• Oral

    AMARAN KERAS PIHAK BERKUASA: ENTRI NI SANGATLAH PANJANG. KALO KORANG ADA BENDA URGENT LAEN NAK DIBUAT SEPERTI POTONG BAWANG UTK MASAK BUBUR LAMBUK KE, AMIK ADIK KORANG BALIK SEKOLAH KE, ORDER MAKANAN KAT BAZAAR KE, SILA NAVIGATE AWAY DARI PAGE NI, SBB PIHAK BERKUASA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA KERUGIAN YG ANDA ALAMI. SEKIAN. Tapi kalo korang nak teruskan baca, meh nak hug sikit. Ngee...


    Masa Anasyg darjah 1, time tengah syok2 jawab soalan Bahasa Inggeris then nama kena panggil datang depan kelas. Cikgu tu cakap, masa rehat nanti pergi klinik gigi. Time tu satu kelas dah...Ooooh...sambil terbeliak mata sorang2, pastu ada sorang mamat ni bangun. Selambe je dia cakap: Ha-ha, kena cabut gigi. Aiyok..kena cabut gigi. Pada masa tu jugaklah, tetiba kejong satu badan. Eh, serius ni? 

    Time rehat tu pergilah klinik gigi seperti yg diarahkan. *kecik2 mana pandai melawan lagi. Then kakak nurse chun chomel tu panggil. Hah, kamu ni Anas ye? Baring sini. Bila dah kena panggil suruh baring-memang ta laen ta bukanlah...CABUT GIGI ! 


    Yup, HARAM JADAH, memang sentap hati dik non. Walaupun bukan rawatan 'mengkokakkan' mulut Anasyg ni, tp tetap menyakitkan. Tampal gigi. (T.T) Hari tu, mencatat sejarah, sekolah tu bergema dgn suara Anasyg menjerit bagai orang gila sbb kena drill tu mmg ta payah cakap lah sakit dia. Sampai lepas rawatan tu pun Anasyg gi menceceh-ceceh menangis cari akak Anasyg kat kantin sekolah. *Time ni takde rasa malu-malu dah, bertempiaran lari dgn air liur menjejer-jejer sbb sakit tak hilang lagi. Cari...akak...akak.



    So, that's ma FIRST EVER, personal dental experience. Memang tak syok langsung. To be exact... MENYEKSAKAN. Tahun-tahun berikutnya pun Anasyg kena panggil ngan Mak Chek-Mak Chek nurse tu lagi, utk menerima rawatan sama. Tampal...tampal...dan tampal. Seingat Anasyg, time darjah 5 je yg tak kena. Yg laen...semua nama naik. So, korang boleh taulah, betapa teruknya perangai Anasyg ni-dogil ta nak jaga gigi. Hah kau, kan dah kena tampal. Ramai member2 cakap-eh, mana sakit...sejuk je dia letak simen tu. 

    HEK KO ! Sebelum dia nak letak 'simen' tu, dia kena buat lubang dulu la dik non, dia nak buat lubang tu...DIA DRILL KASI KAW-KAW KO TAU TAK, drilling tulah yg hazab tu. 

    Anyhow, benda ni berlanjutan sampai ke sekolah menengah gak. *ingatkan dah lesson learnt ke apa kan, haha...wrong dear-wrong. Time sekolah menengah plak, taon yg Anasyg tak kena ialah time form 4 je kut. Time form 5 dia bg surat suruh datang sendiri kat klinik gigi, tp takyah bayarlah. TAPI STILL kena tampal gak. B...But, time ni, Anasyg dah biasa dah. Alah bisa tegal biasa gitu. So, bila dia nak mula rawatan tu, mulut ni tetiba banyak plak soalan. 

    Nurse, benda warna hitam tu apa? Kenapa setengah orang nurse letak warna putih, setengah orang nurse letak warna hitam? Nurse...teeth cleaning tu apa? *hebat tak cakap bahasa inggeris ngan nurse? Hehe...so, itulah pengalaman Anasyg ngan tampal-menampal ni. 

    Tapi 7 perenggan kat atas ni...Mukadimah je. Cerita sebenar entri oral ni, pasal Anasyg pergi buat rawatan gigi. Yup, baru pas balik dari klinik ptg tadi. Nak tau apa jadi? Sabarlah sat...


