-
Assalamualaikum.Ada orang tak? Lambai2 tangan. Eh, hello ! Anasyg in the house. Ada citer menarik nak kongsi ngan korang weh. Pasal apa lagi kalau bukan pengalaman di tempat keje. Dah sebulan keje kat kafe ni, SERIBU SATU perangai manusia yg Anasyg dah jumpa. Baik crew dalam kafe sendiri, sampailah ke CUSTOMERS whom always put their priority first, dan pk depa always right. Pfft.Alhamdulillah, Anasyg still boleh bertahan hidup dalam F&B line ni. Walaupun kekadang tu sakit hati gak bila memikirkan yg kena keje time weekend, dan sadisnya PUBLIC HOLIDAY. *fakta : Anasyg bekerja time Hari Raya AidilAdha tempoh hari, and to be honest dats my first time eva tak beraya dengan family. Masuk2 keje je bersalaman ngan sume crew, ngan manager skali :) cakap selamat hari raya. Sedih kan. Uhuk2.Anyhow, entri kali ni nak ELABORATE pasal customers yg dtg dan pg kat kafe tu. Sebelum ni, Anasyg ada post satu status kat wall fb. Twas bout the majority of Malay customers yg dtg situ, are lack of civics and so darn pemalas. Bayangkanlah, set cutlery ada kat sebelah dia je, then dia terpekik panggil bdak service utk amikkan fork utk dia.Hello mak cik, sebelah kau je tray set cutlery kitorang. *geleng2.I know, service crew mmg kena sangat ngan nama dia, DOING SERVICE to the customers. Tp be rational la skit, kalau nampak kafe tu full house, tengah pax, dan orang-orang kuning ni tengah berlari2 hantar order, takkanlah time2 tu nak suruh kitorang refill kan warm water koranglah, amikkan cutlery la, itulah inilah. Yang SODEYH nya, majoriti sang pemalas ni ialah pelanggan-pelanggan Melayu. Dah kenapa?!Seriously.Tolonglah jgn manjakan anak2 korang tu. This one customer, anak sampai 5 orang, sume kecik2 lg, maybe skolah rendah lagi semuanya. Then come this one boy, kat condiment area mintak plain water. Dah alang2 aku kat situ, aku amikkanlah, then lepas dia dah sip sikit, selampek dia je cakapOh...No no...I want this one. *tunjuk kat ice water. Menyirap je. Mak ayah dia tengok dari jauh. (takut aku belasah anak dia ke?)Paling bengkak hati tu, bila kita senyum, depa wat donno je. Not a simple thanks nor a simple smile. Kat mulut tu ada emas, takleh nak bukak.
bongokKebanyakkan customer berat mulut ni ialah customer Melayu. Anasyg lebih suka serve customer India dan Cina. Bukan je diorang akan cakap thank you, sometimes tu buat lawak lagi ngan kitorang, borak2 ngan bdak service, dan yg paling best, bila nampak kitorang busy, diorang akan bangun sendiri amik sos cili ke, pepper grinder ke, empty plate ke, plain water or ice water. SEE ! How independent they can be.Melayu ni terlalu dependent? Betul ke? Dulu kalau pg kat restoran, warung, o most common kat fast food mesti buat mcm rumah sendiri, sekati2 nak suruh waiter dia buat itu ini. *sekarang dah jadik kat diri sendiri. Baru kau tau nas...Kitorang mmg dah dilatih utk greet sesiapa sahaja yg masuk dalam kafe, then explain how things work kat situ, selalunya customer non malay akan angguk, faham, senyum dan lastly cakap thank you very much. Tp kalau customer Melayu, mesti akan tanya ni :1. Kitorang first time, ada diskaun ke?2. Sini halal ke dik?3. Dik, ashtray mana?Nampak tak, nampak tak? Ok, Anasyg tegaskan kat sini, bukan semua customer Melayu mcm tu. Minoriti mmg bagus, yg suka nak borak ngan bdak service, tanya itu ini, frankly saying, komunikasi dua hala antara service crew dengan customer sangat baik. Ada customer Melayu yg bagus, every plate kitorang letak atas meja, satu family akan ucap terima kasih, walaupun bagi air kosong je, dan sentiasa senyum dengan kitorang.Dan tak lupa jugak customer Cina dan India yg buat hal. This one chinese guy, called me.Anasyg: Yes sir?Customer: Where is my pizza? I've waited for so long olredi.Anasyg: What pizza is that?Customer: Margarita pizza. Aiya why the