• Lari : Bahagian Ketiga


    Aku ketatkan ikatan tali kasut yang dah sedia terikat kemas. Mencerlung keluar, nampak langit masih gelap sebab jam belum berganjak ke pukul 7. Aku melangkah keluar dari rumah tepat pukul 6 pagi. Aku nak teruskan larian untuk hari ni. Aku kan dah berjanji akan gunakan sepenuh peluang kedua aku untuk capai segala matlamat aku. One of it being, run as fast and as long as I can. 

    Taman tempat aku selalu jogging dahulu dah tak macam zaman peluang pertama aku, taman tu dah semakin dimamah usia, cuaca, dan vandalisme. Tapi masih digunakan, dan masih ramai yang jogging disitu. Aku mulakan dengan regangan dan panaskan seluruh badan. 

    Ini ialah kali pertama aku berlari dengan tidak menggunakan pengepam darah sendiri. Aku set lagu, klip pada lengan baju, pasang earphone dan mula berlari. Mengikut tempo lagu yang aku pasang, Ella Eyre-Comeback, beralih kepada lagu lama dari Britney Spears-3. Sampai membawa kepada random Korean songs, instrumental, dan beberapa buah lagu melayu. 

    Sampai satu ketika, aku terasa lelah. Aku berhenti. Dada aku rasa sakit sangat, aku separa tunduk, topangkan dua tangan atas lutut, mencungap menelan nafas, kepala jadi pening. Mungkin aku berlari terlalu laju, terlalu lama. Oksigen tak naik ke otak, membuatkan aku mual dan pening. Aku geleng2kan kepala, biar cepat sikit hilang sakit dada, pening kepala. Aku pejamkan mata, teguk oksigen sepuas2nya, pandang ke depan. 

    Saat inilah aku ternampak satu susuk berdiri beberapa meter dari aku, senyum ke arah aku.

    "Sani!"

    "Assalamualaikum Tia." aku jawab salam. Aku pandang kiri kanan, tengok samada ada orang lain tak yang lalu kawasan tu, aku tak panik, aku tahu dihadapan aku sekadar bayangan aku sahaja, jadi aku pejamkan mata lagi. 

    "Terima kasih sebab gunakan dia seelok2nya." suara Sani masih terngiang dihadapan aku. Aku terkaku kejap. Aku bukak mata kembali. 

    "B..but, Sani?"

    "Sani datang jenguk kejap, harap Tia tak marah." aku geleng laju2. Takungan air mata aku dah pecah, meleleh ke pipi. "Sani rindu..." Bayangan tadi mendekati aku. Makin menjadi2 tangisan aku memberat. 

    "Sani...Tia nak jumpa Sani..."

    "Tia doakan Sani setiap hari kan? Itu sudah mencukupi seakan Tia berjumpa dengan Sani setiap hari"

    "I meant was, I wanna be with you...up there." spontan aku mengunjuk ke langit. Sani geleng perlahan.  

    "Tia...jangan putus harap dalam hidup. Hidup ada turun naik, atas bawah, kalau takde masalah, cabaran, bukan hidup namanya."

    "Tia perlukan Sani, kenapa Sani buat keputusan tanpa berbincang dengan Tia!"

    "Sebab kalau kita dah sayangkan seseorang tu, kita tak perlu putuskan apa2. Kata hati kita tu dah berikan jawapan yang tepat, walaupun ia berada di atas tapak yang salah."

    "Sani...Tia perlukan Sani."

    "Tak, Tia tak perlukan Sani, Tia perlu hidup. Tia perlu teruskan cita2 Tia, capai semua impian Tia, gunakan peluang kedua Tia seperti peluang Tia yang terakhir. Tia kena bangun, jangan bersedih lagi. Sani sentiasa ada dekat dengan Tia."

    Bayangan Sani tadi mendekati aku lagi, menuding ke arah dada aku. 

    "Selagi jantung Tia berdetak, selagi itu Sani hidup dalam Tia." Bayangan tadi hilang dengan angin kuat yang tiba2 menderu. Rambut panjang aku tersuak ke kiri ke kanan. Aku pandang tepat ke depan, entah bila air mata aku kering sendiri. Pipi aku jadi melekit, dan aku tarik nafas dalam2.

    Dan kudrat terakhir untuk petang itu aku simbah dengan adrenalin yang baru. Sani betul, aku tak boleh berlengah2, dilly dally, aku perlu bangkit.

    "Jaga 'benda tu' macam Tia jaga diri Tia sendiri. Setuju?" suara Sani sekali lagi terngiang dalam kepala aku. Aku berikan senyuman motivasi utk diri sendiri, tarik nafas, angkat kaki utk sambung lari dan sepatah keluar dari mulut aku.

    "Setuju."

    -tamat.

    6 comments → Lari : Bahagian Ketiga

    1. Erm.. Sangat menyedihkan apabila org tersayang pergi.. Huhuhuhu.. Degupan jantung menemani sisa hari hari sepi =) Hee.. teruskan berblovel Anasyg ^^ Nice job !

    2. Pehh, jiwang siaaaa. Hehe :') Keep it up. Next blovel!

    3. Anas, lepas ni kalau ada tulis novel bagitahu ehhh .. nak beli buku .. ohsemmmmm ^^

    4. @siaraElina: kan. sapa yg tak sedih. hee. :) in sha Allah. terima kasih sudi baca. :)

    5. @aimi: haha, hamboi demand macam minx teh tarik dekat kedai mamak. sabaq sat na.

    6. @kimChaa: in sha Allah :) terima kasih sudi baca.