• Surat Dari Cendawan : Bahagian 1

    "Kalau korang balik awal takde jadi macam ni"

    "Habis adik nak salahkan Along?"

    "Salah semua."

    "Nur keje Long, bila masa Nur nak balik. Memang tak sempat."

    "So, kak Nur balik hari ni semata-mata nak tengok mak kena tanam macam tu?"

    "Jangan kurang ajar dik!"

    Ruang tamu tegang. Aku berdiri. Kak Nur duduk dengan tangan sesekali menyeka air mata yang tak putus jatuh. Abang Salleh, suami Kak Nur hanya diam menenangkan anak tunggal mereka yang hanya dua tahun yang sama macam mak dia, tak berhenti menangis. Along seorang diri, Kak Lia di dalam bilik menidurkan tiga orang anak lelaki mereka yang buas. 

    Sebentar tadi selepas Zohor, barusan selesai jenazah mak kami dikebumikan. Mak meninggal malam tadi bila jantung mak gagal berfungsi akibat jangkitan kuman dalam darah. Sebelum pemergian mak, mak demam hampir dua minggu dan Bapak mengambil keputusan untuk jaga dirumah sahaja. Dan cuba teka siapa yang berada di rumah untuk menjaga mak selama dua minggu? 

    Aku.

    Cuba teka siapa yang tiada di rumah untuk menjaga mak selama dua minggu.

    Along dan Kak Nur.

    Kami cuma tiga beradik sahaja. Mak pernah menjaga kami bila kami serentak demam, tapi bila mak demam, seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang mak. Bapak sentiasa ada disisi mak, tapi kudrat bapak tidak begitu kuat, jadi aku perlu menolong untuk mak ke tandas, bila pagi mak nak duduk di luar rumah untuk udara segar, petang juga begitu. Kadang2 mak tak sempat pun ke tandas, mak tak sempat muntah dalam besen yang Bapak sediakan. Cuba teka siapa yang bersihkan semua tu?

    Aku.

    Apa yang membuatkan ruang tamu tegang petang ini, ialah kemarahan aku yang sudah lama aku simpan. Along jarang tengok mak di rumah, kalau dia ada masa di hujung minggu baru dia datang. Alasannya, tiga orang anakknya leceh untuk dikawal ke sana ke mari, susah untuk Kak Lia jaga dan bla bla bla. Kak Nur pulak menggunakan alasan kerja, ya kerja dia memang sibuk, sampai ada yang makan seharian dia di pejabat menyiapkan kerja al maklumlah bos di syarikat sendiri. Abang Salleh menjaga anak mereka seorang diri di rumah. Bila masanya entah dia datang melawat mak.

    "Dulu bukan main Along cakap nak bawak mak duduk dengan Along kalau Along dah ada rumah sendiri, tak payah lah Long, mak dah cukup bahagia dengan rumah kecik ni." Aku beralih pada Kak Nur. "Akak pulak cakap, nak upah orang gaji untuk mak, driver untuk Bapak, siap nak call-in doktor peribadi untuk tengok-tengokkan keadaan mak." Aku jatuhkan pandangan kepada mereka berdua. "BLAHLAH!"

    "Adik jangan nak kurang ajar dekat sini, jaga mulut tu, adik dah lupa, siapa yang bagi duit masa adik belajar? Kak Nur yang biaya tau, kalau Kak Nur tak bagi duit, jangan harap kamu tu nak masuk universiti!" Along meninggi suara.

    "Along..." Kak Nur sambung menangis.

    "Tak guna ada duit banyak." aku tahan getar suara.

    "Apa kau cakap?" soal Along.

    "Tak guna ada duit banyak, kereta mewah, rumah besar, syarikat milion-bilion ringgit, kumpul je duit tu, kita ramai-ramai pergi kedai, beli mak baru!"

    PANG!

    Surat Dari Cendawan : Bahagian 1 Tamat

    6 comments → Surat Dari Cendawan : Bahagian 1

    1. Bila dah takde baru nak ingat. Tuu pun saling menyalahkan. Next?

      Anas sihat? :)

    2. Memang betul anak tak boleh jaga sorang mak. Hmmm .. T__T

      Sambung lagi

    3. Kaya macam mana sekalipun, mesti jiwa rasa kosong bila mak dah takde.. Hurmm..

    4. TT___TT
      duit banyak tapi kalau dgn mak sendiri pun mcm tu tk guna.

    5. "Tak guna ada duit banyak, kereta mewah, rumah besar, syarikat milion-bilion ringgit, kumpul je duit tu, kita ramai-ramai pergi kedai, beli mak baru!"

      - tertusuk nas.

    6. manusia mudah berubah mengikut situasi tapi ia sekali pun, ibu jangan dilupakan.