• Unscripted : Bahagian Pertama


    "Kita nak ke mana ni Jaz?" Dia tak jawab pertanyaan aku. Dia tak pandang aku pun. Aku adjust duduk, agak tak selesa. Punggung aku cepat panas, kaki aku lenguh, tangan berbalut ni asyik gatal, tapi tak boleh nak garu. So, aku tepuk2 perlahan. Aku bersandar, mungkin betul, mungkin tidak si Jaz ni nak hantar aku balik rumah. Aku turutkan aje. 

    Aku terlelap.

    Bilanya aku tersedar pun aku tak tahu, yang aku tahu kereta dah lama berhenti, Jaz pulak dah takde kat pemanduan. Aircond masih dihidupkan, enjin masih berjalan. Aku melilau. Eh, aku kenallah tempat ni. Ini tasik tepi rumah aku! Aku panjangkan leher, Jaz tengah berdiri dekat jeti tasik. So betullah dia hantar aku sampai ke rumah. Tapi, seingat aku, aku tak pernah bagitahu dia rumah aku kat mana. That's odd.

    Aku bukak pintu. Jaz nampak aku, terus mendekati aku.

    "Kau nampak penat sangat tadi, tu yang aku tak kejut." Aku angguk.

    "Sampai ke sini kau bawak aku." Jaz senyum.

    "Nak keluar ke?" aku angguk lagi. Dia papah aku, dudukkan dekat tempat duduk yang tak berbumbung yang dah kena kesan vandalisme tahap paling teruk. Lepas tu dia keluarkan bungkusan take away Mc Donalds yang dia beli masa drive thru tadi. Dia duduk di sebelah aku.

    "Makan kat sini?" soal aku. Dia angguk. Dia dah basuh tangan, bila aku hulurkan tangan kiri aku untuk berbuat demikian, dia terus tutup botol air. Dia geleng.

    "Tak elok makan dengan tangan kiri."

    "Habis tu, macam mana aku nak makan?"

    "Kan aku cakap, aku yang nak suapkan." Dia tak senyum kali ni nampak serius. So aku diamkan aje, walaupun ada perasaan yang agak aneh melingkari batang tubuh aku. Dia keluarkan air milo, hulurkan dekat dengan mulut aku. "Bismillah," ucapnya, aku hirup perlahan.

    Untuk sepuluh minit aku duduk di sebelah Jaz ini merupakan sepuluh minit yang paling lama, dan kecut perut. Bukan dia yang menakutkan sampai aku kecut perut, tapi perlakuan aneh yang tak pernah dia lakukan pada aku. Dan aku tak rasa dia pernah lakukan benda ni pada mana2 perempuan lain. Dia suapkan burger, sampai aku geleng tak nak. Aku rasa ada separuh lagi burger tu masa aku mengalah dah tak nak makan. Sekarang, giliran dia pulak makan. Burger jugak, tapi aku tak tahu burger apa. Aku sambung minum air milo.

    "Terima kasih." itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Jaz angguk, tapi dia tak pandang aku. Dia separa membongkok ke depan, memandang tepat ke hadapan tasik. Mulut dia galak mengunyah, sebab tu dia tak bersuara. Aku cuba nak renggangkan badan. Lega dapat luruskan kaki.

    "Boss tak marah ke kau masuk lewat?" soal aku, risau pulak mengganggu kalau2 ada kerja tertangguh dekat office.

    "Kan dah bagitahu. Dia oklah." balasnya perlahan. Senyap kembali suasana di situ. Cuma ada bunyi angin berdesir, air berkocak sebab ikan naik ke permukaan.

    "Maaf menyusahkan kau." suara aku bergetar. Menahan kesedihan yang meruntun. Bercampur aduk, rindu pada Jaz yang dulunya amat sukar utk aku lupakan, oleh kerana satu mesej gila aku ajak berjumpa, terus jadi macam ni. Sedih kerana terpaksa meletakkan dia di satu situasi yang tiada jalan keluar, di mana dia seakan terpaksa menolong aku dari awal, sampai hantar aku pulang ke rumah. Aku tertimpa rasa bersalah seberat gunung Fuji. Marah sebab buat keputusan gila, dan takut kalau2 dia akan terus cop aku penyusah.

    "Ingat tak aku pernah cakap, ujian kau besar." Dia kembali duduk tegak. Aku angguk. Masih segar walaupun hampir setahun perbualan terakhir aku dengan dia tu berlaku. "Dalam keadaan sekarang, Tuhan nak bagi sedikit ujian tu pada aku, supaya aku jugak dapat rasa macam mana susahnya ujian yang dia turunkan pada kau."

