• Apresiasi

    Assalamualaikum. 

    Ada orang tak? Lambai2 tangan. Eh, hello ! Anasyg in the house. Ada citer menarik nak kongsi ngan korang weh. Pasal apa lagi kalau bukan pengalaman di tempat keje. Dah sebulan keje kat kafe ni, SERIBU SATU perangai manusia yg Anasyg dah jumpa. Baik crew dalam kafe sendiri, sampailah ke CUSTOMERS whom always put their priority first, dan pk depa always right. Pfft. 

    Alhamdulillah, Anasyg still boleh bertahan hidup dalam F&B line ni. Walaupun kekadang tu sakit hati gak bila memikirkan yg kena keje time weekend, dan sadisnya PUBLIC HOLIDAY. *fakta : Anasyg bekerja time Hari Raya AidilAdha tempoh hari, and to be honest dats my first time eva tak beraya dengan family. Masuk2 keje je bersalaman ngan sume crew, ngan manager skali :) cakap selamat hari raya. Sedih kan. Uhuk2. 

    Anyhow, entri kali ni nak ELABORATE pasal customers yg dtg dan pg kat kafe tu. Sebelum ni, Anasyg ada post satu status kat wall fb. Twas bout the majority of Malay customers yg dtg situ, are lack of civics and so darn pemalas. Bayangkanlah, set cutlery ada kat sebelah dia je, then dia terpekik panggil bdak service utk amikkan fork utk dia.

    Hello mak cik, sebelah kau je tray set cutlery kitorang. *geleng2. 

    I know, service crew mmg kena sangat ngan nama dia, DOING SERVICE to the customers. Tp be rational la skit, kalau nampak kafe tu full house, tengah pax, dan orang-orang kuning ni tengah berlari2 hantar order, takkanlah time2 tu nak suruh kitorang refill kan warm water koranglah, amikkan cutlery la, itulah inilah. Yang SODEYH nya, majoriti sang pemalas ni ialah pelanggan-pelanggan Melayu. Dah kenapa?!

    Seriously. 

    Tolonglah jgn manjakan anak2 korang tu. This one customer, anak sampai 5 orang, sume kecik2 lg, maybe skolah rendah lagi semuanya. Then come this one boy, kat condiment area mintak plain water. Dah alang2 aku kat situ, aku amikkanlah, then lepas dia dah sip sikit, selampek dia je cakap 

    Oh...No no...I want this one. *tunjuk kat ice water. Menyirap je. Mak ayah dia tengok dari jauh. (takut aku belasah anak dia ke?)

    Paling bengkak hati tu, bila kita senyum, depa wat donno je. Not a simple thanks nor a simple smile. Kat mulut tu ada emas, takleh nak bukak. bongok


    Kebanyakkan customer berat mulut ni ialah customer Melayu. Anasyg lebih suka serve customer India dan Cina. Bukan je diorang akan cakap thank you, sometimes tu buat lawak lagi ngan kitorang, borak2 ngan bdak service, dan yg paling best, bila nampak kitorang busy, diorang akan bangun sendiri amik sos cili ke, pepper grinder ke, empty plate ke, plain water or ice water. SEE ! How independent they can be. 

    Melayu ni terlalu dependent? Betul ke? Dulu kalau pg kat restoran, warung, o most common kat fast food mesti buat mcm rumah sendiri, sekati2 nak suruh waiter dia buat itu ini. *sekarang dah jadik kat diri sendiri. Baru kau tau nas...

    Kitorang mmg dah dilatih utk greet sesiapa sahaja yg masuk dalam kafe, then explain how things work kat situ, selalunya customer non malay akan angguk, faham, senyum dan lastly cakap thank you very much. Tp kalau customer Melayu, mesti akan tanya ni :

    1. Kitorang first time, ada diskaun ke?
    2. Sini halal ke dik?
    3. Dik, ashtray mana?

    Nampak tak, nampak tak? Ok, Anasyg tegaskan kat sini, bukan semua customer Melayu mcm tu. Minoriti mmg bagus, yg suka nak borak ngan bdak service, tanya itu ini, frankly saying, komunikasi dua hala antara service crew dengan customer sangat baik. Ada customer Melayu yg bagus, every plate kitorang letak atas meja, satu family akan ucap terima kasih, walaupun bagi air kosong je, dan sentiasa senyum dengan kitorang. 

    Dan tak lupa jugak customer Cina dan India yg buat hal. This one chinese guy, called me. 

    Anasyg: Yes sir?
    Customer: Where is my pizza? I've waited for so long olredi. 
    Anasyg: What pizza is that?
    Customer: Margarita pizza. Aiya why the service is so slow here ah. 
    Anasyg: I'll check with the cashier first. 

    Bila dah check order chit dia, NOPE ! Negative, dia tak order pun pizza tu. Motif? Tak order pizza then nak makan pizza? Dgn tenang, Anasyg pg balik kat dia. 

    Anasyg: Sorry sir, this is your order chit, and you don't order any pizza. 

    Bila dia tengok balik order chit dia, dia gelak. HAHAHAHAHA *cilanat punya orang. : Oh, soli soli ar, OK, one Margarita Pizza as fast as possible ah. (rasa mcm nak tikam ngan steak knife je mamat ni). Dia mmg tak pandang kiri kanan, where as the whole kafe is pack. Which, his order might be late around 10 to 15 minutes. Istighfar jelah. 

