Assalamualaikum manusia ;)
Rindu habaq hang. Berapa lama dah tak hupdate. Dahlah aku ni jenis takleh duk termenung sat...nanti datang mcm banjir kilat tu dia, idea melimpah ruah ke ladang gandum. Bukan takat idea, tajuk2 entri keluaq habih. Komitmenlah...Gersanglah...Bankinglah...Jimatlah...ala2 tajuk buku2 terbitan Fixi, guna sepatah je. Tak gitu?
*abaikan intro merapu cakap bahasa campo di atas. Sebelum nak mula cerita entri kali ni, nak komplen skit...aku ada follow dua ekor minah ni, atas dasar nak tengok sejauh mana diorang boleh jual rupa diorang dalam blog, instead bakat menulis diorang. So, skang ni baru aku tau...aku dah tersilap follow. Bukan saja entri blog dua2 ekor ni makin merepek meraban, malahan, setiap entri-contoh tajuk : Shopping Baucer BR1M :) mesti ada sebiji tepampang gamba muka depa sendiri, dengan pose yg bajet, dan hasil editan bloom 18 kali untuk kesan pencerahan. *ptuih. Masalahnya...ada satu entri tu, tajuk sedih, tapi ada jugak muka bajet dia kuar.
What is all this Shit?
Aku taulah tu blog kau, tp aku tengok makin lama makin takde isi entri kau, makin menggedik penggunaan ayat kau, dan...ah...annoyed. PERIOD. Jap gi aku unfollow kau ea, sorry :) trial pack utk tengok perkembangan blog kau dah tamat, dan end result...YOU ARE -A DISAPPOINTMENT ! BOTH OF YOU ! kan aku dah pernah cakap, aku sangat2 SELECTIVE dalam menjadi follower sesebuah blog. First thing yg aku akan tengok ialah...PENULISAN.
Dik...kalau kau menyandarkan populariti blog kau atas rupa kau dan gambar2 kau sebagai penarik readers utk baca dan puji...WAH-COMELNYA ! CANTIKNYA ! tp entri kau kemaen panjang berjela cerita yg takde moral of the story...
Ok dah. atas ni pun mukadimah je. Hik. (cakap orang...entri dia pun makin lama makin kerapu)... =.='
Aku nak citer pasal pengalaman aku golek2 masuk bank. Hehe...bank apa? Biar aku dan bank tu je tau aku golek2 masuk bank apa. Dikhuatiri korang akan abaikan citer aku ni sebab banyak sangat perenggan, so aku buat point form k. *korang pun malas nak baca kan? kan? kan?
* Satu: Lepas start keje, and dapat first paycheck, aku naklah pergi check balance akaun aku, and in the hope of, boleh withdraw some amount of money. Unfortunately...TAK BOLEH! sbb...aku ni pemegang JUNIOR ACCOUNT. Sedih tak sedih?
* Dua: Ok, lepas dah activatekan akaun aku dekat other branch, aku nak tutup lah junior account aku tu, sekali lagi...TAK BOLEH! sbb...kena ada signature abah aku. Well at dat time, abah aku tengah menunaikan ibadah haji dekat Mekah. :) so...pending.
* Tiga: Ok, skang, account dah closed, lepas abah aku balik Mekah, dan dapat sedebuk duit balance dalam akaun junior aku tu, pastu nak bukak yang baru. Well, the third visit, bila nak bukak akaun baru...sekali lagi kawan2...TAK BOLEH! sbb, aku tak bawak form utk bukak akaun in-line dgn company tmpat keje aku.
* Empat: On the same day, aku balik hostel, cari form tu dan bawak balik kat situ. Tunjuk kat akak tu, ni ke form tu kak? BUKAN ! bukan yang ni formnya dik. Mintak dekat HR dekat tmpat keje adik. Ok..so off I go.
* Lima: Ok, skang...aku dah dapat form dari HR tempat keje aku, dan on my way ke bank tersebut. Doa dan tawakal jelah, boleh settle cepat2 benda ni. Aku tunjuk dekat dia, form tu, then dia senyum. Betullah ni, meh IC dik. Nak scan. *bagi IC. TET ! Sorrylah dik, IC adik TAK BOLEH baca. Adik kena tukar IC dulu ni dik. Akak cadangkan buat dekat Putrajaya sehari je boleh siap, atau pun dekat JPN Kota Damansara, 10 hari je boleh siap. :)
CRAP ! CRAP ! CRABBY PATTY ! CRAP !
So...you guys already read the entri which I went to renew my IC kan..KAN? KAN? baik korang angguk cepat ! So...long story short.
* Enam: Lepas dah renew IC, yadda yadda this...yadda yadda that, pergi balik kat that bank, NAH Bang...IC saya. Ok, skang, letak ibu jari dekat scanner, nak scan thumbprint. OH SHIT...takki mushroom. You know what happen kan. kan. kan. NOPE, my thumbprint can't be scan. MY THUMBPRINT IS UNABLE TO BE SCAN ! serious bummer ! I thought, lepas dah settle everything...itu ini itu ini, this gonna be my last time entering the premise...rupa TAK ! Dik...abang bagi option, dalam minggu ni, adik bawak birth cert adik, nnt kitorang tengok camne.
(FACTS: aku dah siap, apply lotion, move my thumbs ke atas ke bawah, ke kiri ke kanan, tapi...kalau dah thumbprint tu dah damaged...mmg takkan dapat bacalah jawabnya)
*SO...TUJUH :) Aku malas nak expect apa2 dah. Kalau dapat, dapatlah...kalau tak dapat...biaq pilah. So, with my birth cert, bawak kat akak yg aku familiar tu, then...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SETTLED !
Alhamdulillah sangat2. Oh, lepas keluar dari bank *yg sampai dah tutup gril tu. (lama tak lama aku duduk dalam bank tu, sampai pak guard dah tutup gril) then...dengan kuasa Allah s.w.t
HUJAN LEBAT MENCURAH-CURAH KE LADANG GANDUM.
Nampak macam pointless kan aku cerita kat korang pasal hal bank aku ni...but the moral of this story is...DO NOT GIVE UP HOPE, walaupun aku rasa mcm nak terjun dari Tingkat 6 dekat Pavilion tu. *eh?
korang jgn ingat setiap satu nombor ke satu nombor tu macam...esok dan hari esoknya dan hari esoknya ye. Benda ni pending 3 bulan kut. Sila take note. *tak, tak payah kuarkan buku nota. Terima kasih sudi baca. Entri aku maybe merapu...tapi aku tak tepek muka kasik bloom 10 kali untuk efek putih dan cerah. Sekian.
6 comments → Tujuh dan Hujan
dugaan
sabor yer
pernah lalui mcm nih, giv up at the end
tp esok hari masih ada harapan & berjaya
tang pompuan atas tu, dh biasa jumpa,lelaki pun ada
puih! kalau nak follow blog dia walau blog kita merapu tp kita tulis ikut cara kita
tak taula,kalau syok sendiri
pernah baca buku Law of Universal Attraction tak? inshaAllah kalau kita apply benda tu segala perkara dipermudahkan..hehe..aku dah cuba dan alhamdulillah segala okay..
bukak je akaun bank lain.
@bukankosong: lelaki pun ada ea? hehe, yup saya ada jumpa, tapi yg pompuan tu lagi teruk kut.
@eszyamin: tak pernah baca la...wuwuw
@the malay male: masalah thumbprint :( wuwu
Post a Comment