• Tajuk asal : The Girl With Three Dresses
    Baca Part 1.

    Cepat je masa berlalu. 55 hari kami bersama. Kalau aku nak gosok dekat muka korang tentang betapa bahagianya aku dengan dia sepanjang 55 hari tu mmg takkan habis aku karang entry ni. Tapi...seperti biasa, kapal mana tak dilambung ombak kan?

    Dia jadi nakhoda kapal, kemudi bahtera kami. Eh, bukan bahtera, kami naik kolek kecil je. Kadang2 berayun ke kiri, kadang2 berayun ke kanan. Kolek mana ada layar, jadi kami kena dayung sendiri. Kami kena berusaha nak maju, berusaha nak ke hulu, berusaha nak ke hilir. Itu adatlah, kalau ada ombak kuat sikit, terlambung2 kolek kami. 

    Bahagia tu, Allah bagi pinjam kejap je. Sebab bila dah leka sangat sampai tak suntik sedikit realiti, nanti realiti tu datang tampar kita sendiri. *trust me.

    Pada hari ke 47, kami berselisih faham. Biasalah kan, kalau tak bergaduh manja dalam percintaan tu, bukanlah satu perhubungan yang sihat. paling tidak mesti bertikam lidah. Tapi dalam kes aku...Hadi tidak bertikam lidah, dia jadi bisu dengan aku. Dia telan lidah dia sendiri. Dia senyap dengan aku. 

    Menjadikan 8 hari dia berikan aku silent treatment. Pekerjaan aku? Samalah seperti pekerjaan-pekerjaan setiap perempuan yang merindui kekasih hatinya, aku stalk Fb, Twitter, Instagram, Whatsapp. Tengok2 kalau dia ada update apa2, kalau dia ada share apa2, kalau dia ada mesej apa2. Tapi hampa, aku berteman sepi. 

    Aku rindukan dia. Separuh mati rindu, separuh nyawa hilang bila dia tak berhubungan dengan aku. Aku mengadu dengan Tuhan, aku mengadu dengan kawan baik aku. Aku angkat gajet, terus call dia. 

    "Hello, Ris"

    "Kenapa Ra?"

    "Ris, free tak? Boleh datang rumah aku? Nak pinjam bahu."

    "Ok, lepas isya' aku datang."

    Ris datang rumah aku betul2 lepas isya'. Aku dah tunggu dia dekat luar rumah. Dia terus duduk sebelah aku dekat bangku taman.

    "Kenapa bau kau macam kuih raya?" Ris tegur

    "Aku baru mandi" Aku suak rambut ke kanan.

    "Kenapa ni Ra?" soalnya.

    "Hadi..."

    "Kenapa dengan dia? Korang gaduh ke?"

    Aku ceritakan dari A sampai Z yang kami berselisih faham. Puncanya dari aku. Bagi aku, ragam yang aku buat tu masalah kecil, tapi bagi dia, it's a big deal. Dia putuskan utk berdiam diri. Dia tak balas mesej2 aku, dan aku dibiarkan menangis rindu separuh mati. Ris angguk faham. Dia setia mendengar. Tiba2 tangan dia datang calit pipi aku.

    "Eh? Bila aku menangis?" aku senyum. Tak sedar air mata mengalir. 

    "Bersabarlah Ra, ada hikmahnya. Mungkin dia perlukan masa bersendirian buat masa sekarang. The best thing to do is, not to bother him. Lelaki mmg macam tu, dia akan pencilkan diri kalau dia ada byk sgt perkara yg merunsingkan dia."

    "Walaupun aku dah berbelas kali minta maaf?" suara aku meninggi.

    "He need his time alone."

    "Habis tu apa fungsinya aku jadi kekasih dia? Dia tahu kan dia boleh cerita apa sahaja dengan aku,"

    "Itu yang kau fikirkan, lelaki tak fikir macam tu. Ada rahsia yang dia simpan sendiri, tak semua benda dia boleh share Ra. It's just how man's mind works."

    "Aku perlukan dia sangat2. Aku lemah."

    "Sebab tu aku ada kat sini, tanam kelemahan kau, dan tiupkan sedikit kekuatan utk kau. Jangan terlalu lemah, nanti lagi susah nak bangun balik."

    "Aku terlalu rindukan dia." aku sandarkan kepala di bahu Ris. Kepala Ris lentokkan atas kepala aku yang bersandar tadi. Aku sambung menangis.  Ris betulkan duduk. Dia pandang aku.

    "Kau nak tau pendapat aku tentang masalah kau ni?"

    "Apa?"

    "Kau ada byk baju nak pakai, tapi kau asyik pakai satu baju je."

    Aku tengok baju yang aku sarung. "Baju tidur aku ni?"

    "Bukan tulah sengal, aku bagi kau tiga baju. Courage, Patience, dengan Insecurity, pilih mana yang paling sesuai dengan kau sekarang ni." Lama aku termenung, nak tangkap maksud Ris.

    "Patience kut?" Laju Ris jentik dahi aku. "Adoi! Kenapa jentik dahi aku?"

    "Kau insecure, bukan patient, bukan courage." Mata aku berair, sakit dahi kena jentik, tapi terharu dengan point yang Ris nak bagitahu aku. "Cuba pakai baju lain boleh? Pakai baju Courage tu, sbb dia ada dalam almari, kau nampak yang baju tu ada, tapi kau buat tak peduli dengan baju tu." aku angguk.

    "Patience bila nak pakai?" soal aku. Ris letakkan tangan kanan dia atas dada.

    "Kau tahu kan, kalau kita rindu dekat seseorang tu, kita kena doakan dia. Tepuk dada kita, bisikkan pada hati, aku harap dia juga ingatkan aku seperti mana aku sentiasa mengingati dia. Itu gunanya bersabar, serahkan pada Tuhan." Ris bersandar. Dia pandang langit yang tak berbintang.

    "Serius?"

    "Cubalah." ujar Ris. Bersungguh dia angguk. Aku tepuk dada aku. Pejamkan mata. 

    "Aku rindu kau Hadi. Kau rindu aku tak? Aku doakan kau sihat2 sahaja di sana. Aku doakan segala urusan kau dipermudahkan Allah s.w.t." perlahan aku ucapkan. Ris senyum. 

    Kami berbual lagi. Walaupun masalah aku dengan Hadi belum selesai, setidaknya satu beban terangkat selepas sesi terapi hati dengan Ris. Malam tu, time kitorang borak dekat luar rumah, angin malam menderu kuat. Pokok2 semua terlentok ke kiri ke kanan. Macam ada petanda tak baik yang esok akan hujan.

    Aku tak risau, sebab kalau hujan, aku kan ada 2 lagi baju utk dipakai, oh, dan meskipun hujan, lepas hujan kan ada pelangi. So cheer up. :') *lap air mata.

    ...bersambung.
  • Tajuk asal : Si Bodoh Sedang Belajar Bercinta
    "Janganlah pergi tinggi2 sangat, nanti saya gayat" aku tengok bawah. Tak tertelan air liur. Tingginya dia bawak aku. Aku pandang muka dia. Dia tak perasan pada mulanya, bila dia intai guna ekor mata, baru dia nampak yang aku dah membiru, pucat, gayat, takut jatuh. Dia perlahankan pemanduan dia. 

