• Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Aku tau korang marah kat aku. Here, have some cats and dogs photos instead.

    Ok *hulur tisu. Lap air mata tu dik, jgn nak nangis sangat. Aku dah buat comeback ni. Ok ni aku bagi alasan2 yg agak munasabah *agaklah.

    1. Aku busy study

    2. Aku baru habis final exam dua minggu lepas

    3. Laptop aku buat hal (Browser Chrome corrupted) Torch plak baru semalam aku betulkan. So skrg dah ok. Itupun kena jampi2 sikit. Usap2 laptop sikit, cakap sayang2 jangan kau marah *erk, geli je. Dahlah lama tak update, datang2 je buat lawak subliminal sexual content. Urgh, grow up.

    4. Aku pemalas.

    5. Aku ada banyak keje lain selain update blog

    6. Aku ada instagram @the_roshad yang aku kerap update dan lebih senang berbanding blog yg kena on laptop bagai. (buat hal lagi kang laptop ni bila kena bash camni)

    7. Aku dah takde idea nak letak alasan apa lagi.

    Ol n ol, sebagai owner blog yg tak bertanggungjawab seperti aku, dengan sukacita nak ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. (bolehla, buat welcome post Ramadhan ke 14, WEH? Serius dah separuh Ramadhan?!) Semoga korang diberikan keberkatan di bulan mulia ni, semoga puasa penuh, segala amalan dilipat kali gandakan ganjaran pahalanya. 

    Aku ada banyak gila benda nak share kat korang, tapi tak tahu nak mula dari mana. Nanti akan ada banyak lagi entry menyusul k (In Sha Allah) Entry Pop Juice pun dah berhenti sampai bulan 3 je, alahai. 

    So, first of all. Aku dah habis semester 2 dekat Uni. So tinggal 4 semester lagi. Kejap je kan dah habis first year. Final exam was ok, ada killer paper, ada yg mmg nak tercabut kepala otak, oh talking bout kepala otak. Rambut aku dah panjang tau. Panjang as in. 

    THIS PANJANG. :)
    Sebelah kiri tu Shafik, dan kanan tu Pip. Yg tgh tu Eyebag Monster

    Selain study yang parah hectic, aku ada join program. Dinner kolej bulan 5 hari tu. Aku merangkap TKP (Timbalan Ketua Pengarah) and it was frickin awesome! Sorrylah, aku ada gambar2 ni je dalam laptop. Yg lain dalam handphone, tak sempat transfer lagi.
    Poster Rasmi Malam Integrasi Highlanders
    Timbalan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Post Program
    VSRTW
    Oh, dan aku tak payah cakap banyak, kalau korang nak tengok (thanks to Pusat Komunikasi Korporat) here’s a full video of the event.
    (Sorrylah kalau korang nampak any flaws tu. Harap dimaafkan, lagi2 kepada penghuni Kolej Ibrahim Yaakub. Dey, bukan senang nak organize dinner ni ok. Lagi2 yg handle ni 80% bdak2 first year. Respect!)

    Other than that, last month was supposed to be pack with signature entries like the annual Akir Tribute. Al-Fatihah
    and oso! Aku sampai takde masa nak wish HAPPY BIRTHDAY to mine truly blog Anasyg. Selamat Ulangtahun ke ENAM! Wah dah 6 tahun aku blogging ea. Kalau pasang AdSense ni mesti dh kaya raya boleh bagi duit raya kat korang. Hah! Gatal nak mintak lettew jap lagi. Hadiah bday blog ni mana? Haha.

    So this compact entry would like to thank you still to all readers yg tak putus2 datang jenguk blog ni walaupun takde orang yg jawab salam korang. Sedeyh. And to those who’d prayed for my health and study and life and anything, thank you. Cause I still remember praying for this very moment I’m living now, couldn’t be more grateful than this. Alhamdulillah. 

    Last but not least, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak to all Muslims around the world. Tinggal separuh bulan je lagi ni, If you guys in the right lane, istiqamah, and if you don't but willing to change? Godspeed. :)

    p/s: comment chugais punya instagram account in the comment below, In Sha Allah kalau berkesempatan, nanti aku pg follow.
  • Melayang buku tebal yang bertulis LOGO sebagai tajuk utama tu. Entah mana buku tu mendarat. Im suak rambut. Berpeluh, panas, bahang malam sampai ke tengkuk. Dia hempaskan badan atas tilam. Sekilas menarik paparan gajet ke muka, seraya baling gajet tersebut ke lantai. Berterabur, bersepai pecah isi gajet. Roman Im langsung tak menyesal berbuat demikian. Puas hati. Gajetnya dah berhenti berdering, bergetar, menerima pesanan, dan segala macam tindak balas yg sebuah gajet boleh lakukan.

    Im mendengus kasar. "Sial la! Spoil mood aku nak buat keje malam2 mcm ni"

    Pintu dikuak dari luar. Syadan melangkah masuk. Terlihat kawan sebiliknya yang masam mencuka, dia hanya geleng perlahan. Kaki Syadan tersepak gajet Im yg dah terlerai satu bahagian ke satu bahagian. 

    "Dulu sebelum dapat pinjaman, bukan main kau ikat perut sampai tiga empat minggu nak menunggu sampai pinjaman masuk," Syadan tunduk, kutip satu2 bahagian2 gajet Im yg berterabur atas lantai. "Bila pinjaman dah masuk, laju je kau beli handphone ni. Baru guna tak sampai dua bulan dah baling buang kat lantai." Syadan sambung membebel. Dia menoleh Im yg dah duduk atas katil. "Apsal kau malam ni?" tangannya masih rancak mengutip baki 'sampah sementara itu'.

