• Assalamualaikum w.b.t 

    Maaf terlupa password blog *alasan tak nak kena maki. Readers semua sihat? Followers yg cantik anggun berseri? *ayat bodek jgn lari. LOL. Aku busy (ni pun alasan minx kaki) cam biasa. No really, mmg super busy. Rite on, straight to the point.

    Tiga hari aku spend time dengan kawan ketat perapat aku, Ali. Since diploma lagi, dah ditakdirkan melekat sampai dapat gelaran 3 serangkai, being Paan dh sambung degree and kitorang depart with Ali has started working in 2012, so aku kenalah berulang ke Kajang or Bangi or Serdang utk hang out. 

    21.August

    Last Thursday, aku balik Kolej nak support member perform in a theatre #projekNatrah. Teater start pukul 8 dan habis pukul 11, so aku kenalah tidur rumah Ali kat Semenyih sbb even aku boleh catch the last train KTM pukul 11, dah sampai Sg. Buloh nnt the last bas dah dashed away, kau nak aku balik rumah jalan kaki? 
    The theatre was great. Pementasan teater Natrah, klik sini utk pencerahan. (link ialah teater Natrah di Istana Budaya, boleh google tentang latar belakang Natrah) Niat awal aku nak join tengok teater sebenarnya nak hilangkan stress sbb #Uprep yg tak habis2 dari minggu lepas sampai sekarang pun tak siap lagi. Byk benda kena settle, so aku break kejap, pergi tengok teater ni. Tak mengecewakan, buatkan aku curious pasal Natrah, side stories, back stories, follow up stories, semua2nyalah. :) Tahniah Hariz. *tuan Director.
    Rite gambar semua resolution super low, upload kat instagram (search : the_roshad) elok je tengok kat phone, sekali upload kat blog, nan hado. Aku tidur rumah Ali that night, the day after, (22.August) pagi tu Ali belanja Nasi Kerabu yg sedap dan pedas, dan aku pun balik rumah tghr tu. 

    23. August

    The day after that which was on Saturday, aku keluar lagi, jumpa Ali lagi, pergi shopping sikit. Aku bertolak pun dah tengahari, sampai Kajang pukul 2 camtu, Ali jemput, terus pergi Sunway *which was my first time there, so aku membatak kejap kat situ. Dah lama plan nak pergi, asyik tak jadi je, so akhirnya aku jejakkan kaki gak kat mall ada Singa besar tu. 
    Taklah besar mana, just the main attraction was Sunway Ice *yg main ice skating tu, dgn Sunway Lagoon itself. The odd part was, tho it was Saturday, tapi tak ramai org pun kat situ. Hurm..

    Anyhoo, the main reason pergi Sunway Pyramid tu sbb Ali nak jumpa member dia *a chinese guy sbb dia ada order moon cake. Later that evening, lepas pekena Chatime ngan Auntie Anne, kitorang gerak ke Mines, Serdang. *dah muak tengok Mines lol. 
    Ali! Pandas! Lemme take a selfie wiz all zi cute Pandas
    Tapi kat situ jugaklah kitorang hang out every time, aku rasa Mines was ok, sbb aku still boleh lepak S&J, minum Chatime dkt depan S&J tu, lepak Arcade, bowling dgn Karaoke pun ok je kat situ, but one of the best was 20% off for sushi dkt Kazoku Sushi, every day after 6pm *depan Sushi King. Aku tak tau ada lagi ke tak offer tu, sbb hari tu lupa nak singgah jap, it was late weyh, aku sampai Sg Buloh dah takde bas, terpaksa call my Abah to pick me up. Balik kena bebel, haha. 

    Oh, lupa, Ali belanja makan Pizza San Francisco selepas a quite debate samada nak makan Texas Chicken or Gonzola's or Nandos. Among those three, then tetiba decided makan Pizza. It was good, harga boleh tahan, dan kitorang order ni. 

    Disebabkan kat Sunway earlier aku dah munch on a packet of chocolate sticks, so I was quite full, Ali siap bebel2 bagi tips supaya jangan fikirkan kenyang, just chew on the food. LOL, how can you still keep on eating time perut dah kenyang? Well, obviously he can do that. Oh, utk Pizza San Francisco, aku bg 3 dari 5 bintang, maybe sebab aku kenyang dan tak mengadap sangat makanan time tu, tapi it was still an okay food-serving restaurant. Korang trylah sendiri ok.
    Selasa ni my juniors time diploma dulu akan grad. Congrats in advance, dan minggu depan Khamis, pergi tengok teater lagi dekat Ampang, then hari Sabtu ada blind date :P, Ahad hang out dgn sepupu n kawan kerja Bonjour dulu, cik Diba, dan the day after that? Daftar degree! The heck? Cepatnya masa berlalu. *lari masuk bawah selimut.
    It's a three days outing worth spent time for.
    p/s: hari ni last Syawal, so dah habis raya ni baru #teamMietography release gambar Raya family aku utk tahun ni. Click here for the full 22 photos of Raya 2014 album.

