• Anda juga mungkin meminati entry2 ini

    Not ur typical, wish-lists-kinda entry. This is a bit different. Well, different is good and *insert vulgar words if you still down there questioning me. LOL. Oh and one more thing is that, this entry is super long. :) thank you.
    Assalamualaikum w.b.t. For ya guys yg tak tahu, just a quick flashback, last couple of weeks, I've been busy bukan sahaja dgn final presentations and assignments and meetings for programs, but then on the 10th of Dec, twas Wednesday, my sis Kak Farah was admitted to Hospital Serdang, and after her blood test result came out, she was warded with dengue fever. Her initial temperature was effing 40.8 degree Celsius, bet I can boil egg with that tempt. I got a text message from my other sis Kak Yan saying I am not to worried, and focus on study. 

    Ya, like that's ever possible. On the very night I asked for my second brother to come and pick me up dkt Bangi, the next day terus pergi melawat Kak Farah. She's in a shit-shape tho. I fed her sup ketam to push down her temperature. Semua orang tau kut, kalau denggi je kena makan sup ketam, jus pucuk betik, or make it sebagai ulam, 100plus, anggur hitam, any berries, jus tebu tanpa gula, what else? Name it. That's your effort to at least sustain the patients' energy to fight off the fever. 

    Long story short, she was transferred to the ICU on Friday to be monitored more on her system. After a struggling eight days, akak was discharged on the 18th (Thursday). Alhamdulillah. 

    Ya guys wanna know the sweetest part was? People visiting akak during her days dkt ward, her friends, majikan akak pun dtg, saudara mara, semua sudi datang. Just when I thot the sweetness has fade away, after my short arrival dkt Kolej the week after, ramai kawan2 aku tanya bout akak. 

    :') I cried. Blissfully blessed with a group of thotful people, great vibe amongst great people, thanks guys. Classmates, Bdak2 whatsapp, instagram, bdak2 Kolej, thanks sbb tanya. For ya guys, ia hanya sebuah pertanyaan like, Akak kau camne? But for me, it shows ya guys care, and ya guys concern bout ur friends. Its a soothing for me. Thank you Allah. I replied with a smile, saying my akak is progressing healthily, just keep on praying for her. In Sha Allah, Allah will reply ur doa 10 folds.

    Then it comes to this. I had 6 presentations. Hah, don't get me started on this hectic days of being presence in class to present. Just look at my jotters, pening kepala. In the centre table was my exam timetable. Pergh, dah kena start study ni. How bout no...huhu.
    On Tuesday I had a Talk Show for Oral Communication, and on the same day a fun one with Linguistic and Language. Followed by Academic Communication on Wednesday and Kepimpinan dan Kreativiti by night. On Thursday, I got Foundation English, which Alhamdulillah, Ms. Lee favored our group so much that she wanted a personal video presentation :) 
    My favorite team with the ever beautiful Dr. Zaini wearing pink scarf.
    Adiba R. Zulina F. Anas A. and Atika S. Love these girls so much
    Linguistics and Language Presentation with yet another amazing people. Ekin, Taufiq and Ecah. Thanks guys
    Foundation English with Tiha, Kiera(sitting), Ms. Lee, and Taufiq. :) great job guys.
    Here's an extra point to all my loyal readers, ada video utk korang. :) My Academic Presentation. My topic was sky burial, go look it up. Special thanks to my ex-mentor during my dip year, Ms. Zamila ticking my curious mind utk further read on sky burial. Hah, dah dua kali aku letak link. Go take a peek. hehe.
    Last but not least, on last Friday I had my Komunikasi Efektif presentation, which we're assigned to act a sketch. Ya, to my surprise my group wrote a script about Mat Rempit kena tahan dengan polis. Haha, guess who's the Mat Rempit. 
    Unbohlievable. 
    thanks Nat :) credit: communitychannel
    By then I was so exhausted, I had it up till here (shows chest) to breath. So, like every other complaining students, I need a breather. Like a looong breather. I had to go back. So I did. Last Saturday I went home, and still here, tho this is the study week, but...Naa. Today's my birthday, who's going to study on their birthday. I need presents. A lot lot lot of present. :) 

    But a boy asked me to choose between worldly(dunya) matters, and the afterlife(akhirah) which in this context, dia ajet2 pious, then I jaw-dropped him by saying. Why not both? He asked again, why?

    It's my Effing birthday you kid, I ought to choose any gifts I want. I'll go with both. Get what I mean? 

    p/s: It's my 23rd birthday :) Alhamdulillah Allah has granted this long life, how I wish I could've spent it a little bit better in making myself as a humble servant to Him. Thanks Abah, Mak, family :) Xnak panjang2 birthday wishes, sbb td at first dah warning awal2 dat dis entry will be a slight different with any other birthday entry, so takat ni je. :) 

    Assalamualaikum 2014 :)

  • Aku ketatkan ikatan tali kasut yang dah sedia terikat kemas. Mencerlung keluar, nampak langit masih gelap sebab jam belum berganjak ke pukul 7. Aku melangkah keluar dari rumah tepat pukul 6 pagi. Aku nak teruskan larian untuk hari ni. Aku kan dah berjanji akan gunakan sepenuh peluang kedua aku untuk capai segala matlamat aku. One of it being, run as fast and as long as I can. 

    Taman tempat aku selalu jogging dahulu dah tak macam zaman peluang pertama aku, taman tu dah semakin dimamah usia, cuaca, dan vandalisme. Tapi masih digunakan, dan masih ramai yang jogging disitu. Aku mulakan dengan regangan dan panaskan seluruh badan. 

    Ini ialah kali pertama aku berlari dengan tidak menggunakan pengepam darah sendiri. Aku set lagu, klip pada lengan baju, pasang earphone dan mula berlari. Mengikut tempo lagu yang aku pasang, Ella Eyre-Comeback, beralih kepada lagu lama dari Britney Spears-3. Sampai membawa kepada random Korean songs, instrumental, dan beberapa buah lagu melayu. 

    Sampai satu ketika, aku terasa lelah. Aku berhenti. Dada aku rasa sakit sangat, aku separa tunduk, topangkan dua tangan atas lutut, mencungap menelan nafas, kepala jadi pening. Mungkin aku berlari terlalu laju, terlalu lama. Oksigen tak naik ke otak, membuatkan aku mual dan pening. Aku geleng2kan kepala, biar cepat sikit hilang sakit dada, pening kepala. Aku pejamkan mata, teguk oksigen sepuas2nya, pandang ke depan. 

    Saat inilah aku ternampak satu susuk berdiri beberapa meter dari aku, senyum ke arah aku.

    "Sani!"

    "Assalamualaikum Tia." aku jawab salam. Aku pandang kiri kanan, tengok samada ada orang lain tak yang lalu kawasan tu, aku tak panik, aku tahu dihadapan aku sekadar bayangan aku sahaja, jadi aku pejamkan mata lagi. 

    "Terima kasih sebab gunakan dia seelok2nya." suara Sani masih terngiang dihadapan aku. Aku terkaku kejap. Aku bukak mata kembali. 

    "B..but, Sani?"