    "Biar jelah situ, aku tak suruh kau kutip pun" jelas suara Im.

    "So? Nak suruh sapa kutip?"

    "Nanti aku kutiplah sendiri"

    "Kenapa buang kalau tau nanti nak kena kutip balik?"

    "Yang kau ni masuk2 je nak membebel apsal?"

    Syadan letak semua bahagian handphone Im atas katil.

    "Nur ke?" dua patah dari Syadan.

    "Ah, sapa lagi!" bentak Im.

    "Dulu time belum couple, separuh mati kau mengayat dia, tabur segala macam janji manis kata nak kekal sampai ke jinjang pelamin, nak halalkan perhubungan, nak bina masjid indah2 lah, haram jadah apa lagi ntah kau janji dengan dia."

    "Kau tak faham la Dan, kau bukan pernah couple pun"

    "Tapi aku ada contoh paling bagus dalam percintaan ni" Syadan duduk di katil dia. Im kerutkan kening.

    "Sapa?"

    "Parents aku" Im mencebik. "Orang dulu2 dia tak byk harta, so diorang syg nak buang kalau harta benda diorang rosak, diorang akan baiki sampai boleh pakai semula. Diorang jaga sampai betul2 harta benda diorang tu dah tak boleh guna lagi. Baru diorang buang. Kalau boleh jadikan benda lain utk kegunaan diorang, diorang akan recycle." panjang lebar Syadan membebel.

    "Aku bukan orang dulu2, aku orang2 sekarang"

    "Sebab tu satu hubungan kau pun takde yang kekal. Kau rasa masalah dalam perhubungan kau tu tak boleh dibaiki, ,kau fed up, kau dah penat nak selesaikan masalah yang sama, berulang2 kali, so kau buat keputusan yg semua org akan buat. Cari jalan keluar yang paling simple, putus"

    Im suak lagi rambut panjangnya ke belakang. Kulit dia yg putih cerah dah merah padam menahan marah.

    "Setiap kali contact, setiap kali text or call, kitorang akan gaduh, EVERY FUCKING TIME!"

    "Itu baru couple. Kalau kau betul nak jadikan dia yang halal, kau akan nampak muka dia setiap hari dekat rumah. Setiap pagi, setiap tengahari, setiap malam, setiap hari. Every, fucking, time." Syadan sengih memerli Im kembali.

    "Aku stress, assignment aku lagi, program fakulti, program pusat lagi, byk keje aku kena handle,, aku busy gila. Kau pun tahu kan. Mana nak layan dia lagi..." Im belek bahagian2 gajetnya yang dah berserakan atas katil. "Dia tak pernah ke nak faham? Susah sangat ke nak faham?"

    "Busy ialah perkataan paling bangang utk korang gaduhkan dalam perhubungan." Im pandang Syadan yang menjadi kembali serius. "Dia pun student kan?" soal Syadan pendek, Im angguk. "Basically as a student kau pun tahu dia pun ada kelas kan?" belum sempat Im balas, Syadan sambung. "Kau tau dia ada program kat Uni dia? Kau tau dia ada whatever keje yg dia kena handle? Program fak ke? Program pusat ke? Kau tau keje2 dia yg dia kena siapkan sebelum due, tests? quizzes? assignments?"

    Bilik 614 itu menjadi senyap sekejap. Im bernafas berat. Syadan hanya memandang kawan sebiliknya dengan pandangan polos.

    "Siapa yg kerap mesej kau? Yang selalu bagi wish good morning la, jangan lupa lunch la, good night, segala jenis selamat lah, siapa?" Syadan tahu jawapannya. Im tak balas. Seakan tertunduk dengan kesalahannya yang ditebar besar oleh Syadan. "Siapa yg selalu start texting dulu. Kau atau dia?" Syadan sedikit tegas.

    Kali ni hanya mulut Im yang menggerakkan perkataan 'Nur'. Im tersedar-ngadah. Dia betulkan kembali satu bahagian ke satu bahagian gajetnya. Selepas semuanya kembali bercantum, Im hidupkan gajetnya. Nasib baik masih berfungsi. Ditenung lama gajetnya sebelum memandang Syadan.

    "Dan...so sekarang? Kau nak sedarkan aku yg ni semua salah aku jugak?" Im seakan masih tidak mengalah. Syadan berdiri tegak di depan Im. Terdongak Im melihat kawannya itu.

    "Itu bukan salah kau, tapi ego kaula bodoh."

    Im tertelan lidah sendiri.

    Inspirasi cerpen Kopi O Break Up karya Faiz Abidin
  • Assalamualaikum guys, taknak byk cakap, so here are 10 Pop Juice songs for March. Enjoy

    1. Sam Hunt - Take Your Time
    Published on Mar 13, 2015

    2. Zara Larsson - Uncover (Vevo DSCVR)
    Published on Mar 16, 2015

    Official Music Video Published on Jan 20, 2015

    3. Meghan Trainor - Dear Future Husband
    Published on Mar 16, 2015

    4. Olly Murs - Seasons
    Published on Mar 15, 2015

    5. Carly Rae Jepsen - I Really Like You
    Published on Mar 6, 2015

    6. Hozier - Someone New
    Published on Mar 2, 2015

    7. Ella Henderson - Mirror Man
    Published on Mar 8, 2015

    8. The Script - Man On A Wire
    Published on Mar 8, 2015

    9. Tori Kelly - Nobody Love (Vevo DSCVR)
    Published on Mar 23, 2015

    Official Music Video Published on Feb 26, 2015

    10. Jennifer Lopez - Feel The Light
    Published on Mar 20, 2015

    BONUS
    This song was published on Feb, sepatutnya masuk carta bulan lepas. Sorry I missed this one out.

