• What Happened in Penang : Ep 2

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.

    Baca Episod 1

    Oraitey earthlings, hari kedua aku kat Penang, ialah Wedding Reception client #teamMietography. Kali ni, aku penuhkan jemputan. Yelah, tak manis org dah jemput, kita tak datang. Kalau aku still kat Selangor, bolehlah bg alasan, tp ni dah kat depan mata je dewannya. *no literally, memang kat depan home stay kitorang je dewannya. 
    Kenduri kahwin cam biasalah kan, tengahari tu. #teamMietography sibukkan diri tangkap gambar. Ok, sedikit penerangan signature style #teamMietography k. :) *tolong promotekan. #teamMietography ni dua2 kepala architecture, so mata diorang ni lebih kepada how to spray a dash of architecture value dalam setiap gambar. Either background, atau props, atau talent/client itu sendiri. See :) interesting kan? Aku percaya ramai anak2 muda yg baru berjinak2 terjun dalam kolam photography ni bawak style masing2, street art, clean, bloom 10x, keje nak greyscale je... *ahaha, dan macam2 lagi signature style korang tersendiri. So ini satu signature style dari Mietography. Diorang nak background yg lebih hidup berbanding backdrop studio. 

    Tapi jangan risau, seperti kebanyakkan jurugambar yg lain, #teamMietography juga akan utamakan apa yg talent/client tu nak. Berminat nak hire #teamMietography? boleh klik mana2 perkataan ber-hashtag Mietography utk straight ke blog@facebook page mereka. :) 

    Ok, sambung cerita. Lepas kedua mempelai usai majlis walimatul urus diorang, kitorang pun gerak ke lokasi utk outdoor photoshoot (yg didatangkan percuma dalam pakej #teamMietography :) Lokasi outdoor photoshoot tu agak jauh jugaklah dari dewan, b..but! IT WAS WORTH IT!

    Lawa kut! Siapa yg tak pernah dtg sini, this should be on your list of 100 PLACES TO VISIT before you turn 50 :) EMPANGAN MENGKUANG yo. 
    Serius cantik tempat ni. Terus mengucap aku dtg sini, Igtkan dah hebat sgt duduk Kuala Selangor kan...rupanya, ada ciptaan Allah yg lebih indah dari situ. Hah kau, hamek! Subhanallah :) 
    Camwhore dgn kakak tercinta
    Dah aku tak melibatkan diri dalam sesi outdoor photoshoot ptg tu, aku ngan kakak aku duk CAMWHORE je keje sepanjang2 tu. Kitorang siap buat video kekonon dapat menakluki Empangan Mengkuang. pfft...

    Lepas habis session, yg bagi aku agak lama, makan dua jam jugaklah session kali ni, sbb byk gila shot, dan dari satu frame ke satu frame different background, different background kat situ maksudnya, berjalanlah ke tempat2 lain, yang penting, aku dgn kakak aku, maintain camwhore buat hal sendiri. Nanti tunggu #teamMietography publish full album client tu, baru korang boleh cuci mata puas2 ok :) 

    Sebelum balik home stay petang tu, singgah pekena char kuey teow dulu, then malam tu meronda Aeon lg. :) Kali ni, borong perkakasan dapur kat Home DIY. (citer pasal dapur ni aku hold dulu sampai renovation dapur rumah aku siap ok :) We end the evening with SATAY! Dinner yang meghiah, dan tido utk ke Georgetown esok :) Esok means? 

    Teaser photo utk Episod 3. Lalala. 
    Bdak2 fb/follower Mietography dah tahu dah pasal pic ni. =.=' I am unimpressed.

    2 comments → What Happened in Penang : Ep 2

    1. Anas.. this is so cool ok... ur so cool ok! ;)

    2. @aisha : thanks dear :) nnt kalau berkesempatan, naik lah penang :)