    "Kenapa ni?"

    "Saya gayatlah, takut tempat tinggi"

    "Tak perlu takut, saya kan ada." Dia ukir senyuman untuk aku. Pamerkan barisan gigi putih dia yang berseri2 tu. Hilang sikit galau aku, tapi risau tu masih ada. Dia kemaskan pautan tangan dia pada tangan aku. Galau aku hilang lagi, risau aku kurang sedikit demi sedikit. Aku pandang lagi muka lelaki yang bawa aku terbang tinggi2 ni. 

    Dia lelaki yang buat aku jatuh cinta semula. Selepas bertahun2 hati aku tak bertandang tamu bernama sayang itu, tiba2 dia ketuk nak masuk. Aku buka pintu seluas-luasnya. Biarkan dia masuk. Biarkan dia spray satu hati aku ni dengan perkataan cinta, kasih, sayang, rindu. Aku bahagia. Hati aku berbunga. Itu pun dia yang tanam bunga2 tu. Mengkar saban hari. Bahagia tu, macam hadiah dari Tuhan utk aku, setelah sekian lama tak merasa gembira. 

    Lelaki itu memahami aku, menghargai aku sebagai seorang wanita, sebagai seorang kekasih, dan sebagai seorang kawan yang dia cintai. Aku juga begitu. Makin hari, semakin aku sayang, semakin kuat, semakin aku tak boleh renggang dengan dia. Macam ada gam yang lekat aku pada dia. Aku tak tahu bagaimana nanti satu hari kami terpaksa berpisah. Biarlah lafaz akad yang satukan kami, dan lafaz cerai terkubur dengan akad tersebut. Tak sanggup aku mendengar perkataan Cerai itu. Tak sanggup aku bergetar-gegar bersama Arasy Allah tatkala dia lontarkan perkataan tajam itu. 

    Hadi berhenti. 

    "Dah sampai" ujarnya perlahan. Kami mendarat di kepulan awan tebal. 

    "Apa nama tempat ni?" 

    Hadi senyum. Dia tarik aku ke dalam dakapan dia. "Ini langit ke tujuh sayang." Satu badan aku bergetar. Nafsu aku berkocak. Jantung berdegup kencang. Macam ada taufan puting beliung, berpusing2 dalam jantung. Aku terketar2 mencari ayat yang sesuai untuk balas simbol cinta dia yang maha agung ini. 

    "I couldn't imagine of being anywhere else, just to be beside you" Dia kemaskan dakapan.

    *****

    Aku Ara, dia Hadi. Kami bercinta. Senang je kan konsep dia? Satu pasangan lelaki perempuan, berkongsi perasaan menaruh hati pada satu sama lain, dua perasaan kasih bertaut, bahasa novel dia, Cinta. Kalau aku nak bermukadimah tentang detik perkenalan bla-bla-bla, nanti rating blog ni jatuh. I don't wanna beat around the bush, lets just start.

    Kami jumpa sebab sama tempat kerja. Dia masih freshie dan aku dah agak berpengalaman di tempat kerja. Kami jarang jumpa, sebab aku handle bahagian lain, dia di bahagian lain. Org kata jodoh tak ke mana, akhirnya kami berjumpa, dan bagi dia, it was love at first sight. Bagi aku? Naaa...sapa laki tu?

    End up, kitorang bertukar nombor telefon, itu pun lepas beberapa cubaan dari dia nak mengorat aku. Aku jual mahal, sebab aku masih tak percaya yang dia betul2 nampak aku sebagai suatu yang serius buat dia. Sampailah mesej dia berbunyi.

    "Hadi nampak Ara dalam masa2 akan datang. Dengan Hadi. Together."

    If that was a pick-up line, I'm hooked. Simple, dan straight forward. Kami berpacaran.

    Kau pernah rasa bercinta tu sampai too good to be true? Aku sedang mengalaminya sekarang. Kitorang di langit ke tujuh, dia, aku, cinta, bersama. Urgh, aku boleh muntah kalau aku tak bercinta, dan membaca cerita cinta macam ni. Korang doakan aku dan dia sampai Jannah k. *blergh, bosan, sikit2 until Jannah, sikit2 until Jannah. 

    Aku nak bercinta dengan dia, sekarang, hari ni, esok, sampai rasa cinta tu mati dalam hati manusia. *which it won't. :)

    ...bersambung.
  • By the time I publish entry ni, dah masuk Ramadhan ke 5. Eh? Sekejap je kan? Ingat nak update time Ramadhan ke 20 ke gitu, tapi dah kena seru dgn Minah Rempit. *happy belated birthday Elina. :) 

    Sebelum terlambat, *walaupun memang dah lambat, hari ke lima baru nak wish. 

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG ANASYG. IBADAH YANG KITA KERJAKAN DI BULAN INI DILIPAT GANDAKAN OLEH ALLAH, SEMOGA KITA TERUS ISTIQAMAH MENGERJAKANNYA. HARAP KORANG DAPAT PUASA PENUH TAHUN NI, DAN SAMA2 KITA BERDOA AGAR DAPAT BERJUMPA DENGAN LAILATUL QADAR. :)

    Ok, citer toyol ni aku pernah update tahun 2012 dulu, baca kat sini: TOYOL 2012. Tahun lepas pun ada, tapi tak letak tajuk Toyol, baca kat SINI. Kali ni nak keluarkan secara annual, sbb memang every Terawih mmg akan ada toyol2 berkeliaran dekat mana lagi kalau bukan dekat surau kawasan umah aku. Toyol yang aku maksudkan ialah budak2 kecik berkeliaran berlari2 keluar masuk surau time orang tengah solat lah. *aku instantly panggil diorang toyol sebab mengganggu fokus aku. (org laen elok je solat, aku je yg emo lebih kekonon terganggu dgn kehadiran bdak2 kecik tu)
    Tapi tahun ni citer dia laen sikit, sbb malam tadi *5th Night of Tarawikh, I was sandwiched between two very cute boys yg berusaha sedaya upaya utk habiskan solat terawih sebelah aku. Diorang dalam lingkungan umur 4 ke 6 tahun kut. *judging from their heights je. 

    Bukan diorang je yg berusaha utk fokus solat, aku pun sama, cause they're uber-cute, this one at my left keep on answering ~Amin *lepas Imam baca Al-Fatihah by shouting AAAAAABEEEEEEEEEEN. Tanyalah apa perasaan aku?
    Aku senyum dalam hati jelah. Walaupun budak yang sebelah kanan tu pulak asyik pandang belakang, tengok kawan2 dia yang lain duk main basikal, tumbuk2, lari2, kejar2, jerit2, gelak2 kat belakang. *good job little ones. Both of them berjaya menyempurnakan solat terawih 8 rakaat itu. *tho I don't remember dey'ol stick around during Witir, sbb I've moved saf depan. 

    Anyhoo, to both little boys tu, congrats dik. :) You've handled peer pressure very well. Hehe. Kalau aku dulu, jangan haraplah weh, aku rather join group mercun PUM-PANG-PUM-PANG tepi masjid, main sampai tak ingat dunia, then lari masuk masjid bila orang bagi salam. *nampak tak permainan aku? 