service is so slow here ah.Anasyg: I'll check with the cashier first.Bila dah check order chit dia, NOPE ! Negative, dia tak order pun pizza tu. Motif? Tak order pizza then nak makan pizza? Dgn tenang, Anasyg pg balik kat dia.Anasyg: Sorry sir, this is your order chit, and you don't order any pizza.Bila dia tengok balik order chit dia, dia gelak. HAHAHAHAHA *cilanat punya orang. : Oh, soli soli ar, OK, one Margarita Pizza as fast as possible ah. (rasa mcm nak tikam ngan steak knife je mamat ni). Dia mmg tak pandang kiri kanan, where as the whole kafe is pack. Which, his order might be late around 10 to 15 minutes. Istighfar jelah.So, ni nak pesan sikit, tak kira lah korang ni Melayu ke, Cina ke India ke, whoever read this. Tolonglah faham dan bertolak ansur dgn bdak service or so called Waiter. Korang tak tahu shift dia pukul berapa, ntah2 dia dari pagi bawak ke tengah malam ke, sebelum ni dia baru lepas kena marah dgn manager ke, kena maki plak ngan customer. SEE?! You put urself in their shoes then you know how it feels to be treated as such.Dik, kalau semua benda kitorang nak servis kat kau, customer lain buat self service la camtu? Konsep kafe tmpt Anasyg keje ni, half self service, half crew service.Steps in Bonjour.1. Step in. Choose your table and please be seated.2. Our service crew will hand in the menu to you.3. Write down your table number and your item code (your orders) in the order chit.4. Bring along the order chit to the cashier counter for payment first.5. Your food will be served shortly.Senang kan? Ada customer yg dah pernah dtg, diorang dah tau nak buat sendiri, ada jugak yg PEMALAS, suruh bdak service jgak yg bawakan order chit ke kaunter. Masalahnya, kalau nak bagi kitorang bawak ke kaunter, bagi duit sekali. Sbb, kat sini konsepnya kena bayar dulu baru dapat makanan.Haisyh, dah panjang lebar aku taip ni. Ok ok. Penutup plak. Here are the list of advice I SHOULD share with u guys.1. Tolonglah jgn pampered ur kids too much, sampai nak amik plain water or ice water pun tak reti. I know itu anak ENGKO JOYAH oi, tp kalau anak ko, apsal dia menyusahkan aku JOYAH OI pglah menyusahkan diri ENGKO JOYAI oi.2. Kalau nampak premis tu busy, dan order korang lambat sampai, or korang lambat dilayan, do stands up dan str8 away ke cashier or any superior yg ada kat situ and ask NICELY. Sometimes dik, ada tempat yg mcm bangang skit, mmg service slow, kuar order pun slow, ah semua slow lah. Tp mcm kat tmpt Anasyg keje ni, service dan order laju. Tak sampai 5 minit korang order, makanan akan terus sampai kat meja korang. Dats why I say, be considerate, kalau nampak tempat tu busy, jgn nak burst out into anger la kejadah-kejadah nak maki hamun orang. Org laen relax je boleh tunggu makanan depa, awat hang takleh tunggu? Iman kurang ka?3. Always always always SMILE back, and thank back kat bdak service or waiter. (This one applies to me also) sbb kita tak tau pelayan tu ada masalah ke, baru lepas kematian ahli keluarga ke, then kita datang buat ragam kita yg merasakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT *puih.Ol n ol, jadilah customer yg tau respect org, then only people will respect you back. Ok? Ok? Ok?p/s: Sangat sangat sangat merindui nak BW kat blog korang2 semua, tp tulah, hidup bekerjaya ni susah sikit nak on9 dik non.p/s lagi: Rumah Anasyg ada transformasi besar-besaran. Surprise utk org yg tersayang. ;) wink2. -
Sabtu13 Oktober 201211.30 pm - 12 amAngah: Aku tunggu kau kat luar ni. Nanti dah punch out, gerak balik terus.Anas: Ye ye, aku tengah closing bakery ni. Jap gi aku punch out.Lepas dah punch out, Anas ikut Angah balik umah. Sampai umah je, tengok muka abah ngan mak lama2. Tp badan penat gila sbb dari tengahari masuk kerja. (Sempat on9, dapat publish Hadiah Terulung. Terima kasih pada yg sudi baca).