    Iggy Azalea - Trouble ft Jennifer Hudson
    Published on Feb 27, 2015

    Personal Favorite of the Month
    I Lived Performed by Glee Cast
    This is definitely my favorite pick of the month. Glee has ended last week, I still haven't got the chance to watch the full finale episode yet, so later when I do, I'll brag about everything you need to know about Glee. pinky promise :)
  • Assalamualaikum guys. As promised, (Yay! I keep my words real) Here is the top 10 recently released (February 2015) Music Video dat I found on the internet. LOL. As usual, I did not arranged them in order of my favorable, just the way which I found first ya. Enjoy the list guys :)
    1. Sam Smith - Lay Me Down
    Published on Feb 5, 2015

    2. Florence + The Machine - What Kind Of Man
    Published on Feb 12, 2015

    3. Madonna - Living For Love
    Published on Feb 6, 2015

    4. Rihanna and Kanye West and Paul McCartney - FourFiveSeconds
    Published on Feb 3, 2015

    5. Cheryl - Only Human
    *Unfortunately I can't attach the actual video clip here, so here's another clip of the same song. 
    Acoustic Version Published on Oct 28, 2014
    Official MV Published on Feb 3, 2015

    6. Marina and The Diamonds - I'm A Ruin
    Published on Feb 5, 2015

    7. Arianna Grande - One Last Time 
    Published on Feb 15, 2015

    8. Taylor Swift - Style
    Published on Feb 13, 2015

    9. Imagine Dragons - Shots
    Published on 12 Feb, 2015

    10. Calvin Harris - Pray To God ft HAIM
    Published on Feb 10, 2015

    BONUS
    These two released their lyric videos last month which I put them on previous list. Alas, they published the Official Music Video this month. So hurray! :) 

    11. Avril Lavigne - Give You What You Like
    Published on Feb 10, 2015

    12. Kelly Clarkson - Heartbeat Song
    Published on Feb 5, 2015

    Personal Favorite of the Month :)
    Sia - Chandelier (57th GRAMMY) ft Maddie Ziegler and Kristen Wiig
  • Assalamualaikum. 

    When you grow old enough to understands problems around you, you'll tend to stress out. Macam aku, kadang2, masalah tu bukan resolves around aku pun, tapi aku yg menggatal fikir sambil pintal2 rambut. *eh, mcm sensual je. Anyhoo, here is a list, of how I handle stresses, tak kiralah at work, time study, kat rumah ke, with family, with ma cousin, with friends, or all by myself. *queue lagu All By Myself by Charice.

    Number one stress relief was actually circle back to ur God. Amik wudhu, solat taubat, solat hajat, solat sunat tahajud etc. Baca Al-Quran, berzikir, and all that. Yg ni mmg tak payah tunggu aku azankan kat korang, korang dah tahu sendiri rite. :)
    Now, this one right here was something that everybody voted as a Number One thing to do when we're stressed out.
    Yup, you eat. Sama macam semua org yg jadikan makanan sebagai therapy, I eat all the food as well. When you're stress, your stomach tends to feel very upset, thus, you eat. *hypothesis I came up just a few seconds ago.

    Apart from eating, I drink. I drink tea. Like how I rubbed it onto everyone's faces two to three posts before, I am not a coffee person, so I drink tea a lot, like a lot. Mcm org yg coffeeholic, I'm a tea people. So, tea does best with me. Kalau coffee is high in anti-oxidant, tea is high in anti-depressant. *also a fact I came up just a few seconds ago. Look at ol these people drinking teas with style.
    Kalau drink tea saja pun tak jadi, I'll tag along with watching good movies, or listening to good musics. I won't put reading good books, sbb mmg aku dah lama tak beli dan tak baca buku/novels, sbb yg ada sekarang pun tak habis baca lagi, ada lebih kurang lima buku yg tersadai atas meja. Whenever I want to flash open the cover page, laptop menangis, "Anas...book no important than facebook. Book can wait, blog need updates" *LOL.

    But then, nan hado jugak aku update blog ni. Some good movies yang aku still ulang2 tengok seperti, We Bought A Zoo, Life of Pi, Water for Elephant, Stepmom, The Impossible, Snowpiercer, About Time, The Vow, Morning Glory, The Help, Big Fish, even Confession of a Shopaholic pun considered as one of a success movie. Some other title yg aku rasa byk sgt kalau aku nak list kan, amongst them, when I narrow it down, semuanya mesti ada message of humanity or at least something yg sentimental or heavy on the emotional side. sob2, that's just me.
    On one hand above are the list of good movies I watched, on another, here are some sentimental songs yg aku dok repeat all time. Denial by The Saturdays, Battle Scars by Guy Sebastian, Mirror by Justin Timberlake, In Heaven by JYJ, Forever Always Wishing by Rox, Painkiller by SPICA, Someone Like You by Adele, I Was Here by Beyonce, I Can't Break It To My Heart by Delta Goodrem, I'm A Crazy Girl by Kim Bo Hyung and tonnes more. Mmg tak habis list aku ni. Oltogether, semua lagu2 ni ada vibe sedih, fun, sing-a-long kinda thang, and ofcourse sedap kat telinga aku.
    Jangan carut aku kalau lagu fevret korang macam lagu Gila by Stacy tak termasuk k, pfft.
    Recap: So praying and eating was the first thought, followed by drinking tea, listening to good musics, watching good movies, so what then? Before I go to my utmost favorite thing to do when I'm stresses out, here are some honorable mentions for ya guys.

