-
Yes yes I know...u guys missed me. #erk perasan gila.Assalamualaikum w.b.t dan salam Highlanders. tiba.. Korang nak aku bermadah-helah ke..or nak aku straight to the point? Xyah jawab, mmg aku akan straight to the point je. (lol baik xyah tanya). So here I listed out top 30 FAQ by any freshies kat UKM. Kalau korang juga ialah freshie UKM, Kampus Bangi yg daftar on 1/09/2014 lepas, jgn lupa komen ur Instagram's profile at the comment section, nnt ai promise ai follow u, pastu kita lepak Pusanika and selfie2 sampai muntah. Boleh?
Xyah bebel banyak2, here are the questions.
1. Salam, nama siapa?
Wasalam, panggil Anas je.
2. Oh, amik course apa?Pengajian Bahasa Inggeris. *and this will lead to this question.Oh, TESL ea?Tak, TESL tu jadi cikgu, ni pengajian Bahasa Inggeris je. *lap peluh3. Fakulti mana tu ea?FSSK. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.4. Asal mana?Sini je, kat Kuala Selangor.5. Duk kolej mana?Ibrahim Yaakub. :)6. Kalau sama then, soalan ni : Duk bilik mana?Tingkat 3.Tapi kalau tak sama kolej, then skip the question.7. Sebelum ni amik apa?Diploma.8. Oh! Ok..so sekarang umur berapa?*senyum tiga saat. 23 :)9. Dip kat mana dulu?KUIS, dekat je. Belakang ni. *sambil tangan mengunjur ke belakang. (bajet KUIS mmg betul2 belakang UKM)10. KUIS tu apa?Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Soalan2 berkaitan UKM11. Nak bayar yuran kat mana?Jabatan Bendahari/Bursary dekat bangunan Canselori.12. Kat mana ada kedai gunting rambut ea?Kat Pusanika ada.13. Bas mana yang pergi KTM?Bas Zon 6.14. Berapa banyak buku boleh pinjam kat PTSL?Maksimum 7 buah.15. Panggung Seni kat mana?Bontot DECTAR. lol16. Stadium kat mana?Depan Kolej Rahim Kajai.17. Perpustakaan Lingkungan Kedua kat mana?Jauh gila nun jalan ke Kolej Pendeta Za'ba. Bangunan tunggal dekat tepi bukit.18. Bahagian Pengurusan Akademik kat mana?BPA dgn Perpustakaan Lingkungan Kedua gabung dalam satu bangunan.19. Bang, bilik Tutorial/dewan kuliah ni kat mana ea?ENTAH, sbb aku pun freshie.20. Macam mana nak log in ifolio dgn smp-web?*yang rajin akan tunjuk satu2. yg pemalas akan bgtau basic steps je.Soalan yang tak berapa nak ada kaitan dgn UKM, tapi still ada jugak la kena mengena.21. Weh, ada fb/insta/twitter? Nak profile.Fb aku ialah Anas Haji Ahmad. Instagram aku ialah the_roshad dan aku takde twitter. :)22. Kelas kau pack tak?As compared to my first sem during dip, aku rasa kelas aku sem ni agak loose.23. Kau dah daftar CITRA? *F U Citra. (=..=')Yes, jawapan dia ialah, F U Citra.24. Berapa jam kredit kau sem ni?Sepatutnya kena daftar 19 jam, but I only manage to get 16 hours sbb ada satu kelas tu, I was advised to drop it.25. Kafe kolej kau murah tak? Sedap tak?Biasa je, harga ok, dan sedap pun boleh tahan.26. Join kelab/persatuan mana?Join kelab2 dalam kolej je buat masa sekarang. *atas alasan mengejar Merit, ahaks. One being, Kelab Kebudayaan (Elektra) and the other one is M.I.H (Malam Integrasi Highlanders) *dinner committee.Top three most common greetings.27. Nak pergi kelas? Ada kelas ke? Baru balik kelas?Ye, ada kelas, tak, kelas cancel. *depends. Answers are subject to change according to situation :)28. Dah makan dah?Depends. Dah dan belum, otw dan apa salahnya kalau kau belanja aku. *gitu.29. Esok kelas kau pukul berapa?Kelas aku paling awal ialah at 10am. I refuse to attend any 8am class. SekianAnd here's number one favorite asked question.30. Nak nombor...ya know, for...*insert reasons. Haha.017... naa, korang nak buat apa ngan nombor aku? hehe.*****Aku tau aku kekwat ngan korang sebab tak update for a month over, dan tak jawab pun pertanyaan gila ramai orang tanya masa aku post Square One, baik kat blog sendiri, or Whatsapp or Fb. Actually, ada this one blogger yg komen dia jawab dah betul dah, yes guys and girls, aku dapat masuk UKM :) Alhamdulillah.I advised you guys utk follow my IG, since aku diserang penyakit Naudzubillah-busynya-kau-Anas *kelas tak nama penyakit tu? So aku akan sangat2 jarang update blog, ni pun sbb balik umah, since aku tak bawak laptop kat kolej, tho their line sangatlah superb. (=..='). September langsung tak update apa2.Sorry cause keeping u guys in the dark for so long. Tho, sapa yg follow/friend my IG/Fb dah tau lama dah bout this, sbb sekarang apa2 hal mmg aku update kat IG je. Clear k :)Di kesempatan ni nak jugak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha utk semua umat Islam di Malaysia. Makan daging tu beragak sikit, lagi2 daging kambing, nanti panas badan, pening2, pastu fly kelas hari Selasa. LOL.Thanks sbb masih sudi sabar dgn perangai hilang-muncul aku ni. Love ya guys.
p/s: tajuk dah tak boleh panjang lagi? hahaha. -
Assalamualaikum w.b.tMaaf terlupa password blog *alasan tak nak kena maki. Readers semua sihat? Followers yg cantik anggun berseri? *ayat bodek jgn lari. LOL. Aku busy (ni pun alasan minx kaki) cam biasa. No really, mmg super busy. Rite on, straight to the point.Tiga hari aku spend time dengan kawan ketat perapat aku, Ali. Since diploma lagi, dah ditakdirkan melekat sampai dapat gelaran 3 serangkai, being Paan dh sambung degree and kitorang depart with Ali has started working in 2012, so aku kenalah berulang ke Kajang or Bangi or Serdang utk hang out.