    "Sani datang jenguk kejap, harap Tia tak marah." aku geleng laju2. Takungan air mata aku dah pecah, meleleh ke pipi. "Sani rindu..." Bayangan tadi mendekati aku. Makin menjadi2 tangisan aku memberat. 

    "Sani...Tia nak jumpa Sani..."

    "Tia doakan Sani setiap hari kan? Itu sudah mencukupi seakan Tia berjumpa dengan Sani setiap hari"

    "I meant was, I wanna be with you...up there." spontan aku mengunjuk ke langit. Sani geleng perlahan.  

    "Tia...jangan putus harap dalam hidup. Hidup ada turun naik, atas bawah, kalau takde masalah, cabaran, bukan hidup namanya."

    "Tia perlukan Sani, kenapa Sani buat keputusan tanpa berbincang dengan Tia!"

    "Sebab kalau kita dah sayangkan seseorang tu, kita tak perlu putuskan apa2. Kata hati kita tu dah berikan jawapan yang tepat, walaupun ia berada di atas tapak yang salah."

    "Sani...Tia perlukan Sani."

    "Tak, Tia tak perlukan Sani, Tia perlu hidup. Tia perlu teruskan cita2 Tia, capai semua impian Tia, gunakan peluang kedua Tia seperti peluang Tia yang terakhir. Tia kena bangun, jangan bersedih lagi. Sani sentiasa ada dekat dengan Tia."

    Bayangan Sani tadi mendekati aku lagi, menuding ke arah dada aku. 

    "Selagi jantung Tia berdetak, selagi itu Sani hidup dalam Tia." Bayangan tadi hilang dengan angin kuat yang tiba2 menderu. Rambut panjang aku tersuak ke kiri ke kanan. Aku pandang tepat ke depan, entah bila air mata aku kering sendiri. Pipi aku jadi melekit, dan aku tarik nafas dalam2.

    Dan kudrat terakhir untuk petang itu aku simbah dengan adrenalin yang baru. Sani betul, aku tak boleh berlengah2, dilly dally, aku perlu bangkit.

    "Jaga 'benda tu' macam Tia jaga diri Tia sendiri. Setuju?" suara Sani sekali lagi terngiang dalam kepala aku. Aku berikan senyuman motivasi utk diri sendiri, tarik nafas, angkat kaki utk sambung lari dan sepatah keluar dari mulut aku.

    "Setuju."

    -tamat.
  • Kau bayangkan diri kau sedang nyenyak tidur, tiba2 kau tak boleh bernafas. Kau seperti ikan yang dipancing, luka bibir terkena kail, direntap ke darat, tergunta2 atas seutas tali joran, dan kau berusaha untuk jatuh terjelepok balik ke dalam habitat yang boleh buat kau bernafas. Aku seperti itu pada malam tadi. Aku sempat mimpi aku menyertai beberapa pertandingan larian amal seperti KL Marathon, Penang Bridge Run, Milo Run, macam2 lagi, tapi oleh kerana kondisi jantung aku yang seperti ini, aku rasa sangat ralat kerana tidak dapat menyertai semua tu. 

    Berbalik pada kes sesaat sebelum aku hilang oksigen, aku terdengar bunyi mesin yang setia menjaga aku ditepi katil menjerit nyaring, dan aku nampak seorang nurse dan seorang doktor meluru masuk, ketika ini pandangan aku semakin kabur sebab oksigen tak mencukupi dalam aliran darah aku untuk sistem penglihatan. Tapi yang jelas aku nampak temankan aku malam tu ialah Sani. 

    Eh? Dia ada rupanya. Ingatkan dia takde, sebab aku hanya akan fully awake, terjaga selepas jam 5.30 pagi. Memang habit aku dari dulu sampai sekarang. Selagi belum 5.30 pagi, selagi tulah aku takkan bukak mata, bukak otak. Patutlah sebelum ni aku tak nampak kelibat dia, rupanya dia ambil alih menjaga aku pada waktu sebegini. 

    Ya Allah, terharunya..benarlah jodoh aku dengan seorang Adam yang sangat menyayangi aku, bertanggungjawab terhadap perempuan yang dah diniatkan dalam hati dia untuk diijabkan bersama aku. Tapi Tuhan..aku rasa sakit sangat sekarang ni. Sebab aku tak dapat bernafas. Mata aku berat ingin terkatup pejam, tapi aku terasa seluruh mulut aku ditekup dengan plastik dan ada deruan oksigen menerjah masuk dua rongga aku, dari mulut, dan dari hidung. 

    Dada aku naik turun, air mata aku dah berhenti mengalir bila aku dah dapat bernafas normal. Normal pun dengan alat bantuan pernafasan, sesaat sebelum aku pitam dengan alam mimpi, aku nampak raut wajah Sani yang kelegaan melihat aku bernafas normal, sebab sebelum tu aku nampak dia pecah peluh menahan gelisah disebelah nurse dan doktor yang masuk selamatkan aku tadi. Tiada audio, sebab aku dah pekakkan telinga. Aku hanya fokuskan pada 'macam mana aku nak bernafas'.

    Dan keesokkan harinya aku dapat lawatan tidak rasmi dari dua orang doktor. Seorang yang merawat aku sepanjang sudah hampir dua minggu aku disitu, dan seorang lagi doktor yang aku baru kenali hari itu. Kami bukan bertiga, kami berlima, dengan Mama dan Papa. Oh dan hati aku kuat mengatakan yang Sani turut hadir, tapi dia tak masuk ke dalam bilik, malah tak pernah muncul di siang hari pun. 

    "Kita kena cari penderma organ untuk awak Tia" 

    "Jantung awak semakin lemah Tia, kami khuatir awak akan diserang komplikasi seperti malam semalam. Kami..."

    Aku pandang kedua lelaki berjubah putih tadi dengan pandangan polos. 

    "Kami takut kalau2 kamu diserang buat kali kedua, jantung kamu akan benar2 shut down dan tak bertindak balas pada oksigen kecemasan yang kami salurkan." Aku perasan ketika doktor muntahkan perkataan shut down, Mama dah peluk Papa dan menangis semahunya. Aku? Aku tak menangis, sebab aku bersandar pada fakta semua yang hidup akan merasai mati, dan aku juga tahu kalau aku baru nak masuk waiting list untuk penderma jantung, berkemungkinan aku boleh mati dulu, baru aku dapat jantung yang sesuai. 

    "Kamu ada apa2 soalan untuk kami? Tia?" soalan yang tiada jawapan sebagai pertanyaan kepada mereka. Aku hanya memandang Mama dan Papa. Meminta dengan cara elok supaya mereka berdua meninggalkan kami bertiga. Mama meningkah pada mulanya, tapi Papa pujuk perlahan, dan mereka biarkan aku bersendirian bertiga dengan dua orang doktor tu. 

    Aku tak fikir panjang, aku ajukan dua soalan, soalan pertama aku ialah. 

    "Kalau saya masuk dalam waiting list, berapa lama saya perlu tunggu untuk jantung yang sesuai dengan saya"

    ...dan soalan kedua aku ialah.

    "How much time do I have left."

