• Quick Recap

    Assalamualaikum

    Dah 2013 dah? Eh, kejap nye. Macam baru semalam masuk 2012. Ohoi...cepatnya masa berlalu. Entri ni aku nak highlight some 'Moments' yg aku rasa sgt terkesan sepanjang menjadi pemilik blog dan berkongsi seribu satu cerita hidup aku ngan korang. Kalau korang rajin, korang masuklah balik link2 yg aku dah sediakan tu k. Kalau terlebey rajin lagi, komen la pulak ahahaha. *fullstop. 

    *JANUARI

    Cerita Baucer Buku (BR1M) Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Ingat lagi dgn baucer buku yg diagihkan utk semua student IPTA n IPTS, fuh. RM200 hengget sedebuk, belilah apa benda pun kau nak, tp still ada yg duk trade in cash money ngan baucer tu. (=.=') mcm2 hal kan. Full Story

    *FEBRUARI

    Artis yg popular dgn lagu I Look To You, Whitney Houston meninggal dunia. (T.T) Full Story. Dan jugak story pasal satu kelas buat salah kat lecturer, dan kitorang tinggalkan nota minta maaf. Full Story

    *MAC

    Oh, ni d best part dlm bulan Mac utk aku. Selepas habis VIVA dan kitorang hang out kat Putrajaya. Banyak benda jadi petang membawak ke malam tu. Such AN AWESOME-LICIOUS evening. :) Full Story. Apart from that superb evening with ma classmates, I've to get ready for my FIRST EVA ! interview session with my future practical experience :) Dua entri ni aku transkripkan dialog aku ngan interviewer. 3 bulan kat Cambridge Learning House dulu, terasa sekejap sangat...rindu. :) Episod 1 dan Episod 2.

    *APRIL

    Opening post utk dis month, dgn sambutan ulangtahun kelahiran MY PERSONAL FAVORITE BLOGGER ! Cik Fathin Khalid :) Happy birthday to her. Full Story. Kongsi resepi Oreo Cheese Cake, kat SINI, dan takziah utk jiran lama atas pemergian suami tercinta, Pak Din. Full Story

    *MEI

    Mei ni, banyak benda jadik. Ada yg manis, ada yg pahit. Meh ulang tayang. 
    Makan ikan bakar kat Jeram :) Sweet moments. Full Story. Review semua budak kelas kolej aku. All 20 of em. Ada 4 bahagian + satu edisi khas. Bhg 1. Bhg 2. Bhg 3. Bhg 4. Edisi Khas. Bday Hafeesz Amran :) Entry. Bday Finaz (my dear blogmates aka Junior) Entry

    Drum roll...hehe :) the highlight of this month is : When I risked it all to publicly inform u guys bout my relationship. Haha *noob. Entry

    *JUN

    June has always been my tribute month. To my one and only Along. :) Dia tiada pertalian darah dengan aku, tp dia sangat istimewa dalam hati aku :) Full Story. Bday Encik Shahzan hensem *pfft :) hehe. Entry. Anasyg tukar kulit lagi. Tanda penghargaan kepada pembaca2 blog ni. Full Story, dan penutup bulan tu, dengan Kenduri KFC. Ingat lagi? Full Story.

    *JULAI

    Dah habis praktikal ! Dah habis VIVA, dah hantar term paper :) Such an amazing journey. Full Story.  Perkahwinan my closest friend :) Nadia's wedding. Full Story. And...dah Ramadhan dah :) 

    Tak dilupakan, my beloved cousins' birthday Entry dan juga isu logo Kemerdekaan Malaysia yg ke 55. Full Story
    *OGOS

    Ni, first entri dah kena kacau ngan toyol. Full Story. Lepas tu mengadu kat korang pasal hal Cavenzi yang menipu. Full Story.

    Highlight bulan puasa tahun ni ialah : SAKIT GIGI :) hik. Oral Full Story. Yadda yadda yadda - main layang-layang, masak bubur lambuk, skali ... dah RAYA !

    Publish Full Story Raya Stail Anasyg Bhg 1 ngan Bhg 2. Lastly, Anasyg habiskan baca buku Shaz Johar, tajuknya Tabu. Entry.

    Al-Fatihah kpd Junior Anasyg yg pulang ke rahmatullah. Entry

    *SEPTEMBER

    Ada apa kat bulan September ni? Oh oh ...tribute Birthday budak Kamal Lee :) *mana dia menghilang taon ni. Senyap dah budak tu. Rindu plak nak hewhewhew ngan dia. Entry. Pastu keluar plak Isu Anasyg  Blogger Sombong? Full Entry. Kelakar pun ada bila baca balik. Cer korang try baca balik...hahak

    Sambut Bday my Aidiel. ;) Entry. n...giveaway Headers to random blogs. :) jgn jeles. Entry.