21.August
Last Thursday, aku balik Kolej nak support member perform in a theatre #projekNatrah. Teater start pukul 8 dan habis pukul 11, so aku kenalah tidur rumah Ali kat Semenyih sbb even aku boleh catch the last train KTM pukul 11, dah sampai Sg. Buloh nnt the last bas dah dashed away, kau nak aku balik rumah jalan kaki?The theatre was great. Pementasan teater Natrah, klik sini utk pencerahan. (link ialah teater Natrah di Istana Budaya, boleh google tentang latar belakang Natrah) Niat awal aku nak join tengok teater sebenarnya nak hilangkan stress sbb #Uprep yg tak habis2 dari minggu lepas sampai sekarang pun tak siap lagi. Byk benda kena settle, so aku break kejap, pergi tengok teater ni. Tak mengecewakan, buatkan aku curious pasal Natrah, side stories, back stories, follow up stories, semua2nyalah. :) Tahniah Hariz. *tuan Director.
Rite gambar semua resolution super low, upload kat instagram (search : the_roshad) elok je tengok kat phone, sekali upload kat blog, nan hado. Aku tidur rumah Ali that night, the day after, (22.August) pagi tu Ali belanja Nasi Kerabu yg sedap dan pedas, dan aku pun balik rumah tghr tu.
23. August
The day after that which was on Saturday, aku keluar lagi, jumpa Ali lagi, pergi shopping sikit. Aku bertolak pun dah tengahari, sampai Kajang pukul 2 camtu, Ali jemput, terus pergi Sunway *which was my first time there, so aku membatak kejap kat situ. Dah lama plan nak pergi, asyik tak jadi je, so akhirnya aku jejakkan kaki gak kat mall ada Singa besar tu.Taklah besar mana, just the main attraction was Sunway Ice *yg main ice skating tu, dgn Sunway Lagoon itself. The odd part was, tho it was Saturday, tapi tak ramai org pun kat situ. Hurm..Anyhoo, the main reason pergi Sunway Pyramid tu sbb Ali nak jumpa member dia *a chinese guy sbb dia ada order moon cake. Later that evening, lepas pekena Chatime ngan Auntie Anne, kitorang gerak ke Mines, Serdang. *dah muak tengok Mines lol.Tapi kat situ jugaklah kitorang hang out every time, aku rasa Mines was ok, sbb aku still boleh lepak S&J, minum Chatime dkt depan S&J tu, lepak Arcade, bowling dgn Karaoke pun ok je kat situ, but one of the best was 20% off for sushi dkt Kazoku Sushi, every day after 6pm *depan Sushi King. Aku tak tau ada lagi ke tak offer tu, sbb hari tu lupa nak singgah jap, it was late weyh, aku sampai Sg Buloh dah takde bas, terpaksa call my Abah to pick me up. Balik kena bebel, haha.Oh, lupa, Ali belanja makan Pizza San Francisco selepas a quite debate samada nak makan Texas Chicken or Gonzola's or Nandos. Among those three, then tetiba decided makan Pizza. It was good, harga boleh tahan, dan kitorang order ni.Disebabkan kat Sunway earlier aku dah munch on a packet of chocolate sticks, so I was quite full, Ali siap bebel2 bagi tips supaya jangan fikirkan kenyang, just chew on the food. LOL, how can you still keep on eating time perut dah kenyang? Well, obviously he can do that. Oh, utk Pizza San Francisco, aku bg 3 dari 5 bintang, maybe sebab aku kenyang dan tak mengadap sangat makanan time tu, tapi it was still an okay food-serving restaurant. Korang trylah sendiri ok.
Selasa ni my juniors time diploma dulu akan grad. Congrats in advance, dan minggu depan Khamis, pergi tengok teater lagi dekat Ampang, then hari Sabtu ada blind date :P, Ahad hang out dgn sepupu n kawan kerja Bonjour dulu, cik Diba, dan the day after that? Daftar degree! The heck? Cepatnya masa berlalu. *lari masuk bawah selimut.
p/s: hari ni last Syawal, so dah habis raya ni baru #teamMietography release gambar Raya family aku utk tahun ni. Click here for the full 22 photos of Raya 2014 album.
It's a three days outing worth spent time for.
Oh, dan aku sayang korang sbb stick to this blog, nnt aku hilang sebulan plak ok. ahahah. *no really, I'll be busy with orientation week nnt, and study and 'insert random reasons here'. Terima kasih sudi baca. :) -
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.Semalam (12.Ogos.2014) aku rasa merupakan hari dimana jantung aku nak terkeluar. Sebab? Sebab nak tunggu result UPU punya pasal. As u guys know, aku dah habis dip like two years ago, dah grad last year, and mmg tengah tunggu nak sambung Degree for this upcoming September intake. Ye-ye, mmg lambat aku masuk sambung belajar balik, sebab? Sebab rezeki kita kan rahsia Tuhan, ada Hikmahnya kenapa aku tak dapat last year and the year before punya UPU Application. Hence suggesting, yup. :)One of my application was hooked this time around. So I got in. :) *AlhamdulillahNak share tu je. Dapat U mana? Nnt aku dah masuk, settle in, aku bgtau. *Ahahaha. Aku mmg suka keep u guys in the dark. (bajet macam ramai orang curious pasal dia) lol.For this coming Sept, honeymoon aku dekat rumah ni akan berakhir, oh dan aku akan merindui katil, bilik, meja, almari baju, cermin, kipas, peti sejuk, dapur, peti sejuk, peti sejuk...makanan...*drool. Ahaha, yelah kan, nanti dah jadi student balik haruslah aku turun berat badan sebab sebelum ni keje melantak macam anak gajah kat rumah. Sampai kembang perut aku. Haha.Here's a tiny mini little serious phrase for uol. Tipu aku cakap aku tak jeles tengok org lain dapat sambung degree lebih awal dari aku. Tipu aku cakap aku tak cemburu. Tapi uguys know wad? Rezeki Allah tu, Dia je yang tahu. Dia je yang rancang this and that. Jadi, korang hanya perlu tawakal selepas letakkan 100% usaha korang tu. Niatkan yang usaha korang tu untuk Dia, dan inshaAllah whatever the results will come out pun niatkan untuk Dia. It's been hard for me two years back, bila first minx UPU and my application got rejected, dan dah buat rayuan pun tak sangkut jugak. I tried for the third time last year, still I didn't get in. Tuhan je tahu macam mana frust and sedih and down aku time tu.Aku pernah bebel pasal don't give up kat entry NI, so I'm just gonna use the same quote.Rest if you must, but never you quit. It was one of my favorite quote dari cikgu Bahasa Inggeris time sekolah Menengah dulu. Thanks teacher :)So here I am, smiling as the forth attempt finally succeeded. Syukur sangat2. My parents senyum sampai ke telinga, that wonderful feeling when you manage to make them smile. :) Oh and the funny part was, bila aku lunch lambat sikit tadi mak aku bising. "Kau tu dahlah kurus, nanti kat sana makin kurus" Oooo k, mak tak sabar nak tengok aku sambung belajar, or...dia nak aku makan banyak sebab kat sana mesti kurang makan, or both? Ahaha. You guys figure it out ok.p/s : Terima kasih untuk doa kalian yang tak putus2 mendoakan untuk aku. Aku doakan agar Allah balas jasa baik korang. And of this coming September, InshaAllah, I'll be on my square one. Bismillah.
