• 4.3.2017

    Rita tarik sarung kaki warna hitam macam jala ikan sampai ke lutut. Dia bingkas, capai rokok atas meja solek dan bakar dengan lighter. Rita sorok balik lighter dalam bra dan memandang lelaki terbongkang atas katil yang masih nyenyak tidur.

    Bodoh.

    Kenapa semua lelaki lepas klimaks tidur macam babi. Kenapa takde sorang pun yang perasan, pasangan dia faked the session. I faked the session. Bodoh punya jantan. Nasib kau bayar aku mahal.


    Rita hisap habiskan rokok di celah bibir. Lelaki tadi mengerang kecil dan betulkan pembaringan. Rita sarung kasut tumit tinggi dia dan berjalan keluar, menuju ke bawah.

    Finished already? Soal Ken

    Rita angguk.

    So fast.

    He fucked hard.

    Uuu…you suka ke sakit?


    Rita geleng. Dah biasa boss. When you’re so used to the job, you hardly feel anything.

    HAHAHA Ken menyalak kuat. Rita Rita, sebab tu I sayang you. You buat kerja tak mengeluh. Setengah chika (pelacur) baru kena tusuk sikit sudah mahu berhenti kerja. Good job.

    I nak pergi beli makanan, lapar lah.

    Hey I nak beer.

    Perut u dah macam babi bunting pun u still minum ke?

    Selagi matahari belum terbit sebelah barat I akan minum sampai puas.

    Bodoh punya orang.


    Rita berjalan ke mamak berhampiran. Semua mata memandang dia yang berpakaian seksi dengan hanya skirt pendek paras peha, stoking jaring paras lutut, dengan solekan tebal, rambut panjang mengurai, beralun, terlantun-lantun buah dada Rita sambil berjalan. Dia berurusan di kaunter dan duduk berhadapan sebuah TV LED besar. Mamak tak pernah tak ada orang. Senang nak hidup sebagai seorang mamak yang bermigrasi ke Malaysia. Kau buka sahaja restoran dan namakan restoran kau dengan nama Melayu seperti Ibrahim, Fariz, Hamid, Razak dan tambah perkataan Maju di belakangnya. Voila, kau akan dapat bisnes yang sentiasa untung, duit masuk macam air.

    Beberapa orang perempuan bertudung tapi tak tutup dada melintasi Rita dan memandang dia dengan pandangan jijik dan jelek. Mereka seakan berbisik selepas melewati dia. Rita biarkan sahaja, Dia dah lali dengan orang nak mengata dia depan-depan atau belakang-belakang. Kemudian beberapa orang lelaki pula melewati dia, pandangan mereka tidak lain tidak bukan, pada dua buah dada montok Rita. Rita tutup dengan rambut.

    Dia sudah malas nak ambil kisah apa pandangan orang terhadap dia. Bukannya mereka yang berada di tempat dia. Dia sendiri yang merasa susahnya mencari duit untuk meneruskan hidup, Kalau tak dah lama dia di tanam di bawah jambatan atau tepi parit atau longkang terbiar.

    Sayang, order siap. Berlagu mamak tadi memanggil nama Rita.

    Rita senyum tawar, bayar makanan dia dan bergerak ke 7 Eleven. Dia mencapai dua tin beer dalam peti sejuk dan sebotol air mineral, bergerak ke kaunter. Kebetulan empat orang lelaki berjubah putih dengan berserban dan berkopiah masuk ke dalam kedai. Rita letakkan tiga item tadi ke atas kaunter dengan tangan kanannya menyeluk ke dalam bra mencari sesuatu.

    Astaghfirullah... keempat-empat mereka istighfar hampir serentak sambil menggelengkan kepala dan tunduk tidak memandang Rita.

    Rita hanya mendengus perlahan. Dia bayar ketiga-tiga barang tadi, sebelum dia beredar dia di tahan oleh empat orang yang berjubah tadi.

    Saudari tak terasa berdosa ke dengan Maha Pencipta?

    Rita tersentak, Maaf ya ustaz-ustaz, saya nak lalu. Dah lambat nak pergi kerja.

    Menjual diri itu bukan suatu pekerjaan. Allah melaknat mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.

    Tidakkah kamu takut dengan seksaan Allahusubhanahuwataala di dunia, di dalam kubur nanti, masyaAllah seksaan-seksaan yang dasyat. Lalu kamu akan dicampakkan ke dalam api neraka.