    Ok, dah start tang penghujung bulan September ni yg mood-swing ni. I was being tested with life. :') Lucky me, a bunch of strong and inspired people took ma hand thru the journey. Full Story.

    And the hikmah behind the test. :) My first JOB EVA ! Full Story.

    *OKTOBER

    Ok. Kat sinilah titik tolak permulaan di mana Anasyg tidak lagi menggunakan Anasyg sbg ganti diri, instead I use I or simply AKU :) sounds harsh, tp ikhlas. Lalala... so, kat sini jugaklah kalau korang perasan yg posties blog ni makin berkurangan. Daripada 13 (Ogos) kepada 7 (September) kepada 4 je ...bulan ni (Oktober) ada 4 je entri? Sedeyh !

    Entri bukak Oktober ialah : Jemputan, Hadiah Terulung dan Nota Hari Suci. Which all three are about ma parents and Opah's big day, as they're invited to be Allah Ya Rabb's guests-list to perform Hajj. :) Alhamdullillah.

    Penutup bulan saploh tu, I update pasal my work place. Full Entry

    *NOVEMBER

    Yup, nilah bulan paling I TAK HUPDATE. Ramai buat hate-mail kat I dah time ni. Woi ! Bila kau nak update ah ! Ada 2 entri je. Satu pasal mengadu kat korang yg I'm exhausted with work, Full Story dan satu lagi pasal a friend of mine. Entry. Tu je... TU JE? ITU AJE yg kau boleh update? Sekali lagi...SEDEYH CAPITAL LETTEWRS. *gulung lidah k. 

    *DISEMBER

    Aha ! Penghujung tahun 2012 ni, sempat gak update 4 entries. Which are : PENGENALAN DIRI. Heck, org pengenalan diri time first buat blog, ini blog dah 3 tahun jagung, baru nak buat pengenalan diri? Yek. Entry.

    The two job offers when I refer them as golden eggs :) Full Story. And...highlight of the month, aside from my bloggy dah jadik dot my. Full Story, it's also to say goodbye to my twenty years back, and start afresh of being twenties. :) My birthday lol. *hadiah I mana? Mana?

    So, dat's all. Mmg takde secubit gambar pun (fail penjodoh bilangan) dalam entri ni. Saja nak naikkan hormon ghairah membaca korang tu. Asyik skrol nak tengok gambar je, mana mampu kak Suriawati oi.

    Oklah, bebel panjang2 nnt tetiba masuk taon 2014 plak. *tibe? Oleh sebab korang tak nak bg hadiah, meh nak tayang hadiah bday yg aku dapat masa taon 2011 :) Thanks kat kawan kolej 2 org yg bagi hadiah ni.


    Si muncit Chip tu first Plushie yg aku dapat. Tq Dila :) Stitch tu plak dr member ex-roomate kat hostel dulu. Tq friend :) dan Mao plak...kakak aku punya, aku rembat. Lalala 

    Taon ni, Angah, Kak Ngah, Icha n Akim bg Vanilla Latte Shower Cream dgn Blueberry Shower Cream. Motep bg Achu hangpa shower cream? Busukkah bau badan ku ini? *sniff2. Ok, tak senonoh kat situ. Eh hello kak Suriawati, I guna susu kambing setiap kali mandi wokeyh. :) 

    Oklah babai. 

    7 comments → Quick Recap

    1. salam
      have a very2 wonderful to ahead anasyg, semuga tahun ni membawa lebih keberkatan kpd anasyg dan juga family,
      hope thun ni gak anasyg boleh la jd blogger yg sampai masuk tv or majalah hehehe
      till ur next entry...keep on blogging...
      salam ukhuwah fillah :)
      salam

    2. wah,banyaknye link.. nanti rajin singgah link2 tu sume k! (entah bila la rajin tu yek? hehe)
      Apapun congrats to Anasyg sbb byk perkembgn menarik sepanjang 2012 tu. Semoga kte jd lbh baik d ms mendatang.. fighting Anas!

    3. Woah dah lain dah blog ni. Apa khabar anas? Aku dah 3 bulan tak berblogging, memang tinggal terus sebab rumah dekat Mesir tu takde internet.

      Tapi sekarang bolehla start blogging balik haha.

    4. @Only Shafiq: InsyaAllah, terima kasih atas segala doa2 dari abg ;) really2 appreciate it

    5. @Akhelaken: yosh ! fighting bang man ! go ! hehe, alhamdulillah, mmg perkembangan baik pun. InsyaAllah, akan jadik lebih baik

    6. @Arham Md Ali: hyep ! alhamdulillah, aku sihat je. Hehe, selamat kembali berblogging. :)

    7. rajin gila buat quick recappp.
      nak tiru gak aci tak? hahaha