• Hadiah Terulung

    Assalamualaikum

    Rindunya nak menaip kat lappy ni. :) Korang sihat? Hari ni bukan offday Anasyg, tp hari ni WAJIB balik umah sebab, pg nanti nak iring Mak, Abah ngan Opah Anasyg ke Kelana Jaya. Dari situ, diorang naik bas ke KLIA. Kemuncak Rukun Islam, Menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah Al Mukarammah. Sebak rasanya nak berjauhan dengan 3 orang penting ni. Lagi-lagi parents Anasyg. :') 44 hari tu...congak2, adalah dalam 6 minggu 2 hari. Fiuh, cam lama kan. Walaupun dah biasa hidup sendiri *kat kolej, time skolah menengah dulu2, tp kali ni lain skit. Sbb kita tau diorang takde kat rumah. Kalau mcm sebelum2 ni, kita kat kolej pun, kita tau yg diorang ada kat umah tu. But, this time around, diorang travel beratus ribu kilometer semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah s.w.t. 

    Ibadah Haji merupakan kemuncak rukun Islam yang lima. Tunaikanlah walau sekali seumur hidup. Rezeki Allah, kita tak duga. Allah menjemput 3 orang penting dalam hidup Anasyg ni sekaligus. MenghadapNya, menghambakan diri kepadaNya di sana. InsyaAllah, haji mereka diterima dan doa2 mereka diperkenankan. Semalam masa masuk kerja pun muka blur je, ramai crew2 tanya, Anas, kenapa muka kau ketat semacam je. Sebenarnya, tengah sorok perasaan nak nangis. Setiap kali terfikir pasal kedua mak abah Anasyg, mesti nak berlinang je air mata ni. Terasa sangat yang anak dia ni dah besar panjang, dah boleh jaga diri sendiri, dah bekerja pun, dan diorang berdua akan berangkat ke Mekah kurang 5 jam dari sekarang. Time nak taip ni pun dah sebak2 je. :') (bawak bertenang nas)

    Ol n ol, bak kata Opah Anasyg sebelum ni, pergi ke sana dah macam mati di tanah sendiri. Betulkan niat, menunaikan haji semata-mata kerana Allah s.w.t dan bukan ada niat lain. InsyaAllah, Haji kita akan mabrur, diterima Allah, dan doa2 kita diperkenankan. 

    This is a very short entry dari saya, tak byk input pun, just nak bg skit informasi. :) 

    p/s: minta jasa baik readers blog ni doakan perjalanan pergi balik Mak, Abah dan Opah Anasyg ke tanah suci Mekah ye. Minta dimurahkan rezeki mereka disana, dipanjangkan umur mereka, disihatkan tubuh badan mereka utk mengerjakan haji, dan dipermudahkan urusan mereka  di sana. :) terima kasih korang. Sayang korang. :) Allah je dapat balas jasa baik korang. Anasyg akan turut mendoakan korang2.

    Amin Ya Rabb

    8 comments → Hadiah Terulung

    1. assalam anas, lama tak dg cerita..sihat?

      insyallah, semoga parents n ur grandma pergi dan balik dgn selamat dan mndpt haji yg mabrur..amin amin...

    2. alhamdulillah,syukur sbb dah sampai seru Allah utk mrk.insyaAllah lps ni turn anas pulak.. kerja rjin2 :)

    3. lama aku tak jenguk ko anas, sihat tak? alhamdulillah mereka sampai dulu, bila pulak masa aku ya..dah dah kesat air mata tu, doakan yg terbaik bt mereka.:)

      weh, kirimkn jubah satu.

    4. sian dia kena tinggal, hehehe

      semoga ur parents and ur Opah selamat pergi dan selamat balik =D

    5. alhamdulillah,seruan-Nya sudah tiba untuk mereka.
      insyaAllah,semoga yang terbaik menanti di sebalik perjalanan mereka.

      anas,jgn lah ngis ye.hilang macho tu :P

    6. Moga-2 haji mereka haji yg mabrur :)
      Tak mau sedih-2 ler k :D

    7. insyaallah semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin :D

    8. moga dpt haji mabrur..next year turn parent edy lak