    Rita mendengus lagi.

    Kembalilah ke pangkal jalan saudari. Tinggalkan pekerjaan terkutuk ni.

    Lepas tu nak suruh aku kerja apa? 7E? Tukang masak? Jual kuih? Jadi isteri keempat kau?

    SHHH! Saudari jangan biadap.

    What? Salah? Ke dah habis quota dah?

    Tutup mulut saudari kalau masih bercakap kurang ajar.

    Oh, so orang alim ulamak macam korang je yang boleh ceramah tentang kebaikan pelacur yang masuk syurga sebab bagi minum anjing dalam kasut dan aku tak boleh nak cakap sepatah pun tentang kebenaran hidup sebagai seorang pelacur?

    Tiada faedah datang dari pekerjaan sebagai seorang pelacur

    Belum cuba belum tahu

    Astaghfirullahalazim…bertaubatlah saudari. Selagi nafas masih di rengkung.

    Sedapnya hanya di dunia, sementara. Seksanya…

    Seksanya aku sorang yang tanggung

    Semua orang ada pilihan, kembalilah ke jalan yang benar.

    Bertaubatlah dengan taubat nasuha.

    Pilihan?
    Rita genggam erat dua bungkusan di tangannya. Beberapa pelanggan yang masuk ke dalam premis tersebut menyaksikan kejadian mengaibkan itu.

    Pilihan kepala hotak kau! Bagitau aku, pilihan apa yang aku ada, kalau aku celik mata je aku takde tempat nak bergantung. Tak tau mana mak bapak aku, yang aku tau aku kena puaskan nafsu sial Pak Cik aku, sampai aku besar. Kau boleh kira berapa tahun aku jadi objek seks untuk darah daging aku sendiri. Bila aku dapat lepaskan diri dari Syaitan tu, pilihan apa yang aku ada dengan tak sekolah, takde pelajaran, takde sapa nak amik aku bekerja dengan diorang. Bila aku pergi masjid, aku pergi surau, semua jemaah kat sana pandang sebelah mata je, sebab cakap aku kotor, surat beranak pun aku takde, sebab aku sendiri tak tau siapa yang beranakkan aku. Macam anjing terbiar, saudara sedaging sedarah seagama kononnya, sorang pun takde yang bela nasib aku dan yang paling bersimpati dengan aku ialah Ken, bapak ayam kat bawah tu. Dia yang jaga aku, bagi aku makan, kalau tak aku dah mati kebuluran, sebab bila aku mintak duit dari orang surau, diorang kata aku masih kuat untuk bekerja. Dan kau kata aku ada pilihan? Pilihan apa? Sial!

    Tengkingan Rita memecah kesunyian premis tersebut. Empat orang berjubah tadi terus tergamam. Roman masing-masing membiru pucat seperti tiada darah yang mengalir.

    Allahuakbar...saudari.

    Tak payah. Aku tak mintak simpati dari kau pun. Aku tak pernah kacau kau nak berdakwah dekat mana pun, waima kau nak ceramah depan batang hidung aku pun aku tak kisah. Aku boleh dengar, sebab aku bukan jenis manusia yang tak makan saman, bukan jenis yang sombong tak nak dengar nasihat. Tapi pak ustaz sekalian, sebelum tuding jari melulu menghukum orang tak tentu pasal, pastikan diri tu pandai melihat. Pandai menilai menggunakan mata hati. Jangan yang nampak di depan indah macam bunga, tapi hakikatnya busuk macam najis, dan yang kamu semua katakan najis dan dimurka Tuhan itu, dialah yang ada tempatnya di sisi Allah aza wajalla.

    Assalamualaikum


    Bila kau terlampau biasa menghukum sesiapa sahaja dengan mata tuli kau, kau akan buta menilai dengan mata hati. Tak semua orang dalam dunia kau tahu baik buruk mereka, asal usul, latar belakang. Jangan sampai kau tersilap hukum dan lupa nilai. Jangan sampai kau anggap yang di depan mu itu cantik tapi memudaratkan kau, dan kau terus membenci yang buruk tapi itu lebih memberi faedah untuk kau. Pokoknya, berikan peluang. Berikan masa, sedikit ruang untuk faham. Kerana kau bukan di tempat mereka.
    ]
    BUKAN CHAMOMILE.