    Dimana kedua2 soalan tadi memberi tamparan hebat kepada kedua2 doktor dihadapan aku. 
  • Semakin badan aku menggigil bawah pancuran air, semakin aku sematkan elok2 genggaman tangan kanan aku pada dada. Seperti menggenggam jantung. Aku ambil nafas yang dah tersekat, menahan sendu, tapi air mata aku sebati dengan aliran air dari kepala air pancut. Aku terleka dengan mainan emosi, dan terduduk atas lantai bilik air. Kesedihan, telanjang dan dingin.

    "Sani..." sepatah yang aku bisa ucapkan sambil memejam mata kejap sampai berpinar pandangan melihat hitamnya di hadapan aku. Aku nak tamatkan nyawa, rentap dari batang tubuh sendiri, tapi...jauh dalam dasar hati aku kuat berdetak, aku tak boleh nak ambil nyawa sendiri, sebab aku sendiri dah diberi peluang kedua untuk bernyawa. Aku tak pantas untuk bunuh diri. Kata2 terakhir Sani terngiang kembali. 

    "Jaga 'benda tu' macam Tia jaga diri Tia sendiri. Setuju?"

    4 tahun yang lalu...

    Kalau ikutkan sejarah dalam keluarga, tak pernah lagi mana2 ahli keluarga aku diagnose dgn penyakit ni. Jantung berlubang? Funny, sampai kat batang hidung sendiri, well...it doesn't really sounds funny when you heard the doctor slapped that in your face. 

    Semua yang 'temankan' aku ke hospital hari tu terkedu mendengar perkhabaran yang seakan panahan petir menikam deria masing2. Tak mungkin, macam mana boleh jadi macam ni, seribu satu persoalan timbul. Aku yang terduduk atas kerusi ni? Yang dah menghitung hari mati ni? Takde sapa nak persoalkan. Sampailah Mama usap ubun aku, labuhkan sebentuk kucupan basah, lembab kerana tangisan di pipi dia yang mengalir macam air terjun. Lantas Papa, Kak Zin, Mad, dan kawan baik aku Lyn peluk aku serentak. Tapi dalam mengambil nafas sesak dipeluk paksa-rela tu, aku nampak Sani. Dia pandang aku, dan bila aku ukirkan senyuman paling ikhlas, dia berpaling, dan berjalan perlahan meninggalkan kami. 

    Tiada sebarang perkataan, tiada sebarang notis pemberitahuan. He just left.

    Aku ditahan di wad selama seminggu untuk pemeriksaan lanjut. Hari berganti hari dalam seminggu tu, Sani tak pernah melawat aku. Aku ada bertanya pada Mama dan Papa, pada Kak Zin, pada Mad tapi mereka sendiri tak dapat menghubungi Sani.

    Siapa Sani? Dia tunang aku, dah hampir tiga bulan kami mengikat pertunangan, Mama dan Papa sendiri cadangkan kami bertunang hanya lima bulan dan terus bernikah. Tak elok bertunangan terlalu lama, nanti manisnya pudar. Aku turutkan kehendak kedua orang tua aku. Sani seorang yang sangat tenang, matang, bertanggungjawab, dan penyayang.

    Sampailah peristiwa aku mengalami kesukaran bernafas minggu lepas di sebuah restoran ketika aku dan Sani keluar makan malam. Muka Sani yang sentiasa tenang seperti langit tiada awan, menjadi cemas dan gusar. Pucat biru roman dia sepanjang malam itu. Dia yang kejarkan aku ke hospital, telefon Mama dan Papa, temankan aku sampai aku tersedar di bilik hospital.

    Menurut kawan baik aku, Lyn, Sani yang banyak berurusan dengan doktor, bukan Mama dan Papa sahaja yang berbincang, Sani turut serta mengetahui semua masalah yang aku hadapi. Aku tak salahkan dia, kenapa dia menghilang tiba2, mungkin dia sedang melayan perasaan sendiri, mungkin dia sedang berfikir2 utk memutuskan pertunangan dan mencari perempuan yang ada jantung normal, mungkin dia sedang galak merencanakan kebebasan seorang lelaki tanpa ikatan perhubungan serius sebuah perkahwinan.

    Aku bisikan pada telinga aku sendiri. "Maybe he's preparing for the worst."

    -bersambung.
  • Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar peeps? Oh, aku ada kawan nama Pips, sebab nama dia Hafifudin and nak panggil dia Din, mcm seribu orang dah guna nama Din kat kampus tu, so I'd decided utk panggil dia Pips. Catchy kan. Back to the point, aku mmg suka2 hati je muncul-hilang, muncul-hilang dgn korang kan. Sorry *mcm biasa, Busy busy busy. No like seriously, aku ni mmg jenis camni, dulu time first three weeks mmg aku tak rasa langsung kesibukkan sebagai seorang student tu, tapi bila start join satu program, pergh! dgn meetings, dgn follow up gerak kerja, mana nak balance kan dgn classes and lectures and assignments and exercises and tasks and notes and still human enough to socialize dgn member2 semua, makan, and ada skit masa utk diri sendiri dan yg tersayang. #erk.

    It is challenging still, tapi nak buat camne kan, dah kata pun student, degree student plak, dlm well-known Uni plak, yg selalu org pandang kemain melangit *seriously guys, experience it first hand dulu, baru compare ok. *wink. Bottom line is that, ada satu masa tu, time tengah mencuba sedaya upaya utk multi-tasking antara facebooking-check handphone dgr lagu and blogging (tipu! kau mana blogwalking past few weeks Anas oi), so aku pun terfikir yang, before last Sep (sebelum masuk UKM) I was so so so free kat rumah, duduk goyang kaki, besarkan badan, besarkan perut, besarkan kepala, takde buat apa, tido lambat, bangun lambat, and out of a sudden, dah bergelar student, and have to do every single thing that a student hate to do. 

    Kena bangun pagi, pergi kelas, tunggu bas if necessary, menapak ke dewan kuliah, dengar kuliah ikut mood dan lecturer, kalau boring, then it'll be one heck of lecture, kalau ok tu oklah. Then, balik kena buat assignments, tasks, exercises, itu belum kira kalau join program kolej. Tiap malam ada meeting, kena settlekan kerja sebelum program, kena commit dgn program, mana plak nak curi2 masa utk bersosial dgn kawan2, dan masa utk diri sendiri. *copypaste perenggan pertama. But who am I to complain.

    Dulu pernah terbaca satu status member cakap, students yg duk merengek dkt fb saying life as a student is hard. Well, if u ask me, I'll say, F U. Yes, F U. The real reply my fried did was : 'Kalau kau tak tahan penatnya berusaha, kau takkan dapat rasakan manisya berjaya.' ditambah lagi dengan, 'Ramai lagi kat luar sana yang nak sambung belajar, kau jangan asyik nak mengeluh penat je, kata pun menuntut ilmu, nothing is easy. No pain no gain.'

    Kau dah diberi peluang dapat sambung study which everyone is craving and would die to be a student. *lagi2 yg sudah bekerjaya, lagilah tension with work, dan nak sangat balik2 jadi pelajar. Plus, kau sedang belajar, one of the biggest jihad on Allah's path. Menuntut ilmu itu suatu tuntutan dan suatu ibadah. You shouldn't be complaining. Kenapa nak mengeluh? It's a learning process, from good to a better person and from that point on, be the best of urself. 

