• Jet angkat sedikit kepala ke arah Ros. Kemudian Ros unjurkan kaki ke depan, dan dia TERAPUNG!

    “Bob…”

    “SIAPA?! SIAPA KORANG NI?” Menggeletar lutut aku bila tengok Ros terapung depan aku, tapi roman dia masih tak berubah. 

    “Ros dengan Jet muncul dari panggilan nubari Bob.” Aku tertelan lidah sendiri. “Kenapa Bob naik atas bangunan ni?”

    “Terang lagi bersuluh kau nak terjun bangunan kan?”

    Aku tak mampu nak balas pertanyaan Ros dan Jet. 

    “Bila Bob naik atas bangunan ni dengan niat nak terjun, sebenarnya Jet dah lama keluar dari nubari Bob, tapi bila Bob tengok pemandangan yang cantik, niat Bob terbantut dan Bob terasa nyaman, tika tu, Ros pulak keluar dari nubari Bob”

    Angin semakin kuat. Aku hampir hilang keseimbangan.

    “Korang tak wujud, korang cuma bayangan, korang ni setan yang nak menghasut aku untuk terjun!”

    “Tiada siapa yang menghasut sesiapa di sini. Kami muncul dari nubari Bob, itu sahaja.”

    “Kami hanya mainkan peranan kami. Ros on the good side, dan aku.”

    “BOB.” suara Ros meninggi. “Walau apa pun yang Bob fikirkan sekarang, jangan teruskan niat tu.”

    “Apa yang korang merepek ni?”

    “You have two choices here Bob. You have Ros, and you have me. You have your fear, and the solution. We’re both animals to you. The difference is, who do you feed?”

    AAAARRRRGGGGHHHH!!!!

    Satu suara jeritan nyaring memecah perbualan kami bertiga.

    Mata aku tercari-cari punca suara jeritan nyaring tadi. Ros dah tutup mulut tapi Jet tarik nafas kepuasan. Kedua mereka memandang aku. Ros dengan penuh penyesalan, seakan sedih, tapi lebih kepada kecewa dan Jet datang mendekati aku, tepuk belakang aku dan tersenyum puas. Dia kemudian bertukar warna kehitaman dan satu portal besar muncul di hadapan dia. Tangan kanan dia lunjurkan kedepan dan sebatang tongkat serampang tiga muncul dalam genggamannya kemas. Dia kemudian suakan tangannya ke depan menjemput aku berjalan dahulu. 

    “Bob…” suara Ros perlahan. Aku masih keliru. Permainan apa yang mereka mainkan dihadapan aku? Mata aku yang melilau akhirnya tertancap ke arah bawah bangunan. Dan mata aku terbuntang luas. Aku nampak jasad aku yang maha besar terbaring, terbujur kaku atas jalan raya dengan baju kemeja aku penuh darah kesan dari luka besar di kepala aku yang terhentak atas jalan tar, tulang siku aku terkeluar dari tangan dan kaki aku terlipat ke atas. Aku terjatuh, ngilu melihat badan sendiri atas jalan raya. Bila masa aku terjun? Bila masa aku lompat? Aku lihat keadaan diri aku sekarang, aku dah mati? Jadi aku sekarang apa? Roh? Melihat jasad sendiri yang sudah tidak bertakung nyawa? 

    Ros bertukar keputihan, satu badan dia putih dan sepasang sayap indah muncul dari belakang badan dia. Masih menggeleng dan menekup muka, aku nampak dua tiga butir air mata dia jatuh berlinangan. Jet masih setia menunggu aku untuk bertapak masuk ke dalam portal yang baru muncul di hadapan kami. 

    “Aku akan dibawa ke neraka?”

    “You’ve made your choice. You gotta go” suara Jet berubah sedikit garau, tapi senyuman dia yang tadi sudah berubah sedikit menggerunkan dan menakutkan, aku boleh nampak gigi taring dia tersembul keluar dari mulut. Jet menyua tangannya ke depan. Selangkah aku angkat kaki ke depan, aku tidak lagi jatuh ke daratan kerana graviti, aku akan terapung kerana aku pun sudah meninggal dunia, dan sekarang aku dalam payungan keliru kenapa aku dapat melihat Ros, Jet dan diri aku sendiri terjun dari bangunan empat tingkat ni. 