    Honorable mentions:
    -Cooking, albeit havin so little motivation to cook i.e PEMALAS! I do found a little peace in cooking.
    -Singing. (kenapa masuk honorable mentions?) LOL, I sing like all the time. Bet ya guys agreed with this one as a therapy dincha?
    -Shopping. (Like..who doesn't, duuuh)
    -Hanging out with best friends (or for me dapat borak dgn my beloved cousins pun dah ok, spill everything in three to four-hours meeting)
    -Clean the house, or clean my room. Aha, ini mmg sangat rare lah nak tengok aku buat. Cause ni mmg kena tunggu aku betul2 motivated plus stress tahap 93 baru aku buat.

    And the last but-surely-they're-dozens-of-things-to-do to relief my stress is:

    Taip sampai 44 draft dalam blog *termasuk my other blogs, dan keep it for my own reading. Hahaha. (lawak hambar). Yup, itulah salah satu cara paling berkesan dan efektif untuk aku release tension, dan relief stress. Type it all out in blog, but for me to hit the publish button? Haha..you wish. So folks, there you have it, things you ought to know of how I handle my stress. Terima kasih sbb berkorban nak baca sampai habis. Bummer sbb blogwalking tak masuk senarai. Ahaha. (gelak hambar)]
    Full title tu semua kena censored because of surprise element it holds and also plagiarism. :)
    p/s: Aku tau bday kau esok, tapi aku nak jugak jadi orang first wish bday kau. *nampak tak aku calon sahabat ke Jannah gitu. Selamat hari lahir Paan. Kawan rapat masa Dip, dan skrg jadi kawan baik je, mana pergi rapat? Well, dah takleh rapat ngan dia sbb dia dah jadi Menteri paling busy kat UPM! Hahaha. Semoga Allah memberkati hidup kamu dan semoga kamu diberi kesedaran yg kamu itu mempunyai sebuah blog yg sy jarang2 lihat kamu ngupdate blog itu. Sekian. *apply water to burnt area. Tq.
    Ha kau, takleh nak besar lagi kan gambar kau. Ini gambar kenang2an sebelum kau meningkat dewasa. Erk, ayat lapik xnak cakap yg kau dah kembang mcm pau. Eh sorry tercarut. Haha.
  • Assalamualaikum guys. Been a while. Yup. So, lets just roll ya. I've been thinking to put this as a monthly entry, but maybe if I were too lazy to put it up, I guess...see ya in ten weeks time, haha. Here is the top 10 recently released (January 2015) Music Video dat I found on the internet. LOL. 

    I didn't arranged them in order of my likeness, I just put them as which I found first. Tho, Demi's MV, Nightingale was published last year, I still wanna put it in this list cause *reasons. Plus I just had the chance to see it earlier this evening. Enjoy the lists guys 

    :) I added the link to some other vids related to the Original one.
    1. Maroon 5 - Sugar
    Published on Jan 14, 2015

    2. Sia - Elastic Heart (featuring Shia LaBeouf and Maddie Ziegler)
    Published on Jan 7, 2015

    3. Ellie Goulding - Love Me Like You Do
    Published on Jan 22, 2015
    (Kieron Riley) Acoustic Cover
    (Chris Brenner / Kim Leitinger) 2nd Cover

    4. Christina Perri - The Words (featuring Colin O'donoughey)
    Published on Jan 25, 2015

    5. Guy Sebastian ft Lupe Fiasco - Linger
    Published on Jan 12, 2015

    6. Demi Lovato - Nightingale
    Published on Dec 24, 2014

    7. Kelly Clarkson - Heartbeat Song
    Published on Jan 12, 2015

    8. Avril Lavigne - Give You What You Like (OST 50 Shades Of Grey)
    Published on Jan 20, 2015

    9. G.R.L - Lighthouse (tribute to Simone Battle)
    Published on Jan 15, 2015

    10. The Weeknd - Earned It (OST 50 Shades Of Grey)

    Published on Jan 21, 2015

    p/s: the Official Music Video for The Weeknd - Earned It is a NSFW kinda vid. Watch under ur own risk. 
    p/s2: My fav on repeats are Ellie, Christina and G.R.L songs :) to die for.
  • Awal2 nak cakap, this is not an act of plagiarism nor a paid promotion utk melariskan buku beliau, tho it is a free marketing utk Mat Luthfi who had been working hard inspiring us in Malaysia. :) Thank you Mat.

    Assalamualaikum w.b.t Salam 2015. Yeah, dah tahun baru, tapi aku still kat takuk lama, (daaa, aku kat one of the oldest uni in Malaysia, bukan lama, ancient kut, haha). Anyhoo, selamat tahun baru dear readers. Sebab aku mmg suka straight to the point, here I give you, 30 winning tweets dari buku Catatan Mat Luthfi yg aku berjaya habiskan dalam masa 3 jam. #clap2 ke ada yg berjaya habiskan dalam masa kurang dari 15 minit? ok aku bagi dua #clap2 #clap2
    In case you guys tak berkesempatan utk baca buku ni, sila pergi cari dan baca, sbb rasanya mcm buku ni buku Must Read utk belia kat Malaysia ni. *memandai aku je. And these 30 tweets adalah pilihan aku sendiri. Harap maklum. P/s: Spoilers. Thank you.