-
MUNTAHLAH KORANG ENTRY NI PANJANG SAMPAI KE SINGAPURA. *lol
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.Test-test. Ada orang tak ni? Hello-hello? Ok...aku tau aku berdosa hampir dua minggu senyap, sampai tak sempat ucap selamat hari raya kat korang. *I did tho. Satu kat header, satu lagi kalau aku rajin masuk blog sorang2 tinggalkan link dekat chat/shoutbox. So, wish jugaklah tu kan? kan?*Still raya so nak kena buat ucapan jugak. test-test mic.Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014, Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan buat semua pembaca blog Anasyg. Ini raya ke...doblas. Yes, hebat tak aku, wish raya pada raya ke doblas? Haha. *gasaklah kan.Ok, proceed2. Sebab aku ni mmg pemalas tahap naudzubillah punya pemalas, aku nak compilekan aje semua cerita raya dalam satu entry, sebab kalau bersambung2, nanti korang boikot blog ni, (boikot produk Israel je ok, Anasyg ni produk Malaysia).Raya PertamaTerasa kurang sikit meriahnya, sebab apa? Sebab family tak cukup. My Kak Farah kena kerja, on the forth day baru dia dapat cuti, alahai. Plus Angah dengan Kak Ngah including both my anak buah pun tak dapat join on the first day. (T..T) sob2. Anyhoo, it was still ok.
Kitorang tak dibenarkan pakai baju baru. *lol. Kitorang kena pakai baju tahun2 lepas. (except my Kak Yan yg pakai jubah biru tu) yang tu baju baru tak silap. Yang lain tu? Baju dua tahun lepas. Kenapa tak pakai baju baru? Sebab...*insert random reason here. haha. Oh, dan jangan keluarkan isu rambut panjang aku tu. Ahaha. *fliphair
Kitorang serbu rumah Opah dekat lorong depan, dengan rumah jiran. Lepas dah pekena mee kari, rendang ayam, lemang, kuih2 raya, sampai muka aku nampak macam ketupat, then rehat2 kejap, lepas Zohor tu kitorang bertolak pergi BNO (Bagan Nakhoda Omar). Ni memang rumah2 wajib pergi setiap kali raya. Lepas Maghrib kitorang ke rumah Opah dekat Bagan Datoh pulak. Makan malam kat sana, lemang homemade pak cik aku mmg pergh, terangkat weh. Teringat lauk2 kampung masa makan malam kat sana plak. *gulp.*****Raya Kedua
Muka excited, hujan2 redah dusun cari durian. Basah kuyup aku nak petik rambutan pakai tangan time hujan2 tu *tak amik plak gambar durian dengan rambutan yg kitorang berjaya kutip, aisyh.Raya kedua kitorang kat Pahang. Kitorang ni ialah tiga orang di atas, dan mak aku. Abah aku demam, so dia jaga rumah. Bagi makan kucing, arnab, ikan. Mak cakap dia takleh kena aircond kereta lama sangat, Kak Yan cakap, dia mengelat tak nak drive jauh. (=..=') macam2 hal abah aku ni. So he stays at home.Jengka 22 ni ialah kampung makcik belah mak. Sapa yg dah lama follow blog ni mmg familiar la dengan background tu. Ada dalam beberapa gambar yg aku pernah publish dalam blog ni. Boleh rujuk entry raya tahun2 lepas.*****Raya Ketiga
Still dekat Pahang lagi, semalam lepas asar kitorang bertolak ke Lanchang pulak. Ini pun rumah makcik belah mak. Sampai je dah maghrib, terus mandi, makan laksa macam biasa. *menu wajib kalau kitorang sedara mara datang rumah makcik aku ni.Best part was, kitorang semua stay up dengar cerita hantu dari sepupu aku, sambil tengok Highland Tower. Pergh, meremang bulu roma. Esok pagi? Sambung meranduk hutan! Kali ni ada gambar. hehe.
Langsat tinggi di langit ke tujuh #eh. Ko mampu nak panjat? Aku tak mampu.

Tada! Ni sebijik kan? Kan?


Nah berbijik2.*****Raya Keempat takde pg mana2 sebab masing2 penat, plus ada 5 family saudara datang serang rumah. Keluarga Mak Long, ada makcik belah Opah, sepupu aku sendiri, jiran lorong belakang dengan saudara jauh. Maaflah aku tak dapat nak tunjuk muka, bukan sombong, tapi sebab aku dah terbongkang dalam bilik, penat mengalahkan orang yang bertanding dalam sukan Komanwel Glasgow #eh?*****Raya Kelima
Kitorang sengaja selfie depan rumah orang ni sebab tu pokok buah mata kucing tengah berputik.

Kitorang pergi Padang Tembak, Perak. Ada kenduri. On the way balik tu singgah Bagan Datoh balik, sbb hari tu ada balance dua tiga rumah lagi tak sempat beraya.*****Raya Keenam pun tak pergi mana seingat akulah, yang aku tahu, hari Sabtu nilah aku pergi gunting rambut. Sebab esoknya, Raya Ketujuh, kitorang ada family photoshoot dekat Perak. Untuk tak kecewakan korang, aku bagi satu gmbr selfie. *budak2 Instagram dah dapat cuci mata gambar ni kat IG aku. Sila2 follow kalau sudi ea, search : the_roshad.
Aha, inilah baju raya aku tahun ni. Feeling2 Diraja? Naa..cliche lah korang. Ni bukan Diraja, ni The Regal. Full Album macam biasa kena tunggu #teamMietography publish kat blog diorang. Tunggu kTulah citer seminggu aku beraya. Taklah sakan sangat, biasa2 je. Tak meriah macam tahun lepas, sbb raya pertama tak lengkap satu keluarga. wuwu. Ok dah, tu je. Terima kasih sudi baca. :) nah duit raya. *beratur! beratur!p/s: tahun ni beraya tak usung dslr, so semua gambar selfie kat handphone jelah. Gmbr kampung2 ke, gmbr highway ke, gmbr salam2 ke? semua takdop. Maap na.