Ahad
14 Oktober 20124.30 amDari dalam bilik Anas dah boleh nampak lampu dapur menyala. So, mesti diorang ni dah bangun semua. Masing-masing mandi, bersiap. Kak Ngah sempat goreng nugget dgn nasi goreng. Bungkuskan bekal utk sarapan pagi nanti. Abah dah siap berihram. :')Haji Salleh iring sekali, dia yg bawakkan tiga beg besar mak, abah ngan opah. Kereta abah, Angah yang drive. Sebelum masing-masing masuk kereta, Cik Ropi azankan perjalanan mak, abah ngan opah. Dah terasa sebak dah time tu. Haji Salleh pg amik opah. Kitorang jalan dulu sbb Kak Yan nak isi minyak.6.10 amKelana JayaAnas tertidur sepanjang perjalanan. Tau-tau je dah sampai. Perkarangan Kompleks Tabung Haji tu da ramai org. Yang lelaki berihram, perempuan berjubah dan bertelekung. Lepas sembahyang subuh, kitorang semua tunggu Along dengan saudara mara lain. Duduk kat khemah ruangan menunggu. Macam2 orang Anas nampak.8 amPengumuman dari Tabung Haji, semua jemaah haji kena beratur amik tag untuk bagasi. Kak Yan dengan sepupu wakilkan mak ngan opah, dan Haji Salleh wakilkan untuk abah. Diorang kena simpan tenaga untuk urusan kat sana.Sepanjang duduk dekat dalam khemah tu, Anas duduk dekat Opah, bisikan kat dia. Kirimkan doa yang baik2 untuk anak cucu Opah. Opah dengar dengan teliti, kadang2 dia tanya detail pasal apa yg Anas nak dia doakan. :') Anas cakap, apa2 je utk kebaikan cucu dia. Kirimkan salam pada nabi junjungan dekat Makam Rasulullah nanti. Opah angguk sambil tersenyum. Suapkan opah makan, minum.Mak ngan abah tengah melayan saudara mara yang datang.9 amTarbiah Labbai Kallah dah bergema. Pengumuman utk masuk ke balai lapor diri. Isteri Haji Salleh cakap, kalau nak bermaaf-maafan, salam-salam baik diselesaikan sekarang. Nanti dah masuk balai lapor diri dah tak boleh keluar.Abah tarik beg bagasi ke depan. :'(Along salam abah dulu. Sampai turn Anas, tak tau nak cakap apa. Air mata je keluar tak berhenti. Peluk cium abah.Abah: Dah...dah. *sambil lepaskan pelukan.Salam, peluk cium mak. Peluk erat2, macam tak nak lepas. Salam, peluk cium Opah. Baru terluah nak cakap : Opah, jaga diri elok2 kat sana. Fikirkan nak beribadat je pah, jangan risaukan kitorang kat sini, jangan susah2 hati. InsyaAllah kitorang ok je kat sini. Sayang Opah. :'( Time ni dah macam hujan dah. Menangis tak berhenti-henti.Abah dgn mak sambung salam saudara mara. Satu Kompleks Tabung Haji sayup dengan bunyi orang ramai menangis. Semua orang mata merah, tangan pegang tisu, sapu tangan. Tutup muka, semua tengah menangis.9.15 amAbah dah tolak Opah dengan kerusi roda, masuk lobi. Mak still beratur sorang kat dalam barisan. Time ni panggil nama mak kuat2.MAK !Bila mak pandang je, tengok anak2 dia lambai, air mata yang macam hujan dah jadi air terjun. Terus tak berhenti-henti. Rasa macam pandangan mak tu sayu sangat. Lambai sampai mak masuk lobi. Teringat masa tadika dulu, lepas mak hantar naik basikal, lambai mak sampai mak masuk simpang. Duduk kat pintu tadika sampai tak nampak mak naik basikal dah. :'(
10 am
Kak Long ngan Kak Yan tenangkan Anas dengan sepupu. Sepupu dah tak boleh berhenti menangis. Lepas masing2 dah reda sikit. Terus salam2 dengan saudara yg dtg sbb diorang nak balik dah.