    1. Nanti bila wife tengah pregnant nak bawak la dia mai Australia time winter. Biaq sejuk perut dia mengandung.
    2. Good luck adik2 yg akan menduduki SPM. Walau apa pun keputusannya nanti, abang harap adik2 tak amik architecture, k.
    3. Minta maaf tak dapat hadir ABPH tadi, ada usrah. Camtu haa.
    4. Meriah tengok parti politik lawan bendera siapa paling banyak. Macam lawan siapa paling terer buat semak, dia paling banyak undi.
    5. Different opinions don't kill, fanaticism does. Quite a lot.
    6. Kawan tanya, "You're being so progressive and idea-driven, why do you look for conservative girl?" F1 driver needs the safest seat belt.
    7. Kawan masak roti canai, dia tanya nak makan dengan apa sedap? Kari ke gula? "Dengan aku," :)
    8. Sejak harga gula naik, saya dah jarang dapat sweet dream.
    9. Yung Un tanya, naik bot haram tak? Kenapa haram? "Memabukkan". Legend.
    10. Aku doakan kawan aku yang baru berkahwin supaya cepat dikurniakan cahaya mata, dia doakan aku cepat dikurniakan cahaya. Ini biadap.
    11. Bila orang putih mengeluh, it's so freaking hot aye. Try jawab, because you guys don't pray. Lari.
    12. Lecture Paul Griffin sangat mengantuk orang insomnia masuk dengaq terus koma. Sangat mengantuk laptop automatically turns sleep mode.
    13. Perth is so hot every dog here is afraid they are turning into hotdogs.
    14. Apa orang utara cakap bila hampa tunjuk simbol darab (X) "Ini kalilah."
    15. Kalau ada junior tanya hampa, tapi depa tak faham jugak lepas hampa explain, nyanyi lagu Bruno Mars. "Ooo too young too dumb to realize..."
    16. Berapa banyak produk kecantikan yang perlu dibeli untuk jadi comel? 'Se-kak-ton'
    17. Tampal kata2 motivasi kat bilik. Study kat library.
    18. Siti Nurhaliza has reportedly earns 70k for one-hour show. Marrying Datuk K made it 71.
    19. Cucuk usb mouse. Marah printer tak print.
    20. Tulisan aku lebih hodoh daripada cakar ayam. Dulu aku pernah tulis atas pasir, ayam datang dan kuis2 tulisan tu. Takut ada orang ingat tu dia punya.
    21. Kalau hampa tweet semua benda yang hampa pikiaq, nanti one day server Twitter goes down, hampa tak mampu lagi pikiaq.
    22. I'm not a person who has the most knowledge, but I try to make the most of the little tiny knowledge that I have.
    23. Kalau ada pilihan raya DUN Youtube, sudah tentulah saya dan Anwar Hadi kalah, pasai kami ada video atas katil bersama.
    24. Some people won't allow you to speak because they know you won't lie and they can't handle the truth.
    25. Pasaipa PAS memperkudakan DAP dan PKR? Sebab berkuda Sunnah.
    26. Have you read the news? They have added another one to the Seven Wonders of the World. Malaysia Election.
    27. Truth seekers are amazing. They don't need any particular groups to know each other. They'll somehow meet along the way.
    28. Dato' memang la tak kisah harga gula naik, sebab Dato' ada tanam tebu di pinggir bibir.
    29. If you can't share your love, keep your hatred.
    30. To love dearly, is to love moderately.


    Ada byk moral dan pengajaran *bukan sama ke tu? Buku ni mmg pack la dgn dua benda ni, just mesej dia tu ada yg straight to the point, ada yg korang kena gali dalam sikit ha, membudayakan pemikiran kritis dan kreatif #gituh. If you ask me, aku akan cakap, tweet yg paling win bagi aku ialah nombor 30 :) 
  • Anda juga mungkin meminati entry2 ini

    Not ur typical, wish-lists-kinda entry. This is a bit different. Well, different is good and *insert vulgar words if you still down there questioning me. LOL. Oh and one more thing is that, this entry is super long. :) thank you.
    Assalamualaikum w.b.t. For ya guys yg tak tahu, just a quick flashback, last couple of weeks, I've been busy bukan sahaja dgn final presentations and assignments and meetings for programs, but then on the 10th of Dec, twas Wednesday, my sis Kak Farah was admitted to Hospital Serdang, and after her blood test result came out, she was warded with dengue fever. Her initial temperature was effing 40.8 degree Celsius, bet I can boil egg with that tempt. I got a text message from my other sis Kak Yan saying I am not to worried, and focus on study. 

    Ya, like that's ever possible. On the very night I asked for my second brother to come and pick me up dkt Bangi, the next day terus pergi melawat Kak Farah. She's in a shit-shape tho. I fed her sup ketam to push down her temperature. Semua orang tau kut, kalau denggi je kena makan sup ketam, jus pucuk betik, or make it sebagai ulam, 100plus, anggur hitam, any berries, jus tebu tanpa gula, what else? Name it. That's your effort to at least sustain the patients' energy to fight off the fever. 

    Long story short, she was transferred to the ICU on Friday to be monitored more on her system. After a struggling eight days, akak was discharged on the 18th (Thursday). Alhamdulillah. 

    Ya guys wanna know the sweetest part was? People visiting akak during her days dkt ward, her friends, majikan akak pun dtg, saudara mara, semua sudi datang. Just when I thot the sweetness has fade away, after my short arrival dkt Kolej the week after, ramai kawan2 aku tanya bout akak. 