    My point is that, as a student, you should be greatly grateful sbb dpt terus menuntut ilmu. Menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. We were taught of that since we were little kids. 

    My case was, last week I was so occupied with a program yg aku join months back. It was the Cindian Festival *kat Instagram aku ada update. Then kalau kau dah start ber-program, haruslah kau akan terikat dengan meetings, and tonnes of works to be done, aaaand of course kau akan kelam kabut nak bahagikan masa utk *baca perenggan pertama (simptom malas dah melanda) so akulah antara student2 yg mengeluh aku cakap tadi tu. But then I realized, aku tak sepatutnya mengeluh. 

    Itu semua ujian, nak tengok aku ni pandai ke tak bahagikan masa. Plus aku teringat lagu Raihan, Demi Masa, especially part Lapang sebelum Sempit. I remembered before I entered UKM, hidup aku tersangat2lah lapang, nak buat apa2, bila2 masa pun on je, but then, bila aku masuk UKM, and baru join 1, ulang suara, baru join 1 program, hidup dah kucar kacir. There you have it, my weakness at managing time. 

    Tho, the program went well, dan Alhamdulillah, study tu masih balance. The reason I put this up? Sbb aku tertanya pada diri sendiri, kalau org lain yg dah berjaya sebelum ni boleh buat 4-5 major programs per semester, and end up graduating with first class degree, kenapa aku takleh kan? *eceyh...

    But still doe...bila aku bangun terlalu awal hanya utk ke kelas I'll end up asking myself, The heck am I doing here? LOL.

    p/s: program Cindian Festival ialah satu pertandingan tarian kaum Cina dan India, dan kolej aku menjadi tuan rumah a.k.a penganjur, so aku salah seorang ajk. It went on surprisingly successful, haha. U guys can follow every bit of my study life dkt IG je, sbb aku mmg sgt-sgt-sgt-sgt jarang update blog sekarang ni. *mianhae. 

    p/s2: I still love every bit of u guys yg still sudi masuk n baca, walaupun aku ni kemain busy kalah menteri xnak pergi blogwalk kat blog korang. Uhuk2. 
  • Yes yes I know...u guys missed me. #erk perasan gila.

    Assalamualaikum w.b.t dan salam Highlanders. tiba.. Korang nak aku bermadah-helah ke..or nak aku straight to the point? Xyah jawab, mmg aku akan straight to the point je. (lol baik xyah tanya). So here I listed out top 30 FAQ by any freshies kat UKM. Kalau korang juga ialah freshie UKM, Kampus Bangi yg daftar on 1/09/2014 lepas, jgn lupa komen ur Instagram's profile at the comment section, nnt ai promise ai follow u, pastu kita lepak Pusanika and selfie2 sampai muntah. Boleh?

    Xyah bebel banyak2, here are the questions.
    1. Salam, nama siapa?
    Wasalam, panggil Anas je.

    2. Oh, amik course apa?
    Pengajian Bahasa Inggeris. *and this will lead to this question. 
    Oh, TESL ea?
    Tak, TESL tu jadi cikgu, ni pengajian Bahasa Inggeris je. *lap peluh

    3. Fakulti mana tu ea?
    FSSK. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

    4. Asal mana?
    Sini je, kat Kuala Selangor. 

    5. Duk kolej mana?
    Ibrahim Yaakub. :)

    6. Kalau sama then, soalan ni : Duk bilik mana? 
    Tingkat 3.

    Tapi kalau tak sama kolej, then skip the question.

    7. Sebelum ni amik apa?
    Diploma.

    8. Oh! Ok..so sekarang umur berapa?
    *senyum tiga saat. 23 :)

    9. Dip kat mana dulu?
    KUIS, dekat je. Belakang ni. *sambil tangan mengunjur ke belakang. (bajet KUIS mmg betul2 belakang UKM)

    10. KUIS tu apa?
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

    Soalan2 berkaitan UKM

    11. Nak bayar yuran kat mana? 
    Jabatan Bendahari/Bursary dekat bangunan Canselori.

    12. Kat mana ada kedai gunting rambut ea?
    Kat Pusanika ada.

    13. Bas mana yang pergi KTM?
    Bas Zon 6.

    14. Berapa banyak buku boleh pinjam kat PTSL? 
    Maksimum 7 buah.

    15. Panggung Seni kat mana?
    Bontot DECTAR. lol

    16. Stadium kat mana?
    Depan Kolej Rahim Kajai.

    17. Perpustakaan Lingkungan Kedua kat mana?
    Jauh gila nun jalan ke Kolej Pendeta Za'ba. Bangunan tunggal dekat tepi bukit.

    18. Bahagian Pengurusan Akademik kat mana? 
    BPA dgn Perpustakaan Lingkungan Kedua gabung dalam satu bangunan.

    19. Bang, bilik Tutorial/dewan kuliah ni kat mana ea?
    ENTAH, sbb aku pun freshie.

    20. Macam mana nak log in ifolio dgn smp-web?
    *yang rajin akan tunjuk satu2. yg pemalas akan bgtau basic steps je.

    Soalan yang tak berapa nak ada kaitan dgn UKM, tapi still ada jugak la kena mengena.

    21. Weh, ada fb/insta/twitter? Nak profile.
    Fb aku ialah Anas Haji Ahmad. Instagram aku ialah the_roshad dan aku takde twitter. :)

    22. Kelas kau pack tak?
    As compared to my first sem during dip, aku rasa kelas aku sem ni agak loose.

    23. Kau dah daftar CITRA? *F U Citra. (=..=')
    Yes, jawapan dia ialah, F U Citra.

    24. Berapa jam kredit kau sem ni?
    Sepatutnya kena daftar 19 jam, but I only manage to get 16 hours sbb ada satu kelas tu, I was advised to drop it.

    25. Kafe kolej kau murah tak? Sedap tak?
    Biasa je, harga ok, dan sedap pun boleh tahan. 

    26. Join kelab/persatuan mana?
    Join kelab2 dalam kolej je buat masa sekarang. *atas alasan mengejar Merit, ahaks. One being, Kelab Kebudayaan (Elektra) and the other one is M.I.H (Malam Integrasi Highlanders) *dinner committee.

    Top three most common greetings.

    27. Nak pergi kelas? Ada kelas ke? Baru balik kelas?
    Ye, ada kelas, tak, kelas cancel. *depends. Answers are subject to change according to situation :)

    28. Dah makan dah? 
    Depends. Dah dan belum, otw dan apa salahnya kalau kau belanja aku. *gitu.

    29. Esok kelas kau pukul berapa?
    Kelas aku paling awal ialah at 10am. I refuse to attend any 8am class. Sekian

    And here's number one favorite asked question.

    30. Nak nombor...ya know, for...*insert reasons. Haha.
    017... naa, korang nak buat apa ngan nombor aku? hehe.

    *****

    Aku tau aku kekwat ngan korang sebab tak update for a month over, dan tak jawab pun pertanyaan gila ramai orang tanya masa aku post Square One, baik kat blog sendiri, or Whatsapp or Fb. Actually, ada this one blogger yg komen dia jawab dah betul dah, yes guys and girls, aku dapat masuk UKM :) Alhamdulillah. 