Gambar bonus aku ikat rambut. Hahaha.

Pop kuiz, ni buah apa? Aimi jgn kecam gmbr ni dh kena edit, I dh buang jerawat I. Okbai. -
Baca Part 1, 2 & 3
Aku dengar cerita, lelaki tu tengah berusaha untuk halalkan hubungan dia dengan ex girlfriend dia. Aku senyum lebar masa dengar perkhabaran tu. Aku doakan yang mereka berbaik semula, aku doakan kelancaran segala urusan, kelancaran majlis pernikahan, kelancaran perkahwinan, kelancaran rumah tangga hingga dikurniakan cahaya mata yang comel2, dan semoga mereka hidup aman makmur sampai ke hujung nyawa. Sweetkan aku? Orang nak bina masjid, buat benda baik, kenalah doakan yang baik2. Korang ni pun. *geleng2 kepala.Korang tau? Dah masuk tiga bulan sejak hari kejadian. Hari aku tanam cinta lelaki tu dalam liang lahad. Hari aku bagi salam ikhlas-tak-ikhlas kat dia. Dan hari ni, aku boleh tarik nafas dalam2, hembus pelan2, letak tangan dekat dada, terasa lapang, dan ingat nama Tuhan.I don't have any text to reply, any calls to answer, anyone to report to, any heart to take care of, and feelings to tend. Aku jaga diri sendiri, hati sendiri, perasaan sendiri. Ringan kepala otak, bila dah tak bergelar rebound. The first week was hell on earth. Kering air mata. Kalau korang rasa aku menangisi pemergian dia, haha, korang silap. Aku menangis sebab aku rasa happy. Satu beban besar rasa...lifted.Ris ada sepanjang seminggu hell on earth tu. Dia byk bagi sokongan moral, topang semangat aku yang ada kalanya bertiup macam lalang. Kejap kuat semangat, kejap lemah semangat. Satu pagi bila aku rasa aku kuat untuk hadap kerja dekat office, tak sampai tengahari, aku dah terlentuk dekat dinding jamban, menangis teresak2 macam gadis baru datang haid. Dan, ada satu hari bila aku tak fikir langsung tentang lelaki tu, aku memang boleh go on buat kerja2 macam orang normal. Pelik kan?Ada orang cakap tindakan lelaki tu kejam, sebab buat aku macam layang2 terputus tali, terbang tak bertujuan. Terbang tak berkemudi. Tapi...aku switch pandangan negatif orang terhadap lelaki tu, ini bukan bermaksud aku halalkan perbuatan dia menyakiti hati aku, aku cuma nak bagi semangat positif untuk hati sendiri. Lelaki tu sebenarnya bersifat jujur, 8 hari dia diam-pendam seorang diri, dan akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berterus terang, berdepan dengan aku, face to face, bagi aku kebenaran yang pahit untuk aku telan. Ada seorang kenalan aku pernah nasihatkan aku."Hurting someone with the truth is better than making them happy with a lie." Aku bukan layang2 terputus tali, tapi aku layang2 yang dibebaskan. Terbanglah suka hati, ikut cara sendiri. Tak susahkan orang, tak mengharap pada orang. Tak bergantung pada sesiapa, dan tak perlu puaskan hati sesiapa.Handphone aku bergetar, aku keluarkan dari dalam poket seluar. Terpampang nama Ris di dada skrin."Selamat hari lahir babe, aku ada hadiah untuk kau" Mesej Ris tadi auto-load satu imej."This was the first pic that came out bila aku google Adamantium. Here's a shard for you."Aku tersenyum lebar. Teringat yang aku pesan pada diri sendiri pasal nak sadur hati aku dengan besi indestructible tu. Funny. Oh and here's the rest of Ris' text message."Aku doakan kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati Allah s.w.t. Semoga kau kuat semangat, tabah untuk menghadapi segala cabaran di masa2 akan datang. Pengalaman hidup itu guru yang terbaik, dia akan mengajar kau jatuh bangun, dan tatkala kau jatuh nanti, dia sendiri akan tebarkan jalan2 penyelesaian. Your job is, to choose. Untuk terduduk di takuk lama, atau bangun dan belajar bertatih, merangkak sebelum berdiri, dan berjalan sebelum berlari. Don't mind me, you got my point. Oh, dan soalan aku, kau dah moved on ke?" spontan aku gelak besar. HAHAHAHA.Moved on? Silap tu...I'm adapting. Ayat sedapnya, baby steps. :)
-tamat -
Tajuk Asal : Barangkali Ada Hari Ke 57 Untuk Kita
Baca Part 1 & 2.
Kan semalam ada angin kuat petanda hari ni nak hujan kan? Yup, hari ni hujan lebat. Hujan dalam hati.He text me today. It was a plain text. I don't know and can't remember how it evolved into a small fight. He needed a call off. A cool down session. Maybe he was just too tired thinking, too tired of having life sugar-coated with me. I mean, if I bored him, should I step down a couple feet back? As of today, he decided to text me back.Dia gugurkan perkataan sayang, panggilan manja kami, kami berkomunikasi seperti dua orang kawan yang sedang berbual kosong. Macam tiada apa yang berlaku. Bila aku selidik balik, rupanya dia rasa serba salah dengan aku. Pada hujung perbualan, dia ajak jumpa. Aku yang dah menggunung rindu, laju2 setuju.Ini hari ke 56."Assalamualaikum Ara." Aku pandang lama muka dia. Agak sembap, seperti orang bersedih. Aku balas salam, dan duduk di hadapan dia. "Ara sihat?" soalnya lembut."Alhamdulillah. Hadi?" soal aku. Hadi angguk perlahan. Perbualan tergantung. Masing2 senyap tak tersambung ayat seterusnya untuk disoal-tanya. Aku berfikir keras. Oh ya, tentang 8 hari dia biarkan aku keseorangan."Hadi...kenapa senyap dengan Ara?"Dia membungkam. Macam ada beban berat sangat atas pundak dia yang tak terangkat dengan kata2."Hadi nak mintak maaf. Hadi...Hadi bohong tentang keadaan Hadi.""What's wrong?""I'm not ok. I keep thinking bout us, bout you...""What made you stopped texting me?""Hadi rasa bersalah," Dia betulkan duduk. "Hadi teringat bekas kekasih Hadi.""It's ok, once a while mmg akan teringat org yg kita pernah sayang." perlahan aku balas, tidak menunjukkan getaran kerisauan."But it was more than that."Berderau darah aku."Maksud Hadi?""Hadi takut, Hadi masih ada perasaan pada bekas kekasih Hadi"Aku jadi kaku kejap."Hadi...awak berhubungan balik dengan dia ke?" soal aku ketakutan. Menggigil satu badan."Tak, cuma saya takut saya sebenarnya tak bersedia nak move on. Saya takut sebenarnya saya menipu perasaan saya pada dia, pada awak, pada diri sendiri."Membuntang mata aku.