    Senornya, kesakitan gigi yg Anasyg alami ni, dah berlanjutan selama 3 minggu dah, sejak sebelum puasa lagi. Tp dia makin reda masa minggu pertama puasa. Tp masuk minggu kedua, Aha...tu dia, dah datang dah sengat dia. Ohoi...mmg tak boleh jadi. Mengerang kesakitan setiap kali lepas buka dan sahur. Apply minyak penawar ngan minyak angin pun tak boleh. Makan painkiller baru dia cool down sikit, tp tetap ada sengat dia tu. So, dalam 3 minggu tu, mmg Anasyg da plan awal2 nak pg klinik suh doktor tu check, sbb ada dua gigi yg berlobang. Belah kanan bhgn atas, belah kiri bhgn bawah-mmg TA AR ! Camne aku nak ngunyah. Well...menunggu masa yg sesuai utk gi klinik tu memakan masa 3 minggu tulah, sbb masing2 busy. Ma abah n mak ada komitmen laen, nak pg sendiri agak jaoh plak. So, at the end, tunggu je dulu sampailah...HARI NI. Khamis 9.Ogos.2012. 

    Semalam ada cakap ngan Abah. 
    Anasyg: Bah, esok bawak orang gi klinik gigi. 
    Abah: Kau nak buat apa gi klinik gigi?
    Anasyg: Cabut gigilah, takkan nak buat khidmat masyarakat plak kat situ. 
    Abah: Klinik Kesihatan Kuala Selangor tu ada, nak pergi situ?
    Anasyg: Kerajaan ke Swasta?
    Abah: Kerajaan lah, murah sikit. 
    Anasyg: Oh No Father No, big No. Kerajaan selalu tak bagi bius. So, we're going to the private clinic. 

    *adalah sedikit sebanyak cenggitu perbualan kitorang semalam. So, petang tadi, time tengah syok2 layan 9gag, abah ketuk pintu bilik. Nas...jom jom, kata nak gi klinik gigi. *Kejong satu badan. Serius plak bapak aku ni. 

    At first ma abah nak bawak gi klinik kerajaan kat Kuala Selangor tu, OH NO FATHER, Anasyg buat muka ta puas hati kat abah..."Daddy...situ tak guna bius la, ramai kawan2 org cakap sakit dia boleh bawak maot oh" Abah geleng2. Then dia u-turn balik. Pglah satu klinik dkat ngan Tesco Kuala Selangor tu. Sebelum ni, mak su Anasyg ada terima rawatan pergigian kat situ, then dia kata, kat situ ok. So mari kita serang. 

    Oleh kerna Anasyg ni suka sgt buat dialog form, nah terimalah perbualan Anasyg sepanjang berada kat klinik tu. Oh, saya ni mmg sangat2lah particular orangnya. 

    Anasyg: Assalamualaikum
    Akak Kaunter: Waalaikumsalam, ye dik. Nak buat rawatan apa?
    Anasyg: Saya tak buat appointment, boleh terus jumpa doktor ke?
    Akak Kaunter: Adik nak buat rawatan apa tu?
    Anasyg: Cabut dan tampal gigi.
    Akak Kaunter: Oh, kalau dua rawatan tu, tak perlu appointment. Sebelum ni pernah datang tak?
    Anasyg: *geleng
    Akak Kaunter: Mintak I.C dik.
    Anasyg: *bg I.C
    Akak Kaunter: Adik duduk dulu k. (then akak tu panggil balik dalam 3 minit kendian)
    Anasyg: Kak, doktor bagi bius kan nnt nak cabut?
    Akak Kaunter: *angguk dan senyum. Ya, nnt doktor bius dulu.
    Anasyg: Tampal doktor bius tak?
    Akak Kaunter: Itu ikut patient, kalau tak tahan sangat, kita bius.
    Anasyg: Kalau saya request? *muka bersemangat.
    Akak Kaunter: Ya, boleh je dik.

    Exactly seminit selepas tu, akak tadi panggil suruh masuk bilik rawatan. *Oh, kejong kaki sekali lagi. Skang, perbualan Anasyg ngan Doktor hensem tu plak. *ngee.

    Doktor: Apa khabar Anas?
    Anasyg: Baik alhamdulillah.
    Doktor: So, Anas nak buat apa hari ni?
    Anasyg: Cabut gigi, kalau boleh tampal sekali.
    Doktor: Oh, dua-dua sekali gus?
    Anasyg: *angguk dgn semangat jitu
    Doktor: Ok, doktor cek dulu, pastu kita tengok mcm mana ok.
    Anasyg: *angguk lagi

    Bukak mulut, dan doktor mula examine dalam2, tp dia fokuskan kat dua gigi yg Anasyg tunjuk kat dia.

