• Violet Kuning : Siri 4


    Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Aku berhutang dengan semua orang. Aku terlupa nak terangkan dua sisi yang aku pernah cakap sebelum ni. Sisi ungu, dan sisi kuning. Aku selalu besar-besarkan sisi ungu aku. Sisi ungu ni ialah sisi khayalan aku. Sisi aku berimaginasi, dan sisi benda-benda mustahil, menjadi tidak mustahil. Aku sangat sayangkan sisi ungu aku. 

    Manakala sisi kuning pula. Sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. Real deal. Aku suka ayat ni: The Yellow stripes which separates real from the fake. Oh, sama macam reben hitam kuning milik pihak polis tu. Reben hitam kuning? Korang tau kan? Kalau ada mayat, diorang rentangkan reben tu, dan pisahkan mati dan hidup. Macam tulah lebih kurang. Kenapa aku pilih ungu dan kuning? Aku suka ungu, dan aku kurang gemarkan kuning. Tapi, sebetulnya, ungu itu yang palsu, dan kuning itu yang betul. 

    AH! Inikan cerita aku, buat apa aku nak dengar cakap orang lain. Aku akan terus berada dalam sisi ungu aku. Tak kira betapa hina dina. How it seems to be a joke to almost everyone of u. aku tak kisah pun. Aku ada sisi ungu aku untuk aku hiburkan hati aku. aku tak perlu jadikan dia matahari, rama-rama mahupun jadi bayang-bayang untuk sisi ungu aku. aku boleh jadi diri sendiri. Walaupun aku tau, diri aku sendiri, akan buang aku kalau aku berada di sisi kuning.

    3 comments → Violet Kuning : Siri 4

    1. haiyoh! dalamnya maksud, anas oii..
      so open to intepretation!

    2. dipersilakan utk interprate Ri :) sila2. hehe

    3. sikit lagi setaraf dgn A.Samad Said ni Anasyg :)