Adhan bersalaman dengan orang tua di hadapannya. Kemudian dia duduk mengadap mereka berdua.
“Apa khabar kamu Adhan?”
“Baik Alhamdulillah. Tn Haji? Hajah? Apa khabar?”
“Kami sihat Adhan. Tak pernah rasa sihat macam ni, maklumlah, esok dah mula hari pertama kita di bulan paling mulia dalam kalendar Islam.” Hajah Qu Laila tersenyum, menyepet kedua matanya yang dah sedia kecil. Suaminya di sebelah menggenggam tangannya.
“Apa khabar Rizkia, Adhan?” soal Haji Tarwi
“Alhamdulillah sihat”
“Bila doktor kata dia bersalin?” soal Haji Tarwi lagi.
“Dalam bulan ni jugak In Sha Allah,” Adhan tersenyum.
“Alhamdulillah. Berkat kamu jaga anak yatim Adhan, Allah bagi kamu cahaya mata sendiri” Hajah Qu Laila mencelah. Dia turut tersenyum lebar.
“Alhamdulillah, In Sha Allah kalau tak keberatan, lepas isteri saya bersalin, saya nak buat kenduri doa selamat, khatam Quran, malam tu buat kenduri tahlil sekali. In Sha Allah.”
“In Sha Allah. Nanti kami bantu apa yang patut.” Hajah Qu Laila memandang suaminya, tangan mereka masih tidak terlerai dari genggaman masing2. Adhan memandang terharu. Hatinya tertendang gembira.
“Niat kami nak berpuasa di tanah suci, tapi…”
“Tapi kenapa Tn Haji?”
“Orang rumah ni ha, mata dah tak berapa nampak, badan dah tak berapa larat, takut menyusahkan orang di sana je.” Haji Tarwi mengusap tangan isterinya.
“Kan setiap pakej Haji sekarang ada disediakan orang yang boleh tolong kita sepanjang mengerjakan ibadah Haji? Lagipun selalu Adhan dengar, orang yang sakit2 ni, jejak kaki ke sana je, badan terus sihat. In Sha Allah, kena doa banyak2.”
“Ada tu memang ada, doa tu memang doa, tapi itu kan semua ketentuan Allahu Subhanuwata’ala. Kita ni, rancanglah macam mana teliti pun, macam mana baik sekalipun, perancangan Allah juga yang terbaik.” Adhan mengangguk. Dia bersandar. Dua orang remaja perempuan mendatangi mereka. Dengan dulang berisi air dan sepinggan kek potong.
“Yang mana satu Ifti, yang mana Sri ya Tuan Haji?” Adhan berkira2 sendiri. Dua anak remaja tadi tersipu malu duduk bersimpuh di sebelah ayah mereka.
“Ini Ifti adiknya, ini Sri kakaknya.” Haji Tarwi mengunjuk dengan tangan. Mereka tersenyum dan hampir serentak menjemput Adhan minum, lalu bingkas meninggalkan ruang tamu.
“Adril mana?”
“Jangan ditanyakan budak bertuah tu Adhan, munculnya sekali sebulan.” Haji Tarwi tergelak besar. Hajah Qu Laila turut tersenyum lebar. “Dia tu memang tak nampak batang hidung, nanti kalau nak balik ke rumah, adalah dalam rumah ni nanti.” Haji Tarwi mengurut dada kerana berdekah terlampau kuat. Adhan hanya menggeleng melihat gelagat dua orang tua itu, dia kemudiannya beransur selepas teh dalam cawannya habis diminum.
*****
Hari ini ialah hari ke 28 mereka mengerjakan ibadah tuntutan agama Islam yang melarang keras untuk makan dan minum dan melakukan perkara2 yang boleh membatalkan ibadah tersebut dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari. Adhan berehat di ruang tamu, Rizkia dah sediakan secawan air sejuk. Dia tahu suaminya pasti lelah selepas menunaikan ibadah solat sunat 20 rakaat di masjid. Adhan memasang peti televisyen, namun matanya sahaja yang memandang tepat, dia tidak bersungguh untuk menonton pun sebenarnya. Dia masih berkira2 tentang keadaan isterinya. Sudah hampir sebulan, mengikut kata doktor, sepatutnya Rizkia akan bersalin dalam bulan ni. Sudah tak tertahan melihat Rizkia adakalanya mengerang sendirian, terduduk, tidak tahan berdiri lama, berjalan perlahan, kakinya sampai bengkak2. Adhan sudah berkali2 berpesan pada isterinya agar membataskan aktiviti fizikal. Namun Rizkia berdegil, alasannya, dia mahu pastikan segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya ini serba lengkap. Baik dari luar sampai dalam rumah.
Adhan juga ada meminta pertolongan Hajah Qu Laila untuk tolong tengok2kan Rizkia. Dihantarnya dua orang anak remaja perempuannya, Ifti dan Sri. Mereka selalu dilihat datang menolong di rumah. Pada siangnya mereka datang berdua, adakala Sri datang seorang dan ada juga Ifti datang sendirian. Mereka setia menjaga Rizkia yang dahulunya pernah menjaga mereka ketika kecil, ketika Hajah Qu Laila dalam pantang. Tiga orang anak jagaannya turut ringan tangan membantu. Rahima, Firash dan Mina.
Walaupun nakal dan masih belum matang, namun mereka bertiga amat membantu kerja2 seharian Rizkia. Adhan tidak dapat berada di rumah sepanjang masa atas urusan kerja. Dia berterima kasih pada mereka berlima kerana menolong isterinya.
“ABANG!” suara Rizkia memecah lamunan Adhan.
-bersambung.
8 comments → Ramadhan dan Anugerah Terindah : Bhg 2
Bersambung lagi? --' Rizkia nak beranak ke tuu? Haha
Okey, tunggu next episod... :)
Next episode please.. excited nak tahuuu
Jemput la bace entry kite jugak yeee. Jangan lupa komen.. haha *dengan muka tak malu*
Nantikan episod berikutnya. Hehe. Selamat hari raya aidilfitri in advance ye Anasyg :)
Taazabarnyaaa!
NEXT!
@SiaraElina: hee. betul. dia nak beranak. dah beranak dah. :)
@amani: in sha Allah nanti ada masa anas pg masuk blog awak k :)
@fatinLiyana: hee. Selamat Hari Raya Aidilfitri jgak fatin :) hee. lambat nau balasnya. haha
@scha: haha. zabar la scha. zabar. hee
Post a Comment