• Violet Kuning : Siri 2



    Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Hari tu mendung. Kau tak keluar. Bosan pulak nak jadikan kau matahari. Sbb, kau tak selalu ada. Tapi memang betul pun, mcm hari tu. Mendung. Aku tak tau kau pergi mana, tapi aku betul-betul perlukan kau. Tapi kau tak datang, kau tak muncul. Aku rasa, org2 yg tunggu kau panaskan balik muka bumi ni semua harap kau datang dan senyum lebar agar senyuman kau tu dapat hangatkan sedikit kesejukan. Macam aku cakap tadi, aku tak nak jadikan kau matahari. Duduk jauh tinggi kat atas sana. Aku tak dapat capai kau, aku tak dapat sentuh kau. Dapat tengok dari jauh je, oh, dan kalau dapat pun, menerusi peeping tom dekat dalam dinding berlubang aku.

    Ada org kata aku bodoh. Sebab aku berharap pada sesuatu yg dah terang lagi bersuluh takkan aku miliki. Betul kut org2 tu cakap. Macam sekarang ni, aku suka kat kau, tapi aku tak boleh nak tekup kau guna balang kaca, remember? Sebab tu aku cakap aku bosan nak bahasakan kau sebagai matahari, sesuatu yg sukar aku nak capai. Apa kata…kau jadi rama-rama. Kau indah, segak dan megah. Kau ada dua sayap yg boleh kau bawa menari di udara. Aku boleh ikut kau menari sama, cuma aku menari dgn diri sendiri jelah. Aku tengok kau menari pun aku dah bahagia.

    Oh! Oh! Oh! Aku boleh simpan kau dalam balang kaca. Good news eh? Tapi…simpan kau dalam balang kaca boleh buat kau sesak nafas. Betul tak? Aku nak tengok kau menari di udara. Sama jelah, kalau dapat tangkap dan simpan kau, tapi serupa seperti aku tak memiliki kau. Simply because u belongs to be free. Tengok…sekali lagi aku terusir dgn khayalan ungu aku. Kau nak jadi apa ye? Matahari terlalu panas, rama-rama terlalu bebas. Nanti aku fikirkan ye. Aku takkan mengalah. Aku nak kau jadi sesuatu. Sesuatu yg aku boleh miliki, simpan, dan hargai. Setiap detik dan ketika nafas aku terhembus.

    Baca Siri 1

    6 comments → Violet Kuning : Siri 2

    1. huhhh... *duduk mengeluh sambil menghadap sudut bara api dalam rumah* Hmm

    2. amboi ayat dia puitisnya haha

    3. anggap saja matahari itu persinggahan yg menghiburkan hati...

      carilah cahaya diluar sana..
      kan ada bintang yg ebih besar dari matahari..

      tp sukar digapai kerana jauh dari kita

      apapun
      jgn berhenti berharap jika mahu menggapai
      jika sudah itu takdirnya
      lepaskanlah matahari itu
      biar ia terangii yg lain..

    4. elok bc komen sy kat entry tajuk - cikgu

    5. mesti ada seseorang yang menjadi inspirasi bang ngahhh kan untuk violet kuning ni! (: spe?

    6. okey, ini terbaik =) hehe owhhh siapakahhhhh