• | JANGAN MASUK |

    Kan Anasyg kata Jangan Masuk ! Kenapa korang masih begedil-oh maaf-berdegil ... sapa nak tanggung ni?

    Ola ! Memang...tajuk nak gempak je. Entrinya ntah-ntah pasal citer Sembilu Kasih... -peh-liz- ni nak share tadi ada benda masuk bilik Anasyg ... -tengok, Anasyg da cakap...tajuk bikin KURIOS je, post ntah pekejad kan- haha... sape soh korang terpedaya, -lalala- ta nak baca duk diam2 k.

    Hari ni, Anasyg ingat nak puasa blog ngan fb satu hari...aigo ya, tak boleh nampaknya. Tarikan kedua-dua menatang ni sangatlah kuat. Cam ada Big Apple je kat skrin laptop ni, dia memanggil -bukaklah aku...bukaklah aku...- penah korang rasa camni? Tuka Big Apple tu ngan menda yg korang suka ye.


    Ol n Ol ...da time2 nak kat subuh camtu, Anasyg TER-bukak jugak natang Halal Jadah ni-Blog n Fb- cumanya kedua-duanya appear offline-bajet blog ada IM-pop up box je... -hahasatukali- dan time nak kat suboh tu jugaklah, ada natang HARAM JADAH masuk bilik Anasyg ! Adoi ... hah- cer teka cer teka (ta lawak pun guna ayat ni) pe kebenda natang tu? Siapa lagi kalau bukan -

    Tapi yg masuk bawah katil Anasyg ni LEBIH GOLAP dari gambar si Kachak kat atas ni- LEBIH BERBAU dan yg pastinya LEBIH KOTOR daripada si Kachak ni.
    Omo (*o*) buat SUSPENsion je. So, beliaulah yg menceroboh masuk bilik Anasyg yg cun melechun ni. Ntah apa yg ada dalam bilik ni yg dia nak ntah-bukannya ada barang berharga pun. Setakat duit RM38 tu adalah dalam wallet ni ha (biasalah org bercuti ni elaun dia pun cuti sama) dan beberapa perfume kesayangan Anasyg yg Anasyg SAYANG SANGAT ! -omo...banyaknya SAYANG SAYANG-

    Sebelum ni pun dia ada masuk gak, sebab Anasyg lupa nak tutup pintu time tengah tdokan anak kat depan. Bdak nakal tu menguap sampai tigablas kali, tdonya tak jugak-tu yg berejam jugaklah nak tgu dia tdo, then bila Anasyg masuk bilik ada bunyi CHIT CHIT CHIT -takut gaklah Azwan Ali tiba2 muncul kat blakang Anasyg kan...pekejad dia shooting Chit Chat Azwan kat dalam bilik Anasyg tu- TA BLEY BLA

    Time first time dia masuk tu, Anasyg spray deo kat dia -Lalala- kasi wangi skit, sbb d fact is ... BELIAU SANGATLAH BERBAU -bilik Anasyg yg bau ala2 Vanilla Chocolate Cake tu tetiba bau LONGKANG- so...korbankanlah deo tu, sbb dah nak abis pun. tak lama pastu dia merangkak kuar. O...anak dia ghupernya. Kecik comel je. -tp still...bau dia lebih BESAR dari fizikal dia-

    Malam ni masuk lagi. (Ni pun sama gak sebabnya, terlupa tutop pintu) Tapi kali ni Anasyg spray perfume plak. Hakhak-Anasyg ada bgtao member, dia soh sembur Ridsect -Omo- gila ke, Anasyg nak halau dia kuar je, bukan nak bunuh dia. (saya masih berperikemanusiaan lg ye) so kes malam ni plak, ni skang ni (06:11 am) masih tak tao lg dia da keluar ke belum. Haisyh... Anasyg pun ta tao la dia nak apa.

    *assumption : Hari tu dia masuk, then time Anasyg halau dia tu, maybe henpon blackberry dia tercicir kut, tu yg datang balk ngutip tu. Haiyo... pe pe jelah. -jenama henpon untuk tikus apa agaknya ya?- Sori Mouserison kut o Mauskia o Tikusung o CSL CikSenangLalulalang ah papejelah.

    p/s : Terlepas nak tgok MasterChef Malaysia episod tadi (diorang buat katering ke apa ntah?) -sesapa tgok rojer2 k-

    jap ada lagi satu p/s : Ramai bloggers kat blog fb-page skang da jadik member Anasyg ... Selamat berbloggin.

    2 comments → | JANGAN MASUK |

    1. ko bela ke natang tuuuu???

    2. aigooo, berpuasa from fb n blog? hehe..berjaya kah anda? =p

      masterchef smlm best!..hehe...kan ada dua group, group biru mng utk cabaran kali ni..=) yg merah tu kena ada beberapa cabaran n one of their group will be eliminated..=)