• Cuba

    Anasyg: Tak lama dah kan babe
    Sepupu: Tak lama lagi apanya? Kau ni ngarut je.
    Anasyg: Yelah sebulan pun tak sampai, 27 hari je lagi.
    Sepupu: Kau ni, bulan puasa ni belum habis lagi, kumpul amalan di bulan baik ni dulu. Mak aku cakap, bulan ni banyak fadilatnya.Jangan pk nak raya je.
    Anasyg: Baik ustazah, saya akan menurut perintah. Bulan tarbiyah yang penuh keberkatan ni.
    Sepupu: Tapi...dalam sedar tak sedar dah masuk Ramadhan kan.
    Anasyg: Kenapa?
    Sepupu: Yelah, aku teringat lagi bulan Januari 2012 dulu, time kau cerita yang kau nak habis diploma kau bulan 3 lepas kau praktikal.
    Anasyg: Alah...benda dah lepas. Sekarang kan aku dah bebas. 
    Sepupu: Tak, maksud aku. Cuba kau bayangkan, masa tu berlalu pantas sangat. Aku pun da lupa apa aku buat minggu lepas.
    Anasyg: Tu bukan masalah dengan masa, itu masalah kau. Eh, aku ada baca satu artikel kat internet ni, dia cakap, kalau kita buat benda yang sama sepanjang tahun, kita akan terasa masa berlalu dengan pantas. Apa kata kau cuba buat benda berlainan setiap hari.
    Sepupu: Apa? Pakai seluar dalam lain lain warna setiap hari? Itu aku dah buat selalu. Takkan nak recycle. 
    Anasyg: Tak, maksud aku...cuba benda baru. Belajar benda baru, jatuh cinta dengan orang baru. 
    Sepupu: Eh, lain macam je bunyi sampai dah masuk cintan-cintun ni. Ada apa-apa ke ni?
    Anasyg: Taklah, aku nak cakap yang hidup kita ni bosan kalau buat benda yang sama je, so boleh cuba benda baru.
    Sepupu: Macam Ramadhan ni, aku dah lama tak tadarus, so aku nak cuba khatam Quran bulan ni. Tapi Opah demam pulak. 
    Anasyg: Tadarus lah dengan mak kau.
    Sepupu: Kau? 
    Anasyg: Nak dapatkan 30 hari terawih. 
    Sepupu: Eh, ye je kau. Bukan semalam kau tak pergi ke?
    Anasyg: Alamak kantoi plak. Haha, itu terpukau buat benda lain. So terlepas.
    Sepupu: Takpe, kau ada 27 hari lagi nak tebus. Terawih ni sunat, kalau tak buat tak dapat dosa, tapi kalau terlepas rugi. Aku pelik la stereotaip orang sekarang ni babe.
    Anasyg: Apa?
    Sepupu: Yelah, macam kawan aku ada cerita. Saudara mara dia semua kalau bulan puasa ni penuh sebulan sembahyang terawih. 
    Anasyg: Eh, baguslah tu, apa yang stereotaipnya?
    Sepupu: Taklah, orang sekarang ni, kalau muncul bulan-bulan buat kebaikan 'SUNAT' ni, kemain nak berebut
    Anasyg: Eh, kau ni...betul apa, kita kenalah berebut, barang baik datang bukan selalu.
    Sepupu: Habis tu benda wajib? Ditinggalkan?
    Anasyg: Mana kau tau?
    Sepupu: Cerita kawan aku tadi lah, sedara dia tu, sembahyang lima waktu entah ke mana, tapi kalau sembahyang-sembahyang sunat ni semua nak sapu. Kau cakap je, sembahyang sunat raya aidilfitri, raya aidiladha? segala jenis sembahyang sunat dia buat, tapi kalau nak sembahyang lima waktu tu...sikit punya payah.
    Anasyg: Hmmm...I'm listening.
    Sepupu: Bila benda-benda sunat camni dituntut bukan main ramai yang nak buat. Semua tu kan sunat mu'akad. Sunat yang dituntut. Tapi, bila dah sah-sah benda yang diturunkan dan diamanahkan untuk WAJIB ditunaikan, takde pulak yang berebut-rebut nak buat.
    Anasyg: Wah, ustazah sangat kau babe.
    Sepupu: Aku bukan apa, aku dah naik muak baca status-status kat facebook, baca kat twitter, lepas sembahyang terawih je nak update yang dia baru lepas sembahyang terawih 20 rakaat, kenapa nak bagitau kat semua orang kebaikan kau tu? Ikhlas ke tak?
    Anasyg: Macam emo je kau babe
    Sepupu: Bukan emo, tapi menyampah. Pastu kawan perempuan aku, time aku online malam semalam. Dia tegur, hey...tak pergi sembahyang terawih ea...
    Anasyg: Dah kau memang tak pergi pun.
    Sepupu: Cuba tegur time bukan bulan puasa. 'Hey...tak pergi sembahyang isya berjemaah dekat masjid atau surau ke?' tak nak pulak diorang buat macam tu, seolah terawih tu yang dipandang wajib, dan solat 5 waktu tu diremehkan.
    Anasyg: Hmm...betul apa kau cakap tu babe. Alah kau tau lah orang Malaysia ni memang stereotaip. Pandang pada majoriti. Bukan nak guna akal sendiri. Pelik aku, cubalah fikir dengan otak yang Allah dah bagi tu. Diorang takut dengan tomahan orang sekeliling kalau bulan Ramadhan macam ni tak keluar rumah utk berjemaah ke masjid dan surau, tapi kalau hari-hari biasa, takde sapa nak persoalankan kenapa tak keluar berjemaah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isya.
    Sepupu: Cuba tegur aku macam tu, tapi dalam bulan lain? Tunggu bulan Ramadhan tulah baru nak tadarus, baru nak sedekah-sedekah, baru nak jumpa surau dengan masjid, baru nak pergi jemaah. Bulan lain tu takde fadilat ke? Pahala tu ada dalam bulan Ramadhan je?
    Anasyg: Relaxlah babe. Aku tau, aku faham maksud kau tu, tapi nak buat macam mana, dah budaya orang Malaysia ni macam tu, tak boleh nak ubah. Tapi nasihat aku, kita sebagai individu ni, kita boleh cuba ubah diri kita kan? Bak kata ustaz semalam, tempat kita di dunia ni untuk bercucuk tanam, di akhirat nanti kita tuai hasil. Aku suka ayat tu. 
    Sepupu: *angguk. Kau kata bulan ni bulan apa?
    Anasyg: Bulan tarbiyah. Mak abah aku cakap.
    Sepupu: *angguk. Setuju. Erm...babe, nak bet?
    Anasyg: Bet apa?
    Sepupu: Ramadhan tahun ni, siapa antara kita berdua berjaya jumpa face to face dengan Lailatul Qadar? 
    Anasyg: Heart to heart pun aku sanggup bet. Takde hal lah.


