• Permata Sirna : Muzakkir Nur Syafiq bin Mesni

     

    08.06.10 Selasa 
    04:00-06:00 pm

    Anas call banyak kali, still takde orang angkat. 'Dia ni dah lupa kat aku ke?' Anas call lagi sekali. Takde orang jawab juga, dalam hati dah sumpah seranah kat Akir. 'Aisyh, kata balik semalam, apsal tak angkat2 call ni,' Anas merungut. 

    Lepas cubaan kali ke 4 atau ke 5, baru ada orang jawab. 

    Anas: HAH ! Hello ! dengar cerita, sekarang dah pekak? Apsal lambat sangat nak angkat achu call?
    Akir: (suara serak basah) Assalamualaikum achu (Anas jawab nak xnak) maaflah achu, along ta sihat sangat nak angkat call, ini pun gagahkan jugak nak angkat. 

    Dengan suara serak macam dah ta berdaya sangat, Anasyg terkejut, 'Kenapa dengan Along ni?'
    Akir: Takpelah achu, along busy sikit ni, nnt apa2 hal, achu tanya Muhaimin ye. Assalamualaikum. -end call-

    Anas buat muka, ni pehal plak lah dia ni, dahlah nak angkat call sikit punya payah, dah angkat cakap tu je? Nak buat pe tanya Muhaimin kalau tadi dia bagitau sendiri kan boleh. Anas membebel sorang2. 

    09.06.10 Rabu
    10:00-11:00 am

    Anas terserempak dengan Shafiq. 'Angah, ada nampak along tak? Hari tu achu call, dia cakap kejap je, then ta sempat nak tanya apa2 dia dah letak. Katanya pergi tanya Muhaimin, function pergi cari Muhaimin?' Shafiq cek handphone dia kejap then pandang Anas, macam ada benda nak bagitau Anas. 

    Shafiq: 'Achu, along masuk hospital semalam,'. Berdentang jantung Anas. Muka dia putih terkejut. 
    Anas: Mana angah tahu?
    Shafiq: Ada orang bagitahu pagi tadi. Diorang tak mesej achu ke? -Anas geleng-
    Anas: Kenapa dia masuk hospital?
    Shafiq: Suspek denggi. 
    Anas: Astaghfirullah...doa banyak2 along cepat sembuh deyh. -Anas genggam tangan Shafiq kuat2- tengahari tu, Anas update facebook, pergi wish kat wall Akir. 


    11.06.10 Jumaat
    11am
    Anas bersiap nak pergi usrah dekat PKK. Walaupun baru kejap tadi ada msj masuk dari Syed: 

    'Assalamualaikum sahabat sekalian, sahabat kita Muzakkir dimasukkan ke hospital sbb suspek denggi. Marilah kita sama2 mendoakan agar dia cepat sembuh, InsyaAllah. Baru sekarang nak delivered masuk hp Anas, sbb semalam hp dia bateri kong, mmg ta dapat satu msj pun. Maybe semalam baru start kecoh pasal Akir masuk hospital ni kut. 

    'Hadis yg ke 19. Bersolatlah anak Adam dengan pakaian yang menutup auratnya. Dari pusat ke lutut dan bergantungan di kedua bahunya akan kain yang menutup badan anak Adam itu. dan janganlah dia bertelanjang ketika dia menemui Tuhannya yakni Allah s.w.t.' Ustaz Farid Ravi bagi ceramah kat depan, tp Anas dah ta concentrate tu semua, kepala otak dia pk kat Akir je. Sebelum masuk PKK tadi dah ramai Anas jumpa siap budak2 BSM ada yg berpakat nak sewa kereta nak pergi melawat Akir lepas sembahyang Jumaat. Anas takde niat pun nak pergi, tak tau kenapa, tawar hati. 

    Anas duduk dengan Shamil. Ada abg Daus sekali, tp dia tak layan dua2 orang ni, sampailah Shamil hulurkan hp dia, ada satu mesej masuk. Shamil dah tutup mulut. Anas baca. 