    Saintis - Selesai

    AUTHOR’S NOTE: Saintis masih belum menemui jawapan kepada penyakit paling merbahaya di atas muka bumi ini. Mereka hanya berjaya mencipta pil dan kapsul untuk mengurangkan penyakit tersebut dari berlanjutan. Jika anda mengenali mangsa dari kalangan rakan2 anda yang mengalami depresi, berikan sokongan kepada mereka sepenuhnya. Depresi membunuh dari dalam dengan senyap.
  • Ros sedang berdiri atas tembok depangkan kedua tangan dan muka dia pandang aku.

    “HEY! TURUN!” aku cuba capai kaki Ros tapi dia ringan macam angin, laju berlari atas tembok ke penjuru bangunan.

    “Jomlah, join” Ros separuh menunduk. Tangan aku dah berpeluh sebab kalau dia tergelincir atau tersilap langkah memang dia akan wasalamu mati katak kat jalan bawah tu.

    “ROS! TURUN!”

    “NO!” Ros peluk tubuh, dan tubuh dia sendiri terhuyung hayang dek angin kuat dekat atas bangunan. Makin kuat tapak tangan aku berpeluh. “BOB NAIK.” Satu arahan dari Ros.

    “ROS TURUN!”

    “BOB NAIK!” Aku masih seriau dengan ketinggian pusat kesihatan empat tingkat tu, tapi lagi seriau tengok Ros yang bila2 masa boleh hilang keseimbangan dan jatuh.

    “Kalau Bob tak nak naik, Ros terjun” meremang bulu roma aku bila Ros lunjurkan satu kaki ke udara dan hanya bertapak dengan satu kaki atas tembok tu. Aku angguk laju2.

    “OK-OK Bob naik.” Aku sendiri tak percaya apa yang aku buat, dengan badan besar gedabak macam ni, aku panjat tembok yang memisahkan daratan dan udara, dan aku sedang melutut tutup mata rapat2 ketakutan. Aku tak berani bukak mata.

    “Cepatlah berdiri sama Ros” Aku bukak mata kanan secara paksa. Ros tolong topang badan aku. Aku tak percaya aku berdiri sama dengan Ros atas tembok tu. Angin malam tu dah terjah muka aku hidup2. Pening kepala sebab ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, dibuai angin.

    “Berdiri betul2, pegang Ros” dan dalam kekalutan tu, aku pegang erat badan Ros. Dia pulak macam merelakan. Sampai aku terdengar satu suara lain.

    “Ehem, sedap berpelukan?” Aku toleh laju2, hampir hilang keseimbangan, ada seorang lelaki serba merah saga berdiri memandang kami berdua. Ok, kalau Ros serba merah jambu, lelaki ni serba merah, bukan sekadar merah biasa, tapi merah yang metalik tu, aku pun tak tau betul ke orang diorang berdua ni. Sorang merah jambu, sorang merah saga. Pelik betul.

    “Orang nak lepak dengan Bob, dia pun nak sibuk.” Aku terpana sekejap, Ros kenal mamat merah saga?

    “Kasi chance lah.” Mamat tu berdiri mendekati kitorang. Dia sua tangan. “Jet” suara dia sepatah. Mungkin nama dia kut. Aku sambut tangan Jet.

    “Bob”

    “Aku tau nama kau” Jet potong pengenalan aku. “In fact, aku tahu semua tentang kau.” Aku terpempan.

    “Mana kau tau?”

    “Funny part is that, Ros pun tahu semua tentang kau” sambung Jet lagi.

    Aku pandang Ros. Ros hanya buntangkan mata, angkat dua bahu dan geleng kepala. Aku tak perasan yang aku dah lepaskan pelukan aku. Bila aku toleh ke belakang dan angin atas bangunan tampar muka aku, baru aku berbalik ke dunia nyata yang aku dah panjat tembok bangunan empat tingkat tu. Terus aku seimbangkan badan.

    “Siapa korang berdua?”

    “Aku Jet, dan dia Ros”

    “Macam mana korang boleh kenal aku?” Diorang tak jawab pertanyaan aku.

    “Apa kau buat kat atas ni Bob?” soal Jet.

    “Jet…” suara Ros perlahan seakan menegah.

