Melayang buku tebal yang bertulis LOGO sebagai tajuk utama tu. Entah mana buku tu mendarat. Im suak rambut. Berpeluh, panas, bahang malam sampai ke tengkuk. Dia hempaskan badan atas tilam. Sekilas menarik paparan gajet ke muka, seraya baling gajet tersebut ke lantai. Berterabur, bersepai pecah isi gajet. Roman Im langsung tak menyesal berbuat demikian. Puas hati. Gajetnya dah berhenti berdering, bergetar, menerima pesanan, dan segala macam tindak balas yg sebuah gajet boleh lakukan.
Im mendengus kasar. "Sial la! Spoil mood aku nak buat keje malam2 mcm ni"
Pintu dikuak dari luar. Syadan melangkah masuk. Terlihat kawan sebiliknya yang masam mencuka, dia hanya geleng perlahan. Kaki Syadan tersepak gajet Im yg dah terlerai satu bahagian ke satu bahagian.
"Dulu sebelum dapat pinjaman, bukan main kau ikat perut sampai tiga empat minggu nak menunggu sampai pinjaman masuk," Syadan tunduk, kutip satu2 bahagian2 gajet Im yg berterabur atas lantai. "Bila pinjaman dah masuk, laju je kau beli handphone ni. Baru guna tak sampai dua bulan dah baling buang kat lantai." Syadan sambung membebel. Dia menoleh Im yg dah duduk atas katil. "Apsal kau malam ni?" tangannya masih rancak mengutip baki 'sampah sementara itu'.
"Biar jelah situ, aku tak suruh kau kutip pun" jelas suara Im.
"So? Nak suruh sapa kutip?"
"Nanti aku kutiplah sendiri"
"Kenapa buang kalau tau nanti nak kena kutip balik?"
"Yang kau ni masuk2 je nak membebel apsal?"
Syadan letak semua bahagian handphone Im atas katil.
"Nur ke?" dua patah dari Syadan.
"Ah, sapa lagi!" bentak Im.
"Dulu time belum couple, separuh mati kau mengayat dia, tabur segala macam janji manis kata nak kekal sampai ke jinjang pelamin, nak halalkan perhubungan, nak bina masjid indah2 lah, haram jadah apa lagi ntah kau janji dengan dia."
"Kau tak faham la Dan, kau bukan pernah couple pun"
"Tapi aku ada contoh paling bagus dalam percintaan ni" Syadan duduk di katil dia. Im kerutkan kening.
"Sapa?"
"Parents aku" Im mencebik. "Orang dulu2 dia tak byk harta, so diorang syg nak buang kalau harta benda diorang rosak, diorang akan baiki sampai boleh pakai semula. Diorang jaga sampai betul2 harta benda diorang tu dah tak boleh guna lagi. Baru diorang buang. Kalau boleh jadikan benda lain utk kegunaan diorang, diorang akan recycle." panjang lebar Syadan membebel.
"Aku bukan orang dulu2, aku orang2 sekarang"
"Sebab tu satu hubungan kau pun takde yang kekal. Kau rasa masalah dalam perhubungan kau tu tak boleh dibaiki, ,kau fed up, kau dah penat nak selesaikan masalah yang sama, berulang2 kali, so kau buat keputusan yg semua org akan buat. Cari jalan keluar yang paling simple, putus"
Im suak lagi rambut panjangnya ke belakang. Kulit dia yg putih cerah dah merah padam menahan marah.
Im suak lagi rambut panjangnya ke belakang. Kulit dia yg putih cerah dah merah padam menahan marah.
"Setiap kali contact, setiap kali text or call, kitorang akan gaduh, EVERY FUCKING TIME!"
"Itu baru couple. Kalau kau betul nak jadikan dia yang halal, kau akan nampak muka dia setiap hari dekat rumah. Setiap pagi, setiap tengahari, setiap malam, setiap hari. Every, fucking, time." Syadan sengih memerli Im kembali.
"Aku stress, assignment aku lagi, program fakulti, program pusat lagi, byk keje aku kena handle,, aku busy gila. Kau pun tahu kan. Mana nak layan dia lagi..." Im belek bahagian2 gajetnya yang dah berserakan atas katil. "Dia tak pernah ke nak faham? Susah sangat ke nak faham?"
"Busy ialah perkataan paling bangang utk korang gaduhkan dalam perhubungan." Im pandang Syadan yang menjadi kembali serius. "Dia pun student kan?" soal Syadan pendek, Im angguk. "Basically as a student kau pun tahu dia pun ada kelas kan?" belum sempat Im balas, Syadan sambung. "Kau tau dia ada program kat Uni dia? Kau tau dia ada whatever keje yg dia kena handle? Program fak ke? Program pusat ke? Kau tau keje2 dia yg dia kena siapkan sebelum due, tests? quizzes? assignments?"
Bilik 614 itu menjadi senyap sekejap. Im bernafas berat. Syadan hanya memandang kawan sebiliknya dengan pandangan polos.
"Siapa yg kerap mesej kau? Yang selalu bagi wish good morning la, jangan lupa lunch la, good night, segala jenis selamat lah, siapa?" Syadan tahu jawapannya. Im tak balas. Seakan tertunduk dengan kesalahannya yang ditebar besar oleh Syadan. "Siapa yg selalu start texting dulu. Kau atau dia?" Syadan sedikit tegas.
Kali ni hanya mulut Im yang menggerakkan perkataan 'Nur'. Im tersedar-ngadah. Dia betulkan kembali satu bahagian ke satu bahagian gajetnya. Selepas semuanya kembali bercantum, Im hidupkan gajetnya. Nasib baik masih berfungsi. Ditenung lama gajetnya sebelum memandang Syadan.
"Dan...so sekarang? Kau nak sedarkan aku yg ni semua salah aku jugak?" Im seakan masih tidak mengalah. Syadan berdiri tegak di depan Im. Terdongak Im melihat kawannya itu.
"Itu bukan salah kau, tapi ego kaula bodoh."
Im tertelan lidah sendiri.
Inspirasi cerpen Kopi O Break Up karya Faiz Abidin
Inspirasi cerpen Kopi O Break Up karya Faiz Abidin
4 comments → E Ji Oh
Lelaki ni memang, selalu suruh pmpn text dulu ish. Hahaha sejenis tak puashati
Thumbs up ..
@nadratulSyazwana: maybe sebab perempuan tak sabar, lelaki tu nak mesej dah, tapi perempuan tu yang mesej dulu, so, end up dia jd yg first text laki tu. haha
@kimChaa: thanks :)
Post a Comment