• Nota Hari Suci

    Sabtu
    13 Oktober 2012
    11.30 pm - 12 am

    Angah: Aku tunggu kau kat luar ni. Nanti dah punch out, gerak balik terus.
    Anas: Ye ye, aku tengah closing bakery ni. Jap gi aku punch out.

    Lepas dah punch out, Anas ikut Angah balik umah. Sampai umah je, tengok muka abah ngan mak lama2. Tp badan penat gila sbb dari tengahari masuk kerja. (Sempat on9, dapat publish Hadiah Terulung. Terima kasih pada yg sudi baca).

    Ahad
    14 Oktober 2012 
    4.30 am

    Dari dalam bilik Anas dah boleh nampak lampu dapur menyala. So, mesti diorang ni dah bangun semua. Masing-masing mandi, bersiap. Kak Ngah sempat goreng nugget dgn nasi goreng. Bungkuskan bekal utk sarapan pagi nanti. Abah dah siap berihram. :')

    Haji Salleh iring sekali, dia yg bawakkan tiga beg besar mak, abah ngan opah. Kereta abah, Angah yang drive. Sebelum masing-masing masuk kereta, Cik Ropi azankan perjalanan mak, abah ngan opah. Dah terasa sebak dah time tu. Haji Salleh pg amik opah. Kitorang jalan dulu sbb Kak Yan nak isi minyak.

    6.10 am
    Kelana Jaya

    Anas tertidur sepanjang perjalanan. Tau-tau je dah sampai. Perkarangan Kompleks Tabung Haji tu da ramai org. Yang lelaki berihram, perempuan berjubah dan bertelekung. Lepas sembahyang subuh, kitorang semua tunggu Along dengan saudara mara lain. Duduk kat khemah ruangan menunggu. Macam2 orang Anas nampak. 

    8 am

    Pengumuman dari Tabung Haji, semua jemaah haji kena beratur amik tag untuk bagasi. Kak Yan dengan sepupu wakilkan mak ngan opah, dan Haji Salleh wakilkan untuk abah. Diorang kena simpan tenaga untuk urusan kat sana. 

    Sepanjang duduk dekat dalam khemah tu, Anas duduk dekat Opah, bisikan kat dia. Kirimkan doa yang baik2 untuk anak cucu Opah. Opah dengar dengan teliti, kadang2 dia tanya detail pasal apa yg Anas nak dia doakan. :') Anas cakap, apa2 je utk kebaikan cucu dia. Kirimkan salam pada nabi junjungan dekat Makam Rasulullah nanti. Opah angguk sambil tersenyum. Suapkan opah makan, minum. 

    Mak ngan abah tengah melayan saudara mara yang datang. 

    9 am 

    Tarbiah Labbai Kallah dah bergema. Pengumuman utk masuk ke balai lapor diri. Isteri Haji Salleh cakap, kalau nak bermaaf-maafan, salam-salam baik diselesaikan sekarang. Nanti dah masuk balai lapor diri dah tak boleh keluar. 

    Abah tarik beg bagasi ke depan. :'(

    Along salam abah dulu. Sampai turn Anas, tak tau nak cakap apa. Air mata je keluar tak berhenti. Peluk cium abah. 

    Abah: Dah...dah. *sambil lepaskan pelukan. 

    Salam, peluk cium mak. Peluk erat2, macam tak nak lepas. Salam, peluk cium Opah. Baru terluah nak cakap : Opah, jaga diri elok2 kat sana. Fikirkan nak beribadat je pah, jangan risaukan kitorang kat sini, jangan susah2 hati. InsyaAllah kitorang ok je kat sini. Sayang Opah. :'( Time ni dah macam hujan dah. Menangis tak berhenti-henti. 

    Abah dgn mak sambung salam saudara mara. Satu Kompleks Tabung Haji sayup dengan bunyi orang ramai menangis. Semua orang mata merah, tangan pegang tisu, sapu tangan. Tutup muka, semua tengah menangis. 

    9.15 am 

    Abah dah tolak Opah dengan kerusi roda, masuk lobi. Mak still beratur sorang kat dalam barisan. Time ni panggil nama mak kuat2. 

    MAK ! 

    Bila mak pandang je, tengok anak2 dia lambai, air mata yang macam hujan dah jadi air terjun. Terus tak berhenti-henti. Rasa macam pandangan mak tu sayu sangat. Lambai sampai mak masuk lobi. Teringat masa tadika dulu, lepas mak hantar naik basikal, lambai mak sampai mak masuk simpang. Duduk kat pintu tadika sampai tak nampak mak naik basikal dah. :'(

    10 am 

    Kak Long ngan Kak Yan tenangkan Anas dengan sepupu. Sepupu dah tak boleh berhenti menangis. Lepas masing2 dah reda sikit. Terus salam2 dengan saudara yg dtg sbb diorang nak balik dah.

    2 pm 
    Kota Damansara 

    Galaunya hati. Macam2 benda Anas duk pk sepanjang kerja tu. Cover je muka masa serve customer. Ta nak nampak sangat sedih tu.

    Nota Ikhlas Anasyg : Alhamdulillah, dah nak kat sebulan dah Anasyg kerja :) Macam2 ragam manusia yg Anasyg jumpa. Kalau nak share ngan korang, mau makan 4 hari 4 malam nak citer. Terima kasih yg tak terhingga pada semua readers2 yg sudi mendoakan mak, abah dan opah Anasyg dalam Hadiah Terulung dan Jemputan. Allah s.w.t Maha Kaya, Maha Besar dan Maha Adil, Dia sahaja yg mampu membalas jasa baik korang. Amin.

    Full Album : HAJI (Perjalanan Menuju Keredhaan Allah)

    p/s : Ada blogger suggest Anasyg buat scheduled post utk draft. Taklah asyik tunggu seminggu sekali. :) hehe...thanks ye bg cadangan tu. Nanti Anasyg usahakan. 

    10 comments → Nota Hari Suci

    1. oh sempat dia update..bz skrg ye?

    2. moga segalanya

      dipermudahkan

      aminnn

    3. hye blogger
      kunjungan malam aya
      SELaMAT HARI RAYA AIDILADHA
      ---------------------------
      jangan la seih....doakan diorang dpt haji mabrur

    4. Sedihnyaa baca ni, sambil dengar orang takbor dekat tv pulak. Aku pun pernah rasa Nas ;')

    5. anasss..lama tak chat..sihat??

      isyallah, semoga parents dan opah anas, mendapat haji yg mabrur..aminn amin...

      anas, take care!

    6. @Akhelaken: yup bang. Busy keje

    7. @bukankosong: amin. Terima kasih

    8. @Edy Fee: selamat hari raya edy. :) rindu kat kau. insyaALLAH. amin

    9. @Ziey Mazzyha: yeke ziey. Kita sama2 doakan k.

    10. @Qaseh Dania: amin. You take care too thin. Rindu thin gak.