    “Suka hati akulah, takde kena mengena dengan kau”

    “Kau yakin yang kitorang berdua takde kena mengena dengan kau?” Aku pandang Ros sekali lagi.

    “Apa sia? Sapa korang berdua ni? Ha? Malaikat maut? Angel and Devil?” Jet angkat sedikit kepala ke arah Ros. Kemudian Ros unjurkan kaki ke depan, dan dia TERAPUNG!

    Saintis : Bahagian 3 Tamat
  • Aku baru jumpa pintu kecemasan ke satu tangga rahsia. Tangga ke bahagian bumbung bangunan kesihatan ni. Daki tangga dah mengah, aku kuak pintu dan aku dapat lihat keindahan ciptaan Tuhan. Langit biru luas terbentang, ada kepul2 awan, cantik dia sampai aku yang mengah ni boleh hilang lelah. Aku tutup pintu dan sendal dengan satu meja lama, Jenuh jugaklah aku tarik meja tu sebab jauh dari pintu. Aku tak nak ada orang ganggu aku. Aku nak bersendirian. 

    Aku pasungkan kaki ke lantai dan aku topang badan dengan dua tangan dekat tembok betul2 menghadap ke jalan raya di depan bangunan. Kalau aku salah langkah, memang naya badan aku berkecai berjumpa jalan tar. Tapi jangan risau, aku masih waras.

    Aku keluarkan telefon bimbit, pasang lagu kegemaran aku dan letakkan di atas tembok. Aku humming lagu tu sampai aku pun tak sedar ada kapal terbang lewat atas kepala aku, dua buah ambulans baru keluar dari pusat kesihatan. Mesti ada orang nak mati. Ironi. Benda biasa, dah sakit, dah nak mati baru nak ingat jaga kesihatan, dah sakit, dah nak mati baru nak ingat Tuhan, baru nak ingat ada doktor, nurse, dan pembantu makmal macam aku ni ada untuk jaga diorang. 

    Diorang ingat aku dah takde kerja lain agaknya nak menghadap muka sakit diorang. Nak kena dengar diorang membebel, mengadu, mengerang sakit, tapi bila aku ni? Aku yang sakit? Ada siapa nak dengar? Dengar la diri sendiri sakit. Dengarlah diri sendiri terpekik melolong panggil Tuhan. Aish, menyimpang dah fikiran aku. Aku nak tenangkan fikiran kat atas ni. Aku tarik nafas. Dalam2 dan bukak mata. 

    “Hai Bob” satu suara sebelah kiri aku. Ada satu susuk perempuan serba merah jambu. Rambut, tangan, kaki, bibir, semua merah jambu. Baju, kasut, semua merah jambu. Aku terpinga sekejap. Aku tengok belakang, pintu yang aku sandal dengan meja tadi masih tak berkuak-berusik. Macam mana dia boleh masuk tempat ni? Macam mana dia boleh tiba2 muncul sebelah aku?

    “Janganlah terkejut sangat”

    “Awak siapa?”

    “Saya Ros” dia tak berjabat tangan pun dengan aku. Dia pandang ke depan. 

    “Bob buat apa kat atas ni?”

    Aku berdiri mengadap Ros. 

    “Ros?” masih menatap muka dia yang serba merah jambu tu.

    “Macam nampak hantu.”

    “Macam mana Ros masuk sini?”

    “Ea-eh, dia yang kacau tempat lepak kita, dia kata kita pulak yang masuk sini. Macam mana Bob boleh masuk sini?”

    “Macam mana Ros boleh tau nama saya?” Ros tuding jari ke tag nama kemas berpin di poket kemeja aku. Aku terlongo. 

    “First time datang sini?” soal Ros seperti dah lama berbual dengan aku. Aku angguk takut2. Masih tertanya2 macam mana dia boleh ada dekat atas bumbung ni sedangkan aku dah sandal pintu dengan meja yang agak berat tu, kalau dia tolak dari dalam, mesti aku akan dengar cubaan dia mengalihkan meja tu, tapi tadi masa aku masuk sini pun, memang jelas takde seorang manusia pun dekat sini. 