    Tu jelah aku nak share, ahaha. Korang tunggu jelah aku datang cemar duli, blogwalk tanya juadah2 berbuka, siap kirim kat korang lagi. *saja nak meriahkan blog korang dan imarahkan bulan Romadhoin (bak kata Elina) Terima kasih sudi baca. Korang sahur apa jap gi weh?
  • Assalamualaikum w.b.t.
    Hai semua. Sihat? Hari ni 23.Jun.2014 ialah bloggasary (blog anniversary) blog Anasyg ni. Pejam celik, pejam celik, dah 5 tahun dah :) Korang boleh baca birthday entries utk blog ni, Dua Tahun (2011), Tiga Tahun (2012), Empat Tahun (2013). Terasa senior dalam dunia blogging? Naa...ramai lagi yg otai kat luar sana, aku tak letak diri aku jadi senior ke, terlebih pengalaman ke, or term popularnya, blogger retis, sbb aku tak pernah kena featured dlm mana2 newspaper, magazines what sort, *kena review tu ada lah. (itu dah buat aku happy, sbb kena acknowledge di kalangan blogger2 yg follow/baca blog ni). 

    Dulu, masa pertama kali nak buat blog, aku jadikan online diary, segala benda nak luahkan, semua aku taip kat blog, tapi sekarang aku dah transfer semua bahan bacaan 18sx tu ke satu lagi private blog aku. Blog ni? Kita borak ringan2 je ok. *wink2. 

    Long story short, thru blogging, aku jumpa ramai orang, chat dgn ramai blogger2 yg sgt ramah tamah, yg baik2, seribu satu orang yg ada seribu satu ragam dan perangai. Yang komen mendoakan yg baik2 utk aku sepanjang lima tahun aku berblogging. Seriously saying, aku rasa org yg takde blog takkan tahu the excitement tunggu pemenang contest diumumkan, excitement kena review, excitement kena tag, excitement kena follow, entry dihujani komen2 yg positif, blog kena terjah/singgah. Semua tu blogger2 dalam  blogasphere je yg tahu camne. 

    Aku yang dah 5 tahun dalam dunia blogging ni, semua tu aku dah rasa. (blogger letak blog aku dlm bloglist dorang pun aku dah melompat happy, huhu)

    Oh, dan aku jugak nak minx maaf sepanjang 5 tahun aku berblogging ni, menaip ikut sedap mulut/hati/perasaan je tanpa menghiraukan ada yg dah terasa dgn penulisan aku. *Maaf ye, saya tak sengaja dan saya tak tahu kamu2 terasa. Byk aku perhatikan blogger2 yg baru *adik2 muda yg baru start blogging, ada entry yg kurang matang, so penulisan diorang tu pada aku mengguris sensitiviti pembaca (maybe bukan aku, tapi ur blog is public, so sapa2 je boleh baca). One short advice. 

    Kita menulis ni mcm berdakwah/mengajar. Kalau kita tulis benda baik, menjadi ikutan, kita dapat pahala selama mana orang tu melakukan perbuatan yg baik tersebut, tapi kalau kita tulis benda dusta/tak betul dan orang percaya? Bukan setakat percaya, diorang pulak sebarkan maklumat dari blog/penulisan kita ni., kita dapat saham dosa tu dik. *fikir2kan ok. :) 

    Berbakul-bakul terima kasih aku ucapkan kpd readers/followers yg sentiasa sudi singgah luangkan masa baca entry2 merapu aku kat dalam blog ni. Sekali lagi aku nak susun sepuluh jari, minta maaf kalau aku belum berkesempatan terjah masuk/follow back blog korang, tapi jgn risau, walaupun aku tak follow, aku masuk blog2 korang tu, jadi stalker senyap2 selak sehelai-sehelai entry2 korang tu. 

    Sblm ni ingat nak buat give-away, tapi mcm malas pulak, lagi2 bulan Ramadhan nak sampai dah ni. :) can't wait. 

    Selamat Ulang Tahun ke Lima Anasyg. I don't wanna promise to write more often next time cause I know I'll be lying to myself plus I can't afford to do so, but I do wanna mark my words on writing mature material next time. So it'll benefit you guys, and reflect on myself. Terima kasih sudi baca. Take care ok. 
    Ni kalau couple dgn makwe, 5 tahun ni dah kira wajib kahwin, ke cane? :P
  • PLAY THIS :)

    Bismillah. Assalamualaikum. w.b.t 

    I'd like to write you a poem.
    But naa...it's too cheesy.
    Maybe I'll write you a song
    Maybe something from Siti,
    Ketika Cinta do you remember?
    You wanna hear me sing?
    Naa...Your voice was so much better.

    How about I'll make you a tribute day
    Rub on everybody's faces to think of you.
    Every winter, autumn, summer and spring.
    I'll bet they do
    Here's a whole week dear darling.

    Remember the novel you wrote?
    Which you asked me to read them first
    I wrote a novel too
    I'll keep it safe here
    And when I think of you
    I'll imagine reading it
    Next to you

    I love the way you talk
    I love the way you sing
    I love the way you walk
    I love the way you think

    I remember you fed me cake
    It was a day past my birthday
    You sang a birhday song for me too
    How sweet of you

    Akir, I miss you.
    I was sad before
    But I wasn't now
    I cherish you Akir
    In my heart I cherish you.

    The script was ready, but it's a little rough
    Like life's a rough, it was a mess.
    Tho I'll always think of you when time gets tough
    How about that poem?
    Naa...I think I'll pass.

    A spontaneous poem dedicated to my dear friend. Allahyarham Muzakkir Nur Syafiq bin Mesni. Jan 1991 - June 2010. Today was the day he left us, it was heartbreaking before, but it wasn't like that anymore.

    Now? I just miss him :') #Al-Fatihah.

    Akir Tribute 2010, 2012, 2013.
  • Assalamualaikum w.b.t. 
    Ok tu gambar sampingan je, comey je peluk sofa gitu. Oh btw, semalam *Ahad 8.Jun (setting date blog ni salah I don't know why) ialah National Best Friends' Day, so in conjunction dgn hari Best Friend ni, aku up satu entry pasal my dear-dear best friend, merangkap one of my precious jewels. :)
    Aku tau, sampin nak ikat bunga tak jadi. (=..=')
    We had some conflicts before. Ups and downs, The Rocky-Horror Show, semua pernah. Ego masing2 tercabar kut kalau ada konflik. You know how we manage to fix it? Put our egos away, and ask for forgiveness. Tak payah kira siapa yang mulakan pergaduhan tu dulu, just go and ask for forgiveness. It'll sooth things out. Percayalah, ego aku yang mencanak tinggi macam Burj Dubai ni kena tarah sebab tak nak benda buruk yang berlaku in the near future, dan dia juga ketepikan ego dia, untuk sama2 minta maaf dan memaafkan aku. :') 

    So semalam, selepas hampir 3 bulan silent treatment from each other, dia pun senyap, busy with works, aku pun senyap, busy with life, I've decided to ask her for a jog. Malangnya, dia overslept, jadi perasaan 'nak maafkan' dia tu terus hilang, rasa geram, frust, funny pun ada. 