    I advised you guys utk follow my IG, since aku diserang penyakit Naudzubillah-busynya-kau-Anas *kelas tak nama penyakit tu? So aku akan sangat2 jarang update blog, ni pun sbb balik umah, since aku tak bawak laptop kat kolej, tho their line sangatlah superb. (=..='). September langsung tak update apa2. 

    Sorry cause keeping u guys in the dark for so long. Tho, sapa yg follow/friend my IG/Fb dah tau lama dah bout this, sbb sekarang apa2 hal mmg aku update kat IG je. Clear k :) 

    Di kesempatan ni nak jugak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha utk semua umat Islam di Malaysia. Makan daging tu beragak sikit, lagi2 daging kambing, nanti panas badan, pening2, pastu fly kelas hari Selasa. LOL. 

    Thanks sbb masih sudi sabar dgn perangai hilang-muncul aku ni. Love ya guys.

    p/s: tajuk dah tak boleh panjang lagi? hahaha. 

  • Assalamualaikum w.b.t 

    Maaf terlupa password blog *alasan tak nak kena maki. Readers semua sihat? Followers yg cantik anggun berseri? *ayat bodek jgn lari. LOL. Aku busy (ni pun alasan minx kaki) cam biasa. No really, mmg super busy. Rite on, straight to the point.

    Tiga hari aku spend time dengan kawan ketat perapat aku, Ali. Since diploma lagi, dah ditakdirkan melekat sampai dapat gelaran 3 serangkai, being Paan dh sambung degree and kitorang depart with Ali has started working in 2012, so aku kenalah berulang ke Kajang or Bangi or Serdang utk hang out. 

    21.August

    Last Thursday, aku balik Kolej nak support member perform in a theatre #projekNatrah. Teater start pukul 8 dan habis pukul 11, so aku kenalah tidur rumah Ali kat Semenyih sbb even aku boleh catch the last train KTM pukul 11, dah sampai Sg. Buloh nnt the last bas dah dashed away, kau nak aku balik rumah jalan kaki? 
    The theatre was great. Pementasan teater Natrah, klik sini utk pencerahan. (link ialah teater Natrah di Istana Budaya, boleh google tentang latar belakang Natrah) Niat awal aku nak join tengok teater sebenarnya nak hilangkan stress sbb #Uprep yg tak habis2 dari minggu lepas sampai sekarang pun tak siap lagi. Byk benda kena settle, so aku break kejap, pergi tengok teater ni. Tak mengecewakan, buatkan aku curious pasal Natrah, side stories, back stories, follow up stories, semua2nyalah. :) Tahniah Hariz. *tuan Director.
    Rite gambar semua resolution super low, upload kat instagram (search : the_roshad) elok je tengok kat phone, sekali upload kat blog, nan hado. Aku tidur rumah Ali that night, the day after, (22.August) pagi tu Ali belanja Nasi Kerabu yg sedap dan pedas, dan aku pun balik rumah tghr tu. 

    23. August

    The day after that which was on Saturday, aku keluar lagi, jumpa Ali lagi, pergi shopping sikit. Aku bertolak pun dah tengahari, sampai Kajang pukul 2 camtu, Ali jemput, terus pergi Sunway *which was my first time there, so aku membatak kejap kat situ. Dah lama plan nak pergi, asyik tak jadi je, so akhirnya aku jejakkan kaki gak kat mall ada Singa besar tu. 
    Taklah besar mana, just the main attraction was Sunway Ice *yg main ice skating tu, dgn Sunway Lagoon itself. The odd part was, tho it was Saturday, tapi tak ramai org pun kat situ. Hurm..

    Anyhoo, the main reason pergi Sunway Pyramid tu sbb Ali nak jumpa member dia *a chinese guy sbb dia ada order moon cake. Later that evening, lepas pekena Chatime ngan Auntie Anne, kitorang gerak ke Mines, Serdang. *dah muak tengok Mines lol. 
    Ali! Pandas! Lemme take a selfie wiz all zi cute Pandas
    Tapi kat situ jugaklah kitorang hang out every time, aku rasa Mines was ok, sbb aku still boleh lepak S&J, minum Chatime dkt depan S&J tu, lepak Arcade, bowling dgn Karaoke pun ok je kat situ, but one of the best was 20% off for sushi dkt Kazoku Sushi, every day after 6pm *depan Sushi King. Aku tak tau ada lagi ke tak offer tu, sbb hari tu lupa nak singgah jap, it was late weyh, aku sampai Sg Buloh dah takde bas, terpaksa call my Abah to pick me up. Balik kena bebel, haha. 

    Oh, lupa, Ali belanja makan Pizza San Francisco selepas a quite debate samada nak makan Texas Chicken or Gonzola's or Nandos. Among those three, then tetiba decided makan Pizza. It was good, harga boleh tahan, dan kitorang order ni. 

    Disebabkan kat Sunway earlier aku dah munch on a packet of chocolate sticks, so I was quite full, Ali siap bebel2 bagi tips supaya jangan fikirkan kenyang, just chew on the food. LOL, how can you still keep on eating time perut dah kenyang? Well, obviously he can do that. Oh, utk Pizza San Francisco, aku bg 3 dari 5 bintang, maybe sebab aku kenyang dan tak mengadap sangat makanan time tu, tapi it was still an okay food-serving restaurant. Korang trylah sendiri ok.
    Selasa ni my juniors time diploma dulu akan grad. Congrats in advance, dan minggu depan Khamis, pergi tengok teater lagi dekat Ampang, then hari Sabtu ada blind date :P, Ahad hang out dgn sepupu n kawan kerja Bonjour dulu, cik Diba, dan the day after that? Daftar degree! The heck? Cepatnya masa berlalu. *lari masuk bawah selimut.
    It's a three days outing worth spent time for.
    p/s: hari ni last Syawal, so dah habis raya ni baru #teamMietography release gambar Raya family aku utk tahun ni. Click here for the full 22 photos of Raya 2014 album.

    Oh, dan aku sayang korang sbb stick to this blog, nnt aku hilang sebulan plak ok. ahahah. *no really, I'll be busy with orientation week nnt, and study and 'insert random reasons here'. Terima kasih sudi baca. :) 
  • Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.

    Semalam (12.Ogos.2014) aku rasa merupakan hari dimana jantung aku nak terkeluar. Sebab? Sebab nak tunggu result UPU punya pasal. As u guys know, aku dah habis dip like two years ago, dah grad last year, and mmg tengah tunggu nak sambung Degree for this upcoming September intake. Ye-ye, mmg lambat aku masuk sambung belajar balik, sebab? Sebab rezeki kita kan rahsia Tuhan, ada Hikmahnya kenapa aku tak dapat last year and the year before punya UPU Application. Hence suggesting, yup. :) 

    One of my application was hooked this time around. So I got in. :) *Alhamdulillah

    Nak share tu je. Dapat U mana? Nnt aku dah masuk, settle in, aku bgtau. *Ahahaha. Aku mmg suka keep u guys in the dark. (bajet macam ramai orang curious pasal dia) lol.