    Doktor: Ok...so yg atas ni Anas nak cabut, yg bawah ni Anas nak tampal?
    Anasyg: Yup. Boleh ke doktor? Kalau bawah ni tak boleh nak diselamatkan lagi, cabut pun takpe.
    Doktor: Ok mcm ni, hari ni doktor boleh cabut je dulu. Nanti, bila kesan cabut tu dah kecut, dah sembuh sikit, baru Anas datang balik utk tampal, boleh?
    Anasyg: *blur. Tak boleh buat sekali gus ke doktor?
    Doktor: Boleh, tp doktor takut boleh effect rahang kamu. So, doktor cadangkan cabut je yg geraham belakang tu, dan yg nak tampal tu kemudian.
    Anasyg: *you know best. Ok, ikut doktor je. *senyum yakin.

    So, the procedure begins. Doktor tu suruh Anasyg relax2, jgn stress2. *Oh, I've been relaxing since 3 weeks ago doc. After a while, dia sapu paste warna merah kat keliling gigi Anasyg yg nak dicabut tu. *rasa strawberi (oh, makruh puasa ku) then,  dia suntik bius. *Serius Anasyg tak pasan dia bawak kuar jarum suntik tu, tau2 je 3 kali suntik kat keliling gigi. Alhamdulillah tak rasa sakit sangat, mcm kena gigit semut je.

    Doktor: Ok, kumur.
    Anasyg: Sekarang?
    Doktor: Sekarang...kita tunggu. *dia senyum. (Walaupun dia pakai mask, tp boleh bayangkan dia senyum belakang mask tu) *apakah?

    Then, doktor tu maen slide2 kat depan Anasyg. Dia pergi station dia, pastu maen2 clay. *buat gigi palsu. Sambil2 tu, borak2. *dia borak, aku meludah tak habis2 kat spitting sink tu. Dia tanyalah pasal study, then dia tengok alamat kat patient's document tu ada alamat rumah lama Anasyg. Siap tanya nnt nak sambung degree kat mana, amik apa, nak kerja apa...wah2 doktor ni. Berikan tepukan atas sifat peramah beliau. *clap2. Mmg sporting habislah. Senyum. Ngee. Afta dat, dia suruh Anasyg baring balik. Then dia amik playar-like device utk mengkongkangkan mulutku ini.

    But the thing is...ta sampai dua minit, pabila dia tarik then ada la pulas sikit2 - kiri sikit, kanan sikit, Alhamdulillah tak sakit langsung, dan...VOILA it's done. Anasyg sendiri tak terasa dia tarik habis. Tau2 je dia dah tegakkan kerusi tu.

    Doktor: Ok, Anas...dah. *senyum belakang mask.
    Anasyg: *muka blur. Eh, dah ke doktor?
    Doktor: Dah...awak nak berapa lama lagi? *senyum belakang mask.

    Doktor sempat letak sebijik kapas suruh Anasyg gigit sbb darah tengah banyak nak keluar, tp sekali lagi, Alhamdulillah, mmg ta rasa sakit. *sebak. Then, dia serahkan gigi Anasyg yg da tercabut tu -oh ghopenya mmg ta menyenangkan. (Jgn harap aku nak post) tp Anasyg simpan buat kenangan. *rendam dalam listerine dulu. Hehe...

    So, d whole treatment cost me exactly 65 HENGGET - murah kan *senyum bangga. Mungkin mahal sikitlah kalo nak dibandingkan dgn klinik kerajaan, kalo klinik kerajaan selalunya bawah RM50. Sebelum balik tu, Anasyg tanya kat akak kaunter tu harga2 utk rawatan lain. Sila tengok list di bawah. 

    Cabut gigi: RM50-RM100 
    Tampal gigi: RM40-RM80
    Cuci gigi: RM80-RM120 *appointment required. 

    Ending this, mmg Anasyg bg 5 Bintang kat klinik ni, bukan je mesra pelanggan, tp rawatan kelas pertama. Harga yg insyaAllah berpatutan, *doktor peramah tp pakai mask. (readers perempuan ni mesti dah terbayang2 muka doktor tu kan...hehe) Muda lagi doktornya, maybe dalam awal 30 gitu lah. InsyaAllah, minggu depan sebelum raya Anasyg akan pergi lagi utk tampal, then lepas raya pergi lagi utk cuci gigi. Sbb dalam dua minggu ni dia kata da penuh utk appointment. *aloh. So, kalau korang berminat nak pg buat rawatan gigi, *bdak2 area Kuala Selangor ok. Anasyg cadangkan klinik ni. 

    Klinik Pergigian Dr. Halid
    19-1, Jalan Medan Niaga 2, 
    Medan Niaga Kuala Selangor

    Tel: 03 32897590 
    Buka setiap hari kecuali Ahad, dr jam 9 pg sampai 6 ptg. 