    Aku ni emo lebih, then petang tu aku up status dkt LINE yg mmg aku tujukan khas utk dia, mencarut2 sebab marahkan dia tak bangun pagi dan teman aku jogging *perangai mcm budak2, asal marah je update status dkt media social. Grow up Anas. (=.='). After a few minutes, dia balas stat tu, minta maaf, dia tertido, yadda-yadda, so aku pun cakap, either dia dtg rumah aku this instant to settle things atau don't bother texting anymore. *pfft ugutan. Unfortunately, dia takleh datang cause Opah tak berapa sihat, plus takde sapa kat rumah, so aku pun tersentap jap. 

    "What the hell Anas? Pergi jelah jumpa dia, bukan jauh pun, lorong depan je, settle masalah korang ni, nanti jadi makin keruh, lagi susah" *inner me talking. So aku pergi rumah dia, and we talked about this. Dari pukul 6pm, sampai 1am. :) Cerita dari A sampai Z. At first tu mcm awkward, tapi lama2 biasa balik. Happy for her tho, dia dah makin bahagia di samping orang tersayang. Muka makin berseri2, handphone tak lekang ditangan, tersenyum2 balas Whatsapp. Hahaha (>v<)

    At the end of the day, kitorang dah berbaik semula, dan aku dapat membahan dia lepas ni, sbb orang tu dah bahagia. Wah gitu. 

    Quote dr satu K-Drama aku tengok dulu:
    "Hidup jangan benci orang, nak sayang orang sekeliling kita pun kita tak cukup masa, inikan pulak nak membenci."

    Semalam hari BestFriendSedunia, then aku cakap kat dia. 

    Aku: Betullah babe, org tua2 cakap, air dicincang takkan putus. Kau tau kan bahasa omputih dia apa?
    Dia: Apa dia?
    Aku: Cer baca tajuk entry aku ni :)

    Untuk elakkan gossip2 liar: Guys calm ur sh*t down, tu sepupu aku la. 

    Gambar2 semua ada dkt Mietography.
  • UNEXPECTED. Well that was totally unexpected. Aku? Aku kena seret dgn motorsikal, mcm perempuan kena ragut handbag. Tapi ni bukan kes ragut, ini kes kemalangan sebab tali beg sandang aku dengan secara tiba2 dan tak diduga tersangkut dekat handle motorsikal, membuatkan aku terseret makan pasir jalan raya. 

    Dalam banyak2 hari nak accident, hari ni jugak aku kena seret lebih 10 meter oleh seorang penunggang motorsikal. Make that worse, put Jaz to witnessed everything. F*CK! Aku cuba bukak mata, pada mulanya telinga aku pekak kedua2nya, aku tak dapat dengar apa2. Tapi aku tahu, Jaz dengan muka panik dia tolong aku duduk. 

    Telinga aku recover perlahan2, dapat mendengar semula, beberapa orang awam sudah sukarela mengelilingi kami, penunggang motorsikal tadi pun mendekati aku, dan letakkan beg aku yang dah terputus tali, nasib baik barang2 aku zip dalam compartment utama, taklah terburai berterabur atas jalan tar, oh hampir terlupa, macam mana keadaan diri sendiri?

    Aku jatuh atas badan sebelah kanan, seluruh lengan kanan aku calar teruk, darah tengah mengalir laju macam sungai dekat Ulu Yam, dahi aku pun ada calar, kaki seluar aku sebelah kanan koyak dari hujung seluar, sampai betis, mendedahkan luka berbentuk huruf I, besar dan panjang. Yup, darah mengalir kat situ jugak. Teruk jugak aku luka ni. Aku pegang tangan kanan dengan tangan kiri, aku pandang Jaz, muka dia mmg panik habis. Funny, first time aku tengok muka dia gitu. 

    Brother yang langgar aku tadi bukak helmet, dan aku nampak wajah dia. Oh, aku takde masa nak describe, tapi dia orang melayu. 

    "Dik ok tak? Kenapa tak tengok kiri kanan sebelum melintas." Baik sbb tanya keadaan aku, tapi terus caras aku sbb tak tengok kiri kanan. Yup, mmg salah aku. Main lajak je dekat jalan besar. Btw, dia pun take the same hit jugak, sbb aku perasan jaket dia koyak. Tapi taklah seteruk aku. Aku dah macam mangsa bedilan bom Zionis. 

    "Lis, boleh berdiri tak? Kita pergi klinik" suara Jaz. Deep, worried voice. Asking me whether I'm ok or not. Pfft...Lis, ni bukan masa untuk kau bernostalgialah. This is the time to get serious. Kau baru lepas kemalangan, dan sekarang kau nak selitkan memori silam kau dengan dia? Aku tak jawab, tapi aku cuba nak bangun. Kaki kiri aku topang keras, tapi bila nak injak kaki kanan ke tanah, kesakitan menusuk tulang. Aku terus angkat kaki kanan tak jejak tanah macam orang hilang satu kaki, Jaz papah bahagian kiri badan aku yang tak terluka. Dia bantu aku seimbangkan badan.

    "Abang ok?" soal aku tanpa persoalkan diri sendiri. Brother motor tu senyum. Dia nak tolong, tapi takde spot lagi dah utk dia celah dan sentuh aku. *tak menahan sentuh. Macam hot sangat sampai 2 jantan nak sentuh sekaligus. *Lis-lis. (geleng2). 

    Lepas Jaz letakkan aku dekat seat belakang, sebab lebih selesa utk aku, dan brother tadi letakkan beg aku yang dah koyak tu kat depan, dia bagi sepatah dua kata, tinggalkan nombor telefon pada Jaz, dan dia datang kat aku. 

    "Lain kali hati2 dik. Nasib baik tak kiok." Dia senyum. Eh, hensem pulak tadi dia senyum tak berapa hensem. Sekarang dah hensem. Haha. Aku tengok penonton awam tak berbayar tu semua dah mula beredar, brother tadi pun, Jaz cakap, dia tak boleh temankan ke klinik, tapi dia ada bagi duit kat Jaz untuk tampung kos perubatan, mcmlah aku nak undergo surgery. Jaz dah start kereta, dan aku tengok je tompokan darah jenis A aku yang akan kering dekat tempat kejadian, dan akan dibasuh hujan suatu masa kelak.

    *****
    Beberapa jahitan dikenakan. Kalau tak silap, tujuh dekat kaki dan empat dekat tangan, oh dan satu dekat kepala. So yup, I end up pretty zombie-ish. Dengan kapas kuning beriodin tertampal dekat dahi, tangan aku berkain anduh, dan jalan rengkat. Aku betul2 dah macam zombie. Jaz tunggu dekat luar. Aku tengok jam, dah pukul 1.50pm. 10 minit lagi Jaz dah nak masuk kerja dah. 

    Dia nampak aku, terus berlari anak mendapatkan aku. Dia senyum lega tengok aku yang macam sampah kuning ni. 

    "Ok? Sakit lagi?" soal Jaz. Aku geleng, sambil senyum, sebab aku suka dengar dia bersuara macam tu dengan aku. Tiap bait dan patah perkataan dia tu ada suntikan semangat dan keiklasan yang best je nak dengar. Aku angguk. Kakak nurse dekat kaunter panggil nama aku. Jaz dudukkan aku kat kerusi berdekatan, dan dia terus ke kaunter. Aku nampak dia keluarkan duit yang bukan dari wallet dia, mungkin duit brother tadi, dan dia juga keluarkan wallet dia, dan tambah beberapa helai not 10. Dua plastik beg besar, berapa banyak ubatlah dalam tu aku kena sapu, telan, minum. Urgh.

