• Jerangkung Dalam Closet : 1

    (A 3/6/2014 saved entry)
    Aku selak rambut ke depan, kahwinkan pipi aku dengan meja makan depan aku. Lambat sangat menunggu Edi dengan Dian. Beli makanan ke buat makanan? Dahlah suruh aku cop tempat, cmon man, bdak darjah satu ke nak cop2 tempat ni. kalau takde meja kat sini, bungkus jelah makan kat hostel. Bukannya jauh pun. Aku matikan perasaan malu sebab ada dua tiga orang student tengok aku pelik sbb terbaring bosan atas meja. I mean, aku mcm orang patah leher, tengok orang lalu lalang dengan mata je bergerak. Haha.

    "Tepi sikit" Dian duduk depan aku, dia kuis rambut aku, letak bungkusan makanan dia atas meja. 

    "Aku tunggu macam orang bodoh, kau bungkus nasi kau? Terbaik punya kawan."

    "Lah, Edi cakap dia ada futsal kejap lagi, tu yang dia suruh bungkus je, dia nak otw terus lepas hantar kita balik."

    "Habis tu aku nak makan apa? Aku tak beli lagi."

    "Aku dah belikanlah wahai kawan yang terbaik. Kau ingat aku ni benak sangat ke nak suruh kau tunggu sorang2."

    "Nasi bujang lagi ea?"

    "Taklah, char kuey teow." Aku senyum. Pandai pun. Tekak aku mmg tak selera nak makan nasi yang dari beras yang dari padi tu buat masa sekarang, sbb aku tengah period. Mood swing, dan allergic nasi. Blah lah kau Rin, kemaen allergic bagai. 

    "Dah siap?" Edi datang. Dia pun beli sesuatu yang berbungkus. Tapi aku malas nak tanya. Kitorang berjalan ke kereta, aku duduk belakang. Kenapa aku duduk belakang? Sebab Edi yang drive, sebab apa Edi yang drive? Sebab tu kereta dia, dan aku ni anak tangga ke dua puluh tujuh untuk dia selepas dia letak minah Dian tu anak tangga pertama. You see, Dian tu awek dia. 

    Lima minit, sampai rumah.

    "Syg, u elok2 main bola ok." 

    "Futsal lah bi." 

    Aku dah muntah dah part ni. (=.=') 

    "Kalau nak romen-romen, bagi aku keluar dari kereta ni dulu." Edi gelak besar, dia unlock, aku blah dengan char kuey teow. Apa couple tu buat seterusnya dalam kereta aku tak mau amik tahu, dua2 dah besar, tak payah orang azankan yang mana baik yang mana buruk. 

    Lif sampai, aku masuk, dan hold. Dian lari anak masuk lif. Dia lap mulut dengan tangan. 

    "Samak mulut kau kalau nak kongsi char kuey teow aku." Muka Dian merah padam.

    "Jahat! Kitorang tak buat apa2 lah." Dia sengih macam kerang busuk.

    "Kau ingat aku ni cacat otak ke?" Dia sengih lagi. 

    Pintu lif terbuka. Tingkat enam. Ada tiga orang perempuan depan muka kitorang. Terkejut beruk aku, hampir2 aku campak char kuey teow aku kat muka diorang. Bri, Mia dengan Azi. 

    "Oni meracau weyh!" Tegak bulu roma aku. Tadi Dian lap mulut kan?, sekarang dia tutup mulut guna tangan. Muka sorang2 dah pucat.

    "Bagilah aku keluar dari lif ni wahai bitches." Diorang terus melekap dengan aku. "Aku tahulah badan aku menggiurkan, tak payah nak gesel2 sgt nanti ada yang gersang" Mia dah start menangis. 

    "Baru kejap ni ke Bri?" soal Dian. Dia angguk je, dah tak keluar suara. Muka masing2 cuak. Macam darah tak mengalir ke kepala je aku tengok. "Nak aku call Edi balik ke? Dia mesti tak jauh lagi tu" cadangan Dian tu memberangsangkan, tapi aku tak rasa Edi tu boleh sembuhkan perempuan meracau. So, I passed. 

    "Tak payahlah, baik call Minah. Dia expert sikit." Grill ternganga luas, pintu tak berkunci. "Bertuahnya kawan2 saya tak kunci grill."

    "Mana sempat, dia jerit macam apa entah tadi, lintang pukang lari nak turun." suara Bri.

    "Takde sapa pegang ke? Mana tau dia lari ke balkoni, mau arwah kawan kita." 

    "Isyh, Rin! Jangan cakap camtu...Mia dah macam apa entah ni." Azi tenangkan Mia. 

    "Mia taknak masuk." Dia dah lepaskan pautan kat lengan aku, dan berundur beberapa tapak. Azi terus peluk dia. Bri pun ikut peluk, saling berpeluk-pelukan pulak diorang ni. Aku pandang Dian. 

    "Kau nak main peluk2 jugak?" Dian geleng. 

    "Kau je yang paling berani dalam geng kita ni, kau masuklah dulu." suara Bri ketar2. Aku bukan nak tunjuk lagak ke apa, tapi aku beranikan jugak masuk. Rumah dah macam tongkang pecah, perabot semua dah berterabur tak macam rumah perempuan aku tengok. Meja atas sofa, kerusi atas meja, tv atas lantai. Aku mengucap perlahan. Sebenarnya, belum sempat aku mengucap dah ada satu helaan nafas kasar tepi tengkuk aku. Bila aku toleh, Oni ada dekat belakang pintu.

    "Hai Rin." Oni senyum lebar mata buntang pandang aku.

    0 comments → Jerangkung Dalam Closet : 1