• Violet Kuning : Siri 3


    Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Oleh kerana tak nak jadikan kau matahari atau rama-rama. Aku dah putuskan dah. Aku yg akan jadi sesuatu dalam hidup kau. Kau nak tau apa? 

    Bayang-bayang. Hihi…senang je nak jadi bayang2 ni. Aku akan hidup di bawah perlindungan kau, aku akan ikut kau, tanpa kau perasan kewujudan aku. Nampak tak permainan aku? Janganlah anggap aku psiko atau gila, anggap je aku seorang peminat kau. Tak, aku bukan fanatic, aku cuma komited. Ya, aku komited pada kau. 

    Hari tu aku ada masuk klinik sekejap, sbb jari aku terluka. Aku cuba nak pegang cerek berisi air panas. Aku saja je, nak test macam mana ye, kalau dapat peluang untuk pegang kau saat kau jadi matahari, jadi aku luka. Sakit, lecur dan pedih. Jadi, aku tak nak jadikan kau matahari lagi. Aku tak nak jadikan kau rama-rama jugak. 

    Sebab, dua hari selepas aku bakar tangan sendiri tu, aku jumpa seekor rama-rama. Kau tau tak? Aku tekup rama-rama tu masuk dalam balang kaca aku. Aku gembira sangat. Rama-rama tu hidup sekejap dalam balang tu. Dia menari guna dua sayap dia. Aku nampak dia macam happy je, tapi sebenarnya, dia nak cari jalan keluar melepaskan diri. Dia nak bebas. Jadi aku lepaskan dia. Aku tau, kalau aku jadikan kau rama-rama aku, bila aku dapat memiliki kau, pasti kau akan cari jalan untuk tinggalkan aku. Jadi aku berhenti berimaginasi untuk jadikan kau benda yang bukan-bukan. 

    Aku putuskan agar aku yang akan jadi sesuatu dalam hidup kau. Sebab tu, aku nak jadi bayang-bayang. Kau takkan perasan, kau takkan ambil peduli, tapi sekurang-kurangnya, aku tau kau di mana, aku tau kau buat apa. Cuma, aku masih perlukan sinar kau. Yelah, bayang-bayang takkan muncul tanpa cahaya. Betul tak? Kau jadi cahaya aku boleh? Aku rela jadi bayang-bayang tak bernyawa yg terdampar atas lantai. Untuk kau, aku sanggup jadi apa sahaja.

    Baca Siri 1 & 2

    3 comments → Violet Kuning : Siri 3

    1. dik ngah faham apa yang bang ngah cuba nak sampaikan. Cahaya untuk siapa tu? HEHEHE. Btw, keep it up bang ngahhh. Ce try buat novel pula. mana tahu rezeki. >_< Can't wait for Siri 4!! (:

    2. faham ke? hehe. Cahaya tu utk hidup seharian atas muka bumi pinjaman ni dear. :) Tq dear. Ada terfikir nak buat novel, then publish kat sini, cuma takut tauke kedai jual baldi nnt naik jadi jutawan, sbb baldi dia laris, semua org beli nak buat isi muntah baca novel pjg2 hehe.

    3. nice writting. like it. boleh buat novel nih. :)

      http://thecoloursofrainbowaremine.blogspot.com/2013/06/kekurangan-besar-kala-ramdhan-yang.html