    'Assalamualaikum, sahabat sekalian mohon doakan untuk sahabat kita Muzakkir sbb sekarang ni dia tengah bertarung dengan nyawanya, doktor kata keadaan dia kritikal -sumber dari abang Akir- sebarkan,' berderau darah Anas. Lidah dia kelu. Pekak telinga dia, apa yg ustaz kat depan tu bg ceramah, sebutir pun tak masuk dalam lubang pendengaran dia. Dalam hati dah berzikir panjang. Dia mengucap ikut mulut, tp udara je yg keluar, suara tersekat kat kerongkong. Air mata tak pulak keluar. Shamil pulak pegang tangan dia. Kuat gila, tp sikit pun tak rasa. Macam dah kebas satu badan. Kena bius dua tong ubat tahan sakit. Darah ta mengalir. Tau2 je usrah dah habis. 

    12pm
    Keluar dari PKK, Anas jumpa Muhaimin. Dia tunjukkan gambar Akir yg diorang amik semalam. Semua budak laki kelas dia semua dah pergi melawat Akir, kat Hospital Serdang. Tengok je gambar tu, lagi meremang bulu roma Anas. Dengan oxygen mask, tangan kena cucuk2 ntah apa benda ntah yg terpacak kat kanan kiri tangan Akir. 'Ni time dekat ICU, Akir admitted ke Unit Rawatan Rapi. Keadaan dia tenat.'  Anas terkedu kat situ. Shamil ada sekali, dia usap belakang Anas. Time tu, dia cakap, lepas sembahyang Jumaat ni, diorang nak pergi melawat Akir, naik kereta sewa, keretanya pun dah dapat. Anas angguk lemah. 

    'Nanti tunggu depan first cafe k' Paan berjalan dengan Anas. 'Laparlah weh, dari pagi tak makan' Paan mengadu. Anas buat muka. 'Ko ni, mmg dasar laut betul kan.' Tapi nak buat macam mana, Anas pun lapar kut, so diorang pun pergi kafe so-called-starbuck. Beli kuih, air. Alas perut je. 

    Azan Zohor. 
    01:24pm

    Masing2 bingkas. Dalam perjalanan nak ke masjid yang tak sampai 3 minit tu. Hp Anas bergetar. Satu mesej masuk. 

    "Salam buat sahabat2, Muzakkir sudah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi. Minta semua sedekahkan Al-Fatihah. Sebarkan pada sahabat2 lain." 

    3 minit untuk ke masjid bagaikan sudah berlalu lama. Terhenti masa itu. Tidak berputar, terpaksi di tengah, tidak ke kanan, tidak ke kiri. Anas terduduk di blok akademik. Lantaklah orang lalu lalang ke masjid tengok budak mencangkung tengah2 jalan. Dadanya berombak laju, dia tutup muka. Anas menangis semahunya. Takde lagi cover2, sepuasnya dia menangis dalam keadaan mencangkung itu. Hp tadi diambil perlahan oleh Paan. Merah mata Paan kurang milisaat. Sudah tidak tertahan sebak. Paan menopang Anas ke tempat wuduk. Basah muka Anas bukan kerana air wuduk lagi, tapi tangisannya yang semakin laju. Taknak berhenti, air mata dia dah jadi murah. Biarkan sahaja matanya merah terkebil2 menahan sakit sebab ditonyoh kalau2 ada orang yg terperasan. Dia menarik nafas dalam2. Ketenangan baru sampai dalam mindanya, hp nya bergetar lagi. -Shamil. 

    "Anas..." suara tangisan Shamil menolak suis sebak Anas kembali. Dia menangis lagi. Semua orang dah perasan time ni, budak lelaki pakai baju melayu ungu tu menangis bagai nak rak, macam perempuan. Tiada ayat yg keluar dari dua2 pihak. Shamil terus menangis di sana, Anas menangis di sini. Paan menarik tangan Anas. 'Jom, naik atas.'

    Mereka terserempak dengan Hariz. Anas berjalan laju ke arah Hariz. Disua hpnya, Hariz tersenyum pada mulanya, baru ingat nak seloroh melihat mata kedua kawannya itu merah. Tatkala dia membaca kandungan mesej di hp, terkatup mulutnya, tangannya pantas menekup mulut. Hp diserahkan, Hariz mengusap perlahan bahu Anas. Anas duduk bersila di hadapan Hariz, Paan di sebelahnya. Sesi tangisan diteruskan, sambil tangan kanannya laju menyebarkan berita duka itu. 

    Khutbah Jumaat pasal peperangan yg melanda Palestin. Brother sebelah Anas dah pandang serong je, 'takkanlah budak ni menangis pasal khutbah Palestin ni? Gila emo...' maybe tulah kut yg difikirkan brader tu. Anas still menangis sorang2 teresak-esak kat depan Hariz.  