    :') I cried. Blissfully blessed with a group of thotful people, great vibe amongst great people, thanks guys. Classmates, Bdak2 whatsapp, instagram, bdak2 Kolej, thanks sbb tanya. For ya guys, ia hanya sebuah pertanyaan like, Akak kau camne? But for me, it shows ya guys care, and ya guys concern bout ur friends. Its a soothing for me. Thank you Allah. I replied with a smile, saying my akak is progressing healthily, just keep on praying for her. In Sha Allah, Allah will reply ur doa 10 folds.

    Then it comes to this. I had 6 presentations. Hah, don't get me started on this hectic days of being presence in class to present. Just look at my jotters, pening kepala. In the centre table was my exam timetable. Pergh, dah kena start study ni. How bout no...huhu.
    On Tuesday I had a Talk Show for Oral Communication, and on the same day a fun one with Linguistic and Language. Followed by Academic Communication on Wednesday and Kepimpinan dan Kreativiti by night. On Thursday, I got Foundation English, which Alhamdulillah, Ms. Lee favored our group so much that she wanted a personal video presentation :) 
    My favorite team with the ever beautiful Dr. Zaini wearing pink scarf.
    Adiba R. Zulina F. Anas A. and Atika S. Love these girls so much
    Linguistics and Language Presentation with yet another amazing people. Ekin, Taufiq and Ecah. Thanks guys
    Foundation English with Tiha, Kiera(sitting), Ms. Lee, and Taufiq. :) great job guys.
    Here's an extra point to all my loyal readers, ada video utk korang. :) My Academic Presentation. My topic was sky burial, go look it up. Special thanks to my ex-mentor during my dip year, Ms. Zamila ticking my curious mind utk further read on sky burial. Hah, dah dua kali aku letak link. Go take a peek. hehe.
    Last but not least, on last Friday I had my Komunikasi Efektif presentation, which we're assigned to act a sketch. Ya, to my surprise my group wrote a script about Mat Rempit kena tahan dengan polis. Haha, guess who's the Mat Rempit. 
    Unbohlievable. 
    thanks Nat :) credit: communitychannel
    By then I was so exhausted, I had it up till here (shows chest) to breath. So, like every other complaining students, I need a breather. Like a looong breather. I had to go back. So I did. Last Saturday I went home, and still here, tho this is the study week, but...Naa. Today's my birthday, who's going to study on their birthday. I need presents. A lot lot lot of present. :) 

    But a boy asked me to choose between worldly(dunya) matters, and the afterlife(akhirah) which in this context, dia ajet2 pious, then I jaw-dropped him by saying. Why not both? He asked again, why?

    It's my Effing birthday you kid, I ought to choose any gifts I want. I'll go with both. Get what I mean? 

    p/s: It's my 23rd birthday :) Alhamdulillah Allah has granted this long life, how I wish I could've spent it a little bit better in making myself as a humble servant to Him. Thanks Abah, Mak, family :) Xnak panjang2 birthday wishes, sbb td at first dah warning awal2 dat dis entry will be a slight different with any other birthday entry, so takat ni je. :) 

    Assalamualaikum 2014 :)

  • Aku ketatkan ikatan tali kasut yang dah sedia terikat kemas. Mencerlung keluar, nampak langit masih gelap sebab jam belum berganjak ke pukul 7. Aku melangkah keluar dari rumah tepat pukul 6 pagi. Aku nak teruskan larian untuk hari ni. Aku kan dah berjanji akan gunakan sepenuh peluang kedua aku untuk capai segala matlamat aku. One of it being, run as fast and as long as I can. 

    Taman tempat aku selalu jogging dahulu dah tak macam zaman peluang pertama aku, taman tu dah semakin dimamah usia, cuaca, dan vandalisme. Tapi masih digunakan, dan masih ramai yang jogging disitu. Aku mulakan dengan regangan dan panaskan seluruh badan. 

    Ini ialah kali pertama aku berlari dengan tidak menggunakan pengepam darah sendiri. Aku set lagu, klip pada lengan baju, pasang earphone dan mula berlari. Mengikut tempo lagu yang aku pasang, Ella Eyre-Comeback, beralih kepada lagu lama dari Britney Spears-3. Sampai membawa kepada random Korean songs, instrumental, dan beberapa buah lagu melayu. 

    Sampai satu ketika, aku terasa lelah. Aku berhenti. Dada aku rasa sakit sangat, aku separa tunduk, topangkan dua tangan atas lutut, mencungap menelan nafas, kepala jadi pening. Mungkin aku berlari terlalu laju, terlalu lama. Oksigen tak naik ke otak, membuatkan aku mual dan pening. Aku geleng2kan kepala, biar cepat sikit hilang sakit dada, pening kepala. Aku pejamkan mata, teguk oksigen sepuas2nya, pandang ke depan. 

    Saat inilah aku ternampak satu susuk berdiri beberapa meter dari aku, senyum ke arah aku.

    "Sani!"

    "Assalamualaikum Tia." aku jawab salam. Aku pandang kiri kanan, tengok samada ada orang lain tak yang lalu kawasan tu, aku tak panik, aku tahu dihadapan aku sekadar bayangan aku sahaja, jadi aku pejamkan mata lagi. 

    "Terima kasih sebab gunakan dia seelok2nya." suara Sani masih terngiang dihadapan aku. Aku terkaku kejap. Aku bukak mata kembali. 

    "B..but, Sani?"

    "Sani datang jenguk kejap, harap Tia tak marah." aku geleng laju2. Takungan air mata aku dah pecah, meleleh ke pipi. "Sani rindu..." Bayangan tadi mendekati aku. Makin menjadi2 tangisan aku memberat. 

    "Sani...Tia nak jumpa Sani..."