    Alamat senangnya: Berdepan dgn Tesco Kuala Selangor, sebelah Pasaraya MU (gedung pakaian). Mmg obvious sgt klinik dia. (^^) good luck. p/s: siap ada fan-page tu. SINI

    Pasni jgn cari alasan ta nak cabut gigi o tampal gigi k, sbb ta semua dentist tu kejam. *Hik. 


    Wrapping things up, please take care of ur teeth sbb gigi ni nak guna lama. Teeth are important for us. *hell yea, who think of not?

    Syukur Alhamdulillah, thank you Allah, thank you ma parents especially ma abah yg paham sgt demand pelik2 anak bongsu dia ni, also kredit dan penghargaan utama kepada Cik Thin, dan Rash yg sanggup mendengar Anasyg merengek cam bdak mintak kaki sbb sakit gigi pg2 buta. Thanks korang berdua (^^,). Dan, terima kasih daun keladi kat korang yg sudi baca citer Anasyg kena cabut gigi *pfftt...citer cabut gigi pun nak blog ke? Ahaha...(=.=')skati kita lorh. Thank you korang. Meh kish sikit (gigi dah kena cabut bolehlah maen kiss2, kalau sakit gigi, mai aku bg penendang) Peace, boleh bukak fb korang balik. 

    21 comments → Oral

    1. wahh..best plak rasa..hehee...peramah doc tu kan..supaya patient tak rasa tkut n sakit kan..hehe

    2. Tabah betul kamu menahan sakit gigi selama 3 minggu. Fuh fuh.

    3. alamak, bce crite ni tringat ade 2 gigi tk tmpl lagi. sob sob.
      jap.anas "mengkongkangkan " tu ape? *senyum belakang mask " hihi

    4. panjang nye. aku memang FOBIA dengan entry panjang panjang. hewhew. tapi hang jangan risau. aku akan bace jugak nanti. dun worry okayy. selamat hari raye. :)

    5. Hehehe. Baiklah loctor... :D

    6. ahahahahhahaa..
      ANAS OHH ANAS~~~
      layak kne trik tlinge sbenrnye!

    7. baru 3 minggu.
      rilek lha.
      hihihi.
      alah anas memang kuat and tabah.
      caya lha.mesti comel muka lepas cabut gigi sebab dah rongak >_<

    8. hahaha.
      ingat kisah lme..
      dentist dh bius,smpt lgi lari menyorok dlm tnds..
      huhu..

    9. @Qaseh Dania betul betul, mmg rasa cam borak ngan member je doktor tu layan.

    10. @Fel saya lelaki tabah cik fel ^^,

    11. @adibahfaizah mengkongkangkan tu samalah maksud ngan menjahanamkan/me-tunggangterbalikkan. Hehehe, oh, adibah pun nak senyum belakang mask. Ok.

    12. @Kamal Lee so kiranya kau da baca ke belum ni...ehem, musykil sbb kau selalu komen berjela. hehe

    13. @♥ aN_Na ♥ loktor ckp ok gk :)

    14. @LastOrderYuki R kes tak puas hati ke apa ni, hehe.

    15. @Sha Messy kuat dan tabah, hehe...comel sgt sha. comel menahan sakit.

    16. @Miss Fifi lari pulak dia, isyh2, contoh terbaik lah cikgu saya ni. hehe.

    17. Haha. aku dah bace dah. kisah hang cabut gigi dr zaman sekolah. and sampai la hang jumpe doktor hensem tu.hewhew. aku pon mase kecik takut jugak kene panggil ngan nurse mase kat skolah. tapi sampai skrg aku tak pernah lagi la experience kene cabut o tampal gigi. hehe. nak jugak sekali due rase kesakitan kene drill gigi. hehe. *poyo!
      apeape pon aku respect hang sebab boleh tahan sakit gigi 3 minggu. wah! hope gigi hang baik la menjelang hari raye ni. :)

    18. @Kamal Lee: org sume mintak tak nak kena drill, kau boleh plak minta nak kena drill. Aish, insyaAllah Kamal. Kalau kau nak merasa kena, takyah jaga gigi dari sekarang. Hehe.

    19. baca entry ni pun dh berdebar2.. hahaha.. takot ngn dokte gigi kot.. tapi last pegi klinik gigi bulan 12 tahun lepas.. hehe... time tu pun dh macam nk luruh jantung.. bukan main takot..

    20. @cik neto: takpe cik neto, boleh try lagi tu. Hehe, dentist ni baik je skang. Diorang friendly. :)

    21. saya tak takut doktor gigi. saya cuma takut kena suntik ahahahha teruknyaa... btw, suka baca entry nie.. haha. imagine muka doktor jap.