    For this coming Sept, honeymoon aku dekat rumah ni akan berakhir, oh dan aku akan merindui katil, bilik, meja, almari baju, cermin, kipas, peti sejuk, dapur, peti sejuk, peti sejuk...makanan...*drool. Ahaha, yelah kan, nanti dah jadi student balik haruslah aku turun berat badan sebab sebelum ni keje melantak macam anak gajah kat rumah. Sampai kembang perut aku. Haha. 

    Here's a tiny mini little serious phrase for uol. Tipu aku cakap aku tak jeles tengok org lain dapat sambung degree lebih awal dari aku. Tipu aku cakap aku tak cemburu. Tapi uguys know wad? Rezeki Allah tu, Dia je yang tahu. Dia je yang rancang this and that. Jadi, korang hanya perlu tawakal selepas letakkan 100% usaha korang tu. Niatkan yang usaha korang tu untuk Dia, dan inshaAllah whatever the results will come out pun niatkan untuk Dia. It's been hard for me two years back, bila first minx UPU and my application got rejected, dan dah buat rayuan pun tak sangkut jugak. I tried for the third time last year, still I didn't get in. Tuhan je tahu macam mana frust and sedih and down aku time tu. 

    Aku pernah bebel pasal don't give up kat entry NI, so I'm just gonna use the same quote. 

    Rest if you must, but never you quit. It was one of my favorite quote dari cikgu Bahasa Inggeris time sekolah Menengah dulu. Thanks teacher :) 

    So here I am, smiling as the forth attempt finally succeeded. Syukur sangat2. My parents senyum sampai ke telinga, that wonderful feeling when you manage to make them smile. :) Oh and the funny part was, bila aku lunch lambat sikit tadi mak aku bising. "Kau tu dahlah kurus, nanti kat sana makin kurus" Oooo k, mak tak sabar nak tengok aku sambung belajar, or...dia nak aku makan banyak sebab kat sana mesti kurang makan, or both? Ahaha. You guys figure it out ok.  

    p/s : Terima kasih untuk doa kalian yang tak putus2 mendoakan untuk aku. Aku doakan agar Allah balas jasa baik korang. And of this coming September, InshaAllah, I'll be on my square one. Bismillah.
  • MUNTAHLAH KORANG ENTRY NI PANJANG SAMPAI KE SINGAPURA. *lol

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.
    Test-test. Ada orang tak ni? Hello-hello? Ok...aku tau aku berdosa hampir dua minggu senyap, sampai tak sempat ucap selamat hari raya kat korang. *I did tho. Satu kat header, satu lagi kalau aku rajin masuk blog sorang2 tinggalkan link dekat chat/shoutbox. So, wish jugaklah tu kan? kan? 

    *Still raya so nak kena buat ucapan jugak. test-test mic.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014, Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan buat semua pembaca blog Anasyg. Ini raya ke...doblas. Yes, hebat tak aku, wish raya pada raya ke doblas? Haha. *gasaklah kan. 

    Ok, proceed2. Sebab aku ni mmg pemalas tahap naudzubillah punya pemalas, aku nak compilekan aje semua cerita raya dalam satu entry, sebab kalau bersambung2, nanti korang boikot blog ni, (boikot produk Israel je ok, Anasyg ni produk Malaysia).

    Raya Pertama 

    Terasa kurang sikit meriahnya, sebab apa? Sebab family tak cukup. My Kak Farah kena kerja, on the forth day baru dia dapat cuti, alahai. Plus Angah dengan Kak Ngah including both my anak buah pun tak dapat join on the first day. (T..T) sob2. Anyhoo, it was still ok. 
    Kitorang tak dibenarkan pakai baju baru. *lol. Kitorang kena pakai baju tahun2 lepas. (except my Kak Yan yg pakai jubah biru tu) yang tu baju baru tak silap. Yang lain tu? Baju dua tahun lepas. Kenapa tak pakai baju baru? Sebab...*insert random reason here. haha. Oh, dan jangan keluarkan isu rambut panjang aku tu. Ahaha. *fliphair
    Kitorang serbu rumah Opah dekat lorong depan, dengan rumah jiran. Lepas dah pekena mee kari, rendang ayam, lemang, kuih2 raya, sampai muka aku nampak macam ketupat, then rehat2 kejap, lepas Zohor tu kitorang bertolak pergi BNO (Bagan Nakhoda Omar). Ni memang rumah2 wajib pergi setiap kali raya. Lepas Maghrib kitorang ke rumah Opah dekat Bagan Datoh pulak. Makan malam kat sana, lemang homemade pak cik aku mmg pergh, terangkat weh. Teringat lauk2 kampung masa makan malam kat sana plak. *gulp.
    *****
    Raya Kedua
    Muka excited, hujan2 redah dusun cari durian. Basah kuyup aku nak petik rambutan pakai tangan time hujan2 tu *tak amik plak gambar durian dengan rambutan yg kitorang berjaya kutip, aisyh.

    Raya kedua kitorang kat Pahang. Kitorang ni ialah tiga orang di atas, dan mak aku. Abah aku demam, so dia jaga rumah. Bagi makan kucing, arnab, ikan. Mak cakap dia takleh kena aircond kereta lama sangat, Kak Yan cakap, dia mengelat tak nak drive jauh. (=..=') macam2 hal abah aku ni. So he stays at home.

    Jengka 22 ni ialah kampung makcik belah mak. Sapa yg dah lama follow blog ni mmg familiar la dengan background tu. Ada dalam beberapa gambar yg aku pernah publish dalam blog ni. Boleh rujuk entry raya tahun2 lepas. 
    *****
    Raya Ketiga
    Still dekat Pahang lagi, semalam lepas asar kitorang bertolak ke Lanchang pulak. Ini pun rumah makcik belah mak. Sampai je dah maghrib, terus mandi, makan laksa macam biasa. *menu wajib kalau kitorang sedara mara datang rumah makcik aku ni. 

    Best part was, kitorang semua stay up dengar cerita hantu dari sepupu aku, sambil tengok Highland Tower. Pergh, meremang bulu roma. Esok pagi? Sambung meranduk hutan! Kali ni ada gambar. hehe.
    Langsat tinggi di langit ke tujuh #eh. Ko mampu nak panjat? Aku tak mampu.

    Tada! Ni sebijik kan? Kan?


    Nah berbijik2.
    *****
    Raya Keempat takde pg mana2 sebab masing2 penat, plus ada 5 family saudara datang serang rumah. Keluarga Mak Long, ada makcik belah Opah, sepupu aku sendiri, jiran lorong belakang dengan saudara jauh. Maaflah aku tak dapat nak tunjuk muka, bukan sombong, tapi sebab aku dah terbongkang dalam bilik, penat mengalahkan orang yang bertanding dalam sukan Komanwel Glasgow #eh?
    *****
    Raya Kelima


    Kitorang sengaja selfie depan rumah orang ni sebab tu pokok buah mata kucing tengah berputik.