    “Cantik kan.” Ros tebarkan tangan dia. Dia alihkan pandangan kalut aku tadi kepada suasana hiruk pikuk orang bandar yang dah beransur nak pulang ke rumah. Dari pandangan yang cerah tadi dah semakin malam, ungu, merah, oren merona jadi satu tona yang dipanggil senja. Eh? Lama sangat ke aku dekat sini sampai dah senja pun aku tak perasan. Aku periksa jam dekat handphone, dah menginjak 7.15pm dan bila aku pandang depan, Ros sedang berdiri atas tembok depangkan kedua tangan dan muka dia pandang aku.

    Saintis : Bahagian 2 Tamat
  • Ada lah sikit2 hujan rintik tu kena muka aku. Rasa macam kena sembur dengan air paip masa mandi lepas main hujan zaman kecik2 dulu. Kalau hujan lebat je, aku dengan adik akan keluar rumah, hiraukan guruh, kilat, petir sabung menyabung, redah je hujan lebat, dan tenggelam dalam air hujan yang mencurah-curah habis lencun satu badan. Kau bagilah tak kira hujan pagi, tengahari, petang, maghrib, waima tengah malam, aku dan adik akan ambil peluang tu untuk sama2 merasai nikmat mandi hujan. Dan kesannya?

    HOI! BERTUAH PUNYA ANAK! 

    Oh, tu suara Mak Chu, dia punya tengking lagi hebat dari halilintar, dia punya marah lagi kuat dari kilat, sekali dia hayun rotan lagi laju dari ribut lagi sakit dari kena panah petir. Pedih berbirat kena rotan? Haha tak payah la aku tulis dekat sini. 

    Mak Chu jaga aku dengan adik dari kecil selepas mak dengan ayah tinggalkan kitorang. Yup, tinggalkan. Bukan meninggal dunia, bukan accident ke, apa ke, tak, diorang tinggalkan kitorang dekat Mak Chu sebab diorang tak mampu nak jaga kitorang berdua. Nak cakap aku anak manja lebih2 tak jugak, cuma cukup makan paling tidak tiga kali sehari pun dah memadai. Daaaan aku pun dah lupa macam mana diorang tinggalkan kitorang dekat Mak Chu. 

    Nasib ada Mak Chu, walaupun garang tapi dia jugaklah yang besarkan kitorang sampai jadi manusia. Mak Chu cakap, jangan simpan dendam dekat mak ayah sebab diorang ada alasan sendiri kenapa diorang tak nak jaga kitorang. Tapi itu cerita tiga puluh tahun lepas. Sekarang aku pun dah kerja, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, cuma belum kahwin je. Adik aku dah kahwin. Dengan lelaki hensem kaya berkerjaya. Ha eloklah tu, harapnya laki tu jaga dia elok2 dan tak tinggalkan anak dia nanti. Tapi adik takde anak lagi so, aku tak perlu risau bahagian tu. 

    Aku kerja pembantu makmal. Bukan doktor bukan jururawat, tapi pembantu makmal, dekat Institusi Penyelidikan Perubatan, gaji lumayan kerja stress tu biasalah, tapi aku tak gembira. Sebab setiap hari orang akan pandang serong dekat aku, sebab fizikal aku besar. 

    Tinggi aku 172cm dan berat aku 114kg. Tinggi dan berat. Tinggi dan gemuk. Semua orang akan terpana tengok aku pandu kereta mewah aku, tapi bila aku keluar dari perut kereta dengan perut aku ke depan, semua orang pandang aku macam aku seekor babi yang pandai memandu kereta. 

    Di penghujung hari, aku akan rasa kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku gemuk. Kenapa aku besar. Kenapa orang pandang aku serong? Pernah aku bercita-cita nak kuruskan badan, mulakan plan diet dengan rutin senaman ringan, tapi bila aku start berjogging tak sampai lima minit aku dah mengah, tak boleh bernafas, sampai muka aku kebiruan sebab tercungap tak cukup nafas. Dah macam kena asma, balik kena cari nebulizer. Tapi aku takde asma pun. Cuma malam kalau tidur, aku akan berdengkur yang maha kuat. 

    Aku baru jumpa pintu kecemasan ke satu tangga rahsia. Tangga ke bahagian bumbung bangunan kesihatan ni. Daki tangga dah mengah, aku kuak pintu dan...

    Saintis : Bahagian 1 Tamat