    Oh, dan aku sayang korang sbb stick to this blog, nnt aku hilang sebulan plak ok. ahahah. *no really, I'll be busy with orientation week nnt, and study and 'insert random reasons here'. Terima kasih sudi baca. :) 
  • Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.

    Semalam (12.Ogos.2014) aku rasa merupakan hari dimana jantung aku nak terkeluar. Sebab? Sebab nak tunggu result UPU punya pasal. As u guys know, aku dah habis dip like two years ago, dah grad last year, and mmg tengah tunggu nak sambung Degree for this upcoming September intake. Ye-ye, mmg lambat aku masuk sambung belajar balik, sebab? Sebab rezeki kita kan rahsia Tuhan, ada Hikmahnya kenapa aku tak dapat last year and the year before punya UPU Application. Hence suggesting, yup. :) 

    One of my application was hooked this time around. So I got in. :) *Alhamdulillah

    Nak share tu je. Dapat U mana? Nnt aku dah masuk, settle in, aku bgtau. *Ahahaha. Aku mmg suka keep u guys in the dark. (bajet macam ramai orang curious pasal dia) lol.

    For this coming Sept, honeymoon aku dekat rumah ni akan berakhir, oh dan aku akan merindui katil, bilik, meja, almari baju, cermin, kipas, peti sejuk, dapur, peti sejuk, peti sejuk...makanan...*drool. Ahaha, yelah kan, nanti dah jadi student balik haruslah aku turun berat badan sebab sebelum ni keje melantak macam anak gajah kat rumah. Sampai kembang perut aku. Haha. 

    Here's a tiny mini little serious phrase for uol. Tipu aku cakap aku tak jeles tengok org lain dapat sambung degree lebih awal dari aku. Tipu aku cakap aku tak cemburu. Tapi uguys know wad? Rezeki Allah tu, Dia je yang tahu. Dia je yang rancang this and that. Jadi, korang hanya perlu tawakal selepas letakkan 100% usaha korang tu. Niatkan yang usaha korang tu untuk Dia, dan inshaAllah whatever the results will come out pun niatkan untuk Dia. It's been hard for me two years back, bila first minx UPU and my application got rejected, dan dah buat rayuan pun tak sangkut jugak. I tried for the third time last year, still I didn't get in. Tuhan je tahu macam mana frust and sedih and down aku time tu. 

    Aku pernah bebel pasal don't give up kat entry NI, so I'm just gonna use the same quote. 

    Rest if you must, but never you quit. It was one of my favorite quote dari cikgu Bahasa Inggeris time sekolah Menengah dulu. Thanks teacher :) 

    So here I am, smiling as the forth attempt finally succeeded. Syukur sangat2. My parents senyum sampai ke telinga, that wonderful feeling when you manage to make them smile. :) Oh and the funny part was, bila aku lunch lambat sikit tadi mak aku bising. "Kau tu dahlah kurus, nanti kat sana makin kurus" Oooo k, mak tak sabar nak tengok aku sambung belajar, or...dia nak aku makan banyak sebab kat sana mesti kurang makan, or both? Ahaha. You guys figure it out ok.  

    p/s : Terima kasih untuk doa kalian yang tak putus2 mendoakan untuk aku. Aku doakan agar Allah balas jasa baik korang. And of this coming September, InshaAllah, I'll be on my square one. Bismillah.
  • MUNTAHLAH KORANG ENTRY NI PANJANG SAMPAI KE SINGAPURA. *lol

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.
    Test-test. Ada orang tak ni? Hello-hello? Ok...aku tau aku berdosa hampir dua minggu senyap, sampai tak sempat ucap selamat hari raya kat korang. *I did tho. Satu kat header, satu lagi kalau aku rajin masuk blog sorang2 tinggalkan link dekat chat/shoutbox. So, wish jugaklah tu kan? kan? 

    *Still raya so nak kena buat ucapan jugak. test-test mic.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014, Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan buat semua pembaca blog Anasyg. Ini raya ke...doblas. Yes, hebat tak aku, wish raya pada raya ke doblas? Haha. *gasaklah kan. 

    Ok, proceed2. Sebab aku ni mmg pemalas tahap naudzubillah punya pemalas, aku nak compilekan aje semua cerita raya dalam satu entry, sebab kalau bersambung2, nanti korang boikot blog ni, (boikot produk Israel je ok, Anasyg ni produk Malaysia).

