• The Chocolate Guru : Oreo Cheese Cake

    AMARAN KERAS PIHAK BERKUASA BLOG INI: 
    ENTRI BERIKUT AKAN MEMAKSA ANDA UNTUK MENGORBANKAN MASA ANDA DALAM TEMPOH YANG AGAK PANJANG, SEBAB ENTRI NI MEMANG PANJANG TA HENGAT. 


    Salam bloggers sekalian, seharian dah tunggu entri ni ea (perasan je) Ok ok, meh meh kelas Cikgu NU da nak mula da ni, amik pensel ngan kertas ye masing2, entri ni panjang skit, sebab kita nak belaja cara2 nak buat : KEK OREO KEJU - bahasa omputihnya, OREO CHEESE CAKE (sdap skit bunyiknya ye dak?)


    Aha, nampak cantik kan kek kat atas ni, hehe. So, meh sini nak habaq mai, share2 camne nak buat kek ni meh. Hari tu, akak Cikgu ada mai umah, so dia lapaq2 (motif cakap utara?) so dia datang, lapar dan katanya nak buat kek. Cikgu gado jugaklah ngan dia, sbb nak buat kek ni, bersepah (payah dan banyak prosedur gitu...) tapi dia penampaq sejibik kat muka cikgu, katanya, Ini kek, ta payah nak tonyoh dalam oven ke microwave ke, ketuhar ke, ini kek, masuk dalam fridge je. 

    Melopong jugaklah, ada ke kek sedemikian? Tanpa berlengah lagi, dia ajak cikgu sekali, pergi beli bahan2. dan bahan2nya ialah: 

    REMINDER: SILA KLIK GAMBA UNTUK TONTONAN GEMPAK - sbb lama gila Cikgu edit gambar2 ni kasi ah-chunnya. 

    Sedebuk dari TESCO kan ... sesuka hati je (dan cekap sungguh akak Cikgu ni) sampai2 Tesco tu, terus cekop apa yg dia nak. Salute!

    Bahan utama: Tiga/Empat paket Munchy's Captain Munch. (original flavor tau). Dalam gamba ni ada 2 je, so jangan tanya kenapa. 


    Bahan utama: Tiga/Empat paket Oreo. Creamo pun boleh, kalo korang ta larat nak beli menda alah mahal ni. rasa dia agak sama je pun. 


    Bahan utama: Cream Cheese, ikut suka korang la nak jenama apa. Tp ni 500 gram. (Kita akan guna semuanya ya)


    Bahan utama: Butter. Ikut suka gak nak pakai jenama apa, Buttercup ke, Butterglass ke, sekati korang la. Ni satu kiub besar ni, nnt nak pakai separuh je, so kalo da ada separoh dalam freezer korang, gi bawak kuar, toksah beli, bazir je. 


    Bahan agak utama: Yogurt. Ha, yang ni, ikut korang la nak perisa apa, tp kalo Cikgu, sebab td da ada Cheese ngan oreo yang masam plus pahit tu, so tambahkan si masam manis ni. Blueberry flavor.  

    Gelatine: Penting gak dia ni. Nak guna sesudu je, so kalo jiran sebelah umah ada, gi minta sesudu. ^^, ckp Cikgu yang sarankan k. 

    Oh ok, da habis da, meh tengok camne nak buat plak. 

    Step by step: baca Bismillah k.


    1. Ko ada lagi minah tombok2 pakai lesung batu ni? Hehe, akak Cikgu je yang mampoo, dengan jam ungu dia, teruskan kak. Tumbuk kasi hancur itu semua 4 4 paket biskut tu. 
    p/s: Kalo korang ni mmg da berlebihan DNA malasnya, pergilah blender. (jelek beno bunyiknya, blender biskut...sekali lagi, blender biskut - oh pfft)




    2. Ok, done, letak kat bekas laen.


    3 (a). Skang, keluarkan semua Oreo, dan buang fondant tengah2 tu, yang manis macam air gula tu, buang buang buang. 



    3 (b). Buang buang buang buang


    3 (c). Buang buang buang buang, eh, letak dalam pinggan laen, nnt nak gi masak lemak ke, gulai ikan masin ke, letak la fondant ni, bagi Kick sikit masakan mak korang. (yg ni bukan saranan Cikgu k)


    3 (d). AHA ! da habis dibuang. So, korang amik la dalam saploh keping biskut tu, pengecualian daripada proses seterusnya. 


    4. Jihad kak, Jihad. Tombok habis kasi hancor itu biskut kak. Kalau da, ketepikan k. Buat dua bekas. Sebab nnt satu nak guna utk laen, satu nak guna utk laen. 


    5. Potong separuh butter. Separoh lagi simpan, boleh buat kuih tart ke apa ke jap gi. 




    6 (a). Ingat lagi biskut ni? Hah, campak butter tu masuk dalam. 



    6 (b). Ok, gaul gaul gaul gaul gaul. 



    7. Kan tadi korang da asingkan dua bahagian oreo hancur tu kan? Skang campurkan satu bahagian serbuk (--') Oreo tadi ke dalam bahan yg dah korang gaul gaul gaul gaul tu. 