"Hadi...pandang Ara." pinta aku perlahan. Dia angkat muka. Mata dia berkaca.
"Hadi minta maaf Ara...Hadi bersalah pada Ara."
"Am I your rebound?" soal aku lembut, tapi tegas. Dia pandang aku kosong. Mungkin tak faham agaknya rebound tu apa. "Hadi masih tak boleh lupakan dia?" aku lanjutkan soalan. Hadi tak geleng, tak angguk, dia tundukkan kembali muka.
FACE ME! ANSWER MY QUESTIONS! *Hati aku menjerit galak. Aku dah dapat rasakan seribu tusukan pisau pada jantung. Tuhan...kenapa sakit sangat ni? Satu badan aku menggigil kepanasan.
"Hadi sebenarnya takde perasaan pun dekat Ara kan? Hadi masih cintakan bekas kekasih Hadi, dan Hadi nak berbaik semula dengan dia? Selama kita bercinta sebelum ni, Ara je yang sebenarnya lebih2 ada perasaan pada Hadi, tapi yang sebetulnya Hadi masih gila bayang dengan ex girlfriend Hadi? Macam tu?" I lost it, laju aku menampar dia dengan kata2 kesat sebegitu. Hard enough utk dia sedar yang dia sedang berdepan dengan masalah lebih besar dari perasaan dia yang berdolak dalik tentang bekas kekasih lama dia tu. Dia dah meresik hidung, menitis air mata dia.Kenapa baru sekarang bercerita perihal kekasih lama dia? Maknanya, 8 hari silent treatment tu? Dia jadikan alasan utk dia berhubungan semula dengan bekas kekasih dia? Aku tahu, kalau letak aku disebelah kekasih lama dia, jauh panggang dari api. Seperti langit dengan bumi. Bekas kekasih dia 10 kali lebih baik, 10 kali lebih cantik, 10 kali lebih ayu, 10 kali lebih segalanya dari aku dan yang paling penting, mereka pernah bersama dalam tempoh yang agak lama. Jadi tak hairanlah bila2 masa perasaan rindu, sayang, cinta, kasih tu senang nak berputik semula antara mereka berdua.Jadi aku ni apa? Sejenis teduhan? Sebuah persinggahan? Untuk kau adapt hidup tanpa dia? What the hell man? Tak tertahan air mata aku dah bergenang bertasik dekat mata, mengalir laju macam air terjun. Dia angkat muka lagi, pandang aku sayu. Dia dah tertelan lidah agaknya. Senyap. Bisu."This is it huh?" soal aku, seka air mata dengan dua tangan. Cubaan yang sia2, sebab air mata aku tak berhenti mengalir. Aku tarik nafas dalam2."Ara...Hadi minta maaf. Please...maafkan Hadi." dia cuba nak capai tangan aku. Laju aku tarik tangan aku."Baiklah..." Gagahkan lidah tuturkan ayat2 yg aku tak pernah tahu sebenarnya aku kuat utk muntahkan depan dia. "Kalau Hadi rasa ini yang terbaik untuk Hadi." yup, untuk dia, bukan untuk aku."Ara..." Air mata dia menitis lagi. Aku tak tahu itu air mata ikhlas sedih, atau sebenarnya berselindung gembira sebab dapat lepaskan aku dan kembali ke pangkuan kekasih lama dia.Kan orang perempuan ni sensitif tentang cinta. Ris pernah nasihatkan aku, kalau kita bercinta, kita seperti pegang tali dengan pasangan kita. Berharap dia takkan lepaskan tali tu. In love, trusting your partner is your job, betraying them is a choice. You are the one to be blame if anything happened between you guys if you choose to cheat on him. Dan lagi, Ris nasihatkan aku tentang beli insurans hati sebelum berjalan pimpin tangan dengan cinta. Sebab cinta ni misteri, dia datang tak berjemput, pergi tak diduga.
Ya, aku marah. Ya, aku jadi judgmental tak tentu fasal. Kau tarik aku dalam dakapan kau, kau kemaskan pautan tangan kau memegang erat tangan aku, kau bawak aku terbang tinggi sampai langit ke tujuh kononnya, BULLSHIT! Sekarang? Senang2 lepaskan aku, biarkan aku jatuh sorang2 takde tilam, takde jaring, takde apa2. Dahlah aku lupa beli insurans hati masa aku naik langit ke tujuh dengan kau tempoh hari, sekarang aku kena bersedia utk jatuh berderai atas tanah.Kutip jasad sendiri yang akan hancur dengan hati aku? Ini ada dua pesanan untuk kau Hadi.Yang pertamanya, hati aku ialah jantung aku. Ia pam darah, buat aku hidup satu badan, buat aku dapat gerakkan otot2 yang lain, buat darah sampai ke otak agar aku bisa berfikir. Jantung aku ialah hati aku, dan hati aku ialah jantung aku. Just so you know, hati aku ni organ lemah, bukan dibuat dari besi adamantium, bukan besi tahan karat, bukan besi indestructible. Ia juga bisa hancur, bisa lebur, bisa sakit, bisa perit. Tahu bahasa rindu, sayang, cinta, kasih, tahu bahasa sedih, tahu bahasa benci dan tahu bahasa sakit.
Nanti aku google macam mana nak sadurkan hati aku dengan besi adamantium. Biar jadi kebal dari perasaan rindu, sayang, cinta, kasih, sedih, benci, sakit, semua. Biar aku jadi kuat, biar aku tak lemah. Aku pun muak dengan perasaan vulnerable ni.
Dan yang keduanya, lain kali tolong balut cinta kau dalam bungkusan kain kafan. Agar aku tersentak dan teringat yang ia sebenarnya seram, misterius, dan senang dibuang dalam liang lahad. Nanti kalau aku teringat tentang perihal cinta kau, senang aku sedekahkan Al-Fatihah.
Aku bingkas. Kesat air mata dengan belakang tangan. Pandang dia buat kali terakhir. Aku pun tak pasti samada akan ada hari ke 57 utk aku dan dia, tapi aku sangat yakin yang ada hari esok untuk aku. Sebelum menoleh, perlahan aku luahkan, "Terima kasih Hadi. Assalamualaikum".
-end.
