• Raya Stail Anasyg : Bhg 2

    Assalamualaikum 

    Mood raya ada lagi ni, selalunya minggu kedua raya camni, start da rumah2 yg dulunya tertutup, dibuka pintu seluasnya untuk RUMAH TERBUKA. Tp Anasyg ta nak citer pasal rumah terbuka hari ni. Entri ni sambungan entri lepas. Family Anasyg mmg berterabur kat Semenanjung Malaysia ni, ada kat Pahang, ada kat Perak, ada kat Pulau Pinang, ada kat Johor ah sume adalah nak diikutkan. *kenal tak kenal je. So, raya kedua kitorang balik Perak. 

    On the way ke Perak tu, singgah ke rumah jiran lama kitorang yg pindah ke Sg Besar. Oh, lama sungguh Anasyg ta menyinggah ke rumah beliau. Anak perempuan dia yg sebaya ngan Anasyg tu, dulu main basikal sama2, skang da malu2 kucing da nak tego. *ahaks. 

    Makwe-hot setap

    Raya Kedua : Perak

    Kat umah mak cik Anasyg *mak saya jawa dan saya memanggil mak cik saya: Wak. So, sampai je umah wak terus meranduk cari limau bali kat kebun wak. (ni mmg perkara wajib kitorang) Wak pun dah faham sgt ngan bdak2 bando jakun masuk kg ta pernah jumpa buah berlambak2 atas pokok. Abg Anasyg lagilah, segala jenis buah dia nak petik. Aftawards, ada la satu kes yg berlaku kat akak Anasyg. Dia nak pg toilet then ada pulak binatang temankan dia. Kalau yg temankan dia tu kucing ke, arnab ke, ok lg. Ini...ular tedung tu yg temankan dia. Terkejut kitorang masa dia btau, dia ta sempat masuk lagi toilet tu sbb da nampak ular tu tegak kasi warning kat dia. So, satu kerja plaklah kitorang adik beradik kena pi settlekan ular tu. Mula2 Anasyg ngan abg Mie je, then Along ngan Angah turun sekali. (long story short, the snake was killed) *clap2. Kitorang da halau cara baik, dia ta mao blah, so tu jelah caranya.

    Bdak pencuri slipar, semua slipar org dia rembat, kasut merah Made in Korea dia tu tanak dipakai. Kotor taktik mu cha. 

    Lepas pg umah kakak mak Anasyg, pg umah adik mak Anasyg plak, then lastly baru pg umah Opah kat Bagan Dato. Syok woh. Masing2 da penat, mandi2, then semayang maghrib sume, we had family dinner together. Pastu Angah da macam cacing kepanasan nak menunggu maen meriam buluh kat depan umah Opah. Malam tu, apa lagi, POM PANG POM PANG la umah tu jadinya. Tp serius best. Nah bg smiley *kekonon nak tunjuk penegasan yg raya saya best. :)

    Raya Ketiga : Pahang

    Keesokkan harinya plak, bersiap pg2 buta *ta buta sangatlah. Bertolak ke Pahang. Since ma angah's car ada down syndrome semalam, so abah kena pg amik dia kat umah dia. Along n Kak Long da balik Pahang earlier yesterday, so jumpa kat sana je. First stop: McD (mampu?)


    Sepanjang perjalanan tu kitorang HU HA HU HA dlm keta, nyanyi lagu raya sing-along pastu buat lawak, gelak2 cambest en, sekali akak Anasyg *kak Farah terdiam. Then dia cakap nak muntah. (aduhai, tulah tadi kecoh sgt kan, hah ko) dia mmg takleh jalan jauh sikit, lagi2 balik ke Pahang ni lalu jalan naik bukit kat Genting Sempah tu. Lagilah pusing kepala otak dia, so kak Yan berhenti kat McD then suruh Anasyg pg beli sarapan. Oh, McD tu satu apa pun takde, bubur takde, ayam pun takde. End up Anasyg beli GCB ngan Triple Cheeseburger *order bang Mie. D thing is, kak Farah ta makan apa pun pg tu (eh Anasyg pun ta mkn apa2, terus masuk keta) tp da mmg jenis dia tu cepat mual dlm keta. So, lepas dia minum air skit, bg asam pun ta nak, bg dried cranberries pun ta nak. Ah sudahnya tido atas riba Anasyg *for d whole journey. (=.=')

    Kitorang pg Jengka 22 dulu, rumah abg mak Anasyg *wak jugak k. Kat umah dia pun besh gak. Sayang seribu kali sayang, durian ngan rambutan baru berputik, so belum ada yg berbuah. Aisehman. 