    Aku duduk depan sekarang. Jaz pakaikan tali pinggang keledar. Aku sempat jenguk ke belakang. Kesan darah masih segar atas tempat duduk belakang, dengan karpet alas kaki. Aku terus terhambat rasa bersalah. Alahai...satu kerja lagi utk dia. Dahlah aku yang ajak dia keluar, sekarang menyusahkan dia.

    "Boleh tolong hantar aku kat LRT tak Jaz?" soal aku. Dia tak bersuara, dia pandang aku dengan pandangan kosong. Kemudian dia mula memandu. 

    "Kau kan tak makan lagi. Kita pergi makan dulu." terus aku tengok jam dekat dashboard. 

    "Tapi Jaz, kau kan masuk pukul 2, ni dah nak masuk pukul 2."

    "Aku dah inform bos dah. Dia ok je kalau aku masuk lambat sikit hari ni."

    Makin menggunung rasa bersalah aku. 

    "Lagipun, kan kau datang nak suruh aku bawak jalan2, makan2 kan? Belum sempat apa2 dah tersungkur atas jalan." aku dapat rasakan unsur perli dia tu. 

    "Nak makan macam mana...tangan macam ni" aku unjukkan dia tangan kanan aku yang berkain anduh. 

    "Apa susah, aku suapkanlah." berderau darah aku sampai ke kepala. Merah padam muka aku. Meremang bulu roma sekejap. 

    Jaz masuk drive-thru Mc Donalds. Dia tanya aku nak pesan apa, dalam kepala otak aku terus terkeluar imej GCB, burger favorite aku, oh dan air milo. Dan apa yang aku bayangkan dalam kepala otak tulah yang keluar dari tingkap order. Dia sambung pemanduan. 

    "Nak makan kat mana?" soal aku. 

    "Makan kat mulutlah" berani2 dia buat lawak dalam keadaan aku tidak berkemampuan ni. 

    "Aku tanya betul-betul ni."

    "Aku jawab betul-betullah ni" Dia senyum lebar, tapi dia tak pandang aku, pandangan dia mengadap depan, fokus dengan pemanduan dia. 

    Aku mendengus. Tak puas hati. Yang aku perasan, dia gunakan jalan yang aku sangat kenal, menghala ke satu tempat yang aku sangat-sangat kenal.

    Dia nak hantar aku balik rumah ke? Aku dibiarkan diam dekat sebelah Jaz.

  • Sebab hari tu nampak macam cerah, aku tak teringin nak letak sedikit precaution dalam kepala otak. So, aku tak bawak payung. I mean...cmon, siapa bawak payung on the first blind date ever. Yup, aku dalam perjalanan nak pergi blind date dgn mamat aku kenal dkt applikasi WeChat. Dia cakap, dia hensem, so dia kata aku akan tertarik dengan dia. *pfft..what bullshit is that? So, aku pun aturkan satu blind date dengan dia. I mean cmon, perempuan yg ajak lelaki blind date? Gentlewoman tak aku? 

    DOOM! BOOM!

    Yes, hujan turun. Yes, aku tak bawak payung. Keluar LRT, mengagau berlari anak cari teduhan. Habis cair rambut yg dah kena conditioner Sunsilk. Habis berlecak kasut sbb lari tak tentu arah, habis semua imej akulah. Aku pakai tshirt putih ada gambar burung hantu yang supercute yang memang tengah in sekarang ni, aku balut cardigan kekonon winter season kat Malaysia Darul Panas ni, padankan dengan seluar khaki warna hitam, material dia selesa gila, oh dan kasut 30 hengget beli dekat Uptown Kota Damansara. Nasib baik tak berapa kotor, dan stokin masih kering, kalau tak, habis date aku kali ni bau stokin hapak. 

    Long story short, aku terus menapak ke kafe yg dah diaturkan utk jadi tempat pertama blind date aku ni. Aku terus ke kaunter. 

    "Ya?" soal perempuan service crew dekat situ. 

    "Air jus laici dalam jar pastu ada jelly-jelly tu." Budak tu senyum kat aku. Tak pernah orang order camtu. 

    "Itu je?" dia punch dekat monitor. 

    "Nak nata de coco, dengan jelly2 tu lebih sikit ea. Saya nak bayar sekarang." Aku senyum dia balas senyum sambil angguk, dan aku pergi duduk dekat seat balcony. Tempat favorite aku a.k.a tempat aku mati hati tahun lepas. Yes, dah setahun dah pun benda tu berlalu. Tempat favorite? Tempat mati hati? Benda apa yang dah berlaku setahun yang lepas? Aku bukan randomly picked kafe ni utk jadi tempat aku blind date, kafe ni mmg dah jadi kafe favorite aku, dan spot ni ialah spot aku dan si dia. Si dia yang putuskan hubungan kami setahun yang lalu. Anyhoo, this isn't about him anymore, aku nak blind date hari ni, so this is a new day. 

    Pesanan aku sampai. Aku terus hirup sebab selain dahaga, aku jugak perlu restore energy dan neutralize bad breath sbb bijak sangat tak makan pagi tadi. Gas busuk dari dalam perut dah naik sampai ke mulut. Kalau aku bercakap face to face dgn date aku ni, mau pengsan bau telur tembelang. 

    Gajet aku bergetar, aku dah tanggalkan cardigan letak tepi, beg pun aku letak tepi, oh dan aku keluarkan novel Elin Nadia, Nian Di Hati, kekonon nak nampak hype baca novel dekat kafe sambil ada minuman yang style. *pfft. Kejap lagi aku instagram korang2 ni ea. *get a life Lis. 

    "Awk,sori sgt2 ..sye x jadi dtg hari ni..hari ni sy pg K.L."

    Aku pfft-kan panjang2 utk mamat ni. 

    "Sy dah sampai dah pun awk. Kenapa tak cakap awal2."

    "Sori la awk..kita jumpe len kali la..awk x marah kn..sori sgt2"

    "Xdelah marah, cuma frust jugaklah. Xpelah, have fun kat K.L tu. It'll be extra fun kalau dating ngan sy tau"

    "How I wish...take care k."

    "Next time mandatory belanja saya lunch. Cause u made me ironed my shirt in the middle of the morning!"

    "Ok dear...no problemo"

    "Hehe. Thanks"

    Itu jelah yang aku mampu buat. Aku dah bayar pun air ni, so...nak tak nak kenalah minum jugak, baca novel kejap dua tiga bab, lepas tu tengok jam. Tada, 11.30 am. Perut aku dah buat konsert dah ni. Lapar, tapi takde selera nak makan kat kafe ni, sbb selera aku dah mati bila mamat tu cancel blind date ni. So, aku buat sesuatu yang gila. Aku tarik balik gajet aku, scroll2 nombor, dan type pada dada skrin. 

    "Salam Jaz, ada kat mana?"

    Believe me, aku sendiri tak approve jari aku taip dan tekan send dekat nombor dia. Well, I'm doomed.

