• Oh Terawih

    Assalamualaikum

    Wah, tak menahan tajuk entry aku. 11 hari hilang tetiba muncul dgn tajuk camni. First of all, nak menyusun sepuluh jari *raya lambat lagi... (=,=') kepada pembaca2 setia siri Violet Kuning, sbb siri tu terpaksa on-hold dulu. Alkisahnya, laptop abg aku xleh on, sbb adapter kena gigit tikus, *aku bagi korang dua saat je untuk sengih. Ok stop. Jadinya, aku xdapat nak sambung siri tu. Ada lagi dua bahagian je lagi, since aku x save kat draft...maknanya, mmg xleh lah nak publish. So, maafkan saya ye. 

    Anyhow...entry ni dtg bersebab. Aku nak letak Random Topics 4, tp takut korang bom blog aku ni nnt. Dahlah semakin berkurangan bilangan entry aku dlm sebulan, lepas tu muncul2 je nak bagi random je keje aku. Dasar blogger pemalas! Hey, blogger yg x balas komen2 org ramai, lagi pemalas ok. Kah2 *ramai  blogger yang akan betul2 bom blog aku pasni. 

    So, ingat lagi dlm previous post aku yg Cuba 2.0 tu, aku ada cakap nak citer pasal reunion aku dgn girl friend rapat akulah, pg memancing kat lombonglah, attend night garden-weddinglah. Well...aku kena pergi mandi bunga agaknya. I've lost my magic quality touch to write some good worthy entry. Mengharap pada penggunaan kosa kata yang ke-laut-china-selatan je, tp isi takde. Bak kata Aidiel, bahasa yang asdfghjkl. Tanya dia kalau nak tau apa maksud tu. 

    Anyhow lagi sekali. Di kesempatan ni aku nak pat in my own back, *u pat ur own back ok kawan. Sbb kita dah half way there dalam bulan mulia ni. Hari ni ialah hari ke 15, mari sama2 kita berdoa, Allah memperkenankan utk panjangkan umur kita berjumpa ke hari akhir Ramadhan. AAAMIIINNN. Ok

    As the title suggest, hari ni nak share skit ngan korang, beberapa situasi Terawih, yg aku rasa, half of Muslim population is currently having problem with. *memandai je aku kan. Ok, baca je. Gambar xde. 

    hey terawih! 1 : bdak2 zaman sekarang x kurang advancenya. Kemain bakar2 letup2 mercun time terawih, tetiba dah habis salam, pandang belakang, elok je duduk tahiyat akhir, sambil aminkan doa tok imam. *HAMBOIH...mcmlah kita tak dengar dia berlari cam kuda masuk surau. 

    hey terawih! 2 : kenapa pakcik2 yang sepatutnya lebih tahu tentang tuntutan melurus dan merapatkan saf, tapi still x boleh buat. Ada jugak yg still tak tahu pergerakan yang dibolehkan dalam solat utk merapatkan saf. Contohnya, kalau orang di sebelah kita tiba2 meninggalkan spot dia, kita boleh bergerak untuk rapatkan saf dengan jemaah di sebelahnya. Pergi cari buku pasal ni. Go google go. *boleh baca tentang isu saf dalam blog isteri Ally Iskandar, blogger Farah Lee. LINK

    hey terawih! 3 : saya faham pakcik nak cepat balik rumah lepas dah habis 8 rakaat terawih, mungkin nak sambung jadikan 20 rakaat kat rumah. Tapi saya tak faham, kenapa melepak dengan geng2 lain kat kantin surau dulu? Isap2 rokok, gelak2, sembang2? hmm...kenapa tak ditutup je terawih pak cik tu dengan solat sunat witir. Kan tertib namanya.

    hey terawih! 4 : pakcik2 yg 'wangi'. 'Wangi' bajunya, 'wangi' jubahnya, 'wangi' tubuh badannya, 'wangi' bau nafasnya. Ok tu je, paham2 sendiri. ;) wink2.

    hey terawih! 5 : last but never the least. Kanak2 toyol. Boleh rujuk entry beta yg terdahulu. KLIK

    So, aku letak 5 jelah ok. Nanti elok2 niat nak share, jadi niat x elok plak. Oklah, oleh kerana aku xde gambar yg berkaitan, so aku compile kan aje beberapa gambar makanan yg aku sempat snap dgn phone aku, dan namakannya, #foodporn bak kata Aidiel. *nama dia naik lagi. Hehe. Selamat berpuasa lagi 15 hari kawan2.


    p/s : tahniah utk junior2 diploma pengajian bahasa inggeris. Dengar citer, masing2 succeeded with flying colors. Baguihlah tu. *diri ini jeles.

    p/s lagi : cer teka, apa nama buah dlm gambar tu. *atas buah jambu tu. :) 

    7 comments → Oh Terawih

    1. rasa nak bom byk2 kat sini..huhu..
      tu buah kana kot?

    2. xlah bang. tu buah markisa :)

    3. oh nama siapa kat situ tu? terliur pulak nampak makanan tu :p haha

    4. tang terawih tu betul jugak kan..heheh

    5. passion fruit kan, suka sgt buah tu hehe

    6. Haha banyak pengalaman baik punya ^^"

    7. @aidielIman: setelah setahun, baru Anas nak balas, sbb belek2 entry lama, komen mana yg tak berbalas lg. haha. terliur skrg takpe, boleh mkn lg. nt dah azan dh x boleh menelan.

      @fasha: kan. hehe (*sep skit)

      @lalaMhdNor: Yup, betul. 10 markah

      @yunSing: Kan, byk gila. share urs too