    "Tia doakan Sani setiap hari kan? Itu sudah mencukupi seakan Tia berjumpa dengan Sani setiap hari"

    "I meant was, I wanna be with you...up there." spontan aku mengunjuk ke langit. Sani geleng perlahan.  

    "Tia...jangan putus harap dalam hidup. Hidup ada turun naik, atas bawah, kalau takde masalah, cabaran, bukan hidup namanya."

    "Tia perlukan Sani, kenapa Sani buat keputusan tanpa berbincang dengan Tia!"

    "Sebab kalau kita dah sayangkan seseorang tu, kita tak perlu putuskan apa2. Kata hati kita tu dah berikan jawapan yang tepat, walaupun ia berada di atas tapak yang salah."

    "Sani...Tia perlukan Sani."

    "Tak, Tia tak perlukan Sani, Tia perlu hidup. Tia perlu teruskan cita2 Tia, capai semua impian Tia, gunakan peluang kedua Tia seperti peluang Tia yang terakhir. Tia kena bangun, jangan bersedih lagi. Sani sentiasa ada dekat dengan Tia."

    Bayangan Sani tadi mendekati aku lagi, menuding ke arah dada aku. 

    "Selagi jantung Tia berdetak, selagi itu Sani hidup dalam Tia." Bayangan tadi hilang dengan angin kuat yang tiba2 menderu. Rambut panjang aku tersuak ke kiri ke kanan. Aku pandang tepat ke depan, entah bila air mata aku kering sendiri. Pipi aku jadi melekit, dan aku tarik nafas dalam2.

    Dan kudrat terakhir untuk petang itu aku simbah dengan adrenalin yang baru. Sani betul, aku tak boleh berlengah2, dilly dally, aku perlu bangkit.

    "Jaga 'benda tu' macam Tia jaga diri Tia sendiri. Setuju?" suara Sani sekali lagi terngiang dalam kepala aku. Aku berikan senyuman motivasi utk diri sendiri, tarik nafas, angkat kaki utk sambung lari dan sepatah keluar dari mulut aku.

    "Setuju."

    -tamat.
  • Kau bayangkan diri kau sedang nyenyak tidur, tiba2 kau tak boleh bernafas. Kau seperti ikan yang dipancing, luka bibir terkena kail, direntap ke darat, tergunta2 atas seutas tali joran, dan kau berusaha untuk jatuh terjelepok balik ke dalam habitat yang boleh buat kau bernafas. Aku seperti itu pada malam tadi. Aku sempat mimpi aku menyertai beberapa pertandingan larian amal seperti KL Marathon, Penang Bridge Run, Milo Run, macam2 lagi, tapi oleh kerana kondisi jantung aku yang seperti ini, aku rasa sangat ralat kerana tidak dapat menyertai semua tu. 

    Berbalik pada kes sesaat sebelum aku hilang oksigen, aku terdengar bunyi mesin yang setia menjaga aku ditepi katil menjerit nyaring, dan aku nampak seorang nurse dan seorang doktor meluru masuk, ketika ini pandangan aku semakin kabur sebab oksigen tak mencukupi dalam aliran darah aku untuk sistem penglihatan. Tapi yang jelas aku nampak temankan aku malam tu ialah Sani. 

    Eh? Dia ada rupanya. Ingatkan dia takde, sebab aku hanya akan fully awake, terjaga selepas jam 5.30 pagi. Memang habit aku dari dulu sampai sekarang. Selagi belum 5.30 pagi, selagi tulah aku takkan bukak mata, bukak otak. Patutlah sebelum ni aku tak nampak kelibat dia, rupanya dia ambil alih menjaga aku pada waktu sebegini. 

    Ya Allah, terharunya..benarlah jodoh aku dengan seorang Adam yang sangat menyayangi aku, bertanggungjawab terhadap perempuan yang dah diniatkan dalam hati dia untuk diijabkan bersama aku. Tapi Tuhan..aku rasa sakit sangat sekarang ni. Sebab aku tak dapat bernafas. Mata aku berat ingin terkatup pejam, tapi aku terasa seluruh mulut aku ditekup dengan plastik dan ada deruan oksigen menerjah masuk dua rongga aku, dari mulut, dan dari hidung. 

    Dada aku naik turun, air mata aku dah berhenti mengalir bila aku dah dapat bernafas normal. Normal pun dengan alat bantuan pernafasan, sesaat sebelum aku pitam dengan alam mimpi, aku nampak raut wajah Sani yang kelegaan melihat aku bernafas normal, sebab sebelum tu aku nampak dia pecah peluh menahan gelisah disebelah nurse dan doktor yang masuk selamatkan aku tadi. Tiada audio, sebab aku dah pekakkan telinga. Aku hanya fokuskan pada 'macam mana aku nak bernafas'.

    Dan keesokkan harinya aku dapat lawatan tidak rasmi dari dua orang doktor. Seorang yang merawat aku sepanjang sudah hampir dua minggu aku disitu, dan seorang lagi doktor yang aku baru kenali hari itu. Kami bukan bertiga, kami berlima, dengan Mama dan Papa. Oh dan hati aku kuat mengatakan yang Sani turut hadir, tapi dia tak masuk ke dalam bilik, malah tak pernah muncul di siang hari pun. 

    "Kita kena cari penderma organ untuk awak Tia" 

    "Jantung awak semakin lemah Tia, kami khuatir awak akan diserang komplikasi seperti malam semalam. Kami..."

    Aku pandang kedua lelaki berjubah putih tadi dengan pandangan polos. 