2 pm
Kota Damansara
Galaunya hati. Macam2 benda Anas duk pk sepanjang kerja tu. Cover je muka masa serve customer. Ta nak nampak sangat sedih tu.
Nota Ikhlas Anasyg : Alhamdulillah, dah nak kat sebulan dah Anasyg kerja :) Macam2 ragam manusia yg Anasyg jumpa. Kalau nak share ngan korang, mau makan 4 hari 4 malam nak citer. Terima kasih yg tak terhingga pada semua readers2 yg sudi mendoakan mak, abah dan opah Anasyg dalam Hadiah Terulung dan Jemputan. Allah s.w.t Maha Kaya, Maha Besar dan Maha Adil, Dia sahaja yg mampu membalas jasa baik korang. Amin.
Full Album : HAJI (Perjalanan Menuju Keredhaan Allah)
p/s : Ada blogger suggest Anasyg buat scheduled post utk draft. Taklah asyik tunggu seminggu sekali. :) hehe...thanks ye bg cadangan tu. Nanti Anasyg usahakan. -
AssalamualaikumRindunya nak menaip kat lappy ni. :) Korang sihat? Hari ni bukan offday Anasyg, tp hari ni WAJIB balik umah sebab, pg nanti nak iring Mak, Abah ngan Opah Anasyg ke Kelana Jaya. Dari situ, diorang naik bas ke KLIA. Kemuncak Rukun Islam, Menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah Al Mukarammah. Sebak rasanya nak berjauhan dengan 3 orang penting ni. Lagi-lagi parents Anasyg. :') 44 hari tu...congak2, adalah dalam 6 minggu 2 hari. Fiuh, cam lama kan. Walaupun dah biasa hidup sendiri *kat kolej, time skolah menengah dulu2, tp kali ni lain skit. Sbb kita tau diorang takde kat rumah. Kalau mcm sebelum2 ni, kita kat kolej pun, kita tau yg diorang ada kat umah tu. But, this time around, diorang travel beratus ribu kilometer semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah s.w.t.Ibadah Haji merupakan kemuncak rukun Islam yang lima. Tunaikanlah walau sekali seumur hidup. Rezeki Allah, kita tak duga. Allah menjemput 3 orang penting dalam hidup Anasyg ni sekaligus. MenghadapNya, menghambakan diri kepadaNya di sana. InsyaAllah, haji mereka diterima dan doa2 mereka diperkenankan. Semalam masa masuk kerja pun muka blur je, ramai crew2 tanya, Anas, kenapa muka kau ketat semacam je. Sebenarnya, tengah sorok perasaan nak nangis. Setiap kali terfikir pasal kedua mak abah Anasyg, mesti nak berlinang je air mata ni. Terasa sangat yang anak dia ni dah besar panjang, dah boleh jaga diri sendiri, dah bekerja pun, dan diorang berdua akan berangkat ke Mekah kurang 5 jam dari sekarang. Time nak taip ni pun dah sebak2 je. :') (bawak bertenang nas)Ol n ol, bak kata Opah Anasyg sebelum ni, pergi ke sana dah macam mati di tanah sendiri. Betulkan niat, menunaikan haji semata-mata kerana Allah s.w.t dan bukan ada niat lain. InsyaAllah, Haji kita akan mabrur, diterima Allah, dan doa2 kita diperkenankan.This is a very short entry dari saya, tak byk input pun, just nak bg skit informasi. :)p/s: minta jasa baik readers blog ni doakan perjalanan pergi balik Mak, Abah dan Opah Anasyg ke tanah suci Mekah ye. Minta dimurahkan rezeki mereka disana, dipanjangkan umur mereka, disihatkan tubuh badan mereka utk mengerjakan haji, dan dipermudahkan urusan mereka di sana. :) terima kasih korang. Sayang korang. :) Allah je dapat balas jasa baik korang. Anasyg akan turut mendoakan korang2.Amin Ya Rabb
-
Sepupu: Macam mana kerja ok?Anasyg: Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah 2 minggu aku kerja kan. *senyum
Sepupu: Aku rindu gila kat kau sepanjang kau takde.
Anasyg: Rindu je tak guna kalau tak contact cik adik oi.
