• Ramadhan dan Anugerah Terindah : Bhg 1

    PERBICARAAN KES PENGGODA JUTAWAN, TIGA DIHERET KE MAHKAMAH. Suspek yang dikenali dengan nama panggilan Shiya, Is dan Jin akan ditahan reman selama sebulan bermula esok bagi membantu siasatan pihak polis. Sebarang maklumat dan informasi dari orang awam, sila hubungi. 03 XXXX XXXX.

    Adhan lipat dan letakkan ke atas meja, dia geleng membaca muka depan surat khabar hari ini. Dah jadi macam tradisi setiap kali datang bulan mulia tuntutan agamanya itu, pasti ada kes2 seperti ini berlaku. Yang menghairankan, setiap kali tangkapan dilakukan, suspek hanya akan ditahan reman selama sebulan, kemudian dibebaskan. Pada tahun berikutnya, kejadian yang sama berulang. Mangsa yang berbeza, tapi tiga orang suspek yang sama. Adhan keliru. 

    “Bang…” seorang wanita sarat mengandung keluar dari dapur berjalan perlahan ke arahnya. 

    “Kia, kan doktor dah pesan, awak tu bila2 masa je boleh due, janganlah banyak berjalan.”

    Rizkia duduk di sebelah suaminya. Dia senyum kelat, sambil tangannya laju mengurut perlahan perutnya yang dah membulat ke depan. Seraya Adhan turut membantu mengurut perlahan dua kaki Rizkia. 

    “Abang…esokkan hari pertama. Abang lupa ke?”

    “Abang tak pernah lupa Kia. Awak dah niat sebulan?”

    “Boleh ke bang niat sebulan?”

    “Niat sebulan tu sah, tapi sebagai langkah berjaga2, diharuskan niat setiap hari takut awak terlupa je.” Adhan memicit bahu isterinya pula. Rizkia mengeluh lega.

    “Abang, tahun ni kan, saya rasa macam nak buat kenduri.”

    “Kenduri apa?” Adhan kerut dahi.

    “Ni, sambut baby nak keluar ni” Rizkia tersenyum lebar, sambil matanya galak, tangannya setia mengusap perutnya. Adhan turut tersenyum. 

    “In Sha Allah, kalau ada rezeki nanti abang uruskan. Awak berehatlah.” Adhan bingkas.

    “Abang nak pergi mana?”

    “Eh, kan esok hari pertama, abang nak bagitau dekat anak Pak Cik Bul tu supaya bersedia nanti takut dia terlupa.” Rizkia leretkan senyuman.

    “Ha, yelah. Hati2 bang.”

    Rizkia mencium tangan suaminya, Dia bingkas ke dapur semula. Hempaskan punggung ke kerusi kayu yang dah dilapikkan bantal kusyen. Leka dia mengupas bawang, pintu dapur diketuk berulang kali. Belum sempat dia memberi sebarang respon, tiga orang kanak2 meluru masuk ke dalam.

    “Assalamualaikum!” mereka bertiga memberi salam hampir serentak. Rizkia mengucap panjang.

    “Waalaikumsalam, apa kamu bertiga ni, nasib baik ibu takde sakit jantung, main terjah je.” Rizkia mengurut dada mengurangkan gusar. Tiga kanak2 tadi masing2 duduk mengelilingi Rizkia.

    “Ibu…ibu. Betul ke esok dah start tak boleh makan? Tak boleh minum?” soal seorang perempuan yang paling kecil. Rizkia tersenyum, tangannya masih setia mengupas bawang.

    “Ya Mina, esok dah start. Mina dah berlatih dah sebelum ni?”

    “Ala…praktis baru sehari,” kanak2 lelaki yang lebih besar dari Mina mencelah.

    “Abang Firash dah ready?” soal Rizkia. Kanak2 lelaki tersebut senyum lebar. Dia angguk bersungguh.

    “Dia bohong bu, dia pun baru berlatih sehari macam Mina jugak” mereka bertikam lidah. Rizkia menggeleng.