    "Kami takut kalau2 kamu diserang buat kali kedua, jantung kamu akan benar2 shut down dan tak bertindak balas pada oksigen kecemasan yang kami salurkan." Aku perasan ketika doktor muntahkan perkataan shut down, Mama dah peluk Papa dan menangis semahunya. Aku? Aku tak menangis, sebab aku bersandar pada fakta semua yang hidup akan merasai mati, dan aku juga tahu kalau aku baru nak masuk waiting list untuk penderma jantung, berkemungkinan aku boleh mati dulu, baru aku dapat jantung yang sesuai. 

    "Kamu ada apa2 soalan untuk kami? Tia?" soalan yang tiada jawapan sebagai pertanyaan kepada mereka. Aku hanya memandang Mama dan Papa. Meminta dengan cara elok supaya mereka berdua meninggalkan kami bertiga. Mama meningkah pada mulanya, tapi Papa pujuk perlahan, dan mereka biarkan aku bersendirian bertiga dengan dua orang doktor tu. 

    Aku tak fikir panjang, aku ajukan dua soalan, soalan pertama aku ialah. 

    "Kalau saya masuk dalam waiting list, berapa lama saya perlu tunggu untuk jantung yang sesuai dengan saya"

    ...dan soalan kedua aku ialah.

    "How much time do I have left."

    Dimana kedua2 soalan tadi memberi tamparan hebat kepada kedua2 doktor dihadapan aku. 
  • Semakin badan aku menggigil bawah pancuran air, semakin aku sematkan elok2 genggaman tangan kanan aku pada dada. Seperti menggenggam jantung. Aku ambil nafas yang dah tersekat, menahan sendu, tapi air mata aku sebati dengan aliran air dari kepala air pancut. Aku terleka dengan mainan emosi, dan terduduk atas lantai bilik air. Kesedihan, telanjang dan dingin.

    "Sani..." sepatah yang aku bisa ucapkan sambil memejam mata kejap sampai berpinar pandangan melihat hitamnya di hadapan aku. Aku nak tamatkan nyawa, rentap dari batang tubuh sendiri, tapi...jauh dalam dasar hati aku kuat berdetak, aku tak boleh nak ambil nyawa sendiri, sebab aku sendiri dah diberi peluang kedua untuk bernyawa. Aku tak pantas untuk bunuh diri. Kata2 terakhir Sani terngiang kembali. 

    "Jaga 'benda tu' macam Tia jaga diri Tia sendiri. Setuju?"

    4 tahun yang lalu...

    Kalau ikutkan sejarah dalam keluarga, tak pernah lagi mana2 ahli keluarga aku diagnose dgn penyakit ni. Jantung berlubang? Funny, sampai kat batang hidung sendiri, well...it doesn't really sounds funny when you heard the doctor slapped that in your face. 

    Semua yang 'temankan' aku ke hospital hari tu terkedu mendengar perkhabaran yang seakan panahan petir menikam deria masing2. Tak mungkin, macam mana boleh jadi macam ni, seribu satu persoalan timbul. Aku yang terduduk atas kerusi ni? Yang dah menghitung hari mati ni? Takde sapa nak persoalkan. Sampailah Mama usap ubun aku, labuhkan sebentuk kucupan basah, lembab kerana tangisan di pipi dia yang mengalir macam air terjun. Lantas Papa, Kak Zin, Mad, dan kawan baik aku Lyn peluk aku serentak. Tapi dalam mengambil nafas sesak dipeluk paksa-rela tu, aku nampak Sani. Dia pandang aku, dan bila aku ukirkan senyuman paling ikhlas, dia berpaling, dan berjalan perlahan meninggalkan kami. 

    Tiada sebarang perkataan, tiada sebarang notis pemberitahuan. He just left.

    Aku ditahan di wad selama seminggu untuk pemeriksaan lanjut. Hari berganti hari dalam seminggu tu, Sani tak pernah melawat aku. Aku ada bertanya pada Mama dan Papa, pada Kak Zin, pada Mad tapi mereka sendiri tak dapat menghubungi Sani.

    Siapa Sani? Dia tunang aku, dah hampir tiga bulan kami mengikat pertunangan, Mama dan Papa sendiri cadangkan kami bertunang hanya lima bulan dan terus bernikah. Tak elok bertunangan terlalu lama, nanti manisnya pudar. Aku turutkan kehendak kedua orang tua aku. Sani seorang yang sangat tenang, matang, bertanggungjawab, dan penyayang.

    Sampailah peristiwa aku mengalami kesukaran bernafas minggu lepas di sebuah restoran ketika aku dan Sani keluar makan malam. Muka Sani yang sentiasa tenang seperti langit tiada awan, menjadi cemas dan gusar. Pucat biru roman dia sepanjang malam itu. Dia yang kejarkan aku ke hospital, telefon Mama dan Papa, temankan aku sampai aku tersedar di bilik hospital.

    Menurut kawan baik aku, Lyn, Sani yang banyak berurusan dengan doktor, bukan Mama dan Papa sahaja yang berbincang, Sani turut serta mengetahui semua masalah yang aku hadapi. Aku tak salahkan dia, kenapa dia menghilang tiba2, mungkin dia sedang melayan perasaan sendiri, mungkin dia sedang berfikir2 utk memutuskan pertunangan dan mencari perempuan yang ada jantung normal, mungkin dia sedang galak merencanakan kebebasan seorang lelaki tanpa ikatan perhubungan serius sebuah perkahwinan.

    Aku bisikan pada telinga aku sendiri. "Maybe he's preparing for the worst."

    -bersambung.