Hey korang...terima kasih sudi baca. :) -
Tajuk asal : The Girl With Three Dresses
Baca Part 1.
Cepat je masa berlalu. 55 hari kami bersama. Kalau aku nak gosok dekat muka korang tentang betapa bahagianya aku dengan dia sepanjang 55 hari tu mmg takkan habis aku karang entry ni. Tapi...seperti biasa, kapal mana tak dilambung ombak kan?Dia jadi nakhoda kapal, kemudi bahtera kami. Eh, bukan bahtera, kami naik kolek kecil je. Kadang2 berayun ke kiri, kadang2 berayun ke kanan. Kolek mana ada layar, jadi kami kena dayung sendiri. Kami kena berusaha nak maju, berusaha nak ke hulu, berusaha nak ke hilir. Itu adatlah, kalau ada ombak kuat sikit, terlambung2 kolek kami.Bahagia tu, Allah bagi pinjam kejap je. Sebab bila dah leka sangat sampai tak suntik sedikit realiti, nanti realiti tu datang tampar kita sendiri. *trust me.Pada hari ke 47, kami berselisih faham. Biasalah kan, kalau tak bergaduh manja dalam percintaan tu, bukanlah satu perhubungan yang sihat. paling tidak mesti bertikam lidah. Tapi dalam kes aku...Hadi tidak bertikam lidah, dia jadi bisu dengan aku. Dia telan lidah dia sendiri. Dia senyap dengan aku.Menjadikan 8 hari dia berikan aku silent treatment. Pekerjaan aku? Samalah seperti pekerjaan-pekerjaan setiap perempuan yang merindui kekasih hatinya, aku stalk Fb, Twitter, Instagram, Whatsapp. Tengok2 kalau dia ada update apa2, kalau dia ada share apa2, kalau dia ada mesej apa2. Tapi hampa, aku berteman sepi.Aku rindukan dia. Separuh mati rindu, separuh nyawa hilang bila dia tak berhubungan dengan aku. Aku mengadu dengan Tuhan, aku mengadu dengan kawan baik aku. Aku angkat gajet, terus call dia.
"Hello, Ris"
"Kenapa Ra?"
"Ris, free tak? Boleh datang rumah aku? Nak pinjam bahu.""Ok, lepas isya' aku datang."Ris datang rumah aku betul2 lepas isya'. Aku dah tunggu dia dekat luar rumah. Dia terus duduk sebelah aku dekat bangku taman."Kenapa bau kau macam kuih raya?" Ris tegur"Aku baru mandi" Aku suak rambut ke kanan."Kenapa ni Ra?" soalnya."Hadi...""Kenapa dengan dia? Korang gaduh ke?"Aku ceritakan dari A sampai Z yang kami berselisih faham. Puncanya dari aku. Bagi aku, ragam yang aku buat tu masalah kecil, tapi bagi dia, it's a big deal. Dia putuskan utk berdiam diri. Dia tak balas mesej2 aku, dan aku dibiarkan menangis rindu separuh mati. Ris angguk faham. Dia setia mendengar. Tiba2 tangan dia datang calit pipi aku."Eh? Bila aku menangis?" aku senyum. Tak sedar air mata mengalir."Bersabarlah Ra, ada hikmahnya. Mungkin dia perlukan masa bersendirian buat masa sekarang. The best thing to do is, not to bother him. Lelaki mmg macam tu, dia akan pencilkan diri kalau dia ada byk sgt perkara yg merunsingkan dia."
"Walaupun aku dah berbelas kali minta maaf?" suara aku meninggi.
"He need his time alone.""Habis tu apa fungsinya aku jadi kekasih dia? Dia tahu kan dia boleh cerita apa sahaja dengan aku,""Itu yang kau fikirkan, lelaki tak fikir macam tu. Ada rahsia yang dia simpan sendiri, tak semua benda dia boleh share Ra. It's just how man's mind works.""Aku perlukan dia sangat2. Aku lemah.""Sebab tu aku ada kat sini, tanam kelemahan kau, dan tiupkan sedikit kekuatan utk kau. Jangan terlalu lemah, nanti lagi susah nak bangun balik.""Aku terlalu rindukan dia." aku sandarkan kepala di bahu Ris. Kepala Ris lentokkan atas kepala aku yang bersandar tadi. Aku sambung menangis. Ris betulkan duduk. Dia pandang aku.
"Kau nak tau pendapat aku tentang masalah kau ni?"
"Apa?"
"Kau ada byk baju nak pakai, tapi kau asyik pakai satu baju je."
Aku tengok baju yang aku sarung. "Baju tidur aku ni?"
"Bukan tulah sengal, aku bagi kau tiga baju. Courage, Patience, dengan Insecurity, pilih mana yang paling sesuai dengan kau sekarang ni." Lama aku termenung, nak tangkap maksud Ris.
"Patience kut?" Laju Ris jentik dahi aku. "Adoi! Kenapa jentik dahi aku?"
"Kau insecure, bukan patient, bukan courage." Mata aku berair, sakit dahi kena jentik, tapi terharu dengan point yang Ris nak bagitahu aku. "Cuba pakai baju lain boleh? Pakai baju Courage tu, sbb dia ada dalam almari, kau nampak yang baju tu ada, tapi kau buat tak peduli dengan baju tu." aku angguk.
"Patience bila nak pakai?" soal aku. Ris letakkan tangan kanan dia atas dada.
"Kau tahu kan, kalau kita rindu dekat seseorang tu, kita kena doakan dia. Tepuk dada kita, bisikkan pada hati, aku harap dia juga ingatkan aku seperti mana aku sentiasa mengingati dia. Itu gunanya bersabar, serahkan pada Tuhan." Ris bersandar. Dia pandang langit yang tak berbintang."Serius?""Cubalah." ujar Ris. Bersungguh dia angguk. Aku tepuk dada aku. Pejamkan mata."Aku rindu kau Hadi. Kau rindu aku tak? Aku doakan kau sihat2 sahaja di sana. Aku doakan segala urusan kau dipermudahkan Allah s.w.t." perlahan aku ucapkan. Ris senyum.Kami berbual lagi. Walaupun masalah aku dengan Hadi belum selesai, setidaknya satu beban terangkat selepas sesi terapi hati dengan Ris. Malam tu, time kitorang borak dekat luar rumah, angin malam menderu kuat. Pokok2 semua terlentok ke kiri ke kanan. Macam ada petanda tak baik yang esok akan hujan.
Aku tak risau, sebab kalau hujan, aku kan ada 2 lagi baju utk dipakai, oh, dan meskipun hujan, lepas hujan kan ada pelangi. So cheer up. :') *lap air mata.
