• Toyol

    Salam Ramadhan ke 15 kawan2, eh da ke 15? So lagi 15 hari lah ea? Lama ta dengar citer *ko yg ta hupdate apa2. (=.=') Maaplah, nak kata busy...errr, mmg celah mana Anasyg busy. Dahlah tak keje, menghabiskan beras je kat umah ni. Lalala. Maapkan saya kawan2 ku, dah dua minggu sakit gigi. Serius punya sengat kasi dalam2 gusi. Tapi entri ni bukan pasal sakit gigi Anasyg, *ni pun tengah tahan2 sakit. Mata kenyit2 sebab nak tahan sakit dan tengok screen komputer. Pasni sumpah gi klinik-
    Ada la camni ghope Anasyg tengok skrin lappy

    Well sepetang tadi Anasyg ngan ma abg menyudahkan persiapan raya kitorang kat rumah ni, adalah kemas sini sana-sini sana, boleh plak dia pergi drill2 dinding tu, aku tempeleng kepala ko baru tau, dahlah orang tengah sakit gigi ni, boleh layan drill2 plak mamat ni. Sambil dia drill, Anasyg basuh baju, then kemas dapur, then kemas depan, then kemas kabinet tv yg da mcm stor menyimpan barang2 *asal letak.

    *asal letak bermaksud, kalo situ ada tempat - letak jelah dulu, and end up permanently an eye sore to the guests. Kepenatan melanda, gila dahaga. Nampak air sabun buat lap-lap frame tu mcm sedap je. *in fact Anasyg pernah minum kut dulu. (Haha...lupakan ap yg korang baca).

    So, nak citer pasal semalam sebenarnya, time kat surau. *Mukadimah kemaen panjang sampai dua perenggan. Benda ni jadi da banyak kali kat kitorang sejemaah *pe benda ayat sejemaah, ah bedalkan aje. So, kitorang yg berjemaah ni mmg dgn redhanya menerima hakikat yang kat kawasan perumahan ni mmg ramai ta hengat budak2 nya. Rajin sangat pergi surau *nak dibandingkan dengan diri ini kan, mmg yang hado jelah. So depa2 ni pun ke surau, dan guess what-adalah sorang 'toyol' ni, time imam tengah baca Al-Fatihah, boleh plak dia buat tawaf keliling saf kitorang tu, dgn kaki kotor2 maen2 kat luar, pastu terus lari2 masuk surau, pastu elok je dia melintas depan kitorang, buat dua kali pusing. Sambil jerit AYAH...AYAH.


    *Dik...kut ye pun nak cari ayah. tunggulah lepas habis solat dik. Sabar jelah, seb baek baru umo 2 taon setengah. Berjalan saja takpe, ni maen sepak2 handphone, kunci kereta, spek mata org. Spek mata ma abg kena sepak ke saf belakang. Sian deyh. Budak ni, kalau aku dapat...aisyh. Mmg geram je masing2. Habis je solat, adalah sorang tok aji ni pergi ceramah kan sikit bdak2 tu. Aigo-aigo.

    Oh, bukan itu sahaja yg mengacau, gangguan lain pun Anasyg kena gak ketika ingin meng-khusyukkan diri mengadap Tuhan. Aisyh ! Dugaan apakah...*geleng2 sambil istighfar.

    Senarai gangguan:

    1. Solat sebelah mamat busuk poloh2 mengah2 *Anasyg yg tengok pun naek mengah sesak dah. Tak taulah, tadi dia pergi bertanding balapan kat Olimpik London, pastu balik jalan kaki ke surau ke apa?
    2. Solat sebelah mamat baru lepas merokok. AH CHOI HONG KONG ! Apsal tak merokok time berbuka tadi ha ngek!. Sakit hati.
    3. Solat sebelah mamat normal yg tetiba-dia sendawa baek punya. AH CHOI HONG KONG SEKALI LAGI. Ta boleh blah siot.
    4. Solat sebelah mamat pakai minyak atar satu botol 40ml. Melampau kan? Habis tu org yg duk bau ni kau tak rasa hidungnya terlebey melampau nak bau minyak wangi terlampau tu? Kalau bau melon ke, citrus ala2  Simple Element Perfume ke takpe gak, ini bau kuat ta hengat minyak tu.

    Tapi Anasyg suka solat sebelah pakcik2 dan mamat2 yg jaga hygiene. Bagus betul. Wangi pun wangi, bersih pun bersih, kan kebersihan itu dituntut dalam Islam. Ni kan plak nak solat dek non.

    Itulah toyol2 yg duk menggangu ketenteraman awam ketika kita ni dah seikhlas mungkin utk solat. Oh tolonglah- Anasyg ta mao solat sebelah mamat2 sedemikian rupa lagi. Bukan apa, kalau dah terganggu benda2 camni, CAMNE AKU NAK KHUSYUK NYA DEK NON OI ! Tapi kita bukan tau sapa yg solat sebelah kita tu, unless kita kenal semua orang dalam kawasan perumahan kita. *witch I don't. So? Pasrah jelah.