    Kitorang pergi Padang Tembak, Perak. Ada kenduri. On the way balik tu singgah Bagan Datoh balik, sbb hari tu ada balance dua tiga rumah lagi tak sempat beraya. 
    *****
    Raya Keenam pun tak pergi mana seingat akulah, yang aku tahu, hari Sabtu nilah aku pergi gunting rambut. Sebab esoknya, Raya Ketujuh, kitorang ada family photoshoot dekat Perak. Untuk tak kecewakan korang, aku bagi satu gmbr selfie. *budak2 Instagram dah dapat cuci mata gambar ni kat IG aku. Sila2 follow kalau sudi ea, search : the_roshad. 
    Aha, inilah baju raya aku tahun ni. Feeling2 Diraja? Naa..cliche lah korang. Ni bukan Diraja, ni The Regal. Full Album macam biasa kena tunggu #teamMietography publish kat blog diorang. Tunggu k

    Tulah citer seminggu aku beraya. Taklah sakan sangat, biasa2 je. Tak meriah macam tahun lepas, sbb raya pertama tak lengkap satu keluarga. wuwu. Ok dah, tu je. Terima kasih sudi baca. :) nah duit raya. *beratur! beratur!

    p/s: tahun ni beraya tak usung dslr, so semua gambar selfie kat handphone jelah. Gmbr kampung2 ke, gmbr highway ke, gmbr salam2 ke? semua takdop. Maap na.

    Gambar bonus aku ikat rambut. Hahaha.

    Pop kuiz, ni buah apa? Aimi jgn kecam gmbr ni dh kena edit, I dh buang jerawat I. Okbai.
  • Baca Part 1, 2 & 3

    Aku dengar cerita, lelaki tu tengah berusaha untuk halalkan hubungan dia dengan ex girlfriend dia. Aku senyum lebar masa dengar perkhabaran tu. Aku doakan yang mereka berbaik semula, aku doakan kelancaran segala urusan, kelancaran majlis pernikahan, kelancaran perkahwinan, kelancaran rumah tangga hingga dikurniakan cahaya mata yang comel2, dan semoga mereka hidup aman makmur sampai ke hujung nyawa. Sweetkan aku? Orang nak bina masjid, buat benda baik, kenalah doakan yang baik2. Korang ni pun. *geleng2 kepala. 

    Korang tau? Dah masuk tiga bulan sejak hari kejadian. Hari aku tanam cinta lelaki tu dalam liang lahad. Hari aku bagi salam ikhlas-tak-ikhlas kat dia. Dan hari ni, aku boleh tarik nafas dalam2, hembus pelan2, letak tangan dekat dada, terasa lapang, dan ingat nama Tuhan.

    I don't have any text to reply, any calls to answer, anyone to report to, any heart to take care of, and feelings to tend. Aku jaga diri sendiri, hati sendiri, perasaan sendiri. Ringan kepala otak, bila dah tak bergelar rebound. The first week was hell on earth. Kering air mata. Kalau korang rasa aku menangisi pemergian dia, haha, korang silap. Aku menangis sebab aku rasa happy. Satu beban besar rasa...lifted. 

    Ris ada sepanjang seminggu hell on earth tu. Dia byk bagi sokongan moral, topang semangat aku yang ada kalanya bertiup macam lalang. Kejap kuat semangat, kejap lemah semangat. Satu pagi bila aku rasa aku kuat untuk hadap kerja dekat office, tak sampai tengahari, aku dah terlentuk dekat dinding jamban, menangis teresak2 macam gadis baru datang haid. Dan, ada satu hari bila aku tak fikir langsung tentang lelaki tu, aku memang boleh go on buat kerja2 macam orang normal. Pelik kan?

    Ada orang cakap tindakan lelaki tu kejam, sebab buat aku macam layang2 terputus tali, terbang tak bertujuan. Terbang tak berkemudi. Tapi...aku switch pandangan negatif orang terhadap lelaki tu, ini bukan bermaksud aku halalkan perbuatan dia menyakiti hati aku, aku cuma nak bagi semangat positif untuk hati sendiri. Lelaki tu sebenarnya bersifat jujur, 8 hari dia diam-pendam seorang diri, dan akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berterus terang, berdepan dengan aku, face to face, bagi aku kebenaran yang pahit untuk aku telan. Ada seorang kenalan aku pernah nasihatkan aku.

    "Hurting someone with the truth is better than making them happy with a lie." Aku bukan layang2 terputus tali, tapi aku layang2 yang dibebaskan. Terbanglah suka hati, ikut cara sendiri. Tak susahkan orang, tak mengharap pada orang. Tak bergantung pada sesiapa, dan tak perlu puaskan hati sesiapa. 

    Handphone aku bergetar, aku keluarkan dari dalam poket seluar. Terpampang nama Ris di dada skrin. 

    "Selamat hari lahir babe, aku ada hadiah untuk kau" Mesej Ris tadi auto-load satu imej. 
    "This was the first pic that came out bila aku google Adamantium. Here's a shard for you."

    Aku tersenyum lebar. Teringat yang aku pesan pada diri sendiri pasal nak sadur hati aku dengan besi indestructible tu. Funny. Oh and here's the rest of Ris' text message. 

    "Aku doakan kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati Allah s.w.t. Semoga kau kuat semangat, tabah untuk menghadapi segala cabaran di masa2 akan datang. Pengalaman hidup itu guru yang terbaik, dia akan mengajar kau jatuh bangun, dan tatkala kau jatuh nanti, dia sendiri akan tebarkan jalan2 penyelesaian. Your job is, to choose. Untuk terduduk di takuk lama, atau bangun dan belajar bertatih, merangkak sebelum berdiri, dan berjalan sebelum berlari. Don't mind me, you got my point. Oh, dan soalan aku, kau dah moved on ke?" spontan aku gelak besar. HAHAHAHA.

    Moved on? Silap tu...I'm adapting. Ayat sedapnya, baby steps. :)

    -tamat
  • Tajuk Asal : Barangkali Ada Hari Ke 57 Untuk Kita
    Baca Part 1 & 2.

    Kan semalam ada angin kuat petanda hari ni nak hujan kan? Yup, hari ni hujan lebat. Hujan dalam hati. 

    He text me today. It was a plain text. I don't know and can't remember how it evolved into a small fight. He needed a call off. A cool down session. Maybe he was just too tired thinking, too tired of having life sugar-coated with me. I mean, if I bored him, should I step down a couple feet back? As of today, he decided to text me back.

    Dia gugurkan perkataan sayang, panggilan manja kami, kami berkomunikasi seperti dua orang kawan yang sedang berbual kosong. Macam tiada apa yang berlaku. Bila aku selidik balik, rupanya dia rasa serba salah dengan aku. Pada hujung perbualan, dia ajak jumpa. Aku yang dah menggunung rindu, laju2 setuju.

    Ini hari ke 56.

    "Assalamualaikum Ara." Aku pandang lama muka dia. Agak sembap, seperti orang bersedih. Aku balas salam, dan duduk di hadapan dia. "Ara sihat?" soalnya lembut.

    "Alhamdulillah. Hadi?" soal aku. Hadi angguk perlahan. Perbualan tergantung. Masing2 senyap tak tersambung ayat seterusnya untuk disoal-tanya. Aku berfikir keras. Oh ya, tentang 8 hari dia biarkan aku keseorangan.

    "Hadi...kenapa senyap dengan Ara?"

    Dia membungkam. Macam ada beban berat sangat atas pundak dia yang tak terangkat dengan kata2. 

    "Hadi nak mintak maaf. Hadi...Hadi bohong tentang keadaan Hadi."

    "What's wrong?"