    "You always have something nice and smart to say, didn't you." Jaz mengerutkan dahi, mungkin tak berapa dapat tangkap bait yang aku lafazkan tadi. Tapi aku tahu dia faham apa yang aku nak beritahu dia.

    "Aku mungkin dah lama senyap dengan kau Lis, tapi aku tak pernah lupa." satu cubitan keras merangsang atma aku. Aku terasa macam ini bukan Jaz yang aku kenal dulu. Pertuturannya berlapik sayang, sayang terhadap aku. Pertuturannya berlapik sesal, sesal sebab senyap hampir sebelas bulan. Dan sekarang, aku tak nampak Jaz yang dulu, aku nampak Jaz yang baru.

    Aku tiada respon untuk itu. Aku hanya membungkam, menundukkan wajah ke bawah.

    "Aku minta maaf, selama aku senyap dengan kau, membuatkan ujian yang Tuhan beri pada kau bertambah berat. Aku tahu, sebab aku juga diuji Lis."

    Now this is rhetoric. Dia seakan nak yakinkan aku yang selama dia senyap, dia juga menangisi setiap hari ketiadaan aku, dia juga menyesali setiap perbuatan dia, seperti dia juga mempunyai perasaan suka dan cinta pada aku. What the hell?

    "Maksud kau?" soal aku sedikit kebingungan.

    "Aku tak boleh tipu diri sendiri Lis." jantung aku berdenyut pantas. Pam darah dua kali ganda lebih laju dari biasa. "Aku masih mengambil berat tentang kau."

    Aku angkat muka, pandang tepat dua anak mata Jaz. Air mata aku mengalir spontan. Nope, it wasn't spontaneous, it was unscripted. 

    ANASYG'S FIRST MINI BLOVEL : HOME

    21 comments → Unscripted : Bahagian Pertama

    1. blovel? aaa, blog + novel ke anas? hehehe terbaik ^_^

    2. Blovel? Ayat power betui :P

    3. Citer ni abis camtu je ke? Alahai, baru nak feeling seminit. Da abis fulak. -_-

    4. blovel haha kelasss bro anas :D thumbs up! hehe.

    5. Hamboiiii.. Skjap ecah hilang.. Skrg abg nk jadi novelist pulak. Hoho best2 citer . Ecah baca kt matrik ni

    6. wahhh blovel.. hahaha... wan punya criter masih didraft dan tidak berpost sampai sekarang :(

    7. Jaz ni lelaki ke perempuan? Lis tu perempuan kan?

    8. Blovel pun boleh. Bila dah siap, baru nak baca :)

    9. @siaraElina: Yup, blog+novel :)

      @nurulSyahada: thanks adda :)

      @ismiAna: ada dua sambungan :) dah siap publish dah. jemput baca

      @zakiraAfina: tq dear. :)

      @aisyahAz: baca kat mana2 pun boleh. Dah lama menulis dah cah, ada kat Home Series dgn Violet Kuning Series :)

      @wan: mana? publishlah. nak baca gak :)

      @ibnuRamli: Jaz lelaki, Lis perempuan :)

      @Farah: ok, dah siap. hehe. :)

    10. First of all, sorry sebab baru berkesempatan nak baca blovel encik anasyg ni.(anas ke syg nak panggil ni? Heheh. Joking^^) Tu pun lepas awak leave trace pasal blovel dekat cbox kita. I love that last sentence. It was an undeniably remarkable one. Nice one anas^^ Ececey speaking pulak. Best best. Nak sambung part two pulak.


      **Ajet ajet speech pulak comment gua ni*

    11. ada bakat anas. keep going :)

    12. @aimiSyafiqah: hehe, takpe. nak panggil mana2 satu pun ok je. #ahaks. terima kasih, blogger retis puji blovel anas :)

    13. @sharifahSyahirah: terima kasih syira sudi baca :)

    14. dah baca sampai third, syok :)

    15. @nurulFarahizzatiZakaria terima kasih dear :)

    16. SWEET!!!!!!!!!!!! <3
      hehehehheeh

    17. @aqilahAzmi hehe, tq aqilah. kamu pun sweet juga.

    18. Jaz laki, Lis perempuan la kan?

      At last, dah start baca dah. Sorry for taking a long time to read this blovel :)

    19. Apakah endingnya? takkan macam tu jer..hahaah.. xD

    20. @Farah : yes Ms Farah, Jaz laki, Lis perempuan. :) Terima kasih sudi baca ye. :)

      @azwar: Ini endingnya :) blovel reverse. so boleh baca Part 2 ngan 3 :) terima kasih Azwar!

    21. @Farah : yes Ms Farah, Jaz laki, Lis perempuan. :) Terima kasih sudi baca ye. :)

      @azwar: Ini endingnya :) blovel reverse. so boleh baca Part 2 ngan 3 :) terima kasih Azwar!