    Maaf penggunaan bahasa yg melampau. *geleng2 lagi. Selamat berbuka puasa. Oh sakit gigi. 

    21 comments → Toyol

    1. geleng2 kepala XD
      bwak2 bsabar anas oii~~~

    2. bnyk btol dugaan eh. sabar je la anasyg oii.. hehe

    3. Banyak aku nak komen ni. haha.
      First of all, hope gigi kau cepat sembuh ye. (kalau aku sakit gigi, aku selalu gigit bawang putih. nanti otometikelli baik. try la buat. haha. tapi azab sikit la nak merasa ke'sedap'an bawang putih tu. hewhew.

      Dua.
      bab kene kacau dengan budak budak tecik ni. aku ade kene jugak. mase semyg terawih la. kes same macam hang, nak jejak kasih si ayah. sebab ayah die depan aku, die yang kat blakang ni dok tolak tolak aku. ish budak ni nak kene flying kick ke hape. haha. nasib bek budak.

      Tiga.
      Bab smyg sebelah orang yang kurang selesa bau die aku selalu jugak kene. Mase solat jumaat esp. kan macam macam org ade, so terkene pulak solat sblh bangla ke ape. bau die, fuuhh. nasib baik aku kuat kan jugak iman. kalau tak aku dah blah dah. hewhew.

      Empat.
      Bab kemas rumah tu, kau rajin eh kemas. kalau aku, haha. Aku awal2 dah deligate semua kerja tu kat adik adik aku. hahah.

      Lima.
      At last, kau apdett jugak, dah 2 3 hari aku bukak blog kau entry same jek. haha. Hope lebih efficient dalam mbuat entry lepas ni.

      Enam.
      Dah panjang sangat kot. haha. Takde ape nak cakap. boleh buat satu entry baru aku nye komen ni. LOL.
      Ok. Bye.

      345 patah perkataan. hewhew. :))

    4. mmg agak annoying la bila bebudak kekecit di bawak ke masjid.. nak plak.. parent dia x mampu nak kawal.. dari dia biar anak dia menganggung org len solat.. baek dia wat kat umah jer la... anak dia ganggu dia sorang sudaaa~

    5. cobaan heee ;D

    6. biasala tu adik oi

      norma norma biasa

      btw jgn lupa mkn ubat, tak pun gi je cabut gigi tu pah hilang sakit

    7. wahh.ingtkan toyol betul dh tadi anas..hehe..

      bnyk betul dugaan nya kan..yg berpeluh2 tu thin mushkil jgk, dari mana kah mamt tu dtg..hehe..oversecretion of sebum tu..hehe

    8. sian kamu sakit gigi, jangan lupa pi klinik taw :)

    9. @LastOrderYuki R insyaAllah-thanks finaz

    10. @Cik tikah insyaAllah-thanks tikah ^^

    11. @Kamal Lee Hey Kamal Lee, hehe (^^,
      ) Meh aku nak reply balik, thanks bg tips tu, tp cam tak lalu plak nak gigit seulas bawang putih tu-aku da beli painkiller. Anyhow thanks.
      Jgnlah kau flying kick anak orang sian dia. Oh, aku mmg kena kemas umah, sbb nnt kena bebel. Dan lastly, terima kasih melon2 sbb sudi singgah blog ta seberapa ni Kamal :) InsyaAllah, pasni aku update tetiap hari ea? Ta muntah plak ko nak ngadap blog aku je kan. Tq again, dan selamat berpuasa. ;)

    12. @i'm shin... i'm inesen tulah, nak tego pun serba salah, sbb kenal agak rapat gak ngan ayah budak tu. ^^, jiran dekat.

    13. @.FH. betul tu FH. :)

    14. @bukankosong insyaAllah rash, nnt anas gi cabut, tp bukan dalam masa terdekat ni lah. Thanks ^^,

    15. @Qaseh Dania thin, kalau toyol betul, anas da lari da thin. ^^, ntahlah mamat poloh2 tu, mmg selalu gitu. Mungkin faktor saiz badan kut. ahaks

    16. @LaLa mhdnor Terima kasih Lala, insyaAllah-doakan anas k

    17. gigi ko dah ok? meh ngange aku check..

      aku dulu doktr gigi..

    18. @SaddLone yeke? oh ok- AAAA-nah aku da nganga seluasnya.

    19. haha.kesian dia.
      chill ye anasyg (:

    20. @Sha Messy eh, sya..lama ta nampak-hehe, ye ye, anas mmg sentiasa chill

    21. Haha siannye xD