    Raya Pertama 

    Terasa kurang sikit meriahnya, sebab apa? Sebab family tak cukup. My Kak Farah kena kerja, on the forth day baru dia dapat cuti, alahai. Plus Angah dengan Kak Ngah including both my anak buah pun tak dapat join on the first day. (T..T) sob2. Anyhoo, it was still ok. 
    Kitorang tak dibenarkan pakai baju baru. *lol. Kitorang kena pakai baju tahun2 lepas. (except my Kak Yan yg pakai jubah biru tu) yang tu baju baru tak silap. Yang lain tu? Baju dua tahun lepas. Kenapa tak pakai baju baru? Sebab...*insert random reason here. haha. Oh, dan jangan keluarkan isu rambut panjang aku tu. Ahaha. *fliphair
    Kitorang serbu rumah Opah dekat lorong depan, dengan rumah jiran. Lepas dah pekena mee kari, rendang ayam, lemang, kuih2 raya, sampai muka aku nampak macam ketupat, then rehat2 kejap, lepas Zohor tu kitorang bertolak pergi BNO (Bagan Nakhoda Omar). Ni memang rumah2 wajib pergi setiap kali raya. Lepas Maghrib kitorang ke rumah Opah dekat Bagan Datoh pulak. Makan malam kat sana, lemang homemade pak cik aku mmg pergh, terangkat weh. Teringat lauk2 kampung masa makan malam kat sana plak. *gulp.
    *****
    Raya Kedua
    Muka excited, hujan2 redah dusun cari durian. Basah kuyup aku nak petik rambutan pakai tangan time hujan2 tu *tak amik plak gambar durian dengan rambutan yg kitorang berjaya kutip, aisyh.

    Raya kedua kitorang kat Pahang. Kitorang ni ialah tiga orang di atas, dan mak aku. Abah aku demam, so dia jaga rumah. Bagi makan kucing, arnab, ikan. Mak cakap dia takleh kena aircond kereta lama sangat, Kak Yan cakap, dia mengelat tak nak drive jauh. (=..=') macam2 hal abah aku ni. So he stays at home.

    Jengka 22 ni ialah kampung makcik belah mak. Sapa yg dah lama follow blog ni mmg familiar la dengan background tu. Ada dalam beberapa gambar yg aku pernah publish dalam blog ni. Boleh rujuk entry raya tahun2 lepas. 
    *****
    Raya Ketiga
    Still dekat Pahang lagi, semalam lepas asar kitorang bertolak ke Lanchang pulak. Ini pun rumah makcik belah mak. Sampai je dah maghrib, terus mandi, makan laksa macam biasa. *menu wajib kalau kitorang sedara mara datang rumah makcik aku ni. 

    Best part was, kitorang semua stay up dengar cerita hantu dari sepupu aku, sambil tengok Highland Tower. Pergh, meremang bulu roma. Esok pagi? Sambung meranduk hutan! Kali ni ada gambar. hehe.
    Langsat tinggi di langit ke tujuh #eh. Ko mampu nak panjat? Aku tak mampu.

    Tada! Ni sebijik kan? Kan?


    Nah berbijik2.
    *****
    Raya Keempat takde pg mana2 sebab masing2 penat, plus ada 5 family saudara datang serang rumah. Keluarga Mak Long, ada makcik belah Opah, sepupu aku sendiri, jiran lorong belakang dengan saudara jauh. Maaflah aku tak dapat nak tunjuk muka, bukan sombong, tapi sebab aku dah terbongkang dalam bilik, penat mengalahkan orang yang bertanding dalam sukan Komanwel Glasgow #eh?
    *****
    Raya Kelima


    Kitorang sengaja selfie depan rumah orang ni sebab tu pokok buah mata kucing tengah berputik.


    Kitorang pergi Padang Tembak, Perak. Ada kenduri. On the way balik tu singgah Bagan Datoh balik, sbb hari tu ada balance dua tiga rumah lagi tak sempat beraya. 
    *****
    Raya Keenam pun tak pergi mana seingat akulah, yang aku tahu, hari Sabtu nilah aku pergi gunting rambut. Sebab esoknya, Raya Ketujuh, kitorang ada family photoshoot dekat Perak. Untuk tak kecewakan korang, aku bagi satu gmbr selfie. *budak2 Instagram dah dapat cuci mata gambar ni kat IG aku. Sila2 follow kalau sudi ea, search : the_roshad. 
    Aha, inilah baju raya aku tahun ni. Feeling2 Diraja? Naa..cliche lah korang. Ni bukan Diraja, ni The Regal. Full Album macam biasa kena tunggu #teamMietography publish kat blog diorang. Tunggu k

    Tulah citer seminggu aku beraya. Taklah sakan sangat, biasa2 je. Tak meriah macam tahun lepas, sbb raya pertama tak lengkap satu keluarga. wuwu. Ok dah, tu je. Terima kasih sudi baca. :) nah duit raya. *beratur! beratur!

    p/s: tahun ni beraya tak usung dslr, so semua gambar selfie kat handphone jelah. Gmbr kampung2 ke, gmbr highway ke, gmbr salam2 ke? semua takdop. Maap na.

    Gambar bonus aku ikat rambut. Hahaha.

    Pop kuiz, ni buah apa? Aimi jgn kecam gmbr ni dh kena edit, I dh buang jerawat I. Okbai.