    *****
    "Waalaikumsalam, kat office ni, kenapa Lis?"

    OH SHOOT, Dia balas pulak, kenapa dia balas! kenapa dia balas? It was meant to be a silly text. Takpe2 Lis, take a breath, buat mcm biasa. He's just your ex, and you're about to ask him out for a lunch date. No! Not a date, just lunch. Makan tengahari, that's it. 

    So aku bagitau dia dengan tenang, yang aku nak ajak dia keluar makan tengahari, since lunch break dia pun pukul 12.30pm sampai pukul 2pm *why do I hafal his lunch breaks? So, aku naik LRT, turun tempat dia, dan dia amik aku naik kereta. 

    Aku tak tahu kenapa jantung aku berdetak agak laju ketika nak sampai ke kereta dia. Kenapa tiba2 bergetar agak luar biasa. Semacam aku masih menyimpan perasaan gugup dan gentar untuk berjumpa dia, sedangkan idea gila ni datang dari kepala otak aku sendiri. Aku tarik pintu kereta. 

    "Assalamualaikum" sepatah dari dia. Aku terpaku sekejap, lama sangat tak jumpa dia, sekali jumpa rasa mcm Struck by Lightning. 

    "Waalaikumsalam" I goes in. I sit down, and we look at each other. Nope, I don't look, aku terus letak beg kat kaki tapi aku perasan dia pandang aku, then baru aku pandang dia balik. 

    "Nak makan kat mana?" soal dia.

    "Kat mana sedap?" soal aku pulak, Jaz tongkat dagu dekat stereng. Dia humming sesuatu.

    "Nak makan apa? Western ke, Thai ke, makanan Korea ke, makanan Melayu ke, apa?" Dia pandang aku lagi. Aku bagi muka kosong. Aku jungkit bahu, tanda tak tahu. Dia mengeluh perlahan. 

    "Nak try bakso dengan soto tak?" The name of the dishes pun aku dah drooled. So aku cepat2 angguk. Dia masuk gear, dan drive away. Aku sambung senyap, tengok luar, mengamati benda2 yg takde faedah utk aku amati. 

    "Dari mana?" soal dia pecahkan sunyi. 

    "Dating." selamba aku balas. Dia senyum. 

    "Untunglah dating..." cliche 'untunglah' tone yg budak2 muda guna sekarang. 

    "Dia tak muncul pun. Blind date-lah" Kali ni dia lagi galak senyum. 

    "Berani ea, blind date-blind date ni." Aku senyap, tiada jawapan utk itu. 

    "Pukul berapa masuk office balik?" 

    "Dua" Aku buat mulut O. Tengok jam, dah pukul 12.40

    "Kena cepatlah ni?"

    "Takdelah. Kita dah sampai pun." Dia parking kereta. Jalan agak lengang, tapi kenderaan laju je pecut kiri kanan. Aku tarik beg sandang, kuak pintu nak keluar dan entah kenapa aku cuma terdengar Jaz bersuara agak lantang. 

    Yang aku dengar dia cakap, "tengok kereta" sebelum pandangan aku yang seterusnya ialah, pertembungan dengan sebuah motorsikal yang tersangkut dengan beg sandang aku, dan seret aku 15 meter ke depan. The rest of the story was pretty black. Black and painful.

  • "Kita nak ke mana ni Jaz?" Dia tak jawab pertanyaan aku. Dia tak pandang aku pun. Aku adjust duduk, agak tak selesa. Punggung aku cepat panas, kaki aku lenguh, tangan berbalut ni asyik gatal, tapi tak boleh nak garu. So, aku tepuk2 perlahan. Aku bersandar, mungkin betul, mungkin tidak si Jaz ni nak hantar aku balik rumah. Aku turutkan aje. 

    Aku terlelap.

    Bilanya aku tersedar pun aku tak tahu, yang aku tahu kereta dah lama berhenti, Jaz pulak dah takde kat pemanduan. Aircond masih dihidupkan, enjin masih berjalan. Aku melilau. Eh, aku kenallah tempat ni. Ini tasik tepi rumah aku! Aku panjangkan leher, Jaz tengah berdiri dekat jeti tasik. So betullah dia hantar aku sampai ke rumah. Tapi, seingat aku, aku tak pernah bagitahu dia rumah aku kat mana. That's odd.

    Aku bukak pintu. Jaz nampak aku, terus mendekati aku.

    "Kau nampak penat sangat tadi, tu yang aku tak kejut." Aku angguk.

    "Sampai ke sini kau bawak aku." Jaz senyum.

    "Nak keluar ke?" aku angguk lagi. Dia papah aku, dudukkan dekat tempat duduk yang tak berbumbung yang dah kena kesan vandalisme tahap paling teruk. Lepas tu dia keluarkan bungkusan take away Mc Donalds yang dia beli masa drive thru tadi. Dia duduk di sebelah aku.

    "Makan kat sini?" soal aku. Dia angguk. Dia dah basuh tangan, bila aku hulurkan tangan kiri aku untuk berbuat demikian, dia terus tutup botol air. Dia geleng.

    "Tak elok makan dengan tangan kiri."

    "Habis tu, macam mana aku nak makan?"

    "Kan aku cakap, aku yang nak suapkan." Dia tak senyum kali ni nampak serius. So aku diamkan aje, walaupun ada perasaan yang agak aneh melingkari batang tubuh aku. Dia keluarkan air milo, hulurkan dekat dengan mulut aku. "Bismillah," ucapnya, aku hirup perlahan.

    Untuk sepuluh minit aku duduk di sebelah Jaz ini merupakan sepuluh minit yang paling lama, dan kecut perut. Bukan dia yang menakutkan sampai aku kecut perut, tapi perlakuan aneh yang tak pernah dia lakukan pada aku. Dan aku tak rasa dia pernah lakukan benda ni pada mana2 perempuan lain. Dia suapkan burger, sampai aku geleng tak nak. Aku rasa ada separuh lagi burger tu masa aku mengalah dah tak nak makan. Sekarang, giliran dia pulak makan. Burger jugak, tapi aku tak tahu burger apa. Aku sambung minum air milo.

    "Terima kasih." itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Jaz angguk, tapi dia tak pandang aku. Dia separa membongkok ke depan, memandang tepat ke hadapan tasik. Mulut dia galak mengunyah, sebab tu dia tak bersuara. Aku cuba nak renggangkan badan. Lega dapat luruskan kaki.

    "Boss tak marah ke kau masuk lewat?" soal aku, risau pulak mengganggu kalau2 ada kerja tertangguh dekat office.

    "Kan dah bagitahu. Dia oklah." balasnya perlahan. Senyap kembali suasana di situ. Cuma ada bunyi angin berdesir, air berkocak sebab ikan naik ke permukaan.

    "Maaf menyusahkan kau." suara aku bergetar. Menahan kesedihan yang meruntun. Bercampur aduk, rindu pada Jaz yang dulunya amat sukar utk aku lupakan, oleh kerana satu mesej gila aku ajak berjumpa, terus jadi macam ni. Sedih kerana terpaksa meletakkan dia di satu situasi yang tiada jalan keluar, di mana dia seakan terpaksa menolong aku dari awal, sampai hantar aku pulang ke rumah. Aku tertimpa rasa bersalah seberat gunung Fuji. Marah sebab buat keputusan gila, dan takut kalau2 dia akan terus cop aku penyusah.