    “Hey, dah2. Ini yang ibu tak suka. Bergaduh depan rezeki. Macam mana ni? Esok dah mula nak buat ibadah, hari ni buat kesalahan lagi? Bergaduh sesama saudara. Satu talian darah pulak tu. Isyh, Tuhan tak suka. Mintak maaf lekas.” Kedua2 Mina dan Firash muncung. Rizkia pandang keduanya. Mereka cepat2 bersalaman dan berdakapan. Kemudian berbual seperti biasa. Rizkia berkalih ke seorang lagi kanak2 perempuan di sebelahnya yang dari tadi senyap, tapi tangannya ringan membantu mengupas bawang.

    “Rahima, senyap je. Kenapa?” soal Rizkia. Kanak2 perempuan tadi hanya menggeleng. Dia yang paling tinggi antara ketiga2 kanak2 di situ.

    “Ibu! ibu!” Mina menjerit bersungguh. Tetapi setelah mendapat jelingan tajam dari Rahima, dia senyap. Rizkia tahu, Rahima ada benda yang nak diberitahu, mungkin dia segan nak nyatakan sekarang ini.

    “Rahima? Bisik dekat telinga ibu.” Rizkia menguntum senyum. Pada mulanya Rahima masih agak2 dan ragu2, kemudian dia bergerak mendekati Rizkia dan membisikkan sesuatu. Firash dan Mina berpandangan sesama sendiri. Rizkia hanya tersenyum, sekejap dia menutup mulutnya dengan tangan, kemudian dia menggangguk. Usai urusan rahsia Rahima, dia menyambung mengupas bawang. Dia faham sekarang. Rahima kembali duduk di tempatnya tadi.

    “Ni, ibu nak pesan. Kamu bertiga kena mainkan peranan yang sangat penting untuk satu bulan ni. Dengar betul2 apa yang ibu nak pesan ni.”

    Ketiga mereka memasang telinga.

    “Sepanjang satu bulan ni, ada tiga fasa. Jadi, ibu nak hadiahkan satu fasa pada setiap orang dari kamu. Rahima, fasa yang pertama, Firash fasa yang kedua, dan Mina,” Rizkia sempat mencubit pipi kembung kanak2 perempuan yang paling kecil itu. “Mina fasa yang terakhir.”

    “Kenapa ibu bagi kitorang fasa2 ni?”

    “Sebagai peringatan, sebagai kayu ukur, dan sebagai hadiah.”

    “Ibu…kayu ukur tu apa?”

    Rizkia tergelak kecil. Dia sambung bercerita.

    -bersambung.

    15 comments → Ramadhan dan Anugerah Terindah : Bhg 1

    1. wowoo, sekejap je dah bersambung. nak dengar cerita Rizkiaaa D:

    2. Masih banyak part yang saya blur nie. Sambung cepat cepat Anas :) Hihi

    3. Serius aku fefeeling macam penulis dia perempuan nass. Cara cerita.

    4. Wah, ada citer lah, best2..hehehe

    5. Alaa, kejap je. dah ada sambung dah.
      cepat-cepat keluarkan bahagian 2 pulak. hehe

    6. 3 fasa tu mesti 10 hari awal, 10 hari pertengahan dan 10 hari terakhir. hahaha

    7. wahhhh, menarik nie. menanti sambungann :D

    8. Cerita yg lain dari yg lain.

      NEXT!

    9. @nurulSyahada: haha. nanti bersambung dengarlah cerita dia puas2. haha

    10. @SiaraElina: dh habis dah pun. haha :)

    11. @aimi: well, signature style aku kut. tukar2 gender penulis. eh boleh camtu? haha. thanks sudi baca.

    12. @arpizz: cepat baca. haha. :) thanks piz.

    13. @fatinLiyana: dah keluarkan dah. pg baca. hahaha. :)

    14. @lalaRahim: alaaa..spoiler. haha. pandai sungguh anak sapa ni. haha

    15. @schaNazri: hee. thanks scha.