    'Haiya Ala-Sollah' muazzin melaungkan azan. 

    Selesai solat, Anas still duduk. Seorang jemaah masjid buat pengumuman. Pasal pemergian Akir. Anas still takleh percaya...Akir? Muzakkir...Along dah takde? Dia sambung menangis. Tak tahulah dah berapa gelen air mata dia tumpah. Abang Daus datang dekat. Usap belakang dia pelan2. 

    'Adik ok?' Anas pandang muka abang Daus. Tak tau nak balas apa. Soalan tu...macam payah sangat utk dia jawab dalam keadaan dia sekarang ni. Dia bangun, pegang tangan Hariz, beredar dengan Paan. Lepas jumpa Azim-roomate Akir, dia ada cakap, kolej ada sediakan bas. Sesiapa yang kelapangan, boleh ikut iring jenazah ke kampung halaman arwah. Anas dah setuju awal2 lagi. Lagipun esok Sabtu. On the way balik hostel jumpa Bang Min. Then dia pun setuju ikut sekali, Paan dengan Hariz pun ikut. Kushairi-roomate Anas tak boleh ikut sebab dia ada latihan silat malam tu. 

    4:30pm
    Hujan selebat-lebatnya. Anas dengan Shafik kongsi satu payung redah padang yang dah banjir tu. Tengah2 padang diorang berhenti. Anas jerit kuat2. "ANGAH ! ALONG DAH TAKDE !" Shafik peluk Anas kuat2 tengah2 padang tu. "Sama2 kita doakan along chu..." dari jeritan tadi, Anas still laung benda yg sama, cuma dah ta kuat dah. dia peluk Shafik. Dia menangis lagi, tapi kali ni kejap je, sbb dah azan asar. 

    Usai solat asar jemaah semua berkumpul sementara menunggu jenazah sampai dari hospital. Dapat berita yg jenazah da siap dimandi dan dikafankan dekat masjid Bangi lama. Disembahyangkan di sini. Yassin berkumandang dari mikrofon kecil dalam genggaman ustaz yg bagi ceramah dekat PKK tadi. Ustaz Farid Ravi- petang tu sejuk je. Hujan yg selebat-lebatnya dah renyai. Tapi angin sejuk masuk dalam masjid, tak payah pasang kipas pun takpe, Anas duduk diam lama, Paan tegur dia. 'Van dah sampai'. 

    Setibanya bas KUIS di perkampungan Raja Musa, rintik hujan yang nampak macam mutiara2 kecil tu semakin laju terhentak dekat windscreen bas. Gerimis isya' berlarutan, mungkin tersisa dari tangisan awan KUIS agaknya. Walaupun jaraknya puluhan kilometer, tapi awan itu tetap melarat sampai ke Raja Musa. Beberapa orang yg Anas kenal sedang mengaminkan doa yang ditahmid-tasbihkan tok imam. Agak kelam bunyinya, tapi masih dapat ditangkap tiap bait kalimah suci itu. 

    -Allahuakbar... takbir dilaung seraya jenazah diusung di pundak masing2. Bergema malam itu dengan takbir mengiringi arwah ke tempat terakhirnya, selangkah menjauh dari dunia fana, selangkah mendekat ke wajah Sang Pencipta. InsyaAllah. 

    Tanah gambut kelapa sawit, di kiri dan kanan, subur memayungkan jemaah bertugu dua nisan di segenap tanah kuburan itu. Anas tertancap dengan beberapa nisan yg sudah tidak terurus, dia mengucap istighfar panjang, doakan yang baik2 utk para allahyarham 7 kaki di bawah itu. Ada pondok besi boleh angkat, di letakkan di hadapan liang lahad Akir. Perlahan2 jenazahnya diturunkan, Anas sudah tidak sebak, air matanya sudah kering kontang, habis pakai tengahari tadi. Dalam bas pun dia diam sahaja duduk bersebelahan dengan Hariz. Tok imam mengeluarkan sehelai kertas kumal, basmallah kedengaran. Talkin bergema. 