    "Ingat tak aku pernah cakap, ujian kau besar." Dia kembali duduk tegak. Aku angguk. Masih segar walaupun hampir setahun perbualan terakhir aku dengan dia tu berlaku. "Dalam keadaan sekarang, Tuhan nak bagi sedikit ujian tu pada aku, supaya aku jugak dapat rasa macam mana susahnya ujian yang dia turunkan pada kau."

    "You always have something nice and smart to say, didn't you." Jaz mengerutkan dahi, mungkin tak berapa dapat tangkap bait yang aku lafazkan tadi. Tapi aku tahu dia faham apa yang aku nak beritahu dia.

    "Aku mungkin dah lama senyap dengan kau Lis, tapi aku tak pernah lupa." satu cubitan keras merangsang atma aku. Aku terasa macam ini bukan Jaz yang aku kenal dulu. Pertuturannya berlapik sayang, sayang terhadap aku. Pertuturannya berlapik sesal, sesal sebab senyap hampir sebelas bulan. Dan sekarang, aku tak nampak Jaz yang dulu, aku nampak Jaz yang baru.

    Aku tiada respon untuk itu. Aku hanya membungkam, menundukkan wajah ke bawah.

    "Aku minta maaf, selama aku senyap dengan kau, membuatkan ujian yang Tuhan beri pada kau bertambah berat. Aku tahu, sebab aku juga diuji Lis."

    Now this is rhetoric. Dia seakan nak yakinkan aku yang selama dia senyap, dia juga menangisi setiap hari ketiadaan aku, dia juga menyesali setiap perbuatan dia, seperti dia juga mempunyai perasaan suka dan cinta pada aku. What the hell?

    "Maksud kau?" soal aku sedikit kebingungan.

    "Aku tak boleh tipu diri sendiri Lis." jantung aku berdenyut pantas. Pam darah dua kali ganda lebih laju dari biasa. "Aku masih mengambil berat tentang kau."

    Aku angkat muka, pandang tepat dua anak mata Jaz. Air mata aku mengalir spontan. Nope, it wasn't spontaneous, it was unscripted. 

    ANASYG'S FIRST MINI BLOVEL : HOME
  • Assalamualaikum w.b.t

    Elina dah seru, "Bila nak update entry ni Anas (insert long face here)". Relaxlah, baru...10 hari tinggal, hehe. Idea ada, dah siap taip dalam draft lagi, mood nak tekan Publish tu takde. Sbb takde yg sudi belanja GCB kbai. 

    Pada suatu ketika dahulu, ada satu mambang rajin singgah dalam diri aku, so aku dengan rajinnya buat give-away header utk blogger2 yg terpilih. Macam mana aku pilih? Totally random, yg aku tak pernah kenal pun aku bg. Sebab apa aku bagi? Eh, suka hati akulah nak bagi. Kenapa ada orang nak header dari aku, tapi aku tak bagi? Eh, suka hati aku jugaklah nak bagi ke tak. (lower ur voice Anas nnt org cop kau blogger arrogant. *maaf) (=..=') Rujukan entry : Random Header Giveaway, Some More Header

    So, tahun ni aku dah tak bagi kat total strangers, aku pilih kasih *gitchu. Taklah, aku bg kat org2 tertentu je, one of the very reason is that, skill editing aku dah berkurangan mcm berkurangnya air dekat empangan2 air di Selangor. Yang keduanya, mambang rajin tu datang sekejap2 je. 

    First stop, cikgu Nick. Sempena birthday dia. Rujukan entry : Nick Nashram
    Next, ni ialah kawan since darjah enam. Cik Awin. Dia baru berjinak2 dalam blogging, so aku pun bg dia satu header. *fyi kuning tu mmg dia yg nak k, aku takde niat me-mambang-kuningkan dia. 
    And then we have Ninaa :) Dia bertuah dpt header free sbb dia jadi follower ke 500 blog ni :) Rujukan entry : Ninaa Hassan. Entry balas dari Ninaa : Click.
    Nurul Ee. I donno bout u guys, but it seems aku sorang je yg panggil dia Nurul, org lain semua panggil Ee. *cute. Aku bg dua version, Hitam & Putih. Design yg sama, tukar warna je. :) Entry balas dr Nurul Ee. Click
    Hah, ni everybody's favorite step sister. :) Elina yg sgt ramah. Aku bg dua, tho..I prefer the second header sebenarnya. *truth be told. :) And as we speak, dia dah ada header baru lagi. Pergh, untunglah. hehe..Entry balas dr Elina, Click
    Dan ini, untuk Farah. :) ramai yg dah kenal kut blogger Doodles of Life ni, study kat Canada. Aku dah lama kenal dia, ni baru mambang-rajin dtg nak bg header free utk dia. Dia suka warna biru, dan prefer black and white jugak, tapi aku bg dua2 warna hitam. I recall her current header pun warna hitam putih. 
    Ok, tu je. Sesiapa nak header? Boleh contact Patrick Starfish kat atas tu, dia penjaga blog ni sebenarnya, kerja gelak je kat atas tu. (if you happen to read this and there's no Patrick up there, maknanya u guys are out of luck) See you guys around, kalau agak2 lama tak muncul, seru je kat chatbox k. 

    p/s: hari tu tengok X-Men : Days of Future Past. 5 Bintang. Terima kasih sudi baca
  • Assalamualaikum w.b.t
    Ini bukan rancangan baru dekat tv9 yg 9 soalan tu ok, ini soalan aku sendiri. Ada empat soalan, setiap satu soalan kena senaraikan empat jawapan. Clear? Ini bukan Liebster Award, sumpah, time aku came across perkataan Liebster Award tu, aku terus terfikir Libresse, yes sanitary pad jenama Libresse tu.*what the...rupanya maen tag2 soalan mcm yg pernah trending sebelum ni. 11 questions tagging-game and my further research had make me concluded that, game yg dulu aku main tu, ITULAH LIEBSTER AWARD...lol anas slow betul kau ni. *how shud I know, dulu depa tak panggil Liebster Award, kalau kena tag, bebudak tu serang komen cakap Anda di-Tag. I mean...cmon man. *nevermoind.

    Tapi entry kali ni pasal 4 soalan random aku tanya sendiri, aku jawab sendiri. Kalau korang nak kopipes untuk entry korang, aku bg green light, sila2. Meriahkan sesi soal jawab syok sendiri ni. Ready? Go.