    "I'm not ok. I keep thinking bout us, bout you..."

    "What made you stopped texting me?"

    "Hadi rasa bersalah," Dia betulkan duduk. "Hadi teringat bekas kekasih Hadi."

    "It's ok, once a while mmg akan teringat org yg kita pernah sayang." perlahan aku balas, tidak menunjukkan getaran kerisauan.

    "But it was more than that."

    Berderau darah aku.

    "Maksud Hadi?"

    "Hadi takut, Hadi masih ada perasaan pada bekas kekasih Hadi"

    Aku jadi kaku kejap.

    "Hadi...awak berhubungan balik dengan dia ke?" soal aku ketakutan. Menggigil satu badan. 

    "Tak, cuma saya takut saya sebenarnya tak bersedia nak move on. Saya takut sebenarnya saya menipu perasaan saya pada dia, pada awak, pada diri sendiri."

    Membuntang mata aku. 

    "Hadi...pandang Ara." pinta aku perlahan. Dia angkat muka. Mata dia berkaca.

    "Hadi minta maaf Ara...Hadi bersalah pada Ara."

    "Am I your rebound?" soal aku lembut, tapi tegas. Dia pandang aku kosong. Mungkin tak faham agaknya rebound tu apa. "Hadi masih tak boleh lupakan dia?" aku lanjutkan soalan. Hadi tak geleng, tak angguk, dia tundukkan kembali muka.

    FACE ME! ANSWER MY QUESTIONS!  *Hati aku menjerit galak. Aku dah dapat rasakan seribu tusukan pisau pada jantung. Tuhan...kenapa sakit sangat ni? Satu badan aku menggigil kepanasan.

    "Hadi sebenarnya takde perasaan pun dekat Ara kan? Hadi masih cintakan bekas kekasih Hadi, dan Hadi nak berbaik semula dengan dia? Selama kita bercinta sebelum ni, Ara je yang sebenarnya lebih2 ada perasaan pada Hadi, tapi yang sebetulnya Hadi masih gila bayang dengan ex girlfriend Hadi? Macam tu?" I lost it, laju aku menampar dia dengan kata2 kesat sebegitu. Hard enough utk dia sedar yang dia sedang berdepan dengan masalah lebih besar dari perasaan dia yang berdolak dalik tentang bekas kekasih lama dia tu. Dia dah meresik hidung, menitis air mata dia.

    Kenapa baru sekarang bercerita perihal kekasih lama dia? Maknanya, 8 hari silent treatment tu? Dia jadikan alasan utk dia berhubungan semula dengan bekas kekasih dia? Aku tahu, kalau letak aku disebelah kekasih lama dia, jauh panggang dari api. Seperti langit dengan bumi. Bekas kekasih dia 10 kali lebih baik, 10 kali lebih cantik, 10 kali lebih ayu, 10 kali lebih segalanya dari aku dan yang paling penting, mereka pernah bersama dalam tempoh yang agak lama. Jadi tak hairanlah bila2 masa perasaan rindu, sayang, cinta, kasih tu senang nak berputik semula antara mereka berdua.

    Jadi aku ni apa? Sejenis teduhan? Sebuah persinggahan? Untuk kau adapt hidup tanpa dia? What the hell man? Tak tertahan air mata aku dah bergenang bertasik dekat mata, mengalir laju macam air terjun. Dia angkat muka lagi, pandang aku sayu. Dia dah tertelan lidah agaknya. Senyap. Bisu. 

    "This is it huh?" soal aku, seka air mata dengan dua tangan. Cubaan yang sia2, sebab air mata aku tak berhenti mengalir. Aku tarik nafas dalam2. 

    "Ara...Hadi minta maaf. Please...maafkan Hadi." dia cuba nak capai tangan aku. Laju aku tarik tangan aku.

    "Baiklah..." Gagahkan lidah tuturkan ayat2 yg aku tak pernah tahu sebenarnya aku kuat utk muntahkan depan dia. "Kalau Hadi rasa ini yang terbaik untuk Hadi." yup, untuk dia, bukan untuk aku. 

    "Ara..." Air mata dia menitis lagi. Aku tak tahu itu air mata ikhlas sedih, atau sebenarnya berselindung gembira sebab dapat lepaskan aku dan kembali ke pangkuan kekasih lama dia.

    Kan orang perempuan ni sensitif tentang cinta. Ris pernah nasihatkan aku, kalau kita bercinta, kita seperti pegang tali dengan pasangan kita. Berharap dia takkan lepaskan tali tu. In love, trusting your partner is your job, betraying them is a choice. You are the one to be blame if anything happened between you guys if you choose to cheat on him. Dan lagi, Ris nasihatkan aku tentang beli insurans hati sebelum berjalan pimpin tangan dengan cinta. Sebab cinta ni misteri, dia datang tak berjemput, pergi tak diduga.

    Ya, aku marah. Ya, aku jadi judgmental tak tentu fasal. Kau tarik aku dalam dakapan kau, kau kemaskan pautan tangan kau memegang erat tangan aku, kau bawak aku terbang tinggi sampai langit ke tujuh kononnya, BULLSHIT! Sekarang? Senang2 lepaskan aku, biarkan aku jatuh sorang2 takde tilam, takde jaring, takde apa2. Dahlah aku lupa beli insurans hati masa aku naik langit ke tujuh dengan kau tempoh hari, sekarang aku kena bersedia utk jatuh berderai atas tanah.

    Kutip jasad sendiri yang akan hancur dengan hati aku? Ini ada dua pesanan untuk kau Hadi. 

    Yang pertamanya, hati aku ialah jantung aku. Ia pam darah, buat aku hidup satu badan, buat aku dapat gerakkan otot2 yang lain, buat darah sampai ke otak agar aku bisa berfikir. Jantung aku ialah hati aku, dan hati aku ialah jantung aku. Just so you know, hati aku ni organ lemah, bukan dibuat dari besi adamantium, bukan besi tahan karat, bukan besi indestructible. Ia juga bisa hancur, bisa lebur, bisa sakit, bisa perit. Tahu bahasa rindu, sayang, cinta, kasih, tahu bahasa sedih, tahu bahasa benci dan tahu bahasa sakit.

    Nanti aku google macam mana nak sadurkan hati aku dengan besi adamantium. Biar jadi kebal dari perasaan rindu, sayang, cinta, kasih, sedih, benci, sakit, semua. Biar aku jadi kuat, biar aku tak lemah. Aku pun muak dengan perasaan vulnerable ni.

    Dan yang keduanya, lain kali tolong balut cinta kau dalam bungkusan kain kafan. Agar aku tersentak dan teringat yang ia sebenarnya seram, misterius, dan senang dibuang dalam liang lahad. Nanti kalau aku teringat tentang perihal cinta kau, senang aku sedekahkan Al-Fatihah.

    Aku bingkas. Kesat air mata dengan belakang tangan. Pandang dia buat kali terakhir. Aku pun tak pasti samada akan ada hari ke 57 utk aku dan dia, tapi aku sangat yakin yang ada hari esok untuk aku. Sebelum menoleh, perlahan aku luahkan, "Terima kasih Hadi. Assalamualaikum".

    -end.

    Hey korang...terima kasih sudi baca. :)