    Jemaah masjid ada yg sudah surut pulang, kelompok pelajar KUIS pun sudah mula bergerak keluar perkuburan ke depan masjid. Shafik menarik lengan Anas, tapi ditolaknya agak kasar. Dia belum puas memandang rumah kedua kawan baiknya itu. Tidak putus hatinya mendoakan alongnya akan di tempatkan dalam golongan orang2 soleh, orang2 yg dikasihani Allah, orang2 yg dijanjikan Syafaat nabi Muhammad s.a.w, orang2 yg dijanjikan syurga. Tak semena-mena dadanya kembali berombak, Paan sahaja sekarang yang setia menunggu dia di situ.Kedua ibu bapa Akir, abang dan kakaknya, dan beberapa jemaah lain. Tak sampai 15 orang yang masih tinggal di situ. Berbual perlahan. Anas menekup mulut. 

    Tangisan beratnya bertandang. Ya Allah! Betapa aku masih tidak boleh menerima pemergian sahabat ku yang satu ini Ya Allah... dia mungkin menidakkan ketentuan Illahi, tapi hatinya kuat berdentang: Kenapa Akir pergi dulu? Kenapa Akir tak tunggu Anas? Pelbagai benda timbul dalam benaknya. Akir kata nak bagi Anas baca novel Akir dalam komputer tu? Anas tak sempat baca lagi, Akir cakap, nak bawak Anas naik moto sama2, then Akir ada cakap, nak datang raya rumah Anas tahun ni, Ya Allah...kuatkanlah aku Ya Allah ! Astaghfirullah... 

    'Jom nas' sapa Paan. Sebelum langkah terakhir Anas, di mana dia tahu, hambaNya yang dijemput pada hari Jumaat tidak akan disoal di dalam kubur. Kuburnya akan terang, Anas mengurut dada tanda lega. Baru dia teringat hal-hal itu. Dia berpaling, bibirnya terbuka sedikit.

    'Assalamualaikum...Along' kaki kanannya melangkah perlahan. 

    Pesanan Ikhlas Anasyg: Entri ini adalah tribute kepada arwah kawan baik Anasyg, dan cerita di dalam entri ini ialah kisah benar pada hari kejadian, dari sumber2 yg dipercayai dan watak2 dalam entri menggunakan nama sebenar. Tiada langsung niat utk mengaibkan mana2 pihak, sekadar perkongsian utk meminta jasa baik pembaca2 menyedekahkan 2 minit anda utk arwah. 

    Muzakkir Nur Syafiq bin Mesni ialah seorang kawan, seorang anak, seorang abang, seorang adik, seorang pelajar, seorang hamba Allah, dan dia jugalah pemberi nasihat dan tazkirah yang disenangi ramai orang. Arwah disahkan menghidap denggi berdarah pada Selasa 08/06/10, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada  Jumaat 11/06/10. 

    Along...dalam Kenangan. Miss you so so so much. Al-Fatihah. 




    Boleh baca first tribute pada arwah kat SINI

    9 comments → Permata Sirna : Muzakkir Nur Syafiq bin Mesni

    1. inalillah. al fatihah buat arwah. sedih!!!

    2. innalillah..al-fatihah..

      takziah..smoga rohnya dicucuri rhmat..amin2..

      masa kita akn tiba jgk nnti..

    3. Al-fatihah....semoga Allahyarham tenang di sana...

    4. ucapan selingan dr abg utk adik...

      jika masih sayang pada dia, jgn berhenti utk sedekahkan alfatihah mahupon surah2 dlm alquran, sedekah atas nama arwah, bykkan berdoa utk dia agar ditempatkan bersama anbia', solihin, syuhada....berdoa juga agar kita masih bertemu di syurga kelak...

      abg juga mengahadapi perkara yg sama semasa abg 1st time masuk uitm dlu thun 2007 di mana arwah atok pergi meninggalkan kami..pesanan abg ni pesanan seorg teman, seorag ustaz, dan seorg ayah....abg turunkan kepada adik utk renungan bersama

      amin...al-fatihah

    5. alfatihah .

    6. semua di atas: terima kaseh sudi doakan arwah - dan amin. InsyaAllah

    7. ya allah.sha nanges baca entri ni.
      sedih sangat,
      tabah ye.
      yang pergi tetap pergi.kita tolong doakan dia dekat alam sana.takziah.al fatihah ~

    8. Sedihnye Nass.. Al-Fatihah dari aku jugak :(

    9. dari Allah kita datang, kepada Dia jugalah kita kembali.

      :')