    1. Empat barang wajib ada sebelum keluar rumah. 
    Handphone, wallet, hankie, lipbalm. 

    2. Empat tab(website/application) wajib bukak bila on laptop/online via mobile.
    Laptop: Facebook, Blog, 9gag, dan Mangastream.com
    Mobile: Facebook, Whatsapp, Instagram, dan Wechat

    3. Empat channel wajib browse bila on tv. 
    Star World, AFC, HBO, Fox Movies Premium. 

    4. Empat lagu wajib dengar setiap hari. 
    As we speak, sbb lagu ni ikut mood dan akan berubah setiap minggu. So, utk minggu ni. 
    *Lea Michele - If You Say So
    *Dami Im - Alive
    *John Legend - All Of Me
    *Yuna - Mountains

    Ini extra. Aku rasa mcm sesaja gatal tangan nak tag empat orang ni utk jawab soalan yang sama, tapi aku tak paksa pun. Just for fun. Killing time kata omputih. So lucky four : Wan, Elina, Farah, Ecah. Blogger2 favorite ni. :) Have fun guys. 

    p/s: nak jawab dkt komen lagi senang. Compress-kan aje. Terima kasih sudi baca. :)
  • Assalamualaikum w.b.t. Yes2 aku rindu korang jugak. lulz. Doblas hari takde apa2 update, tho aku still masuk blog2 korang ok, cuma ikut mood nak tinggal jejak ke tak. Ahahah. BUSY! Super busy lagi2 last weekend. Korang bestlah duk umah tengok kartun ke apa kan, aku? Aku join #teamChocoDeLaPassion utk Karnival yg superbest dekat Saujana Utama. Lemme repeat that, SUPERBEST

    Walaupun mmg drained me out for two days straight jadual tidur-secara-overdose aku terganggu, tapi semuanya berbaloi. Kalau korang tak tahu *in case korang betul2 had no idea, family aku ada beberapa team bisnes. Abang aku first create photography team so called #teamMietography ada kat sidebar aku tu. Then kakak aku plak bukak bisnes jual kek online secara COD, dan abg aku pergi namakan #teamChocoDeLaPassion, if it was me, I'd named it Koko Kingdom, catchy kan? Oh dan nanti insha Allah kalau takde aral melintang ada team ketiga, untuk candy booth pulak. *worry bout that later k. 

    Satu family commit dengan tiga2 team ni. Mak abah aku pun elok je support tak banyak hal. Plus kitorang semua turun padang untuk weekend lepas. Welcome to the bisnes world Anas. 

    Sabtu dan Ahad lepas, under #teamChocoDeLaPassion, kitorang bukak gerai dekat Saujana Utama bersempena dengan Karnival Saujana Utama yang julung2 kali diadakan. Ini bukanlah first time team kitorang join bukak gerai dengan peniaga lain, tapi ini ialah first time bagi aku join event grand mcm Karnival ni. Sbb event2 sebelum ni aku join yang carboot sale dekat TSB Sg. Buloh tu je, tapi yang carboot sale dkt Bandar Tasik Puteri dengan gerai bersempena Kuliah Ustaz Azhar Idrus dekat Ladang Baru aku tak ikut, sbb aku pergi Mid Valley. Remember this?

    Serious cakap mmg penat sbb dari 8 pagi sampai 12 tgh malam. Tapi taklah aku stay sepanjang16 jam tu, thanks to boss dan co-boss dua2 take over selepas shift pagi aku berakhir utk hari pertama. Sabtu tu aku cover pagi sampai maghrib je, then malam tu shift kakak aku. Ahadnya plak, aku start shift pukul 12 p.m sampai 12 a.m so, 12 jam. *hate me because I tak blogwalk masuk blog korang cause I'm a busy man. 

    Dan aku rasa ini first pengalaman aku berniaga yang memang best gila sbb :

    1- Karnival tu sendiri memang syok gila, dah macam mini JomHeboh. Ada Helicopter Ride *tapi mahal sangat. Ada macam2 aktiviti utk pengunjung dan yang paling best ada cabutan bertuah *tapi as usual, kitorang tak bertuah. Haha.
    Salah satu aktiviti yang pihak penganjur sediakan utk pengunjung dan para peniaga. Pertandingan makan ayam. Sponsored by, Ayamas. 
    Aku jeling-jeles je tengok budak2 ni main kat kolam buatan ni. Memang puak2 depa je boleh maen situ, kalau orang dewasa mmg paras bawah lutut je, no fun. Hahaha. 
    Maskot Ayamas kena buli. Sian. 
    See dat kid. I don't know who he is. 
    See these kids, I don't know them oso. haha
    2- Jiran kiri kanan dan depan semua best2. Sebelah kanan kitorang jual air, and diorang satu family mmg LAWAK gila. Kitorang tumpang gelak je semua lawak2 diorang tu. Sebelah kiri plak pasangan suami isteri jual Ice Blended, tu pun sporting, selalu jugak borak2, yang depan kitorang jual Sambal Kicap , superduper sporting, siap cakap yang dia jeles sbb gerai kitorang bawah pokok, so dia tumpang berteduh sambil bagi orang rasa keropok cicah Sambal Kicap dia. Sedap sambal kicap mak cik tu, sekarang aku menyesal sebab tak beli. Sambal Kicap Maji.

    3- Dapat customer yang best gila, ada yang datang dua tiga kali. They came for more! Ada yang kemain tanya pasal cakes, tapi beli sandwich, funny.
    Yg baju belang biru kat belakang tu abg air gerai sebelah, yg abg depan baju merah ni, money maker a.k.a customer :)
    4- Kerja apa yang tak penat kan, tapi bila last day tu, kitorang dihujani dengan rezeki dari hamba Allah yang murah hati semuanya. Abg jual air tu bagi air free, so kitorang request cincau 4 cawan *tamak haloba. Hahaha, mak cik sebelah bagi jambu dengan jagung dua cawan, and abang gerai keropok lekor pun bagi keropok lekor panas, mmg terbaik. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa tak gitu? So, kitorang pun balas pemberian dorang. *dah macam bulan puasa balas2 juadah berbuka. gitchu. 

    5- Dapat dengar ceramah Ustaz Kazim Elias. Serious lawak ustaz ni. Kitorang satu family mmg dah lama hooked dgn ceramah dia since Astro Oasis terbitkan show Kalau Dah Jodoh tu. :D aku gelak macam orang gila dengar ceramah dia.
    Ustaz, Y U SO LAWAK. 

    6-And last but not least, aku dapat beli kuih kapit yang dah lama aku idam2kan. And bila aku tengok gambar ni baru aku ternampak promosi Power Bank Original Pineng dekat gerai sebelah. URGH! WHY YOU TAK NAMPAK EARLIER ANAS! WHY! Btw, kapit tu awesome. :)

    Ol n ol, it was such tremendous experience. Kau takleh beli kat gerai ayam Uncle Bob, kau kena rasa sendiri macam mana orang kat pasar survive meniaga dari petang pukul 3pm dah setup gerai, bawak ke malam. So, sekarang aku dah merasa, dan aku rasa BEST! ...tapi penat. haha. 

    Olritey, promo sikit. #teamChocoDeLaPassion ada fb-page mereka sendiri, so boleh klik mana2 hashtag Choco De La Passion utk terus ke page mereka. Kami menjual kek cheese leleh, dan moist chocolate cake. Harga promosi tengah ON sekarang ni, so boleh belek2 kek mana yang anda berkenan ye. Cash on delivery dalam Selangor, area Ijok dan Sg Buloh sahaja, selain dari tu kitorang tengok kuantiti order. Oh dan maaf kitorang tak buat postage sbb it's a freaking cake people, xnak nanti sampai at ur doorstep kek dah jadi belacan. Maaf ye.  :) 

    How do I know you guys will buy some? Who doesn't like cakes rite. Terima kasih sudi baca sampai habis. :)