    8 (a). Skang, sambung gaul gaul gaul gaul gaul.



    8 (b). Sampailah sebati camni. Tahniah. clap3 (ok dapat lima posen). Ketepikan. 



    9. Ok, next step, gi blender (kali ni baru betul kalao korang nak blend) Gula kasar tu, kasi jadi gula halus. Skang! 



    10. Gelatin sesudu tu, masukkan dalam air suam satu mangkuk. Kacau perlahan2, sampai dia keruh-jernihkan air tu. Maknanya, air tu jadi warna kekuningan tapi jernih. Ketepikan.



    11. Picit keluar semua cream cheese korang tu. 


    12. Penyek sampai tertanggal jam ungu tu. (motip?) 


    13. Masukkan gula halus perlahan2 (stail akak Cikgu, sekali gus je masuk, takdenya perlahan2 deyh)



    14. Masukkan itu Gelatin. Sambil kacau2 tau. Pastu apa lagi, tumpukan sepenuh tenaga dan usaha anda untuk gaul sampai sebati. Gaul je keje nya. 



    15. Ok nnt dia akan jadi seakan2 yogurt, masukkan si yogurt sebenar. 



    16. Tadaa, dia jadi cantik camni, ala2 marble gitu. Ok ok? Puas hati?


    17. Okay, skang masukkan bahagian kedua oreo sahaja ye, kanak2. Oreo sahaja. (Unless kalo korang ta dengar cakap, ta buat dua bahagian, mmg ta dapek la eden nak nolong)


    18. Gaul mereka, sampai jadik hitam-hitam ungu gitu. 



    19. Okay, kalau da puas hati, tuang kat bekas biskut Munchys hanco tu yg da korang gaul dengan biskut oreo hancur tu. Okay?

    Pastu... pastu. SIAP! buatlah berapa layer korang nak. Sampai tinggi2 ta nampak umah korang pun boleh. Ok, then SILA MASUKKAN BELIAU DALAM PETI SEJUK. Biar dia cool-off dalam 5 jam o lebey. Lagi lama lagi sedap sebenarnya, sbb cheese ni sojuk2, lagi Umph. 


    Tengok budak bertuah ni, dia da nampak kek kat bawah tu, mula la medulla oblongata dia tu cakap : PERDAJALKAN USAHA MAK CHIK DAN ACHU KO ... HANCORKAN IMPIAN MEREKA. Huahuahuahua. Keji ko deq. 



     Hasilnya. OK nampak beno nipunya, ini gamba dari henset kakak Cikgu, ini kek sebelum ni, yang sesi kali ni, ta sompek amek gamba. Kanak2 riang membaham buas, habis kesemuanya. Memang sodeyh, tapi nak buat camne, da takde rezeki korang nak tengok. 


     So, korang cuci mata dengan gamba fake ni jelah k. Fake-fake real. Tapi mmg sama je rupa mereka ni. 

    Macam biasalah, dalam masakan ni, suka hati korang nak adjust camne2 bahan2 yg korang nak. Kalau cam Cikgu, guna bekas besar sikit, mmg kena guna 3 o 4 paket biskut, tapi kalo korang guna bekas chenonet je, so guna 1 o 2 paket jelah k. Adjust bahan2 tu mengikut kreativiti korang. Nak ungukan cream cheese korang, letak 10 tong yogurt, nak rasa oreo tu manish gitu, masukkan je fondant tu (not-recommended k) nnt laen rasa kek hangpa. Ok


    Hah, nah hadiah, pada kanak2 riang yang da selamat baca sampai ke ujung ni. ^^, wink2 oltromen ni pun nak enter frame. 


    OH ... KAN CIKGU DA BAGI AMARAN KAT ATAS SEKALI TU
    *pihak kami ta bertanggungjawab pada mana2 pihak yg keterlewatan utk ke kelas, kuliah, sekolah, padang bola, tempahan tiket flight, urusan kerajaan, reservation hotel dan spa, atau mana2 isu yang menjadikan korang terlambat sebab baca entri panjang ni. Sekian terima kaseh. Peace. 

    Credit: Kak Farah (jam ungu ko popular hakak)
    Abg mie (naseb baek gamba lutut kelabu ko tu aku da crop)
    Kak Yan (tukang tengok je)
    dan adeq (tukang rasa fondant tu pahit ke rasa tawar2 asap)

    8 comments → The Chocolate Guru : Oreo Cheese Cake

    1. bahasa melayu - KEK OREA KEJU
      bahasa omputihnya - OREO CHEESE CAKE

      wow..bm nye "OREA" tetibe bila omputih jadi "OREO" haha

      Kek Keju Oreo la.. hoho

    2. @encik : aku mmg sengaja memelayukan beliau la

    3. perghhhhh. mmg terbaik nih. ;)

    4. alamaak..sedapnye anaaassss..oreo tuuu..=)

    5. @9nOL4: hehe mmg terbaek

      @thin: sedap kan, cer try,

    6. wow! ....
      buat kan satu for me??
      hehe
      nak rasa!

    7. @Izz: hehe, insyaAllah, nnt sy buatkan k

    8. ok nmpk sedap