...bersambung. -
Tajuk asal : Si Bodoh Sedang Belajar Bercinta"Janganlah pergi tinggi2 sangat, nanti saya gayat" aku tengok bawah. Tak tertelan air liur. Tingginya dia bawak aku. Aku pandang muka dia. Dia tak perasan pada mulanya, bila dia intai guna ekor mata, baru dia nampak yang aku dah membiru, pucat, gayat, takut jatuh. Dia perlahankan pemanduan dia."Kenapa ni?""Saya gayatlah, takut tempat tinggi""Tak perlu takut, saya kan ada." Dia ukir senyuman untuk aku. Pamerkan barisan gigi putih dia yang berseri2 tu. Hilang sikit galau aku, tapi risau tu masih ada. Dia kemaskan pautan tangan dia pada tangan aku. Galau aku hilang lagi, risau aku kurang sedikit demi sedikit. Aku pandang lagi muka lelaki yang bawa aku terbang tinggi2 ni.Dia lelaki yang buat aku jatuh cinta semula. Selepas bertahun2 hati aku tak bertandang tamu bernama sayang itu, tiba2 dia ketuk nak masuk. Aku buka pintu seluas-luasnya. Biarkan dia masuk. Biarkan dia spray satu hati aku ni dengan perkataan cinta, kasih, sayang, rindu. Aku bahagia. Hati aku berbunga. Itu pun dia yang tanam bunga2 tu. Mengkar saban hari. Bahagia tu, macam hadiah dari Tuhan utk aku, setelah sekian lama tak merasa gembira.Lelaki itu memahami aku, menghargai aku sebagai seorang wanita, sebagai seorang kekasih, dan sebagai seorang kawan yang dia cintai. Aku juga begitu. Makin hari, semakin aku sayang, semakin kuat, semakin aku tak boleh renggang dengan dia. Macam ada gam yang lekat aku pada dia. Aku tak tahu bagaimana nanti satu hari kami terpaksa berpisah. Biarlah lafaz akad yang satukan kami, dan lafaz cerai terkubur dengan akad tersebut. Tak sanggup aku mendengar perkataan Cerai itu. Tak sanggup aku bergetar-gegar bersama Arasy Allah tatkala dia lontarkan perkataan tajam itu.Hadi berhenti."Dah sampai" ujarnya perlahan. Kami mendarat di kepulan awan tebal."Apa nama tempat ni?"Hadi senyum. Dia tarik aku ke dalam dakapan dia. "Ini langit ke tujuh sayang." Satu badan aku bergetar. Nafsu aku berkocak. Jantung berdegup kencang. Macam ada taufan puting beliung, berpusing2 dalam jantung. Aku terketar2 mencari ayat yang sesuai untuk balas simbol cinta dia yang maha agung ini."I couldn't imagine of being anywhere else, just to be beside you" Dia kemaskan dakapan.
*****Aku Ara, dia Hadi. Kami bercinta. Senang je kan konsep dia? Satu pasangan lelaki perempuan, berkongsi perasaan menaruh hati pada satu sama lain, dua perasaan kasih bertaut, bahasa novel dia, Cinta. Kalau aku nak bermukadimah tentang detik perkenalan bla-bla-bla, nanti rating blog ni jatuh. I don't wanna beat around the bush, lets just start.
Kami jumpa sebab sama tempat kerja. Dia masih freshie dan aku dah agak berpengalaman di tempat kerja. Kami jarang jumpa, sebab aku handle bahagian lain, dia di bahagian lain. Org kata jodoh tak ke mana, akhirnya kami berjumpa, dan bagi dia, it was love at first sight. Bagi aku? Naaa...sapa laki tu?
End up, kitorang bertukar nombor telefon, itu pun lepas beberapa cubaan dari dia nak mengorat aku. Aku jual mahal, sebab aku masih tak percaya yang dia betul2 nampak aku sebagai suatu yang serius buat dia. Sampailah mesej dia berbunyi.
"Hadi nampak Ara dalam masa2 akan datang. Dengan Hadi. Together."
If that was a pick-up line, I'm hooked. Simple, dan straight forward. Kami berpacaran.
Kau pernah rasa bercinta tu sampai too good to be true? Aku sedang mengalaminya sekarang. Kitorang di langit ke tujuh, dia, aku, cinta, bersama. Urgh, aku boleh muntah kalau aku tak bercinta, dan membaca cerita cinta macam ni. Korang doakan aku dan dia sampai Jannah k. *blergh, bosan, sikit2 until Jannah, sikit2 until Jannah.Aku nak bercinta dengan dia, sekarang, hari ni, esok, sampai rasa cinta tu mati dalam hati manusia. *which it won't. :)
...bersambung. -
By the time I publish entry ni, dah masuk Ramadhan ke 5. Eh? Sekejap je kan? Ingat nak update time Ramadhan ke 20 ke gitu, tapi dah kena seru dgn Minah Rempit. *happy belated birthday Elina. :)Sebelum terlambat, *walaupun memang dah lambat, hari ke lima baru nak wish.SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG ANASYG. IBADAH YANG KITA KERJAKAN DI BULAN INI DILIPAT GANDAKAN OLEH ALLAH, SEMOGA KITA TERUS ISTIQAMAH MENGERJAKANNYA. HARAP KORANG DAPAT PUASA PENUH TAHUN NI, DAN SAMA2 KITA BERDOA AGAR DAPAT BERJUMPA DENGAN LAILATUL QADAR. :)Ok, citer toyol ni aku pernah update tahun 2012 dulu, baca kat sini: TOYOL 2012. Tahun lepas pun ada, tapi tak letak tajuk Toyol, baca kat SINI. Kali ni nak keluarkan secara annual, sbb memang every Terawih mmg akan ada toyol2 berkeliaran dekat mana lagi kalau bukan dekat surau kawasan umah aku. Toyol yang aku maksudkan ialah budak2 kecik berkeliaran berlari2 keluar masuk surau time orang tengah solat lah. *aku instantly panggil diorang toyol sebab mengganggu fokus aku. (org laen elok je solat, aku je yg emo lebih kekonon terganggu dgn kehadiran bdak2 kecik tu)Tapi tahun ni citer dia laen sikit, sbb malam tadi *5th Night of Tarawikh, I was sandwiched between two very cute boys yg berusaha sedaya upaya utk habiskan solat terawih sebelah aku. Diorang dalam lingkungan umur 4 ke 6 tahun kut. *judging from their heights je.Bukan diorang je yg berusaha utk fokus solat, aku pun sama, cause they're uber-cute, this one at my left keep on answering ~Amin *lepas Imam baca Al-Fatihah by shouting AAAAAABEEEEEEEEEEN. Tanyalah apa perasaan aku?Aku senyum dalam hati jelah. Walaupun budak yang sebelah kanan tu pulak asyik pandang belakang, tengok kawan2 dia yang lain duk main basikal, tumbuk2, lari2, kejar2, jerit2, gelak2 kat belakang. *good job little ones. Both of them berjaya menyempurnakan solat terawih 8 rakaat itu. *tho I don't remember dey'ol stick around during Witir, sbb I've moved saf depan.Anyhoo, to both little boys tu, congrats dik. :) You've handled peer pressure very well. Hehe. Kalau aku dulu, jangan haraplah weh, aku rather join group mercun PUM-PANG-PUM-PANG tepi masjid, main sampai tak ingat dunia, then lari masuk masjid bila orang bagi salam. *nampak tak permainan aku?Tu jelah aku nak share, ahaha. Korang tunggu jelah aku datang cemar duli, blogwalk tanya juadah2 berbuka, siap kirim kat korang lagi. *saja nak meriahkan blog korang dan imarahkan bulan Romadhoin (bak kata Elina) Terima kasih sudi baca. Korang sahur apa jap gi weh?
