. kalau takde meja kat sini, bungkus jelah makan kat hostel. Bukannya jauh pun. Aku matikan perasaan malu sebab ada dua tiga orang student tengok aku pelik sbb terbaring bosan atas meja. I mean, aku mcm orang patah leher, tengok orang lalu lalang dengan mata je bergerak. Haha.

    "Tepi sikit" Dian duduk depan aku, dia kuis rambut aku, letak bungkusan makanan dia atas meja. 

    "Aku tunggu macam orang bodoh, kau bungkus nasi kau? Terbaik punya kawan."

    "Lah, Edi cakap dia ada futsal kejap lagi, tu yang dia suruh bungkus je, dia nak otw terus lepas hantar kita balik."

    "Habis tu aku nak makan apa? Aku tak beli lagi."

    "Aku dah belikanlah wahai kawan yang terbaik. Kau ingat aku ni benak sangat ke nak suruh kau tunggu sorang2."

    "Nasi bujang lagi ea?"

    "Taklah, char kuey teow." Aku senyum. Pandai pun. Tekak aku mmg tak selera nak makan nasi yang dari beras yang dari padi tu buat masa sekarang, sbb aku tengah period. Mood swing, dan allergic nasi. Blah lah kau Rin, kemaen allergic bagai. 

    "Dah siap?" Edi datang. Dia pun beli sesuatu yang berbungkus. Tapi aku malas nak tanya. Kitorang berjalan ke kereta, aku duduk belakang. Kenapa aku duduk belakang? Sebab Edi yang drive, sebab apa Edi yang drive? Sebab tu kereta dia, dan aku ni anak tangga ke dua puluh tujuh untuk dia selepas dia letak minah Dian tu anak tangga pertama. You see, Dian tu awek dia. 

    Lima minit, sampai rumah.

    "Syg, u elok2 main bola ok." 

    "Futsal lah bi." 

    Aku dah muntah dah part ni. (=.=') 

    "Kalau nak romen-romen, bagi aku keluar dari kereta ni dulu." Edi gelak besar, dia unlock, aku blah dengan char kuey teow. Apa couple tu buat seterusnya dalam kereta aku tak mau amik tahu, dua2 dah besar, tak payah orang azankan yang mana baik yang mana buruk. 

    Lif sampai, aku masuk, dan hold. Dian lari anak masuk lif. Dia lap mulut dengan tangan. 

    "Samak mulut kau kalau nak kongsi char kuey teow aku." Muka Dian merah padam.

    "Jahat! Kitorang tak buat apa2 lah." Dia sengih macam kerang busuk.

    "Kau ingat aku ni cacat otak ke?" Dia sengih lagi. 

    Pintu lif terbuka. Tingkat enam. Ada tiga orang perempuan depan muka kitorang. Terkejut beruk aku, hampir2 aku campak char kuey teow aku kat muka diorang. Bri, Mia dengan Azi. 

    "Oni meracau weyh!" Tegak bulu roma aku. Tadi Dian lap mulut kan?, sekarang dia tutup mulut guna tangan. Muka sorang2 dah pucat.

    "Bagilah aku keluar dari lif ni wahai bitches." Diorang terus melekap dengan aku. "Aku tahulah badan aku menggiurkan, tak payah nak gesel2 sgt nanti ada yang gersang" Mia dah start menangis. 

    "Baru kejap ni ke Bri?" soal Dian. Dia angguk je, dah tak keluar suara. Muka masing2 cuak. Macam darah tak mengalir ke kepala je aku tengok. "Nak aku call Edi balik ke? Dia mesti tak jauh lagi tu" cadangan Dian tu memberangsangkan, tapi aku tak rasa Edi tu boleh sembuhkan perempuan meracau. So, I passed. 

    "Tak payahlah, baik call Minah. Dia expert sikit." Grill ternganga luas, pintu tak berkunci. "Bertuahnya kawan2 saya tak kunci grill."

    "Mana sempat, dia jerit macam apa entah tadi, lintang pukang lari nak turun." suara Bri.

    "Takde sapa pegang ke? Mana tau dia lari ke balkoni, mau arwah kawan kita." 

    "Isyh, Rin! Jangan cakap camtu...Mia dah macam apa entah ni." Azi tenangkan Mia. 

    "Mia taknak masuk." Dia dah lepaskan pautan kat lengan aku, dan berundur beberapa tapak. Azi terus peluk dia. Bri pun ikut peluk, saling berpeluk-pelukan pulak diorang ni. Aku pandang Dian. 

    "Kau nak main peluk2 jugak?" Dian geleng. 

    "Kau je yang paling berani dalam geng kita ni, kau masuklah dulu." suara Bri ketar2. Aku bukan nak tunjuk lagak ke apa, tapi aku beranikan jugak masuk. Rumah dah macam tongkang pecah, perabot semua dah berterabur tak macam rumah perempuan aku tengok. Meja atas sofa, kerusi atas meja, tv atas lantai. Aku mengucap perlahan. Sebenarnya, belum sempat aku mengucap dah ada satu helaan nafas kasar tepi tengkuk aku. Bila aku toleh, Oni ada dekat belakang pintu.

    "Hai Rin." Oni senyum lebar mata buntang pandang aku.