• Indah

    Assalamualaikum :)

    Entri ni khas utk kaum Hawa. Aku ada terbaca artikel ni dekat satu website, dan ubah sikit ayat-ayat dia, *since author utk website tu org Indonesia. Aku ada buat entri mirip entri ni, khas utk kaum Hawa jugak, sapa2 yg belum baca, boleh klik LINK ni. U may proceed with d reading. Tq. 

    Ketika Tuhan menciptakan wanita, Dia perlukan 6 hari untuk menyiapkan ciptaanNya. Pada hari terakhir, Malaikat mendatangi dia.

    Malaikat: Mengapa begitu lama Tuhan?
    Tuhan: Sudahkah engkau teliti segala perincian yang Aku lakukan untuk makhluk ciptaan Aku ini?
    Malaikat: Belum ya Tuhan
    Tuhan: Lihat saja pada 2 tangan ini. Tangan yang mampu membersihkan, dibersihkan dan sedia bersih. Setidak-tidaknya, ia terdiri dari 200 bahagian yang bisa digerakkan dan berfungsi dengan lebih baik dengan segala jenis makanan, mampu menjaga ramai anak disatu-satu masa yg sama. Punya pelukan yang mampu menyembuhkan, dan menghilangkan semua kesakitan dan kepurukkan, dilakukan dengan 2 tangan ini.
    Malaikat: Hanya dengan 2 tangan ini? Tidakkah itu mustahil?
    Tuhan:  Itu adalah model yang standard untuk setiap ciptaan kegemaranKu ini.
    Malaikat: Apa lagi istimewanya ciptaan baru Mu ini Tuhan?
    Tuhan: Oh ya…dia mampu menyembuhkan dirinya sendiri, dan kerja melebihi waktu dan upaya diri.

    Malaikat mendatangi dan mengamati bentuk wanita ciptaan Tuhan itu.

    Malaikat: Tapi, setelah aku amati dengan betul, dia seakan terlalu lembut
    Tuhan: Aku ciptakan dia lembut di luar, tapi bisa punya kuasa luar biasa di dalam. Dia juga dapat mengatasi kebanyakkan hal-hal yang sulit dan rumit.
    Malaikat: Dia bisa berfikir?
    Tuhan: Tidak hanya berfikir, dia juga mampu bertolak ansur.

    Malaikat menyentuh bahagian muka wanita itu.

    Malaikat: Tuhan, Kau ciptakan dia terlalu rapuh dan lelah. Seolah-olah terlalu banyak beban baginya.
    Tuhan: Itu bukan rapuh dan lelah. Itu air matanya.
    Malaikat: Untuk apa?
    Tuhan: Banyak maksud dan tujuan untuknya. Air mata itu adalah salah satu cara dia mengekspressikan kegembiraan, kegalauan, kebanggaan, kesepian, penderitaan, dan yang paling agung antaranya ialah kasih dan cinta dia.
    Malaikat: Itu merupakan sesuatu yang bijaksana Tuhanku. Dia akan menjadi makhluk yang hebat.
    Tuhan: Bukan…dia tidak hebat. Dia indah. Aku ciptakan dia supaya persis kekuatan lelaki, dia bisa hidup dengan lelaki dan juga bisa hidup tanpa lelaki. Dia adalah pesona.

    Pesona utk lelaki, dan makhluk-makhluk Ku yang lain. Malah dia dapat mengatasi beban melebihi lelaki. Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Dia mampu tersenyum walhal hatinya menjerit perih dan pedih. Kerana dia bijak susun atur emosi dia sendiri. Dia mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, malah mampu tersenyum saat kesakitan.

    Aku juga ciptakan hatinya lebih kuat untuk berkorban demi orang yang dia cintai. Mampu berdiri melawan ketidak adilan. Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.Dia berhabis untuk keluarga dan teman-teman.

    Cintanya seorang wanita itu tanpa syarat. 

    Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia girang dan bersorak saat melihat kawannya tertawa, dia begitu bahagia mendengar kelahiran. Dia akan cepat tersentuh dengan kematian, tapi dia akan punya kekuatan utk mengatasi hidup. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan itu dapat menyembuhkan luka. 

    Hanya ada satu hal yang kurang pada wanita ini...

    Malaikat:  Apakah itu ya Tuhan? 

    Tuhan memandang Malaikat, kemudian membelek kembali ciptaanNya yang bernama wanita itu. Perlahan Tuhan bersuara. 

    Dia sering alpa betapa berharganya dirinya itu.

    5 comments → Indah

    1. :)

    2. love this =)

    3. terbaik,..:)

    4. I JUST LOVE THIS ARTICLE! :)

    5. korang berempat : hehe..terasa istimewa lettew :D