-
Hai semua. Sihat? Hari ni 23.Jun.2014 ialah bloggasary (blog anniversary) blog Anasyg ni. Pejam celik, pejam celik, dah 5 tahun dah :) Korang boleh baca birthday entries utk blog ni, Dua Tahun (2011), Tiga Tahun (2012), Empat Tahun (2013). Terasa senior dalam dunia blogging? Naa...ramai lagi yg otai kat luar sana, aku tak letak diri aku jadi senior ke, terlebih pengalaman ke, or term popularnya, blogger retis, sbb aku tak pernah kena featured dlm mana2 newspaper, magazines what sort, *kena review tu ada lah. (itu dah buat aku happy, sbb kena acknowledge di kalangan blogger2 yg follow/baca blog ni).Dulu, masa pertama kali nak buat blog, aku jadikan online diary, segala benda nak luahkan, semua aku taip kat blog, tapi sekarang aku dah transfer semua bahan bacaan 18sx tu ke satu lagi private blog aku. Blog ni? Kita borak ringan2 je ok. *wink2.Long story short, thru blogging, aku jumpa ramai orang, chat dgn ramai blogger2 yg sgt ramah tamah, yg baik2, seribu satu orang yg ada seribu satu ragam dan perangai. Yang komen mendoakan yg baik2 utk aku sepanjang lima tahun aku berblogging. Seriously saying, aku rasa org yg takde blog takkan tahu the excitement tunggu pemenang contest diumumkan, excitement kena review, excitement kena tag, excitement kena follow, entry dihujani komen2 yg positif, blog kena terjah/singgah. Semua tu blogger2 dalam blogasphere je yg tahu camne.Aku yang dah 5 tahun dalam dunia blogging ni, semua tu aku dah rasa. (blogger letak blog aku dlm bloglist dorang pun aku dah melompat happy, huhu)Oh, dan aku jugak nak minx maaf sepanjang 5 tahun aku berblogging ni, menaip ikut sedap mulut/hati/perasaan je tanpa menghiraukan ada yg dah terasa dgn penulisan aku. *Maaf ye, saya tak sengaja dan saya tak tahu kamu2 terasa. Byk aku perhatikan blogger2 yg baru *adik2 muda yg baru start blogging, ada entry yg kurang matang, so penulisan diorang tu pada aku mengguris sensitiviti pembaca (maybe bukan aku, tapi ur blog is public, so sapa2 je boleh baca). One short advice.Kita menulis ni mcm berdakwah/mengajar. Kalau kita tulis benda baik, menjadi ikutan, kita dapat pahala selama mana orang tu melakukan perbuatan yg baik tersebut, tapi kalau kita tulis benda dusta/tak betul dan orang percaya? Bukan setakat percaya, diorang pulak sebarkan maklumat dari blog/penulisan kita ni., kita dapat saham dosa tu dik. *fikir2kan ok. :)Berbakul-bakul terima kasih aku ucapkan kpd readers/followers yg sentiasa sudi singgah luangkan masa baca entry2 merapu aku kat dalam blog ni. Sekali lagi aku nak susun sepuluh jari, minta maaf kalau aku belum berkesempatan terjah masuk/follow back blog korang, tapi jgn risau, walaupun aku tak follow, aku masuk blog2 korang tu, jadi stalker senyap2 selak sehelai-sehelai entry2 korang tu.Sblm ni ingat nak buat give-away, tapi mcm malas pulak, lagi2 bulan Ramadhan nak sampai dah ni. :) can't wait.Selamat Ulang Tahun ke Lima Anasyg. I don't wanna promise to write more often next time cause I know I'll be lying to myself plus I can't afford to do so, but I do wanna mark my words on writing mature material next time. So it'll benefit you guys, and reflect on myself. Terima kasih sudi baca. Take care ok.Ni kalau couple dgn makwe, 5 tahun ni dah kira wajib kahwin, ke cane? :P
-
PLAY THIS :)Bismillah. Assalamualaikum. w.b.tI'd like to write you a poem.
But naa...it's too cheesy.
Maybe I'll write you a song
Maybe something from Siti,
Ketika Cinta do you remember?
You wanna hear me sing?
Naa...Your voice was so much better.
How about I'll make you a tribute day
Rub on everybody's faces to think of you.
Every winter, autumn, summer and spring.
I'll bet they do
Here's a whole week dear darling.
Remember the novel you wrote?
Which you asked me to read them first
I wrote a novel too
I'll keep it safe here
And when I think of you
I'll imagine reading it
Next to you
I love the way you talk
I love the way you sing
I love the way you walk
I love the way you think
I remember you fed me cake
It was a day past my birthday
You sang a birhday song for me too
How sweet of you
Akir, I miss you.
I was sad before
But I wasn't now
I cherish you Akir
In my heart I cherish you.
The script was ready, but it's a little rough
Like life's a rough, it was a mess.
Tho I'll always think of you when time gets tough
How about that poem?
Naa...I think I'll pass.
A spontaneous poem dedicated to my dear friend. Allahyarham Muzakkir Nur Syafiq bin Mesni. Jan 1991 - June 2010. Today was the day he left us, it was heartbreaking before, but it wasn't like that anymore.
Now? I just miss him :') #Al-Fatihah.
Akir Tribute 2010, 2012, 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)












.png)
.png)