    Tp jgn khuatir, byk lagi benda lain yg kitorang bedal nak bawak balik. Tengok gamba jelah k. 

    Salak : Petik sendiri. *ko mampu tak dek non?
    Jering : ok, aku ta mampu nak menggalah jering tinggi2 ni.
    Kelapa dan kelapa dan kelapa
    Bunga kantan petik sendiri. Lawa ko icha  jadik model bunga kantan. Nampak ta my mom tengah kopek kelapa tu? Terror kut, sebijik dalam seminit. Kitorang takleh challenge weh. 
    Daun cekur. Anasyg makan sehelai, fresh. Good for cancer prevention. 
    Kait kelapa muda. 
    Koko dan koko dan koko. 
    Lepas aktiviti2 ta senonoh kitorang anak beranak membedal semua hasil tanaman wak, apalagi, pekena kelapa mudalah. Pergh, terbaek.
    Seronok ko ye dik. 
    Meriah? Meriah? Hehe, mmg syiok balik kampung ni, boleh petik sesekati korang. Kelapa tu, ma mom kopek sampai saploh bijik. Malang sekali salak yang kitorang hand-pluck tu, semua muda lagi. Kuang kuang kuang, tulah, syok sgt nak petik memetik semua buah, da ta bley makan dah. Limau bali yg wak bagi semalam pun tak bersentuh dalam fridge. =.= aisyh. 


    Lepas kitorang lunch together2, semua bersalam-salaman nak pulang dah. ke Felda Lakum kat Lanchang. Rumah kakak mak Anasyg. TAPI ... senyum dulu. Cepat, senyum dulu. Hehe, 

    Ha, depa dua org ni pun da senyum lebaq da. 

    Sebelum ke Lanchang, kitorang buat detour ke Gunung Senyum kat Jengka 25. Klik SINI dan SINI utk info pasal Gunung Senyum. Anasyg yg ajak abah pergi singgah, yelah, dah 20 tahun duk beraya kat Pahang, lalu sebelah jalan besar tu, dapat tengok je, bila lagi nak masuk depan2 gunung tu. Akak sedara tu cakap ada muka org senyum kat gunung tu, lagilah membara semangat nak pergi tengok, celah mana ada muka org senyum. Hehe. Sampai je, terus snap2 gamba. Ada sorang pakcik tu jadi tour guide ta berbayar kitorang. Dia ceritalah serba sedikit pasal gunung tu, *ta amek port sgt-ngee. Kalau korang nak baca sejarah dia boleh klik kat link Anasyg bg tu k. 

    Enjoy these pics. 

    Gunung Senyum. *ntah mana muka org senyumnya ntah
    Ta sengaja ter-duck face
    Ada plak jambatan gantung kat situ. Apalagi...
    Dah mcm cover photo utk fb-timeline plak. 

    So, lepas da berlechak ketiak sbb berjalan sekilometer setengah, kitorang pun bertolak ke Lanchang. Sampai umah wak je, mandi2, smyg maghrib, makan malam awal then masing2 terbaring kepenatan. Yelah dah seharian kitorang berjalan kan. *walaupun dua rumah je. Hik. Sempat lagi pinjam Ipad dari anak sedara tu. Bukak blog, hehe ^^, suka tengok blog ni appear kat Ipad. Lawo. 

    Nak nak, depa guna Safari. Oh, terbaek view dia. 

    So...tu jelah citer raya Anasyg. Amacam? Terasa nak beraya ngan Anasyg tak? Hehe...tradisi kitorang balik kg, mmg tak sah kalo ta penuhkan bonet kereta. Dgn kelapa, pisang, buah2 yg kitorang petik tu, sayo-mayo, lauk pauk semualah sumbat dalam keta. Lagi2 wak mmg wajib bungkuskan laksa ngan pecal jawa kat kitorang. Haha, dlm kul 11 malam camtu kitorang bertolak balik ke KS *takyah KL sgtlah, Anasyg tak duk KL, Anasyg duk KS. 