Sepupu: Eh, aku nak contact tau, tapi kekangan kredit
Anasyg: Wah, naik satu peringkat bahasa melayu formal kau. Kekangan kredit katanya. (+.+)
Sepupu: Eh, betul apa. Kalau aku takde kekangan kredit, dah lama aku calling-calling kau. Tanya khabar. Hari tu kau msj aku cakap pasal masalah kat kafe tu, camne? Dah ok dah?
Anasyg: Babe, dalam dunia ni ada macam-macam jenis org. Tp yg paling aku menyampah sekali, jenis org yg bawak masalah ke tempat kerja. Tolonglah weh, be professional, kat tempat kerja, buatlah cara nak kerja. Ni tak, sorang nak bad mood, semua nak bad mood. Susah nak berkomunikasi tau.
Sepupu: Sabar jelah babe. Takyah layan sangat org mcm tu.
Anasyg: Mana boleh tak layan, nanti apa-apa hal, kena bercakap jugak, customer tanya soalan ke, mintak apa-apa ke...
Sepupu: Hmmm...masalah gak kan kalau mcm tu. Eh, Ahad 14hb tu kau cuti tak?
Anasyg: *diam lama. Tak boleh lah. Kafe tu mmg selalu full house time weekend. Nnt short staff plak.
Sepupu: Dah tau short staff, amiklah ramai skit. Rekrut part timer ke, Sabtu Ahad. Apa da
Anasyg: Tulah...aku pun dah jadi belah bagi dah ni.
Sepupu: Camne?
Anasyg: Takpe, aku doakan dari jauh je ok. :) Peluk cium Opah untuk aku k.
Sepupu: :) Peluk cium je?
Anasyg: Habis tu? Kau nak aku kirim apa lagi?
Sepupu: Alhamdulillah sgt masa Kak Yan bg msj yg nama Pak Yob da naik.
Anasyg: *kan. Aku kerja pun senang hati.
Sepupu: Barang semua dah kemas?
Anasyg: Semalam aku off day kan baru lepas buat kenduri. Habis bilik aku jadi tempat simpan barang.
Sepupu: Stor instant lah ni.
Anasyg: Begitulah kesnya.
Anasyg: Kau dengan aku, mulai hari ni kena belajar banyak benda baru.
Sepupu: Apa tu?Anasyg: Berdikari.Sepupu: *angguk. Kau dah berdikari sendiri, kau da start kerja. Nanti, sapa nak teman aku gosip-gosip, gonjeng-gonjeng lagi?
Anasyg: Takpe, nnt kalau aku dapat off day lagi, aku balik lah. Borak puas-puas.
Sepupu: *start sebak. Babe...Opah takde. Kau pun takde, sapa lagi aku nak mengadu?
Anasyg: Allah kan ada. *pegang bahu. Janganlah risau, kau doakan aku, aku doakan kau. Kita berdua doakan opah ngan mak abah aku k.
Sepupu: :)Anasyg: Babe...kalaulah babe...kalaulah. Ditakdirkan Allah jemput tiga-tiga orang penting dalam hidup kita tu, kat sana...macam mana ye babe?Sepupu: Macam yang kau cakap tadi, kita doakan sama-sama. Mintak dipanjangkan umur diorang. Lagipun, roh orang yang dikebumikan dalam tanah suci takkan disentuh Dajal.Anasyg: Terima kasih babe. Tenang sikit dengar.Sepupu: :)Anasyg: Jangan sedih babe, kalau kau menangis, aku nak menangis gak.Sepupu: *senyum. Tak...kita kan dah besar. Boleh jaga diri sendiri.Anasyg: Jangan lupa mintak Opah doakan yang baik-baik untuk kau babe.Sepupu: Kau pun, Pak Yob ngan Mak Yong mesti doakan anak-anak dia. Nanti aku buat list doa untuk Opah.Anasyg: Eh, agak-agak ar. Opah pun ada doa Opah sendiri.Sepupu: Alah...aku bet sama je doanya. Semua doa Opah, untuk kebaikan anak cucu dia. Opah selalu pesan kat aku. Dia takde harta lain nak bagi kat anak cucu dia, selain doa-doa dia.Anasyg: *senyum dan anggukSepupu: Pasni, kita pun kena banyak doa untuk Opah, ngan mak abah kau ye babe. Selamat pergi, selamat kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)