    15 comments → Cuba

    1. insyallah.mdahan2 kita berjumpa..amin.=)

    2. Aku memang tak suka membaca.
      Tapi aku manage untuk habis kan bace kau punye entry ni.
      Sangat banyak pengajaran.
      Dan aku ade sikit terasa. Hehehe.
      Aku setuju dengan entry hang ni. Malaysian lebih utamakan bende2 sunat instead of buat yang wajib. Bile bulan puasa dan dan surau masjid penuh. Kenapa bulan lain tak? sebabnye nak solat tarawih. kenape solah 5 waktu taknak jemaah kat surau? *macam repeat ayat kau je. hehe.
      Ok sriously aku memang terasa sebab aku pon 2x5 jek. haishh. Mudah2 dapat ubah. -,-''
      InsyaAllah dapat jumpe malam lailatulqadar ni. Berdoa jela. InsyaAllah.
      p/s : panjang pulak aku nye komen ni. hahah.

    3. yg lps tu,kte tak leh nk undur blik.
      apa kata,jadikan Ramadhan ini sebagai langkah pertama untuk sme2 imarahkan rumah Allah selepas ni.
      insyaAllah,Allah pandang setiap usaha kita :)

    4. Cuma nk bg pandangn yer..jgn marah..

      *Tak salah sekiranya kita jadikan Ramadhan sebagai 1 titik permulaan ntok berubah.. Kalau bulan2 biasa, mungkin kita byk alasan yg macam2...tpi bila masuk bulan Ramadhan sekurang2 nyer kita sedar, peluang keemasan ni dtg setahun sekali yg kita x tau samada kita dpt temui lagi atau x...Bila org x tny kenapa kita x g solat pada bulan puasa, xper....kita jgn cepat melatah.... dan bila org tny kita "x g terawih ke?" kita pon x perlu melatah dan sepatutnya bersyukur masih ada orang yg tuhan hantar untuk igtkan kita... Wallahualam :)

    5. @Qaseh Dania insyaAllah thin, Anas pun doa sangat2 nak jumpa malam tu

    6. @Kamal Lee hey, encik kamal lee, haha-terima kasih melambung-lambung. Jgn cakap kau je, aku pun sama je, ini entri reflect balik kat diri aku sebenarnya. Hehe. Lepas ni komen la panjang2 aku takde hal la

    7. @Miss Fifi setuju ms. fifi, sangat bernas komen anda itu

    8. @Hafeesz Amran thanks hafeesz, sudi bagi feedback, ye betul mmg kita perlu sedar tentang peluang keemasan dalam bulan ramadhan itu. Sama2 lah kita memperbaiki diri k.

    9. amin!Mudah-mudahan dipertemukan (:

    10. @Sha Messy insyaALLAH sha

    11. Kali kedua masuk blog ni bru rasa nak baca. haha. pemalasnya den ni.

      erk, tapi tak sangka trkena di btng hdung sndiri .apa yang semua dalam dialog ni betul n sngat betul.beselah manusia.. Tapi kita boleh buktikan kalau amalan wktu2 ramadhan ni kita still buat even ramadhan dah habis, thats mean kita buat kerana Allah bukannya kerana menjadi hamba Ramadhan semata-mata. Di akhirat nanti , solat yang wajib tuh akan dihisab dulu , kan :)

      k, bai. panjang lak komen.

    12. setuju...!

      memang ada jenis orang yang benda sunat semuan nak sapu, tapi yang wajib? huhu

      hmm..nak tambah sikit, ada jugak rang yang waktu ramadhan wajib n sunt buat semua, tapi bila bulan lain, enth ke mana ..

      Ape2 pun, moga kita semua istiqamah :)

    13. @adibahfaizah: wah sekarang kembali rajin la gitu? hehe...anyhow, thanks sudi baca. Betul apa yg ko komen tu, mmg kita kena buat berterusan, jgn stop kat Ramadhan je. setuju !

    14. @missha: yup itulah dia, istiqamah lah ayat yg anas cari tak jumpa -thanks missha

    15. betul tu, takde yang tak betul melainkan yg betul.. mmg kan,zmn skrg ni buat amal selalunya dgn tujuan riak & takbur, Allah tak suka, amalan tak diterima, buat penat je tonggang tonggek buat amalan sunat, yg wajib tinggal.. Wajibulghunnah betul! Eh,emosi pulak :p