    Anasyg's Aidilfitri 2012 Photoshoot Full Album is now available at (M.I.E) tography's blog. 

    27 comments → Raya Stail Anasyg : Bhg 2

    1. Semua gambar di atas sangat Awesome! Sape snap? Mesti hang kang kan? Thumbs up Anas!!

    2. nak beraya ngn anas lah..hehe..air kelapa tu buat terliurr ni..sedapnyaaa..panas2 minumm..slurrpp..hehe

      cntek lah gmbr2 ni..suka tgk..

      ~ tin bru ngidam mau mkn mcd..double cheese burger! hehe

    3. bila nak ajak kita jalan2 plak

    4. jalan citer beraye d kg mcm best jeh... anis xder kampung haa.. beghayer dkat bandor s.alam jer

    5. anasyg boleh ke pasni nk beraya dgn kau..jeles weyh tgk suasana kampung cmtu..best sgt..btw, aku da lama x petik koko..dule masa kekecik suka petik koko dh masak pastu mkn buah die yg wana putih tu..sedap ngat..tapi tu sume masa kecik..skrg kampong pon dah xde..sedih ngat

    6. keyy first sekali nak cakap 'meriah raya kau abg ngah. hahaha.gambar semua lawa! nak sikit air kelapa boleh tak? kenapa buah durian takde? boleh lha bagi sha sikit. hehhe. by the way.selamat hari raya ke 11 dear :D

    7. fulamak! raya thn ni ramai yg buat photoshoot ek?

    8. Mak aih beraya sakan tahun ni nampak. Tu la ada gak gambar salak dengan kelapa ek kau. Tapi gambar aku kelapa tua, ada gambar kitorang panjat pokok pakai tangga nak amek air nira tapi ntahla, nape ntah aku tak letakkan dalam blog.

      Anyway nice entry, perbanyakkanla gambar, senang nak follow cerita.

    9. anas! xder entry baru ke? mood raye lg ke haper?

    10. @Kamal Lee: Hehe...Kamal Lee laju je ngomen. Yup, kebanyakkan gamba buah2 tu semua aku yg snap, tp kalau kau nampak aku dalam frame, maknanya bukan aku le yg snap tu.

    11. @Qaseh Dania: meh beraya ngan anas meh. Panas2 mmg sedap minum. Double cheese je? hehe, up skit thin, makan triple cheese.

    12. @bukankosong: meh rash, jom rempit ! hehe

    13. @Anis anak wong: bedal je beraya kampung sesapa nis, terasa beraya di kampung gitu. hehe

    14. @eszyamin: izi, boleh, pe salahnya. Meh ke Perak dan Pahang. Da lama ta petik koko? Jom petik sesama jom. Jgn sedih k, nnt da kawen ada kg belah isteri ^^, peace

    15. @Sha Messy: abang ngah? hehe...boleh amik la air kelapa tu dik ngah. Selamat hari raya gak deary

    16. @Ri: gambar photoshoot Ri mana?

    17. @Arham Md Ali: mana, nak tengok gak org panjat amik air nira, achaner rupa air nira tu ye? hehe

    18. @Anis anak wong: Anis ni sengaja, baling pai epal kang. Hehe-

    19. Comel :)

    20. very nice blog bro..puji sini balik..hehehe.follow terus blog ni :)

    21. wahhh air kelapa muda tu..
      blog kau comel gak la owh

    22. @Daus Muhammad: siapa yg chomel joni kun> mesti anas kan. Wahahaha

    23. @Nick Nashram: terima kasih Nick. Keep in touch. :)

    24. @Everything's Everythings: Tq everything2. Apa nama kau ni ye...aisyh. Hehehe

    25. Cool gile bLOg & gambar2 kat sini lagi lawo2 :)

    26. @Ikhwan Suhaimi: thanks ikhwan, nama da sama cam kawan anas time skolah menengah. hehe.:)

    27. seronoknya la kaannnn hehehe dah lama tak minum air kelapa muda... rasa nak balik kampung sebelah bapak laa pulokkkk...