    So, ni nak pesan sikit, tak kira lah korang ni Melayu ke, Cina ke India ke, whoever read this. Tolonglah faham dan bertolak ansur dgn bdak service or so called Waiter. Korang tak tahu shift dia pukul berapa, ntah2 dia dari pagi bawak ke tengah malam ke, sebelum ni dia baru lepas kena marah dgn manager ke, kena maki plak ngan customer. SEE?! You put urself in their shoes then you know how it feels to be treated as such. 

    Dik, kalau semua benda kitorang nak servis kat kau, customer lain buat self service la camtu? Konsep kafe tmpt Anasyg keje ni, half self service, half crew service. 

    Steps in Bonjour. 

    1. Step in. Choose your table and please be seated. 
    2. Our service crew will hand in the menu to you. 
    3. Write down your table number and your item code (your orders) in the order chit. 
    4. Bring along the order chit to the cashier counter for payment first. 
    5. Your food will be served shortly. 

    Senang kan? Ada customer yg dah pernah dtg, diorang dah tau nak buat sendiri, ada jugak yg PEMALAS, suruh  bdak service jgak yg bawakan order chit ke kaunter. Masalahnya, kalau nak bagi kitorang bawak ke kaunter, bagi duit sekali. Sbb, kat sini konsepnya kena bayar dulu baru dapat makanan. 

    Haisyh, dah panjang lebar aku taip ni. Ok ok. Penutup plak. Here are the list of advice I SHOULD share with u guys. 

    1. Tolonglah jgn pampered ur kids too much, sampai nak amik plain water or ice water pun tak reti. I know itu anak ENGKO JOYAH oi, tp kalau anak ko, apsal dia menyusahkan aku JOYAH OI pglah menyusahkan diri ENGKO JOYAI oi. 
    2. Kalau nampak premis tu busy, dan order korang lambat sampai, or korang lambat dilayan, do stands up dan str8 away ke cashier or any superior yg ada kat situ and ask NICELY. Sometimes dik, ada tempat yg mcm bangang skit, mmg service slow, kuar order pun slow, ah semua slow lah. Tp mcm kat tmpt Anasyg keje ni, service dan order laju. Tak sampai 5 minit korang order, makanan akan terus sampai kat meja korang. Dats why I say, be considerate, kalau nampak tempat tu busy, jgn nak burst out into anger la kejadah-kejadah nak maki hamun orang. Org laen relax je boleh tunggu makanan depa, awat hang takleh tunggu? Iman kurang ka?
    3. Always always always SMILE back, and thank back kat bdak service or waiter. (This one applies to me also) sbb kita tak tau pelayan tu ada masalah ke, baru lepas kematian ahli keluarga ke, then kita datang buat ragam kita yg merasakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT *puih. 


    Ol n ol, jadilah customer yg tau respect org, then only people will respect you back. Ok? Ok? Ok? 

    p/s: Sangat sangat sangat merindui nak BW kat blog korang2 semua, tp tulah, hidup bekerjaya ni susah sikit nak on9 dik non. 

    p/s lagi: Rumah Anasyg ada transformasi besar-besaran. Surprise utk org yg tersayang. ;) wink2.

    12 comments → Apresiasi

    1. wow,hebak mung nas!

    2. rage much. but anyway.. mmg inilah isu yg kte slalu hadapi when it comes to 'service area'. Macam2 perangai kte jmpa.

      yang penting didikan n kesedaran dr awal untuk yang kecik2. utk yang dh besar2 ni kesedaran diri tu penting.

      just reminding myself n the rest here. xD

    3. Tak ada apa yang boleh kita buat selain bersabar bila berdepan dgn orang sebegini.

    4. saya sgt lali

      lali sgt sgt...

      sbb skrg kita dh sama field

      yess cust melayu sgt bongkak especially yg kaya raya

      even yg miskin pun tetap nak berlagak kaya

      demn!

    5. yeahh..aku ni orang Melayu yg baik..hehehe..at least aku jarang terlepas utk ucapkan terima kasih, even kalau mamak hantarkan tisu..

      kadang2 org Melayu ni tak sedar, ucapan terima kasih tu buatkan waiter rasa dihargai wpun dia sgt2 penat..

      satu lagi perangai aku, kalau pegi kat kedai2 makan and makanan tu menepati selera aku, time bayar aku akan tanya cashier (biasanya owner) siapa yg masak makanan..then puji tukang masak tu, sebab dia masak sedap..:D

    6. rindu nak BW and blogging!.huhu..

      rindu nak chat jgaak!..

      haaa, apa yg telah ditransformkan anas? hehe...

      happy working ans.=)

    7. @Akhelaken: apa yg hebaknya bang oi

    8. @Hanzi_Mare: Go ali go ! Betul lah tu. Betul sangatlah tu

    9. @Felly Sophia: betul, sabarkan ajelah

    10. @bukankosong: skang baru saya ngerti bang. Uhukuhuk

    11. @Encik H: bagus betul encik H ni. Hehe, nnt dtg kedai anasyg keje k :)

    12. @Qaseh Dania: yup, rindu gak kat thin:) rumah anas, renovate :)